Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 3, 2009

Isu Kedah:Mergong..

Berkemungkinan semua fokus pasal isu Babi kat Alor Setar Mergong kan??hehe..Semua babi..Hari2 babi..Kementerian pun duk berselisih pendapat isu babi..Seekor nak nama SELESEMA BABI digunakan sebab dekat dengan hati rakyat,yang cerdik pandai nak guna H1N1..

Senang2 kite gune Swine Flu jela senang..Dekat kat hati semua sebab PPSMI memang kena pakai nama English..Nanti pelajar kita tak paham bile berdepan dengan dunia luar..So gune Swine Flu..ok??haha..kepala otak engko!!

Oklah..malas aku nak mengarut dan mencarut lagi..korang bacalah berita ni..Heroin kat Mergong ni macam sunyi sepi dalam media arus propaganda bila media asyik2 dengan babi yang dikatakan lebih dekat dengan rakyat..baca sampai habis..

Gadis kejar, langgar motosikal peragut

ALOR SETAR: Seorang gadis bertindak nekad mengejar dan melanggar motosikal dinaiki lelaki yang meragut beg tangannya di Jalan Putra di sini, menyebabkan suspek terjatuh sebelum mangsa melompat ke atasnya dan mencekiknya sebelum ditahan orang ramai, malam kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 9.50 malam ketika Huda Nasuha Hassan, 22, sedang menunggang motosikalnya bersendirian untuk pulang ke rumah di Taman Rakyat, Mergong di sini, selepas tamat bekerja di sebuah pusat beli belah di sini.

Huda Nasuha berkata, apabila tiba di tempat kejadian, seorang lelaki bermotosikal memintas dan merentap beg tangannya yang diletakkan dalam raga motosikal sebelum memecut melarikan diri.

"Pada mulanya saya tergamam dengan kejadian itu, tetapi nekad mengejarnya dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikal lelaki berkenaan apabila dia terperangkap dalam kesesakan di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut.

"Akibat perlanggaran itu kami terjatuh dan saya yang berbaju kurung melompat ke atas badan suspek dan mencekiknya.

"Melihat keadaan itu orang ramai datang membantu menahan suspek," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Huda Nasuha berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan kerana kakinya cedera dihempap motosikal.

"Suspek juga merayu supaya dilepaskan selepas memulangkan beg tangan yang diragut, tetapi saya nekad mahu menyerahkannya kepada polis," katanya.

Huda Nasuha berkata, dia sanggup bertindak berani mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit kerana terlalu geram dengan perbuatan lelaki terbabit.

"Malah, tindakan itu juga didorong perasaan terlalu bencikan peragut kerana angkara mereka menyebabkan seorang rakan karib saya mati, tahun lalu,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.


Hah..camne??hebatkan??Siap langgar,then lompat,cekik pulak si peragut tuh..Ini aksi stunt maut ni..Bukan calang2 orang boleh tiru!!!hehe..Thumbs Up tuk gadis melayu yang hebat ni..Orang melayu Mergong begitu berbangga dengan anda..Sapala suami die nanti..jangan main2 dengan itu perempuan..Buat hal siap ngko!!

No comments: