Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 20, 2009

Utusan..Pelik tapi benar...

PM di Pekan dan Tanjung Karang hari ini

KUALA LUMPUR 20 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis pecah tanah projek Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada pukul 10 pagi ini.

Majlis itu akan disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Manakala 9 malam ini, Perdana Menteri dijadualkan menghadiri majlis ramah mesra bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, di Padang Astaka, Tanjung Karang, Kuala Selangor. - Utusan

Hahaha..Tak perlu kot nak jadi tajuk berita camni....Buat la ruangan Suara UMNO kat kolum ceramah2 UBN macam kat Harakah tu..Ini nampak sangat dah..hohoho..

Mahathir rasmi Mesyuarat penubuhan GMP

IPOH 20 Jun - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini merasmikan mesyuarat agung penubuhan Gagasan Melayu Perak (GMP) di sebuah hotel di sini.

Beliau tiba pukul 11 pagi dan berucap kira-kira 25 kemudian. - Utusan

Haha..aku ingat Gerakan Mansuh PPSMI(GMP)..Naya Mahathir nak jawab sini sana..Kang masuk balik IJN orang tua tu...

Kaum India pula bincang ke arah perpaduan.

KUALA LUMPUR 20 Jun — Masyarakat India juga kini menggerakkan usaha ke arah perpaduan, mungkin mengambil petunjuk daripada apa yang diuar-uarkan mengenai perbincangan perpaduan UMNO-Pas, yang dilaporkan kini masih di peringkat awal.

Mengusahakan gagasan itu adalah MIC bersama-sama dengan Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang menyeru kaum India di negara ini untuk bersatu padu bagi berbincang dan bertindak dengan satu suara.

“Hanya melalui satu tindakan bersatu padu kami boleh terus wujud dan mencapai kemajuan,” kata Samy Vellu dalam portal web MIC. - Bernama

Haha..Taktik Utusan nak anjurkan Projek memperbodoh Rakyat la ni??Tu MIC je tu ape kes??Nak perpaduan PPP,MIC,HINDRAF semua bergabung la...Ni macam UMNO-PAS jugak..UMNO kat N9,Terengganu & Perlis punye teruk perpecahan..PAS pun dah ade yang Pro UMNO,ini perpaduan sendiri pun tarak,camna nak perpaduan yang lagi besar???


Mulakan lembaran Baru PAS-UMNO..


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lembaran baru hubungan UMNO dan Pas dapat dimulakan segera demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Katanya, perbincangan awal berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduanmembuka tirai ke arah persefahaman bagi merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama walaupun hasilnya belum dapat dijangkakan.

Beliau menegaskan, soal pengalaman lalu yang mencetuskan persengketaan, menimbulkan dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Islam kini membimbangkan.

“Bagi saya itu tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebagai umat Islam, kita digalakkan bermaaf-maafan. Itu zaman lampau, kini dalam kepimpinan baru dan situasi baru.

“Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula kita manusia. Bagi saya ia bukan suatu halangan. Kita boleh menggerakkan permulaan baru yang akan memberi lebih banyak faedah kepada umat Islam dan bukannya untuk diri kita,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, Manek Urai dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan waran peruntukan Belanjawan 2009 sebanyak RM1.5 juta untuk menaik taraf sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Muhyiddin berkata, cetusan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan atau usaha menjalin kerjasama oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat oleh UMNO sebagai selaras dengan tuntutan Islam dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Sehubungan itu, katanya, UMNO tidak menolak perpaduan dan menyifatkan ia suatu permulaan yang baik, malah sedia berbincang dengan Pas biarpun parti itu mengenakan pelbagai syarat.

Haha..Kemas gila ayat Mat Sembab ni..Syazwan..Ape kena dengan bapak sedara kau ni??Haha..erm,kenapa la selama ni tindas melayu sendiri??Kaum lain dilayan macam pendatang haram cakap ini itu kat mereka..Nak lupakan kata kat mulut memang senang..Masalahnya dah banyak kali sangat PAS terkena..Bak kata TG Nik Aziz,UMNO ni ibarat ular..Dipatuknya kita,kalau die tersepit dan kita pernah lepaskan dia,dipatuknya juga,buat kali seterusnya nak lepaskan dia dari tersepit tu dah kira membahayakan diri (buat PAS sahaja berbahaya...)


Jadi apa kata semua berpadu??Tak ada pembangkang dalam negara..Sanggup??Ke retorik je perpaduan tu??Kan dah kata..Dia sayang gila kuasa dia..Mana boleh share..Dia ingat PAS kolot macam dulu la tu,zaman Hadi Awang kata UMNO ni kerjasama dengan KAFIR (yang aku benci2 gila2 kat PAS)..Then masa tu la jugak PAS dilamarnya..Tu hal PAS yang dah lama gila bab cakap kerjasama dengan Kafir,zaman 60-an still lagi main kat media mainstream yang dikuasai UMNO,apa pulak cakap boleh lupa macam tu je siri berulang kali PAS dihina sehinanya oleh UMNO ketika UMNO hampir pupus dulu??Hohoho....


3 comments:

Mrs Nurul said...

khunsa..subhanalllah, itu ciptaan Allah

Khairul said...

Dulu pas gak kat yang dap tu kafir la apa2.

Ni aku x faham. Pas tak nak memajukan negara dan membentuk negara islam atau pas takut kehlangan kuasa?

seseorang boleh berubah setealh mendapat kuasa.

Fadhlullah Universoul said...

Tu aku cakap dulu PAS tu kolot..
skg tak lagi..dulu kite tak suke PAS sbb banyak sangat fekah lama yang dibawaknya..nak dakwah macam mane ye tak??

sekarang PAS dah lebih terkedepan..
dengan adanya Majlis Syura Ulama,PAS tetap akan menjadi parti terkuat membawa mesej Islam..InsyaAllah..