Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 15, 2011

Kisah Gaddafi.Diktator yang tetap santai...


Pada 20 Feb yang lalu.....

"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.


Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى  بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص  يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العب
maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "

...beliau seterusnya menambah

"  Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"



Tapi hari ini...


Col Gaddafi refuses to step down, playing chess instead





TRIPOLI 13 Jun - Televisyen kerajaan menyiarkan rakaman Muammar Gaddafi bermain catur dengan Presiden Persekutuan Catur Sedunia (FIDE), sementara pertempuran antara tentera pemimpin Libya itu dengan pemberontak berlarutan di banyak lokasi hari ini.

Imej yang disiarkan malam tadi menunjukkan permainan catur antara Gaddafi dengan Presiden FIDE, Kirsan Ilyumzhinov disaksikan oleh anak lelaki sulungnya, Muhammad.

Gaddafi sebelum ini kelihatan di televisyen menyambut kedatangan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma ke Tripoli pada 30 Mei lalu.

Ilyumzhinov memberitahu agensi berita Rusia, Interfax, beliau bermain catur dengan Gaddafi dan Muhammad di Tripoli semalam.

"Pertemuan itu berlangsung kira-kira dua jam, dan kami bermain catur dengan Gaddafi," kata Ilyumzhinov yang melawat Tripoli dalam kedudukannya sebagai Presiden FIDE.

Katanya, Gaddafi berikrar beliau tidak akan meninggalkan Libya kerana negara ini adalah tanah airnya dan di bumi ini juga anak-anak dan cucunya terkorban.

Gaddafi juga tidak faham jawatan mana yang perlu dilepaskannya, kata Presiden FIDE itu.
"Saya bukan Perdana Menteri, bukan Presiden dan bukan Raja.

"Saya tidak memegang sebarang jawatan di Libya dan dengan itu tidak perlu melepaskan apa-apa jawatan," kata Gaddafi yang dipetik oleh Ilyumzhinov. - AFP

Komen:
Kita dah tak pakai lagi melayu sama melayu gaduh ka,kaum ni sama kaum tu gaduh ka,sesama agama bergaduh ka..Semua tu tak relevan..Hanya puak yg hampir kehilangan kuasa sahaja yang memomokkan benda tu supaya depa masih bertahan memegang kuasa..Sekarang ni di Libya,rakyat sama rakyat bertempur,terkorban..Sang diktator relaks main chess..Apa taknya,ada yang rasa terseksa duduk bawah regim ni,ada yang demi duit duk lindungi & pertahankan diktator ni..Janji dibayar..haih!!

No comments: