Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 4, 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Masih Nak Guna Musa Hassan

Rakyat terkejut dengan berita yang menyatakan kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi mulai 13 Sept ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Sekalipun Musa telah dilanjutkan tempoh perkhidmatannya, rekodnya yang tercemar itu tidak memungkinkan rakyat dapat menerimanya dan beliau akan terus menerima kritikan serta tentangan dari masyarakat.

Bagi sesetengah pemerhati politik, lanjutan tempoh Musa Hassan mempunyai motif yang terselindung, agar Musa diberi peluang menghabiskan "missi" di dalam perencanaannya bersama Peguam Negara untuk mempastikan plot isu liwat2 terlaksana.

-KelabGreenBoc-

2 comments:

Khairul said...

Kemungkinan ini menjadi fitnah besar x?

Suka ya org2 politik memfitnah

Fadhlullah Universoul said...

hehe..aku tak letak komen ape2 pun..Musa kena tampil jumpa orang ramai..berdialong..isu perkauman kes kuil dan kepala lembu die senyap je kenapa??tapi isu2 sebelum ni belum mahkamah kata ape2 die jadi samseng UBN no1 negara kuar kenyataan..

bro..hang xnak ulas ke isu2 member hang yang gay??hang support dorg ke ngn xtvt tuh??huhu