Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 29, 2009

PAS..Apa sudah jadi???

Hehe..Aku kembali lagi dengan isu politik..
Walaupun dah buat kenyataan blog aku bukan blog politik,tapi macam biasa,dah semua orang duk bercerita kes politik..Semua orang kecoh ,bising pasal politik..Aku pun duk bisingla..Aku kan kepoh sikit..Kenapa aku cakap semua orang??Sebab majoriti yang bising..So sesiapa yang cakap salah,sila kemukakan bukti..Nanti senang aku bagitau hangpa apa maksud politik dan hal-hal yang terkandung dan dipengaruhi politik..

Okies???

Hah..Terbaru ni kes blogger2 Upahan UMNO/BN dah mula bising..Hal orang2 kuat PAS (kuat ke??) aka Pemimpin2 PAS yang duk menghadap BPN (Blogger Pembela Negara)..

Nama je beb..aku iktiraf..Kalau hangpa nak panggil Blogger Pembela N**IB pn boleh je..Ok..3orang semuanya..Apa kes??Sebelum ni ada rakan supporter PAS 4eva yang duk mintak kat aku explain apa maksud aku tentang PAS yang kelam kelibut..Aku bukan kata PAS je kelam kelibut..Nak tengok PKR pn kelam kabut..DAP pn ada gak kelam kabut (parti paling relaks,sikit isu) dan UMNO xpayah cakap,tahap kelam kabut tak boleh nak dibendung sampai terpaksa menggunakan semua media menutup kelemahan mereka..

Tapi mungkin ada segelintir penyokong PAS yang tak mengikuti kes dalaman parti..
Jadi bila ada yang menegur atau mengata perihal dalaman PAS,akan melenting..Relaks beb..Majlis Ulama atau yang betul2 sustain dengan perjuangan memang xda apa..Masalahnya yang duk gila nama,pangkat n kuasa ni je..Kes dalaman parti penting beb..Nak muktamar dah ni..Korang nanti yang sebagai ahli PAS berdaftar kena la mengundi,kalau setakat supporter tu tolong la berkempen tuk calon2 yang korang suka dan rasa boleh harap bukan yang duk gila jawatan,gila nama,gila apa2 saja..

Kalau Nizar tu dikatakan gila kuasa aku xsetuju..Nizar pejuang beb..Yang bagi aku gila kuasa
orang2 yang duk muncul masa senang ni je..Kat TV kite boleh la tengok mana muka2 yang
kerap muncul..Tapi kat media Pakatan Rakyat die slow..Sapa??tah..hangpa check la sendiri..
Aku suggest media terbaik tuk tengok sumber paling mendalam korek korek korek sampai tahap lubang cacing kat BloggerNetwork Perak terutamanya..Ini orang memang berani mati punya..Semua die tibai..Anwar Ibrahim pun die tutuh...

Ok..Kes PAS jumpa BPN..Nah..baca sampai habis..(BLOG GERAKAN ANTI PKR)
Then nanti korang baca gakla pasal isu lain dalam GAP ni..GAP ni memang banyak pun pembaca..Sama dah macam AIDC..AnwarIbrahimDotCom..

Korang baca entri sebelum2 ni..Ada kes Erdogan vs Muzakarah..
Team Muzakarah dianggap team yang support golongan ulama PAS manakala team Erdogan dianggap team yang support Anwar Ibrahim..Tapi tak ke pelik sebab majlis Syura Ulama banyak putuskan seperti apa yang dituntut atau dilaungkan golongan erdogan ni gak..Macam kes kerjasama dengan UMNO dan sebagainya..

Hahahaha..Memang lawak la..Dah tu anggap pulak yang ulama2 dalam PAS ni cakap xserupa bikin la,kutuk itulah,kutuk inilah...Aku pun pelik mana pendirian depa ni..Tapi xpala..Semua politik punya pasal..dah jadi gila dan makin pelik..

Yang aku nak tekankan kepada supporter PAS,janganlah mudah duk memberontak..
Dua tiga kerat je yang buat hal..Lagipun aku tengok Majlis Syura Ulama PAS
yang paling terbaik dalam semua perkara..Malah menjangkau pemikiran kesemua
yang ada dalam Pakatan Rakyat..Sebab tu aku yang sebagai kipas susah mati Pakatan Rakyat
mengimpikan Anwar Ibrahim sebagai PM sebab pengaruh dia dalam politik dunia Islam dan Barat tetapi dengan syarat Anwar Ibrahim WAJIB dikawal Majlis Syura Ulama PAS..

Mentaliti mereka aku tengok sekarang dah makin hebat.Jadi penasihat Anwar seperti Mahathir Mohamad tak diperlukan.Aku lebih menyukai golongan Erdogan yang xnak berkerjasama dengan UMNO/BN demi Melayu..PAS xperlukan title Melayu,tetapi bawalah imej Islam tu..Ada di Selangor dan Perak yang kemaruk sangat agaknya atau tak berfikiran rasional sebab dulu xdapat berkuasa..Relaks beb..Kat Perak dulu pun masa DAP mintak ADUN BEHRANG (kawasan aku) si bekas Posmen tu jadi MB,PKR pun reject..Last2 bagi kat Ir Nizar..So korang dah nampak lum yang ukhuwah menentang kezaliman tu jangan gilakan jawatan???

Cuba la bawak2 bersabar..Saat ni ramai dah mula tertatik dengan PAS,aku sendiri pun dah mula nak berjinak dengan PAS sebab xdecide parti terbaru lagi ni..4sure sekarang ni memang aku Pro PKR..tapi mana tahu demi sesuatu yang lebih diredhai aku akan pilih PAS ke..So moralnya,bila orang dah suka,janganla buat macam HARAM (ni bahasa muda mudi,so janganla cepat tergadah ek member2 PAS)..

Apa2 pun,support CALON PKR utk DUN PENANTI..UMNO/BN xjumpa calon lagi..
Bak kata teman2 blogger yang lain..UMNO/BN takut tersungkur lagi..
Dah 4 PRK kat semenanjung semua kalah beb!!

La ni kat Penanti xda Isu..Fairus support calon baru,Fairus xda masalah
dengan pemimpin tertinggi parti,cuma seorang makhluk
sengal dalam PKR yang buat laporan SPRM dan juga paling pelik
diberi keistemewaan berucap dalam TV pada masa PrimeTime!!
Hah..malaun sekoq ni je yang Fairus ada masalah..




Sama2 kita nantikan...

2 comments:

Suhaimi Said said...

Mana ada parti yang tak ada , masalah. UMNO bercelalru, MCA berkecamuk, MIC dah tempang, PPP dah nyanyuk, Gerakan dah tak bergerak.

Di Sabah dan Sarawak pun gitu.

Dalam Pas, biasalah ada Ulamak tulen seperti Nik Aziz dan Haji Hadi, ada Mi Celup, kata anak Nik Aziz, ada ulamak Fardhu Ain, ada Erdogan, tapi perpaduan semua ni membuatkan PAS kuat.

Kalau Ulamak saja belum tau lagi.

Dlm PKR pun gitu, ada dari UMNO, MCA, Gerakan, PPP, MIC, PRM, bekas Parti Buroh, NGO dan Kesatuan Sekerja bahkan ada juga dari PAS.
Bukan senang gabungan ni nak sefaham, tapi gabungan inilah yang memperkuatkan PKR.

DAP, dia tak buka luas parti dia. Masalahnya kurang, walaupun ada juga.

Dan persefahaman PKR< PAS dan DAP inilah yang diterima rakyat sekarang ni. PR menang kerana ini, jangan ada kumpulan-kumpulan yang dabik dada dia lebih kuat.

Ambiklah pepatah Melayu, BERSATU KUKUH BERCERAI ROBOH. ok?

akureformasi said...

Tak nak masalah hidup sorang-sorang la.. Tak yah bercampur.. Tapi hidup sorang2 pun bermasalah...