Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 31, 2009

Faisal Tehrani Menyokong PENUH Ir Nizar....Tolak calon UMNO/BN..

Memperakukan Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin


Sebagai seorang yang bebas dan tidak mahu disabitkan dengan mana-mana parti politik, saya kira amat sukar untuk membuat keputusan siapa yang harus diperakukan di Bukit Gantang, Perak.

Mengabaikan faktor PAS bersekongkol dengan kumpulan 'orang itu' dan jalur yang saya tolak secara peribadi, serta faktor memiliki kawan-kawan yang ramai dalam parti UMNO (maaf teman, 'isu bahasa' sangat penting buat saya); saya memilih untuk merenung isu-isu yang dibawa oleh calon-calon yang bertanding secara objektif.

Oleh kerana Naib Presiden UMNO yang baharu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di perhimpunan agung UMNO baru-baru ini, masih berlengah membuat keputusan segera mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), saya tidak dapat menafikan sebagai pengarang sastera Melayu dan 'pejuang bahasa Melayu tidak rasmi' saya
berkewajiban memperakukan (endorsing) Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berbanding Ismail Saffian. Calon bebas Kamarul Ramizu Idris pula tidak diketahui pendiriannya. Sikap saya jelas, saya tidak tergamak menderhakai bahasa Melayu.

Ini adalah kerana, pada tahun 2006, Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar Jamaluddin (anak calon PAS di Bukti Gantang), 10 tahun telah menyaman kerajaan, bersama-sama beberapa pelajar sekolah yang lain kerana kementerian pelajaran memilih untuk melaksanakan dasar yang menyebabkan sebilangan besar para pelajar (khususnya kaum Melayu) berdepan dengan pelbagai krisis.

Calon PAS di Bukit Gantang (klik sini untuk blog beliau) yang merupakan seorang jurutera dapat dijadikan contoh dalam hal kemahiran berbahasa. Selain merupakan graduan kejuruteraan dari University of Aston, Birmingham, England, beliau juga fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Hokkien. Beliau juga dikhabarkan dapat berbahasa Arab.

Kembali kepada sebab utama saya memperakukan beliau, saya ingin menegaskan kedudukan bahasa Melayu sama pentingnya dengan kedaulatan Raja-raja Melayu. Selari dengan gesaan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang menggesa rakyat untuk menolak dasar ini dengan undi; saya berharap rakyat yang prihatin dapat mengambil kira faktor isu membantah PPSMI ini ketika mengundi 7 April kelak di Bukit Gantang.

* Maklumat di atas dapat dirujuk menerusi 'salah sebuah akhbar tempatan', atau baca di bawah:






4 Pelajar Saman Kerajaan Isu Sains, Matematik dalam BI

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pelajar sekolah rendah dan tiga pelajar sekolah menengah hari ini menyaman kerajaan berhubung pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mereka menuntut perisytiharan mahkamah bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saman pemula tersebut difailkan oleh Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar, 10; Mohammad Fadzil Nor Mohd. Rosni, 15; Nur Najihah Muhaimin, 15; dan Syazaira Arham Yahya Ariff, 16, melalui bapa masing-masing.

Dalam saman tersebut, mereka menuntut perisytiharan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002 bertarikh 27 November 2002 adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Pelaksanaan dua mata pelajaran itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam mulai tahun 2003.

Mereka turut menuntut perisytiharan yang sama terhadap Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/2002 untuk SJK Cina.

Mereka yang menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan juga menuntut perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai kuasa dan budi bicara untuk memperkenal, menguatkuasa dan melaksanakan dasar yang dinyatakan dalam Pekeliling 11 dan 12 tersebut.

Di samping itu, mereka menuntut perintah mengarahkan defendan supaya menukar semula dasar tersebut menurut kehendak dan peruntukan perlembagaan serta undang-undang bertulis.

Tindakan saman ini diambil dengan alasan antara lainnya ialah pelaksanaannya dibuat tanpa mengambil kira peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 serta Akta Pendidikan 1996.

Mereka juga mendakwa wujud diskriminasi apabila terdapat perbezaan peruntukan tempoh masa dalam seminggu bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan antara SK dan SJK Tamil dengan SJK Cina serta antara pelajar di kawasan bandar dengan pelajar luar bandar.

Saman itu dikemukakan oleh mereka selaku plaintif pertama hingga keempat melalui bapa masing-masing iaitu [b]Mohammad Nizar Jamaluddin[/b], Mohd. Rosni Abu Bakar, Muhaimin Sulam dan Mejar (B) Yahya Ariff Kamaruzzaman.

[b]Mohammad Nizar, seorang jurutera dan Yahya, bekas pegawai tentera bersama beberapa ahli parti Pas termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, [/b]Idris Ahmad turut hadir semasa saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini.

Afidavit Mohammad Nizar, 49, yang difailkan bagi menyokong saman berkenaan menyatakan bahawa anaknya, Syawwaal merupakan pelajar tahun empat di SK Batu Tiga, Temoh, Perak.

Mohammad Fadzil Nor dan Nur Najihah masing-masing pelajar tingkatan tiga di SMK Tok Muda Abd. Aziz dan SMK Seri Perak manakala Syazaira pelajar tingkatan empat di Madrasah Idrissiah, Bukit Chandan, Perak.

Dia mendakwa plaintif-plaintif telah dipaksa belajar dan diajar bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris tanpa kerelaannya sebagai bapa dan bapa-bapa pihak plaintif lain.


2 comments:

Khairul said...

gambar first yang orang pegang bendera pas then memakai topeng, amat memalukan. menjatuhkan maruah PAS je.. nak2 bila pegang bendera tu..

Fadhlullah Universoul said...

ape yg memalukan sgt???boleh explain pjg lebar??