Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 23, 2009

Gangguan...

Korang pernah dengar pasal gangguan x??
Makhluk halus..
Sape xpercaya??Angkat tangan cepat..
Iman xsempurna..dewh..

hah..sesuke hati aku je cakap iman sorg tu xsempurnakan??
memangla..aku cakap xsempurna..bukan xde iman..
aku bukan tuhan,jadi sesiapa yang hasad dengki kat luar sana
xpayah la jadi "akak" ape2 plak tuk attack aku mcm2..

Iman xsempurna apabila menolak perkara2 Ghaib..
fahami Rukun Iman tu dulu..
Bile dah faham..dah percaya dan beriman dengan
Rukun tu macam Percaya kepada Quran,janganla duk Hina Quran macam2..
tu leh terbatal syahadah pulak..

Okla..aku nak fokus pada gangguan ni sebab aku rase ramai yang
terkena,xterkecuali aku yang telah diNgorat oleh awek2 Jin
mase aku kat SMKA SHAMS dulu dan menyebabkan aku
sampai skg ni suffer gak dgn menatang tuh..huhu..
Aku terima seadanye wlupun dah xpat seaktif dulu..sob3..

Ok,tuk rujukan korang,cube semak diri korang dengan perkara
yang aku quote bawah ni eh..


TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.



TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua
mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.



MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu
dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh
seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti
seseorang yang mengalami mimpi buruk.



DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan
kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air
panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa
sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prkara ini jin tidak
akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat
marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang
tinggi.



SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA


Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah disebabkan
syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang
dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan
perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi
dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan
oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini
menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara
mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal
manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh,
ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang
tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam
kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah
merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu
perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan
bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan keji yang diharamkan.
Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu
bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang
diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak
mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka
maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak
mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari
mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan
menjadi tempat tinggal manusia.



CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia
dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah
merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang
dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
otaknya.
Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara
pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya
bahawa mereka berada di otak manusia.



PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya
.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :- o
Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.

3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.

4. Tidak membunuh ular yang berada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang
syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat
merangsang nafsu seseorang.

6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.

7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.


Dan Jin sama macam manusia..Cara Hidup dan bersosial..
Jin pun ada bangsa2 sendiri,tapi dorg xde la perkara 153 semua yang menjamin hak
ketuanan sesuatu bangsa..hehe..

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemakmur-pemakmur



Ni pulak gambar2 Jin..Aku xsempat nak try lagi..
Tengok rezeki gak..Ada teknik..

Gambar di atas diambil semasa rawatan di Kuantan baru2 ini. Seorang pesakit diganggu oleh jin perempuan tua yang menyayangi pesakit... dia menangis apabila dipisahkan.





Ini di AKRINE Kuang, cuba lihat kepala besar, mata dan sebagainya.


Jin betina?


Hantu Pucong? Rambut panjang.. baju koyak-rabak


Gambar ini tak jelas bagi orang biasa... tetapi jika anda ber"saka" anda akan melihat kandungannya


Gambar pada daun sireh yang pada mulanya disapu dengan kapur. Apabila dilakukan rawatan ia membentuk seperti tempat asal jin... kuil hindu (Bukan teknik rawatan AKRINE)


Cara Melihat..
Semuanya dgn Izin Allah.
Cuba baca surah Al-Kautsar serulang kali dalam hati...Nampak la nanti tu.Tp kena yakin pada Allah.

Untuk info menarik sila layari web berkenaan..
http://www.mesra.net/

No comments: