Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 2, 2009

ESOK..di MHI..

Salam to all..

Esok pagi bersamaan 3 sept 2009,satu kumpulan nasyid yang sedang meningkat dan menunjukkan bakatnya akan muncul di MHI..Mereka tak lain tak bukan adalah kumpulan Destiny yang sedang popular dengan lagu Hati Kata Rindu yang kini hangat di carta IKIM.FM

Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang mahasiswa..3 daripadanya merupakan mahasiswa UPSI dan seorang lagi adalah mahasiswa UTM.Diketuai oleh Rizal yang juga merupakan bekas Exco LPS Persatuan PSR UPSI.Kini Rizal berada di semester 8 dan sedang giat menjalankan sesi praktikal mengajar.




cover album kumpulan Destiny



kenangan semasa berada dalam Destiny di Hijjaz Studio Kota Damansara


Yusof atau lebih mesra dipanggil Usop pula mahasiswa jurusan seni semester 7 yang juga merupakan solo utama bagi Destiny.Ahli kumpulan lain adalah 2 adik beradik kembar iaitu Saufi dan Rozi.Saufi kini menuntut di UPSI juga mengambil jurusan seni dan kini berada di semester 3.Saufi juga merupakan penggerak utama bagi kumpulan nasyid Kolej Ungku Omar sepanjang tahun 2008.

Kembarnya pula adalah Rozi yang merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Sains Geoinformatik) kini berada di semester 5.


Sama2 sokong industri nasyid kita


video semasa recording lagu Hati Kata Rindu ciptaan Fitri Haris





*Usop cakap atleast akan persembahkan sekurang2nya 2 lagu..aku budget Hidup dan Mati & Istana Kasih mesti ada dalam list..

No comments: