Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 7, 2009

PilihanRaya Kecil..

Nama je kecil,tapi besar ya rabbi..
Tak terkata,setiap masa kat TV duk berkempen tuk BN/UMNO..
terutamanya tuk kawasan Bukit Gantang+Batang Ai..



aksi pemuda Umno ketika penamaan Calon


Utk Bkt Selambau slow sikit,tapi banyak visual datang drp Bkt Selambau gak..
Sebab apa??Sebab PKR Bkt Selembau difahamkan agak slow dan tak dapat
populariti seperti BN(MIC) kat sana..Jadi BN yakin menang,cuma
BN berhati2 dan tidak terlalu yakin..


Utk Batang Aii,tak tahu kenapa
sebelum ni PKR mendapat sokongan padu,tetapi sebaik sahaja
sokongan berlipat kali ganda ditunjukkan,maka keluarlah
ketua cawangan PKR dan beberapa orang penting PKR untuk
kawasan Batang Aii..

Satu pula syarat pelik dan undang2 rimba anjuran UMNO/BN telah
diWARTAkan..Yakni perkiraan undi tidak dibuat ditempat mengundi seperti kebiasaan
tetapi akan dikumpulkan sekali.Maksudnya dah habis mengundi akan dibawa kesemua kotak2
ni menggunakan kenderaan yang dipilih SPR dan akan dikira secara bersama di dewan pengumuman.Tak ke pelik namanya.Macam dah ada pasang taktik je..Silap2 nanti ada la kotak
yang hilang,undi parti tertentu dilesapkan dan kertas undi parti tertentu pula bertambah..


Untuk Bkt Gantang,tak terkata..BN paling berhempas pulas.Sungguh banyak isu dan sentimen cuba dimainkan.Semalam srikandi PKR cuba dicabul apabila pakcik2 yang dah melebihi 40tahun tetapi tetap bergelar PEMUDA UMNO yg dinyatakan CELAKA..

Bukit Gantang juga menyaksikan UMNO menggunakan POLIS untuk menghalang isu Altantuya digunapakai,Suara Keadilan dan Harakah disekat sebelum ini dan yang paling hina apabila seorang Cina yang bukan Islam telah dikecam kerana berkempen membaca ayat Quran dan terjemahan mengenai kebaikan yang ada dalam Quran itu sendiri.

Cina Baca Ayat Quran dan Terjemahan membuktikan kesucian Quran..



Apa yang menjadi kemusykilan apabila UMNO/BN pula mengalu2kan tarian separa bogel dan mengghairahkan oleh BN untuk menarik minat pengundi muda serta memberi makanan percuma,makan2 besar tu,sapa yang xnak datang.kemudian tersebarlah gambar2 mengenai mereka mendapat sokongan padu pengundi cina kerana ramai yang datang duduk bawah khemah yang terhidang penuh makanan yang lazat2..hehe..



Semak la gambar PR kalau duk berkempen ada ke tak pernah bagi makanan atau juz datang dengan rela hati walaupun dalam keadaan hujan..kesian..kita saksikan sahaja malam ini..


IKLAN PECAH PERUT..


-Laporan media perlu bertaraf dunia - Najib (UTUSAN mengAUTA)

IKLAN SAKIT HATI


Polis lepas gas pemedih mata







11.02 pagi:

Maklumat yang baru diterima, polis telah melepaskan gas pemedih mata di Taman Kaya, Simpang. Minta kepada petugas supaya jangan bertumpu kesana kerana akan mengusutkan lagi keadaan.

Semalam aku diberitahu, kelicinan jentera pilihanraya BN akan menjadi petunjuk sama ada BN akan menang atau kalah. Banyak cerita tentang perselisihan didalam Umno. Sekiranya jentera pilihanraya BN tidak berfungsi pagi ini, maka kekecohan akan dicetuskan.

Awas...berhati-hati kepada petugas=petugas PR.


(163) ABO @ Bukit Gantang LIVE - Keranda Altantuya di tahan Polis di Trong

Sebuah kereta yang membawa keranda 'Altantuya' telah ditahan Polis di Pekan Trong sebentar tadi pada jam 12.50pm tengahari. Kini Polis juga turut menahan pemandu kereta tersebut. Keranda itu akan dibawa ke Balai Polis. Pengebumian tergendala sebentar.


(162) ABO @ Bukit Gantang LIVE - 7 petugas PKR ditahan kerana memiliki topeng Altantuya di Trong

Laporan yang baru diterima daripada Ketua Srikandi PKR, beberapa orang dari Pemuda Umno terus mengekori srikandi2 PKR sambil berterusan membuat aksi isyarat lucah hari ini. Keadaan ini benar2 memberi keresahan dan kebimbangan beliau lebih2 lagi insiden melondeh seluar baru saja berlaku semalam.

No comments: