Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 3, 2009

Speaker Dewan dan MB Haram..mana lebih berkuasa??

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pada 3 Mei 2009


Kebenaran Masuk Dewan Untuk Semua Media Akhbar & Elektronik


Saya membuat ketetapan bahawa semua pihak media dibenarkan masuk untuk membuat liputan persidangan Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009. Semua media termasuk mana-mana media yang telah dihalang untuk masuk dewan diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Permohonan boleh dibuat mulai 9.00 pagi pada 4 Mei 2009.

Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya. Di sisni, saya menggunakan Perintah-perintah 84 yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan . Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi.

Arahan ini dikeluarkan untuk menjamin prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan media. Rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus. Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri.


Datuk SUK Tidak Boleh Menghalang Media Pada 7 Mei

Perintah-Perintah Tetap 84, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan

Tuan Speaker boleh mengeluarkan kebenaran kepada wakil mana-mana jurnal kerana menghadiri persidangan Dewan di bawah apa-apa peraturan yang dikeluarkannya dari semasa ke semasa. Jika wakil itu melanggar peraturan-peraturan itu, maka kebenaran itu boleh dibatalkan.


Standing Orders 84, State Legislative Assembly of Perak darul Ridzuan

Mr. Speaker may grant a general permission to the representative of any journal to attend the sittings of the Assembly under such rules as he may from time to time make for that purpose. If such rules are contravened, such permission may be revoked.

Adakah perintah-perintah tetap ini memberi kuasa kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan arahan menyekat mana-mana media membuat liputan sidang? Bukankah arahan beliau untuk melarang beberapa media merupakan salahguna kuasa?

..
mari semua kita gegarkan ipoh


CheguFadh:
Jadi kite tengok permainan puak2 gerombolan..Adakah MB Haram ni paham bahasa ke ataupun tidak..Adakah pihak media dihalang ataupun dibiarkan bebas membuat liputan..Adakah pihak polis akan diperguna ataupun tidak??Semuanya kita akan lihat akibat daripada bongkaknya MB Haram dipulau kerana tetap ingin mengadakan Sidang DUN pada 7Mei mengatasi kuasa Speaker.Sekali lagi Zambry menghina dewan..Puak2 gerombolan pening kepala kerana mereka tahu bahawa dengan menggunakan saluran yang betul tanpa melibatkan Ghani Ptail,Augustine Paul,Shafie serta peguam2 jahanam yang boleh diperguna mereka tidak dapat mempermainkan undang2..Jadi jika Zambry nanti tidak diiktiraf mahkamah,Nizar masih MB yang sah..Sebab itu mereka dengan kelam kabut ingin mengadakan sidang DUN untuk mengusulkan pemecatan Speaker dan MB Nizar(agaknya lah)..

Suara Rakyat Suara Keramat..Nantikan..7Mei..Jom ke IPOH!!!

2 comments:

akureformasi said...

Yang benar tetap akan menang...

Sunah Sakura said...

wah, ape yg bakal berlaku nnti? jgn lupe update di blog.

~ ktika itu, diri ini tlah brada jauh nun di sarawak, kmbali ke tanah tumpah darahku ntuk latihan industri ~