Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 17, 2011

Pilihan Raya Kampus Bermula.

Salam hormat,

Berikut adalah update tentang Pilihan Raya Kampus yang telah bermula di Universiti Industri Selangor (Unisel). Pilihan Raya Kampus ini dijangka akan diikuti oleh kampus-kampus lain.Unisel telah membuka tirai dengan memulakan proses penamaan calon awal pagi tadi.



PETALING JAYA: Pilihan raya kampus bermula hari ini dengan Universiti Industri Selangor (Unisel) sedang mengadakan sesi penamaan calon sehingga 26 Januari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Hilman Idham, Unisel menjadi universiti awal kepada pilihan raya kampus dengan keseluruhan 16 kerusi akan dipertandingkan.

Daripada 16 kerusi itu, 12 daripadanya adalah kerusi umum manakala empat lagi kerusi universiti.

“Unisel membuka tirai dengan memulakan proses penamaan calon awal pagi tadi. Ini akan diikuti universiti-universiti lain.

“Penamaan calon hari ini bermula dengan perarakan seramai 100 orang mahasiswa mengiringi calon yang bertanding. Perarakan bermula daripada Dewan Biru ke Canselori,” katanya ketika dihubungi FMT.

Turut hadir ketika penamaan calon berlansung adalah pimpinan SMM, Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Taufiq Abdul dan bekas pemimpin Majlis Pimpinan Pelajar (MPP).

Hilman berkata setakat jam 11 pagi, seramai sembilan calon telah menghantar borang pencalonan bagi kerusi umum, manakala seorang untuk kerusi universiti.Katanya, setakat ini proses penamaan calon berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Semua dalam keadaan baik. Empat kerusi dipertandingan bagi kerusi universiti; terdiri daripada fakulti kejuruteraan, bioteknologi, pendidikan dan sains sosial dan teknologi maklumat,” katanya.

Masa pencalonan akan dibuka sehingga 12 tengah hari.Beliau turut menyeru mahasiswa untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dalam proses penamaan calon ini.

“Harapan kami agar para mahasiswa dapat menjalankan tanggunjawab mereka untuk mencalonkan mana-mana individu yang sesuai agar dapat menerajui pimpinan mahasiswa di Unisel ini,” katanya yang turut mewakili persatuan mahasiswa lain.

Kekalkan momentum kalian teman-teman UNISEL...

No comments: