Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 26, 2009

Isu Tahanan Mati dan 2 Timb. Menteri disoal siasat

KUALA LUMPUR -

Berita kematian seorang tahanan dalam lokap polis kelmarin kini semakin hangat diperkatakan. Berbagai tafsiran dibuat berhubung dengan perkara ini. Ada yang berpendapat pihak polis telah melakukan kekerasan hingga menyebabkan tahanan terbabit mati. Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menafikan kekerasan polis berhubung dengan insiden tersebut. Malahan menurutnya, suspek terbabit mati akibat penyakit "paru-paru berair" selepas diberi minum dan beliau mati mengejut.

Apakah yang berlaku sebenarnya dalam kes ini. Sebelum ini kita sering mendengar penderaan dan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap mana-mana suspek yang ditahan. Dalam hal ini rakyat boleh menilai, siapakah yang benar dan siapakah yang bersalah sebenarnya. Polis di Malaysia sememangnya sudah semakin "ganas" sekarang ini. Jika sebelum ini mereka tergamak membelasah dan menangkap pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mendatangkan kecederaan fizikal.

Maka itu, kita tidak hairan dengan apa yang berlaku terhadap suspek "curi kereta" itu. Kami yakin bahawa memang beliau mati akibat dibelasah oleh anggota polis berkenaan. Kerana inilah sebenarnya imej pasukan polis kita yang cukup sinonim dengan gelaran Polis Raja Di Malaysia sebenarnya.

Semalam seorang suspek curi kereta yang dikenali sebagai A. Kuhan, 23, mati di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya dan menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai. Dua timbalan menteri akan dipanggil Polis Selangor kerana dipercayai telah 'berada' dalam bilik mayat Hospital Serdang berhubung insiden kematian seorang suspek semasa dalam tahanan kelmarin. Pihak polis dipercayai begitu risau dengan khuatir tentang rahsia sebenar mereka dibongkarkan oleh kedua-dua Timbalan Menteri terbabit. Lantaran itulah mereka seboleh-bolehnya mahukan supaya kedua-duanya "menutup mulut" dalam isu ini jika tidak mahu dikenakan tindakan agaknya. Ini kerana mereka menyedari bahawa kes ini sudah menjadi perhatian dan isu nasional sekarang ini.


Kami difahamkan kedua-dua Timbalan Menteri terbabit ialah K. Devamany dari MIC dan T.Murugaiyah dari Parti Progresif Rakyat (PPP) Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil kedua-dua anggota Kabinet itu untuk membantu siasatan. Menurut beliau, tindakan mereka memasuki bilik mayat Hospital Serdang dipercayai telah menjejaskan bukti yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.


T.Murugiah, salah seorang Timbalan Menteri yang berada di hospital


Sementara itu, menurut laporan kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi ketika lelaki itu disoal siasat berhubung kes samun dan curi kereta mewah membabitkan kumpulan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang. "Ketika disoal siasat, lelaki itu minta segelas air minuman, sebaik minum dia jatuh dan tidak sedarkan diri. Doktor dari sebuah kilinik berhampiran dipanggil untuk memeriksa lelaki berkenaan dan mengesahkan dia telah mati," kata Khalid kelmarin. Kugan, berusia 23 tahun yang berasal dari Puchong itu, ditahan pada 15 Januari lepas kerana disyaki terbabit dalam kegiatan samun dan curi kereta mewah jenis Toyota Camry dan Honda Accord di Sungai Chua, Kajang.


Ketika ditemui wartawan pagi ini, Khalid berkata, berdasarkan laporan siasatan yang diterima malam tadi, pihaknya mendapati suspek mati kerana paru-paru berair. Bagaimanapun katanya, kes itu masih disiasat kerana mempunyai lebam pada badannya. Kes kematian Kuhan disiasat di bawah Akta 330 Kanun Keseksaan. Maklumat sebelum ini menyebut mangsa ditahan di hadapan sebuah kondominium di Puchong, di mana pergelutan berlaku antara dia dan polis sebelum Kuhan ditahan.

[Maka kini, nampaknya pihak Polis Raja Di Malaysia semakin menggelabah dan terkejut dengan isu ini. Meraka takut rakyat tahu akan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam ini dihebahkan. Walhal, umum sudah mengetahui bahawa polis di Malaysia memang "double standard" dan hanya akan berlaku adil kepada orang-orang tertentu semata-mata. Sebaliknya mereka akan bertindak ganas tanpa peri kemanusiaan tatkala berhadapan dengan pihak lain terutamanya pemimpin politik pembangkang. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada rakyat yang dipukul, ditendang, diterajang dan diperlakukan seperti binatang oleh pihak polis dalam setiap kali operasi yang mereka jalankan. Ini semua sebenarnya menjurus kepada keganasan dan kezaliman yang tidak sepatutnya berlaku. Tambahan pula anggota polis kita kebanyakkannya orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Akibat kerakusan inilah pihak polis dilihat lebih cenderung kepada amalan rasuah, korupsi dan penyelewengan. Jika senario ini terus berlarutan maka kita amat khuatir negara kita akan terus dirundung malang yang berterusan. Justeru itu, kita harap kiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas ini agar mereka dapat memperbetulkan segala kepincangan yang berlaku].




PahangDaily

No comments: