Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 24, 2009

Khianati suami atau perkara lain??

Maria dibenar kemuka semula saman mungkir janji kahwin

PUTRAJAYA: Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri berjaya dalam rayuannya bagi mengemukakan semula saman terhadap seorang ahli perniagaan kerana didakwa melanggar perjanjian penyelesaian RM5.5 juta kerana memungkiri janji untuk berkahwin.


Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri Datuk Seri S Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff, memerintahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes dan perbicaraan.

Tahun lalu, seorang penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi, membatalkan saman itu dengan alasan kes itu adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana kedua-dua yang terlibat adalah orang Islam dan ia berhubung kait dengan perkahwinan.


Pada 2004, Maria, 39, pengacara program "Jalan-Jalan Cari Makan", memohon agar dikuatkuasakan perjanjian melibatkan janji oleh Datuk Wan Johani Wan Hussin, 56, untuk membayarnya RM5.5 juta kerana beliau (Maria) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti yang dijanjikan.


Dalam pembelaannya, Wan Johani, menafikan wujud sebarang kontrak, dan sebagai alternatifnya, berkata perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan.

Maria dibenar merayu kepada Mahkamah Persekutuan selepas beliau gagal berbuat demikian di Mahkamah Rayuan, yang membuat keputusan pada 5 Ogos 2008, bahawa beliau tidak dapat menguatkuasakan perjanjian itu kerana ianya tidak sah mengikut Akta Kontrak memandangkan pada masa perjanjian itu dibuat, beliau masih menjadi isteri orang.


Sumber:Bernama


CheguFadh:

Pelik betul personaliti TV3 ni ye..Paksa orang tu bayar die 5,5juta sebab tak jadi kahwin dengan dia..Yang paling haru biru bila die memang dah plan nak kahwin dengan ahli perniagaan tu masa die ni ade suami lagi..Memang dah pasang niat nak tinggalkan suami die sebab nak bersama dengan orang lain..Macam kes Wanita No1 negara sekarang pulak yang dikaitkan dengan kes mengebom wanita Mongolia

No comments: