Hanya digantung 3 semester sahaja Adam Adli semakin gah dimata masyarakat. Malam ini sahaja nama Adam Adli dah hits dalam trending twitter. Tak cukup dengan itu kenyataan Prof Zainal Kling yang mengatakan Adam digantung selama 3 semester kerana mencemarkan nama baik universiti (UPSI).Buktinya hanya dengan nama Adam mendapat carian hampir 250 ribu oleh google.com.
Untuk rekod Prof Zainal Kling adalah seorang profesor dalam MPN (majlis profesor negara).Beliau baru-baru ini mengeluarkan kenyataan kontroversi; Malaysia tidak pernah dijajah setelah Mat Sabu tersalah langkah,menyebut Mat Indera (komunis malaya) sebagai pejuang sebenarnya kerana berperang dengan polis yang diupah oleh British (pada tika itu).Maksudnya komunis adalah pejuang kerana menentang sebarang bentuk penguasaan barat.
Berbalik kepada cerita asal;adik seperjuangan aku kat UPSI ni nyata seorang yang sangat berani menongkah arus.berani memperjudikan masa depan beliau demi melihat kelangsungan pentas politik yang lebih rata dan tiada campur tangan dalam kenyataan akademik.
Boleh sahaja ramai yang tidak faham kerana mereka melihat daripada sudut pandang berbeza.Tak perlu bergaduh untuk kenyataan daripada sudut pandang berbeza,tapi cubalah tinjau pemandangan daripada sudut yang lain InsyaAllah dipermudah segala yang kusut
Pro Common Sense
Aku ada tertonton vlog IniAnwarHadi.. Aku bukanlah seorang peminat dia & tak pernah terdetik nak tengok video-video lain. Hanya yang hangat mendapat share daripada beberapa orang tertentu baru akan tonton.Lainlah kalau video-video Mat Luthfi yang lebih santai dan menarik.
Epic Failed.Cukup itu sahaja..Anwar Hadi tidak melihat konteks penuh. Mungkin juga masuk kategori yang tidak tahu tentang perhimpunan tetapi mahu mengikut trend perbualan semasa. Maka dengan ini aku nyatakan scene serang pejabat waktu malam untuk bagi laporan/suara adalah tidak relevan..Tidak terlintas mereka memberi memorandum pada tengah malam.
Konsep demokrasinya ada hak berhimpun seperti yang dijamin perlembagaan..Ganas? Jika diteliti sebelum kemunculan PDRM semuanya nampak terkawal. Faktor di buat malam tahun baru dilihat lebih memudahkan urusan berkumpul kerana terlalu banyak tempat 'berhimpun' kutu rayau seperti 'dibenarkan' apalah sangat dengan 'mogok' atau solidariti mahasiswa selama 16jam ini. Penat mereka nanti, meraka akan bersurai cari makan, balik dan tidur
No comments:
Post a Comment