Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 20, 2009

Sedia tukar jantina anak


Asmaiza Ahmad meriba Muhammad Nabil sambil diperhatikan ibu dan bapanya, Zatul Bazamah dan Rodzake Namis di Kampung Batu Lima, Kuala Perlis, semalam.


KANGAR 19 Jun - Bapa bayi malang, Rodzake Namis , 35, sanggup menukar jantina anaknya, Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulan kepada perempuan sekiranya alat kelamin lelaki tidak 'tumbuh'.

Rodzake berkata, kemungkinan pembedahan menukar jantina perlu dibuat bagi membolehkan bayi berkenaan mempunyai alat kelamin memandangkan sekarang ia tidak memiliki kemaluan sama ada lelaki atau perempuan.

Katanya, sebelum keputusan melakukan pembedahan alat kelamin perempuan dilakukan, dia akan mendapatkan pandangan golongan ulama dan pakar perubatan terlebih dahulu.

''Saya pasrah sekiranya dia yang disahkan oleh doktor mempunyai genetik lelaki terpaksa ditukar kepada perempuan demi masa depannya sendiri.

''Saya bersedia menukar jantina Muhammad Nabil jika kemaluannya masih tidak kelihatan dan hormon perempuannya terserlah apabila umurnya meningkat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5 di sini hari ini.

Terdahulu, keluarganya menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Azali Abas dan Ketua Puteri UMNO Perlis, Asmaiza Ahmad yang turut menghulurkan sumbangan.

Sebelum ini akhbar melaporkan, bayi malang itu yang dilahirkan 10 Ogos tahun lalu tidak mempunyai jantina walaupun memiliki buah zakar dan disahkan sebagai lelaki oleh doktor pakar.

Selain itu, bayi tersebut turut mempunyai kecacatan lain termasuk tiada kelopak mata, memiliki sembilan jari, mempunyai sebelah telinga kiri dan ruang pernafasan hidung yang sempit.

Masalah itu menyebabkan bayi tersebut terpaksa kencing dan membuang air besar melalui saluran dubur.

Rodzake berkata, cadangan menukar jantina itu mungkin jalan penyelesaian terbaik yang dapat diambil memandangkan doktor pakar tidak mengetahui adakah alat sulit anaknya itu akan 'tumbuh'.

''Dalam keadaan sekarang, pembedahan untuk menukar jantina tidak mustahil berbanding menunggu alat kelamin lelaki itu 'tumbuh' kerana doktor tidak dapat memberi sebarang jawapan.

''Ditambah pula keadaannya yang masih kecil, jika menunggu besar ia akan memberikan kesan emosi yang hebat kepada dirinya," ujarnya.

Sementara itu, Asmaiza memberitahu, pihaknya akan memanjangkan masalah keluarga tersebut kepada Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin untuk memberikan bantuan sewajarnya.

''Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh keluarga ini dan berjanji akan membantu sekadar termampu bagi membolehkan Muhammad Nabil mempunyai jantina.

''Kes sebegini amat jarang berlaku dan kita akan bersama-sama keluarga ini untuk memikirkan jika ada cara lain bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi," jelasnya.


Panel Kemusykilan agama JAKIM:
Persoalan gender lelaki atau perempuan atau khunsa telah di terangkan di dalam Islam dengan jelasnya. Lelaki perlu menjadi lelaki dan wanita perlu menjadi wanita, manakala mereka yang ditakdirkan menjadi khunsa (alat kelamin yang tidak jelas) boleh diperbetulkan kecacatannya mengikut bentuk yang dominan dan mengamalkan corak kehidupan, ibadah mengikut apa yang dominan pada alat kelaminnya.

CheguFadh:
Hah..Ini mungkin kes khunsa..Tidak ada pun perkara yang boleh membenarkan jantina dan sunatullah tu diubah..Melainkan untuk tujuan kesihatan dan nyawa..Mengenai Khunsa pun sudah diterangkan dalam dalil Naqli..Kes ini pun pernah terjadi pada zaman pemerintahan Islam dahulu.Dalam kes ini mungkin yang sebaiknya dilihat bayi itu Khunsa yang lebih menjurus kepada lelaki atau wanita,kemudian bila dah tau lebih ke arah mana baru putuskan.Jika anak itu sudah disahkan lebih ke arah lelaki,adalah dilarang menukar jantina bayi berkenaan.(Lebih baik buat pembedahan membuat alat jantina lelaki daripada melakukan transeksual..Bagi yang lebih arif sila confirmkan atau perbetulkan fakta).

Cerita Mengenai Khunsa..

Utk pengetahuan semua, khunsa ni ialah seorang yg memiliki 2 jantina, utk menentukan jantina seorang khunsa ialah tengok ke arah mana dia, lebih pompuan ker.. lebih pada lelaki..ataupun utk lebih pasti tengok alat kelamin dia yg mana lebih berfungsi ..esp masa dia buang air mengikut satu pendapat, khunsa ni kalau berwuduk, kemudian disentuh oleh lelaki atau perempuan, tidak batal wuduknya, tetapi akan terbatal kalau disentuh oleh lelaki dan perempuan pada masa yg sama..Tau tak, kita boleh berkahwin dgn khunsa mengikut jantina dia, maksudnya kalau lelaki kahwin dgn khunsa 'wanita' , kalau pompuan kahwin dgn khunsa 'lelaki'. ok, kita terus ke ceritanya,

Kisah berlaku pada zaman seorang khalifah di zaman nabi, diceritakan, ada seorang ni dia telah berkahwin dengan seorang khunsa..yg lebih kepada perempuan kemudian, sbg hadiah perkahwinan, dia telah menghadiahkan isterinya (khunsa tersebut) dgn seorang hamba wanita..tak lama kemudian, khunsa tu telah mengandung dan melahirkan seorang anak..tetapi kekecohan berlaku apabila khunsa tersebut telah berlaku curang dgn hamba wanita tersebut sehingga hamba tersebut mengandung! maka dipanggil khalifah tersebut untuk menetukan kesahihan nya.. dan setelah diteliti, didapati khunsa tersebut boleh dijimak dan menjimak, boleh mengandung dan mengandungkan orang...tak tau jantina apa dia..jadi untuk menentukan jantina khunsa tersebut, khalifah tersebut telah membilang tulang rusuk yg ada pd dia kalau terlebih dia pompuan, kalau terkurang dia laki (correct me if i'm wrong) sbb, masa kejadian hawa dulu, tulang rusuk adam telah diambil utk menjadikan hawa..habis didapati, dia lebih kepada lelaki...jadi sahlah dia khunsa 'lelaki' dan dia dipisahkan dari suaminya, terpaksa bercerailah..

1 comment:

Khairul said...

Aku rasa kalau boleh diberi pilihan, better amik lelaki. Sebab kalau amik perempuan, takut banyak masalah.

Masalah bahagia2 perempuan yang tak tumbuh seperti dada, pinggul dan punggung. Jug amasalah jikalau ada halkum. Juga masalah hormon nak2 jika boleh mengandung.