Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 3, 2009

Hantar lembu ke rumah Guan Eng

Justify Full
GEORGE TOWN - Penduduk Kampung Buah Pala di sini terus bersengketa dengan kerajaan negeri Pulau Pinang apabila mereka memberi kata dua kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya datang bertemu dengan penduduk kampung tersebut atau Setiausaha Agung DAP itu akan mendapat hadiah lembu.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran, 52, berkata, mereka sudah menghantar jemputan kepada Guan Eng supaya turun padang menyelesaikan masalah kampung itu yang akan dirobohkan awal bulan depan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

"Jika beliau enggan datang, kami akan pergi berjumpa dengan Ketua Menteri di kediaman rasminya, Seri Teratai, dengan membawa beberapa ekor lembu yang diternak di kampung ini,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kampung yang mempunyai kira-kira 300 penduduk itu terkenal dengan ternakan lembu sehingga mendapat gelaran 'High Chapparal' Pulau Pinang.


Nasib kampung berusia 100 tahun itu bagaimanapun kini menunggu masa untuk tinggal sejarah apabila sebuah syarikat pemaju telah mendapat perintah mahkamah untuk mengosongkan kampung itu sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan projek perumahan dan komersial dijalankan.

Sugumaran berkata, Guan Eng sepatutnya mengambil iktibar daripada tindakan DAP Kedah untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Pas kerana isu merobohkan rumah penyembelihan babi.

"DAP nampaknya lebih menyokong rumah penyembelihan babi daripada kampung warisan nenek moyang kami ini,'' katanya.

- Kosmo

* Bukan DAP, Umno pun tidak boleh berbuat apa-apa jika mahkamah sudah membuat keputusan.

No comments: