Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 16, 2010

Dari Blog AKRINE (Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan)




















Sdra. Faisol berbaju merah di barisan depan di kanannya Sdra. Fadhiri berbaju hitam

Hari ini sudah dirancang oleh ALLAH SWT saya hanya merawat di sebelah pagi sahaja. Antara jam 10.00 pagi kami mendapat panggilan telefon dari seorang bekas pelatih Akrine yang menuntut di UPSI memaklomkan bahawa Sdra Faisol, bekas pelatih AKRINE yang juga mahasiswa UPSI telah kembali ke rahmatuLLAH antara jam 6.00 pagi tadi apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Motorsikal yang ditunggangnya bersama seorang rakan sdra Fadhiri telah berlanggar dengan lori pick-up. Saya difahamkan sdra Faisol telah mengambil sdra Fadhiri yang baru tiba dari Kelantan di stesen k/api berdekatan. Sdra Fadhiri yang cedera parah di kejarkan ke Hospital Teluk Intan juga akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kami menghubungi sdra Amri dan sdra Najeb memaklomkan perkara ini, saya masih ingat mereka bertiga tidur bersebelahan semasa kursus baru-baru ini.

Jam 12.30 thari saya, isteri dan Sdra Amri bergerak ke UPSI. Sampai di UPSI solat jenazah untuk sdra Faisol baru sahaja selesai. Kami diberi peluang untuk solat jenazah bersama beberapa rakan mahasiswa.

Selesai solat saya berjumpa abangnya yang sedang menuntut di Bangi untuk mengucapkan takziah dari saya. Abang Faisol menceritakan, Faisol baru sahaja balik dari Kelantan, menziarahinya di Bangi dan pada malam tadi sempat mengikut kuliah perubatan bersama TG Ust. Harun Din.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mahasiswa junduLLAH serta pelatih Akrine ini. Mudah-mudahan ALLAH menerima mereka sebagai hamba-hambaNYA yang soleh. Al-Fatihah

CheguFadh:
kalau ada masalah ganguan yang melibatkan makhluk halus di kampus UPSI,carilah mereka yang ada dalam gambar ni..Atau boleh cari rakan surau as-salikin..

No comments: