Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 2, 2009

Isu BuBar DUN Perak..

Hal ini agak kecoh minggu lepas..Aku pun tak pernah amek pot..tak sangka rupanya benda ni isu besar..Apa2pun,hangpa layan lah dulu..

Oleh Sam Ahmad

Kelmarin ada dipostingkan di sini bahawa ada Adun BN yang hendak berpaling tadah dan pembubaran DUN akan berlaku. Ternyata segala yang dinyatakan tidak betul dan tidak berasas.

Perkara itu dinafikan sendiri oleh Cina Islam atau Drs Khalil Idham Lim selaku Pengerusi BBC Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak.

Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Drs Khalil Idham di dalam blognya hari ini (2 Julai 09) antara lain menyebut “[k]enyataan itu adalah tidak berasas dan disebarkan oleh pihak yang tidak dapat dipastikan setakat ini.”

Setakat berita ini ditulis, rakyat negeri Perak khasnya masih lagi rancak menceritakan tentang pembubaran DUN. Dan pihak kami mempunyai maklumat terbaru yang mengatakan bahawa perjumpaan Nizar dengan salah sorang dari wakil rakyat BN benar-benar berlaku. Cuma kami masih belum pastikan lagi kesahihan maklumat tersebut.

Hanya dengan pembubaran DUN dapat menyelesaikan segala kemelut di Perak. Dan seperti kata ‘Cina Islam’, “pembubaran DUN adalah langkah yang paling tepat dan wajar dalam menyelesaikan krisis di Perak. Mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih kembali siapakah kerajaan yang mereka pilih adalah desakan Pakatan Rakyat yang berterusan “Bubarkan DUN Perak”.”

Pada akhir kenyataan medianya beliau mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak cepat mempercayai khabar angin serta menyebarkannya pada orang ramai tanp terlebih dahulu pasti dengan kesahihannya.

Kenyataan Media 2 July 2009

Berikutan tersebarnya sms dan panggilan talifon dari banyak pihak mengenai khabar angin kononya ada ADUN BN yang akan menyeberang kepada Pakatan dan dikaitkan dengan pembubaran DUN Perak dengan ini saya tertarik untuk memberi beberapa kenyataan :-

1.Kenyataan itu adalah tidak berasas dan disebarkan oleh pihak yang tidak dapat dipastikan setakat ini.

2.Pembubaran DUN adalah langkah yang paling tepat dan wajar dalam menyelesaikan krisis di Perak. Mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih kembali siapakah kerajaan yang mereka pilih adalah desakan Pakatan Rakyat yang berterusan “Bubarkan DUN Perak”.

3.Saya memohon semua penyokong PAS dan pakatan rakyat supaya jangan mudah mempercayai dan menyebarkan segala maklumat atau sms yang belum disahkan maklumat pengirim dan kesahan maklumat itu kepada orang lain.

Kenyataan Media
2 July 2007

YB. Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi BBC Pakatan Rakyat Perak/
Ketua Penerangan PAS Perak.


Dah baca??Hah..sebab tu aku tak amek pot dan tak pernah nak ulas dalam aku punya blog..Sebab benda2 mustahil ni aku memang susah nak ulas..Yela..hal yang diragui..Banyak gak kadang2 aku ulas korang pun ragui,itu tak kisahlah..tapi kalau yang aku tak confirm boleh berlaku dan diragui kesahihannya aku tak cite lah..Ada je banyak pihak yang suka buat cerita yang mungkin datang daripada musuh dalam selimut,lantas bila dah dihebahkan dan digembar-gemburkan,mula menjadi perbualan topik yang sangat hangat..

Lebih-lebih lagi apabila hal berkenaan seakan2 telah mendapat perkenan daripada seseorang yang kita percayai walaupun tidak mempunyai kuasa mutlak mengenainya..Mungkin pihak tertentu juga sengaja ingin mengalih perhatian rakyat mengenai politik semasa yang terlalu menghimpit diri,lantas isu tertentu yang tidak masuk akal ditimbulkan..

Apa-apa pun,semua maklumat nilai dengan berhemat..Jangan terlalu ghairah mengenai perkara yang boleh memerangkap diri kita sendiri..Rileks sikit..Buat masa ni kita fokus untuk mantapkan jentera parti,hal Perak kita hold dulu..Kadang2 musuh akan lebih gerun apabila tak ada apa2 tindakan daripada kita..Kerana mereka boleh terleka pada bila2 masa..Bila mereka terleka,masa kita untuk menyerang sehingga mereka binasa!!

No comments: