Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 17, 2009

Isu SPRM : Berita kematian Teo Beng Hock

UTUSAN:Jatuh atau lompat?(Atau disabotaj???)

SHAH ALAM 16 Julai – Kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini petang ini menimbulkan tanda tanya.

Menurut laporan awal, Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 5 petang semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu.

Bagaimanapun Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull yang melawat tempat kejadian berkata, beliau tidak pasti bagaimana Beng Hock terbunuh.

‘‘Kita tak pasti dia terjatuh atau lompat atau apa. Kalau terjatuh dari tingkat mana kita pun tak tahu. Tunggulah hasil siasatan polis nanti,” katanya kepada pemberita.

Mayat Beng Hock yang ditemui oleh orang awam dalam keadaan terlangkup pada kira-kira pukul 1.30 petang dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada pukul 9 malam.

Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah itu merupakan salah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri semalam.

Hian Wah adalah antara dua Exco dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan itu. Semalam SPRM menyerbu pejabat Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di sini untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.

Mohd. Shukri berkata, Beng Hock dipanggil ke SPRM Selangor pada pukul 5 petang semalam untuk dirakam percakapannya bersama tiga lagi saksi selepas pihaknya menyerbu pejabat Hian Wah.

‘‘Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Beng Hock kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi.

‘‘Selepas itu Beng Hock dibenarkan balik oleh pegawai yang merakam percakapannya tetapi dia minta untuk berehat dan tidur sebentar di ruang tamu pejabat SPRM di tingkat 14 dan kali terakhir dia dilihat di situ ialah pukul 6 pagi.

‘‘Selepas itu dia tidak lagi kelihatan sehinggalah mayatnya ditemui pada pukul 1.30 petang ini,” katanya sambil menjelaskan SPRM kemudiannya terus membuat laporan polis.

Menurut Mohd. Shukri, sebelum dibenarkan pulang, Beng Hock berjanji untuk ke pejabat SPRM pagi ini bagi menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan.

Katanya, ruang tamu SPRM tidak dilengkapi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Beliau menjelaskan, semasa percakapannya dirakam Beng Hock tidak menunjukkan reaksi takut atau gelisah dan memberikan kerjasama yang baik kepada pegawai SPRM.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Bagaimanapun polis masih menunggu laporan daripada empat pakar patologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Kuala Lumpur dan HTAR,” katanya.

Tambah beliau, polis juga menawarkan kepada keluarga Beng Hock untuk melantik pakar patologi mereka sendiri.




Lima ditahan berhimpun di Plaza Masalam

SHAH ALAM 17 Julai - Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak tegas dengan menahan lima orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang berhimpun di luar pekarangan Plaza Masalam di sini.

Penahanan itu berikutan tindakan mereka yang tidak mengendahkan larangan polis supaya berhenti memberikan ucapan. - Utusan



BHarian:Pegawai khas Adun Seri Kembangan mati selepas beri keterangan

SHAH ALAM: Seorang pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan ditemui mati di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, jam 1.30 tengah hari tadi selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Teoh sepatutnya daftar perkahwinan hari ini

SHAH ALAM: Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini semalam sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya hari ini.

Anggota Exco, Ean Yong Hian Wah yang menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan kejadian itu berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok (hari ini) dan tiada sebab mengapa beliau harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang.

"Oleh itu saya mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) memberikan penjelasan yang adil kepada semua pihak terutama anggota keluarga, parti DAP, kerajaan negeri serta rakyat Selangor bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka," kata Yong kepada pemberita di tempat kejadian.

Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri barubaru ini. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dalam sidang media di tempat kejadian semalam berkata Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

Beliau berkata sebelum pulang Teoh berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

"Beliau (Teoh) bagaimanapun berkata beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi.

Mayat Teoh, 30an ditemui dalam keadaan terlangkup pada kira-kira 1.30 tengahhari.

Sehingga pukul 9 malam mayatnya masih belum dikeluarkan dari tingkat lima bangunan itu dan pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Beberapa anggota keluarga Teoh telah datang ke tempat kejadian namun enggan memberikan sebarang ulasan kepada pemberita. Turut berada di tempat kejadian ialah beberapa orang anggota exco dari DAP. BERNAMA


CheguFadh:Hehe..tak btau pula ye kat Plaza tu buat apa..Halnya mcmni..Baca kat sini..


MalaysiaKINI Kes Teo: Desak SPRM disiasat, 3 ditahan

1 comment:

Mr K said...

jangan bt fitnah suda =)