Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 10, 2009

Alhamdulillah...dan takziah

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar

Program Motivasi RoadShow Ilmiah yang dijalankan di SMK Kompleks KLIA dan
SMKA Sheikh Hj Mohd Said Seremban benar2 membuka minda aku dan merupakan
antara pengalaman terbaik pernah dirasai.Sebab apa?Pengalaman itu pelbagai,tetapi pengelaman baru yang memberi satu perkara yang positif itulah perkara yang terbaik.Selagi ianya berada dilandasan yang betul dan dibuat adalah untuk mendapatkan keredhaaan Allah SWT.

Pada mulanya memang terasa perit kerana tidak dapat rehat yang cukup.Hari Khamis dan Jumaat dalam kondisi yang tidak sihat serta pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan,Jumaat pula jadual padat,sebelah pagi diisi dengan mentelaah subjek Kimia Fizikal manakala sebelah petang padat dengan kelas sehingga jam 7pm.Hnya sempat balik mandi dan solat kemudian 8pm terpaksa berada di kampus untuk menyelesaikan misi sebelah pagi..Midterm Kimia Fizikal.

Jumaat juga tidak tidur kerana membantu sedikit penyediaan montaj,lagi2 bila dimaklumkan kami akan bergerak dari kampus ke SMKK KLIA pada jam 5am.Nasib baik Weeda tak benarkan aku bawa kereta.Dapat juga berehat dalam bas.Setiap perkara yang berlaku memang ada hikmahnya.

Setibanya di SMKK KLIA,keadaan sedikit kelam kabut kerana keterlewatan kami yang sesat dalam perjalanan.Tetapi semuanya cuba dilaksanakan sebaik mungkin.Kredit kepada adik2 SMK Kompleks KLIA kerana begitu sporting dan memberi kerjasama yang sebaiknya.

Kami para fasilitator sgt terharu dengan semangat adik2.Begitu juga di SHAMS.Perubahan dapat dirasai apabila penamat kemuncak program.terima kasih.Tanpa kerjasama adik2,siapalah kami.

Kami berdoa agar adik2 dapat menempuhi SPM dgn cemerlang,dikurniakan kesihatan yang baik semasa menghadapi exam.InsyaAllah adik2 boleh SKOR cemerlang dlm SPM nanti.Tunaikan harapan Ibu Ayah,guru-guru dan masyarakat sekeliling.Jaga hubungan dengan Allah dan sesama makhluk..SHAMS n KLIA BOLEH!!!



Sedikit kecewa apabila mendapat perkhabaran sedih sepanjang program.Perhimpunan BANTAH PPSMI dilayan sebegitu rupa oleh POLIS simpanan walaupun pihak istana memperkenan memorandum tersebut diserahkan.Masjid Negara juga disimbah dengan air asid dan ditembak dengan peluru pemedih mata sehingga jam masjid tersebut habis pecah.

Juga sahabat2 nasyid(Destiny) yang kemalangan di lebuhraya seremban sewaktu hendak ke mengadakan konsert bersama UNIC di Melaka.Maafkan aku xdapat membantu korang saat korang memerlukan sebab masa tu aku tak ada transport.Aku naik bas je.Syukur juga Fitri dan Fazli UNIC membantu menguruskan mereka.

Juga saudara Muaz Hamid yang turut terlibat dengan kemalangan pada hari Ahad di Sg Buloh.Muaz Hamid merupakan teman sewaktu aku di SMKA SHAMS.

1 comment:

Cahaya Mata Abdullah said...

Salam..

huhu.. x sangke pula kakak2 n abg2 sume x tido gare2 nak sediakan slideshow utk kami..
syukran buat semua..
Semoga Allah SWT membalas jasa penat lelah kakak & abg semua dengan rezeki yang melimpah ruah dan moga terhindar dari musibah..

" pabila ditanya mengapa berjuang itu pahit, jawablah kerana syurga itu manis "
;)