Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 24, 2009

Apa beza komunis dengan pengganas penjajah??

Samada Chin Peng dibenarkan pulang atau tidak dibenarkan pulang ke Malaysia tidak mengubah keadaan politik atau sosial di Negara ini. Samada Chin Peng itu pengganas dan telah mengganasi ramai orang di Malaya dulu adalah suatu sejarah yang boleh dibukukan dengan cerita-cerita romantik mangsa-mangsanya.

Selepas diadakan Perjanjian diantara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya ratusan anggota-anggota Parti Komunis Malaya telah pulang ke Malaysia dan kini mereka itu dapat hidup bersama keluarga mereka yang mereka telah tinggalkan di zaman dharurat dahulu.

Mereka bukan sahaja pulang ke Malaysia, mereka mendapat elaun bulanan yang diberikan oleh Kerajaan selama beberapa tahun untuk membolehkan mereka menyediakan diri untuk kehidupan baru.

Dari segi aktiviti mereka, tidak ada bezanya antara Chin Peng dengan Musa Ahmad, atau Shamsiah Fakeh.

Parti Komunis Malaya merupakan organisasi yang paling ulung berjuang untuk Merdeka. Semasa ramai pertubuhan-pertubuhan Melayu mengalu-alukan kemasukan Jepun menghalau Penjajah Inggeris, Parti Komunis Malaya tidak membezakan antara Penjajah Inggeris dan Penjajah Jepun. Mereka menentang Penjajah Jepun melalui tindakan gerila.

Apabila Jepun dikalahkan oleh Tentera Bersekutu dan Inggeris melangkahkan kaki semula bagi menjajah Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya tidak berkompromi dengan Inggeris dan mereka terus menentang Inggeris dan penentangan bersenjata.

Inggeris yang memerintah Tanah Melayu mengambil anak-anak Melayu menjadi tentera dan polis bagi menentang Parti Komunis Malaya dan mengadakan khidmat Home Guard bagi anak-anak kampong menjaga kepentingan Inggeris dan menentang Parti Komunis Malaya.

Tali-talibarut Inggeris ini ada di mana-mana, ketua-ketua kampong dan penghulu-penghulu banyak yang menjadi talibarut Inggeris, dan golongan mereka inilah yang diganasi oleh Parti Komunis Malaya kerana aktiviti mereka itu memihak kepada Penjajah Inggeris, musuh utama gerakan kemerdekaan.

Bukan Parti Komunis Malaya sahaja yang berjuang untuk Merdeka. Pembela Tanah Air (Peta), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Barisan Tani, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) juga menentang Inggeris dan badan-badan Kesatuan Sekerja semuanya turut menentang Inggeris bagi mencapai Malaya Merdeka.

Semua pertubuhan-pertubuhan ini diharamkan oleh Inggeris dan ditempat mereka itulah UMNO dipupuk menjadi parti peringkat kebangsaan mengumpulkan parti-parti Melayu yang ditubuhkan diperingkat negeri-negeri. UMNO mendapat sokongan Penjajah Inggeris kerana ia berkompromi dengan Penjajah Inggeris dan pimpinannya banyak yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang makan gaji dengan Inggeris.

Apabila semua badan-badan pro-Merdeka itu diharamkan, pemimpin-pemimpin mereka ditangkap sehingga ribuan mereka memenuhi kem Tahanan Inggeris, dan mana yang sempat melarikan diri kehutan belantara dapatlah menyelamatkan diri mereka dari tangkapan Inggeris, dan mahu tidak mahu mereka terpaksalah menyekutukan diri dengan Parti Komunis Malaya dan dari golongan mereka itulah tertubuh ketumbukan Melayu yang dikenali sebagai Regimen ke-10.

Didalam perjuangan bersenjata menentang Inggeris, maka berlakulah pertumpahan darah. Ramai dari kalangan anggota polis dan tentera turut terkorban. Mereka itu terkorban kerana mempertahankan Penjajah Inggeris. Ramai pula daripada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tumbang dan terkorban. Mereka tumbang dan terkorban kerana memperjuangkan kemerdekaan.

Bukan sedikit cerita-cerita bahawa keluarga-keluarga pejuang kemerdekaan itu ditangkap dan diseksa di rumah-rumah pasung Inggeris diatas alasan bahawa mereka itu "memberi makan kepada komunis", tidak kurang pula kampong-kampong mereka dibakar hangus dan penduduk-penduduknya terpaksa mencari perlindungan di kampong-kampong yang lain. Walhal, kesalahan mereka itu hanyalah kerana salah seorang daripada ahli keluarga mereka menyertai gerakan bawah tanah menentang Inggeris.

Penjajah Jepun amat zalim kepada penduduk yang menentang mereka. Cerita bahawa ramai yang dibunuh dengan tikaman bionet, yang mati kerana dipaksa meminum air sabun, dan yang mati kerana diseksa dengan penyeksaan yang berat dan tidak berperikemanusiaan.

Penjajah Jepun amatlah zalim. Penjajah Inggeris juga amatlah zalim. Inggeris bukan sahaja zalim, tetapi Inggerislah yang memisahkan Islam dari pemerintahan apabila mereka menjadi Penasihat kepada Raja-Raja Melayu. Dan tidaklah sia-sia bagi pahlawan-pahlawan Melayu seperti Dato Bahaman, Orang Kaya Semantan, menentang Penjajah Inggeris.

Tidak ada Penjajah yang tidak zalim, dan kezaliman Penjajah Inggeris, Belanda, Portugis, Perancis, Jepun, Jerman atau Itali adalah sama dan matlamat mereka adalah untuk menggondolkan harta kekayaan di negara-negara yang mereka jajah samada di Asia, Afrika atau Latin Amerika.

Penjajah dari Barat adalah lebih zalim jika dibandingkan dengan Penajajah dari Timur kerana mereka sempat menukarkan wajah mereka kepada bentuk yang lebih canggih iaitu Imperialisme menjadikan negara-negara jajahan mereka dahulu sebagai jajahan bentuk baru, dijajah dengan sistem kapitalis bagi mengalirkan kewangan negara-negara yang mereka jajah dahulu ke negara-negara mereka.

Komunis Malaya menentang Inggeris kerana mahu mewujudkan negara Malaya yang Merdeka. Memang mereka ganas dan mengganas tetapi sasaran mereka ada Penjajah Inggeris dan boneka-boneka Inggeris di Malaya. Penjajah Inggeris bersama boneka mereka juga ganas dan mengganas tetapi sasaran mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan dan kaum keluarga mereka.

Chin Peng tidak perlu pulang ke Tanah Air. Dan tidak ada guna bagi sesiapa pun memperjuangkan hak Chin Peng kembali ke Malaysia ini. Chin Peng sepatutnya berbangga kerana hasil dari perjuangannya negara ini sudah Merdeka.

Namun begitu sejarah tidak boleh menipu sesiapa. Mereka yang diganasi Inggeris adalah pejuang-pejuang kemerdekaan.

Kekesalan patut juga diutarakan kerana Penjajah Inggeris yang mengganasi rakyat dan kekayaan Malaya dianggap sebagai rakan karib tetapi Chin Peng yang menentang Inggeris dianggap musuh yang tidak boleh dimaafkan.

Kekesalan juga patut diutarakan kenapa Musa Ahmad, Pengerusi Parti Komunis Malaya boleh dibawa pulang ke Malaysia dan diberikan karpet merah dan diberikan elaun oleh Kerajaan Malaysia, tidakkah Chin Peng dan Musa Ahmad itu sama? Mereka sama-sama Komunis, Chin Peng Setiausaha Parti Komunis Malaya manakala Musa Ahmad selaku Pengerusi Parti Komunis Malaya?

Atau adakah Komunis "Melayu" boleh dimaafkan manakala komunis "Cina" tidak boleh dimaafkan?

(Saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa manusia bergelar Islam adalah haram menganuti fahaman komunis kerana komunisme tidak percaya kepada Tuhan dan Agama).

Dicatat oleh:Haji Suhaimi Said, Pengerusi Kuala Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau

CheguFadh:
Ala..Sebenarnya hal ini timbul sebab ianya keluar daripada mulut DSAI je..Kalau keluar dari mulut Rosmah Mansor,Najib Razak or kroni semuanya betul ma..Media Massa..semua tali barut..

2 comments:

Khairul said...

Kau rasa patut dibenarkan ching peng pulang hanya disebabkan nuar ckp betigu kan? andai kat nuar x setuju, pun pun pasti tak setuju kan?

Fadhlullah Universoul said...

hehe..aku xde kuar kenyataan pun..
sume ape yg nuar ckp aku setuju ke??
psl lantikan2 ni aku pn xsetuju gak pdhal tu hal dlmn parti lg tu..

aku dah boldkan bende2 penting..
ko ade mata,ko ade fikiran..so lu pikirlah sendiri sbb bnde ni dijadikan isu oleh OKU(orang kuat umno) tuk busukkan org lain yang xsebusuk mereka..