Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 31, 2009

Penanti..

Bharian-Penanti catat rekod terburuk peratusan mengundi


BUTTERWORTH: Peratusan keluar mengundi sebanyak 46.15 peratus pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, hari ini adalah rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya negara ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Bercakap kepada Berita Harian sebentar tadi, beliau berkata rekod terendah yang dicatatkan sebelum ini adalah 52.6 peratus bagi kerusi N67 DUN Telang Usan, Sarawak, pada pilihan raya umum negeri kelapan pada 2006 lalu.

"Ini rekod terburuk dalam sejarah pilihan raya negara ini dan SPR akan mengkaji punca peratusan keluar mengundi yang amat rendah walaupun kami sudah membuat pelbagai kempen bagi menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih wakil rakyat.


Ulasan:

Aminah Menang UNDI POS..Tahniah..Erm..Aminah ade bukti,tapi kat mana??Nanti bende ni mesti senyap je,sampai bila2 pun tak akan dibuka punya..Sapa mau bagi orang yang tarik diri jadi TKM1??Gila punya kerja..Tahniah Dr Mansor..PKR berjaya..Papehal jangan duk bangga sangat..Orang sokong kita,kita jangan bangga..Bersyukur dan teruskan dengan kerja yang baik sudahlah..UMNO lain,kite lain..Jangan ikut parti BODOH SOMBONG tu..

Oh..Peratus keluar mengundi sikit??kau nak ungkit??SPR kau perguna,dah macam2 kau tak bagi,khemah pun saat2 akhir baru kau cakap kena kecik padahal PKR dah lama bersiap tuk khemah besar..kau yang buat PRK kali ni tak banyak sambutan..Kat kampus aku pun baru PRKampus lepas ramai yang keluar sebab dah hangat berkempen,bukan di dominasi sebuah pihak je..haha..Pape pun,majoriti melalui peratusan sangat2 bertambah!!UMNO/BN..sedarlah diri..Generasi muda dah mula tolak korang..

1 comment:

Khairul said...

Kalau peratus tinngi and BN menang, confirm isu pengundi hantu kuar.