Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Aug 30, 2009

CheckMate..


Isu perkauman yang tercetus tatkala sambutan kemerdekaan kian menjelma sangat memalukan Malaysia..Semua pihak pula berdolak dalih isu ini walhal secara jelas pihak penganjur bersama-sama si pembawa kepala lembu berarak dan melaungkan perkataan "JOM PEKENA ARAK" (Take Beer,bukan TakBir..Satu penghinaan pula kepada agama Islam)..

Isu pembinaan kuil..Bagi aku yang jenis tak kisah sangat hal ini memandang itu hak mereka..nak bina rumah ibadat mereka..Macam kita yang Islam ni,mereka pun tak halang kita daripada bina rumah ibadat..Bila tak ada sikap hasad dengki dan meniup semangat perkauman dan keagamaan terlampau nilah buatkan kita boleh hidup aman damai dalam satu komuniti..

Isu yang dimainkan adalah berkenaan dengan pembinaan rumah ibadat dan majoriti penganut agamanya..Kuala Lumpur sudah dikuasai penganut bukan islam..tapi mereka tak pernah halang mana2 masjid didirikan..bayangkan jika mentaliti mereka sedemikian,dah lama negara kita ni akan musnah dek kerana taksub dengan hal perkauman ni..

Jadi aku harap tak usah kita tiupkan semangat yang entah apa2 ni..Kalau besarkan gereja salah,besarkan kuil salah..Itu duit mereka,kalau dah dibuat mengikut satu prosedur yang sah,biarkan sahaja..

Salahkan diri kamu sendiri wahai kaum muslimin dan muslimat yang begitu kedekut untuk menghulurkan sedekah,yang menunaikan zakat harta,zakat fitrah pun tak tahu kemana..yang memang gilakan shopping semata-mata sampai satu hari tak dapat shopping mengamuk sakan nak saman berjuta2..yang memang tak mahu ke masjid dan surau walaupun dipromosi setiap masa oleh tentera2 Allah yang bergelar jemaah tabligh..

Yang mengatakan masjid dan surau hanya tempat solat sahaja..Walhal penggunaan sebenarnya tiada had..Baik dari hal sosial,kemasyarakatan,pentadbiran..Semuanya patut diintegrasikan disana..

Jadi kepada mereka yang meniupkan semangat perkauman ni,tapi sebenarnya penyokong HARDCORE puak2 Terlaknat Kamal Attarturk yang membawa fahaman SEKULARISME boleh senyap..Daripada anda terus menjadi musuh kepada agama kamu sendiri lebih baik kamu senyap sahaja..

untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai isu perkauman sengaja dicipta,sila klik SINI

CheguFadh: *Salahkan POLIS sebab lambat bertindak menghalang mereka walhal selama ini mereka 12jam sebelum perhimpunan aman sudah bersiap sedia menyekat dan menahan aktivis demonstrasi tersebut.. *Tak tahu siapa dalang,tangkap semua sumbat je dalam ISA yang dikatakan BAGUS tu..pukul sampai mati then kata mereka bunuh diri pun tak ape.. *Kes Batu Burok Terengganu yang bendera kena bakar pun tah kemana..Senyap..diam..tak ada apa2 perkembangan..tapi sengaja dijadikan isu puak2 tertentu..Tak terkecuali kes kepala babi di Akademi Pengajian Islam UM..




TokPepijat pula berkata:

Menjelang 52 tahun merdeka...kita punya Menteri "lembut" !



"Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO".

Kenyataan bebal dan tolol Hishamuddin sepupu Najib yang menjawat jawatan Menteri yang jaga keselamatan negara semasa ulas peristiwa arak kepala lembu Jumaat lalu.


Kenyataan Hishamuddin ini yang menganggap isu kepala lembu tidak sensitif dan mengaitkan pula dengan bendera UMNO yang dibalut kepala babi menunjukkan beliau tidak memahami soal keselamatan, budaya dan agama di negara sendiri.


Apa tujuan beliau mengaitkan soal bendera UMNO ? Pelik bin ajaib dalam keadaan rakyat melihat isu kepala lembu boleh membawa kekacauan kaum dan agama, beliau masih lagi berminat untuk mem"promosi" nama UMNO !

Hoi Cik Sham ! Jika kepala lembu dibawa ke kedai makan untuk dimasak, itu tiada isu tetapi bila kepala lembu berdarah diarak dari masjid ke SUK Selangor kerana bantah perpindahan kuil ianya tandanya hina agama Hindu.

Hoi Cik Sham ! Mengapa kamu kaitkan peristiwa arak kepala lembu dengan bendera UMNO dibalut kepala babi ? Apa motif kamu ? Seolah-olah jika UMNOpun pernah dihina dengan kepala babi, apa salahnya Hindu pula terima balasan kali ini.

Kenyataan kamu seolah-olah mengakui pembabitan UMNO Selangor dalam peristiwa arak kepala lembu. Bukan begitu?

Amat malangnya Malaysia punya Menteri jaga Polis dan Keselamatan Negara yang "lembut".
Hoi Najib! Tukarkan Hishamuddin ke Kementerian Kebudayaan dan Kesenian. Atau tukarkan dengan potfolio Shahrizat Jalil!


*Hah..Gambar dalang kepala lembu dah ada..Apa tunggu lagi??Ke nak siasat betul ke palsu sampai kena tubuh siasatan diraja dan kemudian jual laporan sampai beratus2 RM nilainya tanpa benarkan rakyat yang berjumlah 26juta tau???

No comments: