Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 15, 2009

Berita2 menarik yang tak ada dalam Media Arus Perdana (ProPaGanDa)



Boleh click pada tajuk untuk melihat laporan..

Sementara itu kes di Perak telah menenggelamkan perihal harga minyak yang bakal dinaikkan pada Sept ini..Ikuti laporan khas daripada webpanas..


  • Minyak petrol RON97 yang digunakan oleh sebahagian besar pemilik kenderaan di negara ini akan dijadikan produk premium dengan harganya dinaikkan kepada RM2 seliter berbanding RM1.80 seliter sekarang.
  • Langkah itu berkuat kuasa 1 September 2009 ini serentak dengan pelancaran minyak baru RON95 berharga RM1.75 seliter di seluruh negara.
  • Ia bagi menggantikan RON92 (RM1.70 seliter) yang akan ditarik sepenuhnya daripada pasaran selepas tarikh berkenaan.


Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya ada berkaitan dengan minyak petrol. Saya tahu mereka yang berkerja dengan Petronas, Shell atau Mobil akan marah saya tetapi ini realiti yang mana kebanyakan rakyat Malaysia ditipu atau tertipu. Untuk pengetahuan semua, RON atau dikenali sebagai Octane Rating merupakan pengukuran rintangan dalam bahanapi (fuel) terhadap detonataion (engine knocking) terutama enjin nyalaan palam pencucuh. RON number sebenar bergantung kepada ratio mampatan sesebuah enjin (compression ratio).

Jika ratio mampatan lebih tinggi, maka itu adalah lebih baik kita menggunakan minyak RON yang lebih tinggi. Selain itu pemilihan RON hendaklah merujuk kepada prestasi enjin tersebut. Penggunaan bahanapi RON tinggi sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap enjin prestasi rendah seperti enjin motorsikal honda dan sebagainya. Penggunaannya hanyalah satu pembaziran.

Adalah sedia maklum bahawa RON yang tinggi iaitu RON 100 ke atas digunakan oleh enjin lumba formula one. Kita sedia maklum bahawa kelajuan kereta formula one adalah hampir 300 km/jam dan putaran per min aci engkol lebih daripada 10000 rpm. Persoalan di sini adakah enjin kenderaan kita merupakan enjin prestasi tinggi sama seperti kereta formula one. Jika kita lihat USA mengguna RON 87 dan untuk Europa pula adalah RON 91-92 yang kenderaan biasa kenapa kita tergila-gila dengan RON 97 atau 95. Siapakah yang menasihatkan kerajaan tentang penggunaan kedua minyak ini atau kerajaan berusaha untuk mendapatkan keuntungan dengan membebankan rakyat.

Harga minya mentah dunia (setahun) diramalkan US 68 per barrel (www.oil-price.net) atau RM239 per barrel. Harga minyak mentah seliter adalah RM1.50, maka itu pada mulai 1 sept 2009, RON 97 dihasilkan dengan kos tambahan RM0.50 manakala RON 95 pula adalah RM0.25.

Oleh yang demikian sama-sama kita fikir adakah 1 Sept nanti kenaikan minyak ini adalah membantu atau membebankan kita. Harga pasaran normal di negara2 lain pada hari ini adalah RM1.31 per liter..


HANYA RAKYAT MALAYSIA SAJA BODOH /DIPERBODOHKAN UMNO/BN BAYAR LEBIHH

1 comment:

Khairul said...

Try jadi org tengah.

kau tak pelik ke. bermacam2 kabar angin yang superb2 kuar dari pembangkang.

tapi brapa sgt sabar angin yang kuar dari kerajaan.

kadang2, aku menyampah bila aku tgk kerajaan menipu. dan itu membuatkan aku nak menyokong pembangkang. tetapi bila aku tengok pembangkang kadang2 lagi teruk, aku decide nak jadi org tengah.