Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 20, 2009

Isu semasa..

PRK Penanti??


ADUN PENANTI letak jawatan???Belum pun disabitkan kesalahan,masih dalam penyiasatan ADUN PENANTI telah meletakkan jawatan??Apa barang beb..Ini kes apa ni??Dah give up sebelum berlawan.Mana konsep Lawan Tetap Lawan???


Najib kata tu taktik dan polemik PKR..Siapa yang bawa polemik??Ahli PKR penang jugak yang merungkai semua isu ni,tapi wahhhh...die dapat keistimewaan tinggi menjulang apabila dapat buat press conference agak lama di TV3 dan RTM pada waktu Prime Time..Anwar??berapa saat sahaja??15saat pun xsampai kalau ada bercakap dalam berita tu..xcaya??boleh tgk berita lepas ni,mana2 pemimpin Pakatan Rakyat bercakap xkan sampai pun 15saat.kalau dapat lebih 10saat tu pn dh kire mashyuk!!!

MahaDey suh UMNO bertanding gak..Haha..Kita tengok Najib ni nak membazir wang rakyat dan masa rakyat atau ikut kata2 MahaDey..Sebab Najib dah kuar kenyataaan sebelum ni.So kalau Najib ikut kata MahaDey,maka betullah kata orang kerajaan yang ada sekarang ni sebenarnya bawah pimpinan Diktator bergelar MaharajaDey yang membuat UMNO seperti tandas,keluar masuk sesuka hati..


Masjid Tg Malim..


Huhu..AKu kat Tg Malim sekarang ni dah naik bosan pulak dengan taktik
pihak tertentu yang mana menyebarkan risalah di depan pintu masjid.3kali jumaat beb..
Tah ape kejadahnya letak risalah macamtu.Tak solat ke??Non Muslim ke letak??Sebelum solat tak ada..Lepas solat nak kuar baru la ade berlambak depan pintu gate masjid.kalau ye betul pun itu kerja Pakatan rakyat,xpayahla buat sampai macamtu rupa.Keluarkan akhbar berkala macam Suara Keamanan hari tu,yang tak perlukan lesen.Dalam tu kau sumbat la seberapa banyak maklumat yang ada.


Tu baca PerakExpress.com ada MatSamanKati dah story tentang revolusi menyampaikan maklumat pada orang kampung.Duk lepak lama tercegat je buat apa macam tu.Leh je buat satu kedai kopi yang boleh orang nak serve internet ke.Buat style cybercafe ke.Barula masyuk.Kalau la duit Pakatan Rakyat tu ada,melabur ke tempat macamtu,sumber maklumat tu penting beb.Tapi dengan sistem jaringan Malaysia ni yang hampeh,dengan celcom pun hancur asyik line problem,dengan stremyx pun haram jadah walaupun aku dah pakai 2Mbps tapi tetap hampeh nak buat cmne.Melabur buat Masjid Kristal yang tak tahu ape pekdahnye boleh.Ni nak pertingkat sistem komunikasi dan pengangkutan punye susah.Belum ada syarikat kroni ke yang nak sapu upgrade ni ke bang rosmah bibir seksi??


One Malaysia

Semalam lepas abis study kat libry aku pergi gunting rambut kat kedai India(A).Aku nak masuk dalam kedai tu,tapi tengok ada seorang india(B) .B ni tanya la aku nak gunting rambut ke.Aku dalam hati pun cakap,takkan la aku datang kedai ni macam nak tengok wayang pulak.AKu iyakan jela.SO die cakap la die taknak gunting,so lepas A abis gunting rambut pelanggan tu,terus turn aku.

B cakap la die tengah tunggu abag die datang.Die cakap minyak kereta die habis.Ada depan Maybank(dalam 150m dari kedai A).Then aku cakap kalau nak pegi isi kejap,pakai la aku punye motor.(berani pulak aku offer padahal xkenal pun india B tu).Die cakap die tak ada duit.Aku memula memang tak faham,lepas tu aku baru faham.Die cakap nak pinjam rm5 je dari aku,then abang die datang aku leh amek kat abang die.Menyedari yang si A dengar,si B ni pun keluar dari kedai,aku pun follow die sebab tak buat apa..

Bincangla kat luar tu.Aku pun kebetulan poket tengah penuh,banayk duit kertas dari rm1,rm10 smp ke rm50.AKu cakap yang aku ada RM50 tepat tuk gunting rambut je.Then si B ni dah macam mendesak.AKu pun rasa semacam.Ape pulak la si keling ni nak auta aku ni.

Aku :I ada rm50 je ni,tunggu lepas gunting then i will give u d money ok??

B :Kawan saya ada tunggu sana punya.Dia sudah perigi itu petrol.Sikarang saya mau bayar itu duit saja.Boleh ka tukar??

Aku : I nak gunting ni sekejap je.

B :U student UPSI ka?Saya pun tau itu UPSI,saya KZ sana pun ada pergi juga.Percayala sama saya.Saya tarak tipu punya.Bagi saya itu rm50 boleh tukar kat kedai sebelah.

AKu : Orang tu dah nak abis gunting,then saya bagi duit tu.

B :Ini kedai gunting abang saya punya.Dia pergi jogging kejap lagi dia datang nanti awak ambil la duit dari dia

Aku :Owh,ni kedai abg u??Kenapa tak minta dekat pekerja dia saja?Nanti u cakap la abng u bagi.

B :Ok,awak pergi tukar itu duit la kat kedai sebelah..

AKu :(keraskan hati sebab mamat india ni dah semacam)No,tunggu sampai saya abis
gunting.

B :Kejap saya call abang saya kalau u xmau percaya.(Buat2 call,tapi macam tak sambung pun)Erm,awak ada duit sikit sahaja ka?Rm1 ka,duit syiling ka.Saya tak tipu,kereta saya depan maybank sana.Ini kunci kereta (menunjukkan kunci nissan sunny kepada aku)

Aku : (Sudah..ape kes pulak ni)Ok,u cakap ni kedai abg u punya?So kenapa tak ambil dari pekerja dia je?Kalau betul u nak,u pergi bawak kereta datang sini,then i will give u the money ok??

(Aku dah mule fed Up dengan orang yang cube nak permainkan aku bile aku ikhlas nak tolong,then aku masuk kedai dan terus turun aku gunting,si B tadi dah terus hilang tak datang2 dah)



Masa gunting ada la adik kepada si A ni tadi 2orang datang.Diorang berborak dalam bahasa diorang la.Aku ade terdengan perkataan "Malay" sambil die menepuk bahu aku(aku dah nak abis gunting,juz die tengah bersihkan sekitar belakang bahu aku).Aku pun agak la diorang tengah story pasal aku.

Then aku nak bayar tu dorang tanya la kenal ke B tadi.Kawan aku ke.AKu cakap tak kenal pun.Saja je tanya kot2 ada masalah besar ke nak gak tolong. Die cakap itu orang suka menipu punya.Abg tak payah baik hati sangat tolong,tapi die cakap pelik la melayu nak tolong itu india.Huhu...So aku pun balik sebab dah nak maghrib..


Moral..
1)Jangan terlalu baik hati..
2)Selalu ada taktik lain dan jangan terlalu lurus.
3)Jangan ada sikap diskriminasi pandang bangsa lain hina sangat.Kita semua sama je.Assobiyah nak tinggi melangit duk wat tahi pa??
4)Jangan ikut orang lain pergi mana2 sesuka hati (nasib aku tak kena tikam ke kat luar kedai tu)


Konsep Pemikiran (aku baru abis study ni)
1)Topi Hitam-Selalu fikir negatif..(kalau aku bagi,apa akibat die..Die ni memang tak boleh dipercayai n so on)
2)Pemikiran Kritis (selalu mengkritik dan menilai sesuatu)

No comments: