Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 16, 2009

Wahh..hangat Politik semasa...

Aku copy + Paste dari blog DangoMamamat



14 April lebih popular dengan nama Black 14 kepada pendokong reformasi. Hari ini 14 April datang lagi. 14 April 2009. Hari yang merimaskan UMNO di Malaysia. Hari di mana UMNO terpaksa memerah segala helah untuk dijadikan halal pada mata penyokong UMNO. Sekurang-kurangnya minda penyokong PR berputar 360 darjah untuk bersama menambahkan kekalutan kelam kabut UMNO setelah Najib menjadi PM. Agaknya inilah balasan tuhan kepada Najib. Malaysia kehilangan maruah di mata dunia sebaik sahaja Najib menjadi PM. Semoga Allah terus melindungi Negara ini daripada sebarang helah UMNO yang tidak halal.

Krisis rampasan kuasa di Perak masih tergantung. Bicara sini dan bicara sana sedang mewarnai politik Perak. MB DPulau bersama enam exconya berulang alik ke Kuala Lumpur menagih simpati mahkamah supaya jawatan mereka diistiharkan sah. Mereka lebih sayangkan jawatan politik daripada rakyat.

Rakyat Perak dibiar sepi tanpa sebarang pengumuman dasar yang boleh memaju dan membantu rakyat. Enam exco goyang kaki. Lidah kelu untuk berkata. Tiga bulan telah berlalu. Istana tempat rakyat mengadu untung nasib terus menyepi diri. Rakyat tidak boleh bersuara. Adakah kami rakyat masih dianggap sebagai hamba yang menumpang di negeri ini? Istimewa sangatkah UMNO pada istana? Derhakakah kami? Pening Satu Perak ..

Nun di utara, UMNO menggelar MB mereka sebagai MB haram. Pimpinan UMNO Perlis telah menolak MB daripada kalangan mereka sendiri. UMNO Perlis menolak MB yang diperkenankan oleh Raja Perlis. Mereka mahu mereka sendiri yang memilih MB, bukannya istana. Terlalu biadapnya UMNO Perlis pada raja mereka. Tetapi biadap macam manapun, UMNO tetap dianggap tidak derhaka kepada istana. Sebaliknya istana yang telah derhaka kepada UMNO. Dua ADUN PAS juga derhaka kerana mengalahkan calon UMNO dalam PRU lalu. Pening Satu Perlis ..

MB Ahmad Said di Terengganu pula tidak disukai oleh UMNO Ganu. Walaupun istana teramat suka kepada Ahmad Said, UMNO tetap tidak suka. Peristiwa ‘Natang’ umpama api dalam sekam. Api belum padam walaupun setahun telah berlalu. Polis sehingga ke hari ini masih gagal menyiasat siapa taiko kain ‘Natang’ tersebut. Hari ini 10 ADUN UMNO memulaukan Sidang DUN Ganu. Tapi mereka tetap tidak derhaka. Jikalau mereka derhaka, sudah tentu mereka telah dikenakan tindakan kerana melakarkan ‘Natang’ di kain rentang. Sebenarnya lapan ADUN PAS yang derhaka kepada UMNO kerana tidak membantah perlantikan Ahmad Said sebagai MB. Pening Satu Terengganu ..

MIC pula tak cukup menteri. Sakit hati dan dengki pada MCA dan Gerakan. Kayveas belum lagi bersuara. Hindraf semakin jauh daripada MIC. Makhal Sakhi pula semakin mendapat sambutan masyarakat India. Masyarakat Cina begitu kecewa dengan kenyataan Muhyiddin. Shahidan Kassim di Perlis teramat kecewa dengan Najib. Rakyat pula satu Malaysia mahukan Najib menyaman Liberation. Pening Satu Malaysia ..

Selamatkan Malaysia daripada pening. Segerakan PRU 13. Lagi lambat PRU, lagi rakyat pening. Bukankah UMNO dengan bangganya telah mencanangkan bahawa pengundi Melayu telah kembali menyokong UMNO. Mesti UMNO menang punya. Mesti PAS dan PKR kalah teruk. UMNO tak pening, rakyatpun tak pening.

Satu Malaysia tahu yang UMNO akan lebih pening jikalau kalah PRU 13.

Tetapi jangan kita lupa Najib tu bahaya! Najib tetap hero Satu Malaysia ..

No comments: