Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Aug 12, 2009

Hal Faizal Tahir

Malam ni ada Persembahan Faizal Tahir..Seorang ikon muzik di Malaysia yang tiba2 sahaja melonjak dalam rancangan realiti One In A Million Musim 1..Faizal Tahir merupakan seorang ayah kepada 3 anak..Anak ke3 baru sahaja dilahirkan hujung tahun lepas hasil perkahwinan dengan Kak Raihanim.

Merupakan anak kedua dalam keluarga..Dr Tahir pensyarah Kimia di UM merupakan ayah beliau.Dr tahir lebih mesra dipanggil Pak Belalang oleh Rockensteiners (Faizal Tahir Official fans club).Antara adik beradik beliau yang lain adalah Anas Tahir seorang pelajar UTM yang kini melanjutkan pelajaran di UK (Swansea University)..Anas juga adalah pencipta asal lagu yang sering didendangkan oleh kumpulan nasyid KHAR semasa zaman arwah Suhaimi dan Najib..Anas Tahir juga dijemput menjadi ahli kumpulan nasyid FarEast dan sempat menyumbang suara dalam dua album mereka (FarEast).

Anas Tahir, kiri sekali bersama Far East dalam ‘Halawatul Iman’.






Anas Tahir semakin popular apabila mendapat liputan meluas dalam YOUTUBE sehingga ditubuhkan kelab penyokong di alam maya seperti facebook.Anas popular setelah membuat satu LAWAK BODOH bersama Akhbar (Brothers) mengejek gaya si Dr Izzu yang telah berubah penampilan kepada lelaki lembut dan rambut menjadi blonde.Izzu merupakan anggota kumpulan nasyid Saujana.Erm..sapa yang minat dengan Anas silalah lupakan yek..die terlalu sayang dgn makcik Sa___h....

*hehe..sori makcik..enterprame sket




*kat atas ni antara vdeoclip si Anas dengan farEast dan juga die buhsan2 duk kat Swansea tu ngn kengkawan..


Ok2..lupekan hal biodata die..bukan tu yang aku nak cite tapi yang aku pelik,masuk2 kelas,pergi mana2 ramai yang tanya aku pasal Faizal..Apa kaitan aku dengan Faizal??Biase2 jela kot..memang aku peminat Faizal..Sama saja macam orang lain,aku kagum dengan kesungguhan dan idea Faizal tentang muzik..Muzik Malaysia agak berkembang disebabkan ada bakat seperti beliau..

Kalau tak percaya,cuba saja lihat mana2 artis Indonesia yang mahu berduet di anugerah berprestij di Malaysia,kenapa Faizal jadi pilihan hati??Seperti Aku dan Dirimu bersama Bunga Cinta Lestari dan juga beberapa kali anugerah bersama Rossa..

Aku nak bagitau semua mahasiswa kampus aku,aku dan Faizal bukanlah rapat sangat seperti yang difikirkan tetapi aku agak rapat dengan orang yang betul2 rapat dengan faizal..Dan juga pernah lepak2 dan beramah mesra beberapa orang kuat ROCKENSTEINERS & Rentak Sejuta dalam beberapa majlis sejak 2007..

Jadi jangan kaitkan aku apa2 dengan faizal atau tanya apa2..malam ni faizal buat persembahan camne pun aku tak tau..Aku pun maybe datang lambat macam show Jacklyn yang kontroversi hari tu..Malam ni pun dengar cite bakal ada kontroversi..

Herm..Pada aku,lebih baik mengawal bersama2 mengasingkan kedudukan jantina dan syarat2 yang lain seperti yang ditetapkan oleh SKM daripada kita menimbulkan suasana tegang..Takut nanti kita menyesal dengan perbuatan kita kelak..Penonton datang hanya mahu menyaksikan persembahan dan bukan semua orang akan berkelakuan seperti "lelaki" yang berada dihadapan semasa show Jacklyn Victor Isnin yang lepas.

Kita hanya memastikan semuanya lancar..Bantu juga pihak penganjur menjalankan tugas mereka yang mahukan segala peraturan dan garis panduan konsert dicapai sebab kita tak tahu macam mana telatah penonton pada malam ni..

p/s:Dengar cite NC pun nak join lagi malam ni..owh ya..Apa salahnya artis beramah mesra bertanya khabar dengan pelajar upsi seperti mana UNIC dan fareast yang sudah biasa beramah mesra dengan mahasiswa kita,memanggil mereka naik ke atas pentas,berbual2 dan menyanyi sedikit bait lagu mereka..Janji artis tersebut tak melanggar etika yang ditetapkan macam Nash yang menarik tangan mahasiswi bawak depan stage pada pesta konvo yang lepas..Wallahualam..

aku lagi suke Anas dari FT..tapi suara lagi respect ngn si mamat teruja nilah..(Pejal tahir)

No comments: