Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Feb 20, 2009

Antara 2 berita..Mana Pilihan anda????



Utusan MeL_Y_ :Anwar Gagal Jawab Tuduhan

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diasak Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mahukan bukti kononnya parti itu melakukan konspirasi bagi menjatuhkan kerajaan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Anwar gagal memberi jawapan jelas sebaliknya menggunakan masa berbahas untuk menuduh BN berkonspirasi melalui tindakan jenayah seperti membunuh, menculik dan melarikan wakil rakyat pembangkang sesuka hati.

Dalam hubungan ini, Dr. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) mahu Anwar menjelaskan, adakah akuan bersumpah yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang itu boleh dipercayai.

Beliau berkata, ini kerana ramai orang yang membuat akuan berkenaan termasuk Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) yang tidak diterima oleh Anwar.

“Ini yang menjadi masalah. Kita kata diugut, dilarikan orang dan sebagainya tapi tidak mahu terima puncanya. Di mana puncanya? Puncanya kelemahan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sendiri kerana mereka wakil rakyat PKR.

‘‘Persoalan akuan bersumpah, mana kredibilitinya? Saiful pun membuat akuan bersumpah. Apakah kita nak guna pakai semuanya,” soal Puad.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menimbulkan persoalan kemungkinan ada persetujuan antara pihak yang melompat parti dengan orang yang berunding supaya satu pihak menghilangkan diri buat seketika tanpa memberitahu isterinya.

“Mungkin ada standing agreement antara pihak berpindah dan berunding, lalu dia tiba-tiba hilang. Kita memang tahu perkara politik adalah rahsia, tak boleh bagi tahu orang rumah. Kita lihat politik itu kotor, tapi realitinya begitu,” katanya.



Oleh Siasahdaily


Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.



Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.

Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.

Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.

Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.

Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.

Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.

Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.


CheguFadh:Anda tentukan..

No comments: