Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 14, 2009

Keputusan SPM 2008..suatu kajian(yg xberapa nak mengkaji)

Tahniah buat semua adik2 yang berjaya.Dan kepada mereka yang tidak mencapai target,teruskan perjuangan anda,dunia tidak kejam menghukum anda,yang kejam cuma mereka yang tidak memahami konsep Multiple Intelligent yang ada pada setiap individu.

Setiap manusia yang dicipta mempunyai kemahiran masing2.Adakah penoreh getah itu bodoh dan tidak pandai?Jika kita lihat dari segi mentaliti masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat JUMUD dan tak berfikir diluar kotak,mereka hanya akan menilai daripada sudut akademik sahaja.Tetapi banyak perkara yang positif yang ada pada penoreh getah itu diabaikan.

Penoreh getah tidak menerima rasuah,walaupun hidup bukan dalam keadaan yang kaya seperti pemimpin negara yang kaya raya dengan mempergunakan harta rakyat,tetapi penoreh getah masih mampu survive dan tidak pernah melakukan hal penyelewengan.Pernah anda dengar penoreh getah pecah amanah dan menyeleweng?Jika ada,BUKTIKAN,jangan hanya cakap tetapi tidak dikemukakan dengan BUKTI.Jadi ini membuktikan bahawa penoreh getah juga seorang yang berjaya kerana dapat melalui liku kehidupan dalam era global dan krisis ekonomi yang merencam kebelakangan ini.


Baru-baru ini keputusan SPM diumumkan.Satu perkara yang biasa bagi kita adalah Sains dan Matematik akan menunjukkan peningkatan yang membanggakan.Anda pernah tahu software yang boleh menentukan gred keseluruhan?Semasa aku di tingkatan 5,ada antara orang Lembaga Peperiksaan yang memberitahu bahawa markah untuk mendapat A dalam subjek killer Sains dan Math adalah mungkin hanya pada 60%.Dan ini boleh dibuktikan dengan bertanya kepada guru-guru sains dan matematik yang lebih mengenali anak didik mereka dan kemampuan mereka.Oleh sebab itu apabila seseorang pelajar seakan-akan tidak bersemangat dan yakin untuk skor A,cikgu akan menyatakan keyakinan pelajar mereka akan Skor A pada peperiksaan SPM.


Tetapi satu perkara yang agak memeranjatkan apabila baru-baru ini juga keputusan pencapaian untuk English mengalami penurunan.Bagaimanakah perkara seperti ini berlaku?Apakah PPSMI tidak membantu langsung dalam mendidik anak2 kita untuk menguasai English seperti yang dinyatakan oleh Mahathir Mohamed yang sangat Obses mengenai PPSMI dan tidak mahu menerima mana2 kajian daripada pakar.




Utusan juga semalam mengulang pendirian Mahathir.Ternyata mahaFiraun ini masih tidak mahu mengalah.Apa yang baiknya PPSMI jika hanya untuk golongan tertentu?Mengapa tidak pernah Mahathir sendiri menyatakan sedia berdebat dengan mana2 Prof Emeritus yang mahu memperjuangkan anak bangsa.

Ini bukan perkara politik,tetapi telah dipolitikkan dek kerana egois si MahaZalim dan kroninya.Analogi dari sudut perniagaan,bagi seseorang peniaga jika sesuatu strategi itu ternyata membawa kesan yang sangat merugikan,adalah lebih baik menukar strategi biarpun telah banyak membuat investment untuk strategi yang asal.Tetapi mahaFiraun ini pula mahu ianya Hold dan diteruskan.Memang perlu berani menanggung risiko,tetapi ambil risiko dengan mengubah dengan teknik yang lebih berkesan,bukan meneruskan sesuatu yang akan terus menerus merugikan anak bangsa.

Bagi kami guru-guru muda,memang tiada masalah pun mahu mengajar dalam BI.MahaFiraun tidak memahami realiti(atau tidak mahu).Permasalahan utama adalah mengenai pelajar yang kehidupan dan sosialnya bukan di bandar,tetapi dikampung dan kawasan pedalaman.

Bagaimana mereka dapat menguasai English dengan mempelajari sesuatu teori yang sukar?Term dalam English dan BM memang berbeza,tetapi konsepnya tetap sama.Jika kita pergi ke Jepun,bahasa mereka lain,tetapi kaedah dan konsep sesuatu perkara adalah sama.Bersifat UNIVERSALIS tetapi kenapa Mahathir tidak mahu menerima sesuatu yang basic ini?

Lebih menyedihkan apabila Mahathir yang dikatakan orang paling hebat(pemikiran) menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menterjemah sesuatu penemuan baru dari English ke BM.

Katanya, sains adalah subjek yang tidak statik kerana ia berkembang hampir setiap jam dengan ratusan kertas kajian dalam ilmu sains diterbitkan dalam tempoh itu dan untuk mencari orang bagi menterjemah daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu adalah mustahil.-UTUSAN

Jadi apa gunanya internet??Kenapa di Jepun dan negara lain boleh melakukannya?Apa gunanya media jika tidak memberi informasi dalam bahasa ibunda?Takkan kerja media hanya menjadi alat politik parti tertentu untuk memburukkan dan menghina parti lain sahaja?


Berikut adalah kenyataan penuh dari UtusanOnline(clik pada entri)

Pemimpin perlu atasi masalah PPSMI - Dr. Mahathir

Maka daripada IQ aku yang rendah ini,aku hanya ingin mengetengahkan beberapa pendapat sahaja.

1)Korea Jepun dan negara2 lain memang mahu penduduk mereka belajar bahasa asing,tetapi Sains dan Math masih lagi menggunakan bahasa ibunda.

2)Negara kita mempunyai fakulti bahasa dan linguistik,kenapa ianya tidak digunakan?Mereka bukan calang-calang orang.

3)Setiap manusia ada kecerdasan masing2.Mahathir masih tidak memahami konsep ini.Jika dia mahir dalam kecerdasan logik matematik,kenapa mahukan membebankan dia yang tidak ada kecerdasan verbal linguistik?

4)Orang arab dahulu ada wakil-wakil mereka sendiri.termasuk selepas perang Salib dimana sebahagian sahaja yang menguasai Bahasa Arab dan menterjemah karya-karya Islam ke dalam bahasa inggeris.

5)Orang yang menentang bukan dengki,tetapi kasihan dengan anak2 yang semakin terpinggir.Mahathir menggunakan konsep Kapitalis.Urban area akan semakin jauh ke depan meninggalkan rural area jika konsep ini akan diteruskan.


6)Antara masalah utama yang akan dilihat daripada PPSMI adalah keadaan PASIF seaktu dalam kelas.Pembelajaran adalah suatu proses interaktif pelajar dan guru.Jika PPSMI digunapakai,pelajar dan guru akan jarang berkomunikasi.

7)Mahathir sudah nyanyuk dan tidak dapat berfikir dengan waras setelah kehilangan kuasa.Politik kukubesi beliau sudah berakhir.Kita sudah merdeka dari penjajahan MahaFiraun ini.tetapi hati-hati dengan MahaFiraunKecil dan katak emosional pengikut setianya yang masih berada dalam parlimen.



Iklan sat..Pemimpin berwajib masih dengan ego mengatakan ekonomi kita mampu menangkis kesan ekonomi global. Jika Jepun & Amerika sedang garu kepala, usah mimpi sistem ekonomi kecil kita ini akan survive.Ternyata mereka memang EGOIS yang tidak pernah insaf..


Nama lain bagi MAHATHIR

Makes
A
nwar
H
omoseksual
A
nd
T
hen
H
ighlight
I
t
R
epeatdly

No comments: