Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 18, 2009

Adus..Terlepas sudah..

Banyak perkara yang terlepas ni.For sure berkaitan dengan entertainment.Kuliyah belum bermula,jadi,apa kejadahnya aku balik awal sangatkan.Nasib baik la HEP ku yang disayangi menangung segala makan minum,tak rasa rugi sangat lepak lama2 kat sini walaupun dah naik muak dan muntah dengan latihan yang tak seberapa ni.

Aku latihan start dari 2pm-5pm..Then smbung dr lepas Isya sampai la suka hati.Awal2 dulu dekat midnyte (diselang seli dengan rehat2 yang panjang) tapi sekarang ni,dah masuk 2 hari habis dlm 10pm..Awallah pulak..

Khamis haritu tak dapat tengok BloggerBoy..Aku rase BloggerBoy antara series yg macam aku nak tengok sangat2 sebab konsep die yang cool habis beb..kalau nak tengok cerita ni kat 8tv 9.30pm kalau tak salah..Boleh saksikan dalam promo video ni..



Review..

BLOGGER Boy yang merangkumi 20 episod akan menemui penonton 8TV (atau saluran 708 Astro) setiap Khamis jam 9.30 malam bermula 28 Mei 2009 ini.Drama bersiri ini menampilkan pengacara ‘Destinasi Bajet’ Qi bergandingan dengan pelakon-pelakon muda yang cukup berbakat iaitu Nas-T dan Julie Woon.

Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, berusia 20-an masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama “Budak KL”.


Tapi paling aku kempunan bila aku tak dapat tengok GHOST Season2..Ezza kena culik pulak..Si Lina yang tetiba duk gila dengan cerita GHOST (sejak bile la budak2 Taman U ni minat tengok GHOST ni) tanye aku tengok tak latest episode semalam mase kitorang lepak2 minum air nyor kat warung darulsalam..Aku cakap tak..Aku ade latihan babe..Lina semangat punye cerita btau yang ALam dan Fareez dah kena bunuh.Biar betul..Nanti video dah upload,aku search kat youtube..Apapun,aku suke Vee punye prediction..Die cakap (teka) dalang kali ni Zack Imran sebab Zack Imran yang tau banyak bende pasal Ezza..huhu..tengok jela nanti camne..Ghost Season2 ditayangkan pada 10.00pm Ahad di 8tv.


14hb Jun aku dapat sms pulak masa latihan kat HEP (malam)..Bateri aku kong sket..Aku buka mesej.Wahh..Dari Sharina RC.."Fadh,Faizal (Faizal Tahir) buat rakaman 1 2 Jus tuk Raya kat NTV7 16Jun ni..Mai la datang join kat studio..Datanglah,ape2 mesej kite"

Sebab bateri kong then aku bz..Aku abaikan mesej sampai hari ni..Kalau tak ada latihan dah tentu aku cube usya gak keadaan kat sana..Lagipun,bak kata Id,biase rancangan macamtu die bagi rm50 gak tuk penonton..yela nak nampak studio penuh..Adus..kalau latihan tak ada,memang aku tak miss semua ni then aku dapat selalu mesej umi..Ini masa latihan la pulak yang umi free..Malam Umi tido,pagi umi sekolah..Petang tu umi nak rest,aku pn nak rest..

Maafkan bangcik umi,takpat contact umi sangat..Mood sangat sedih sekarang kakngah mesej cakap umi rindu kat aku..Nak balik rumah..Hati meronta2..Adus..Pagi tadi demam selesema + semput..Takut gak sekarang ni dah makin menular virus H1N1..Fadh..kuatkan diri..Kau boleh..

Note:Nasib selalu 8pm aku sempat sikit duk kat rumah jap tuk tengok berita2 utama..Pasal UG dan Nik Aziz komen,aku berada dibelakang TG Nik Aziz..Klantan bukti die pemimpin hebat dan ulung..Terengganu???Anda nilailah sendiri..


3 comments:

Rantong said...

Salam ziarah. Blog yang bermaklumat dan menarik.

View Profile: Rantong™

a z r e e n a said...

best gile okie blogger boy.. although ak slalu ter-miss tgk.. slalu ikut kt utube or 8tv nye website.. tabik arr tgk cite ni..

Fadh UniversouL said...

arrggghhhh..Azreena..ni yang lagi jeles nih..tu aku tunggu banyak2 sikit,nanti aku pulun habis la..macam GHOST..


Rantong~Tq..tapi ape bermaklumat n menarik sangatnye??hehe..