Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 14, 2009

Politik kampus..

Jika selama ni aku bising dengan politik semasa negara,ada juga sebabnya..Sebab aku tak ada keja lain..Selain terima tawaran show,dengan program persatuan,hal2 pelajaran dan segalanya tak tahu apa lagi yang sepatutnya aku nak buat..Politik kampus??Lebih berbahaya daripada politik semasa negara..Politik kampus kita lebih ditekan,jika politik semasa negara kita banyak tempat merujuk,tetapi jika politik kampus??

Sebelum ni pernah aku terjerumus ke kancah politik kampus..Sebabnya aku jadi wakil calon kepada seorang calon favorite yang mungkin susah nak dicari mana cacat celanya.Nak kata tak pandai,memang dia diiktiraf pun dalam fakulti,nak kata lemah,dia kuat walaupun ditekan sebelum ni dengan macam2 kerenah,nak kata dia ni lemah pegangan agama,perggghh..tak payah cakap,mantap jugak PQS + PSI yang dipelajari dulu dan diamalkan sampai sekarang..Kalau ramai lepasan sekolah agama dah mula pakai tudung biasa,dia tak tinggalkan lagi jubah dan tudung labuhnya..

Tudung labuh??Ehh..Fadh ni jadi wakil calon perempuan rupanya..Ya..memang aku jadi wakil calon perempuan..Tak ada apa masalahnya pun.Nak kata aku skandal dengan Saudari Aqilah..huhu..Dah aku anggap akak aku sendiri..Aku terlalu respect Aqilah berdasarkan kepetahannya berhujah,keberaniannya serta kharisma yang dibawanya..sehingga saat ini,diriku sudah dicop oleh puak2 Aspirasi sebagai orang kuat ProMahasiswa..Untuk ProMahasiswa seantara Malaysia,yups..Aku supporter korang,tapi bagi di kampus sendiri aku bukan sesenang itu mahu menjadi pendokong..Aku akan lihat kepada calon..

Pertama aku lihat pada personalitinya,aku tak kisah seseorang itu geng kopiah atau tak,geng tudung labuh atau tak,yang paling penting dia harus tegas dan berani mencabar dan dicabar lebih2 lagi jika berhadapan dengan pihak y7ang lebih berautoriti,yang penting suara kecil dibela..

Yang kedua,kemampuan seseorang itu bekerja..Itu sahaja..Yang lain aku tak ambil peduli..Kalau lembutnya lelaki tu pun dia,kalau bukan Islam pun calon tersebut,aku tak main dengan politik sempit ni..Sorry to say but it's true.. Tapi kalau dah siap2 memang sah2 PONDAN tu aku reject awal2 la..Lembut aku tak kisah..huhu..

Aku ambil konsep pilih musibah paling kecil..Aku merasai sendiri terlibat dalam program apabila pemimpinnya dipilih adalah berdasarkan kepada sesuatu yang disukai ramai..Tetapi mereka tak boleh berkerja dan tak bertanggungjawab,sangat sukar untuk melaksanakan tugasan program dengan baik..

Sama macam hal diluar kampus..Apabila parti yang aku suka memilih hanya si POSMEN atau mereka yang pernah bergelar CAMERAMAN seketika untuk video yang menggemparkan negara yang kita tak tahu mana satu kebolehannya untuk memimpin,mereka WAJIB ditolak..Mereka yang korup hanya pecah amanah sebahagian daripada kewangan dan mereka yang tak boleh langsung mengurus dan mentadbir pula mendatangkan kerugian yang lebih besar sehingga larinya pelabur2..Hal itu lebih dahsyat bukan??

Jadi berbalik kepada tajuk,politik kampus telah membuatkan diri aku tersepit,aku mengenali kedua pihak dengan mesra,sebelum aku jadi wakil calon aku dah biasa bergaul dengan mereka yang sememangnya kuat aliran Aspirasi tetapi selepas itu,kedaan nampaknya berubah..Terasa sedikit berbeza daripada mereka selepas itu,dan untuk geng yang digelar ProKebajikan pula aku memang tak sealim mereka..Juga terasa ketara,tetapi ada banyak pendapat yang sama sebab itu mungkin aku lebih dilihat seperti mereka..


Mengenai diri yang dituduh sebagai dalang upsikini dan macam2 lagi,terpulang kepada kalian.Tetapi aku tak terlibat apa2 pun dalam komplot itu.Masakan aku yang baru sahaja di kampus masa tu dapat menghasilkan dan mengumpul maklumat sedemikian rupa.

Sememangnya ada banyak maklumat rahsia yang aku simpan seperti kes2 menggemparkan mengenai lawatan ke Kemboja dimana terdapat beberapa individu yang telah melakukan sesuatu yang tak disangka,mengenai tapak kampus baru,tender pembinaan bangunan,hiasan bunga dan juga tender tapak konvo..Juga luahan rasa tidak senang mengenai peruntukan setiap persatuan yang tak pernah diberikan dengan setimpal,mengenai bas dan sebagainya.Bukan aku seorang saja yang mengetahui maklumat tergempar tersebut,ramai lagi yang mengetahuinya secara langsung.Tetapi kami semua tak terlibat dalam perbalahan politik kampus yang sering mahu berlumba2 dilihat sebagai wira dan pejuang mahasiswa

Kepada MPP harap boleh melakukan sesuatu tindakan yang berhemat dan cekap seperti mana janji kalian semasa berkempen.Untuk membawa suara mahasiswa,kalian mempunyai hak bersuara yang diiktiraf sebagai wakil kepada warga kampus.Ketepikan fahaman politik dua hala dan bekerjasama untuk mempertingkat KUALITI dan KEBAJIKAN warga kampus.

Penggal pertama mereka yang telah terpilih sudah habis dan hanya tinggal penggal kedua sebelum mereka meletakkan jawatan masing,tampuk pemerintahan akan dibubarkan dan akan dipilih calon yang baru..Nasihat aku kepada kedua belah pihak,pilih calon terbaik..Bukan hanya dari satu sudut,tetapi sudut yang lebih universal yang boleh diterima oleh kesemua warga kampus serta tidak sombong apabila berhadapan dengan pelajar lain..Wallahualam

Selamat Bercuti Kepada kawan2 sekalian..Aku tak dapat cuti lagi..Ada hal sikit kat kampus..

No comments: