Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 24, 2009

SPRM..Si Penyelamat Rasuah Malaysia..

BHarian:Siasatan SPRM terhadap Ali Rustam diperhalusi

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno sedang diperhalusi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata SPRM menjalankan dua kes siasatan terhadap pihak tertentu yang dikatakan terbabit dalam pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada Mesyuarat Umno Bahagian Rendang pada 8 November tahun lalu.

"Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut," kata dalam jawapan bertulis kepada soalan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) di Dewan rakyat hari ini.

Mohd Ali dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Umno Mac lalu selepas didapati bersalah melanggar etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin Umno.

Nazri berkata, satu lagi siasatan ialah terhadap tohmahan mengenai pemberian sogokan kepada ketua cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden Umno telah diputuskan tiada tindakan lanjut.

"Oleh itu, kes tersebut telah ditutup pada 25 Mei lalu," katanya.



Sangat berbeza ye..Kes pemberian lembu korban oleh kerajaan Selangor kepada Masjid2 untuk ibadah korban dianggap SPRM sebagai satu kes yang berat.Siap keluar kenyataan lagi kami dah ada bukti Khalid Rasuah kat media Massa yang diliwat.Dalam tempoh yang sangat sekejap pulak kes tu direkodkan dan dijalankan..

Berkenaan dengan Ali Rustam ni,dah berapa lama AGM Ameno ni tamat,padahal kes berlaku sebelum AGM Ameno lagi..Butakah penyokong UBN yang kesemua badan dan agensi kerajaan dicengkam UMNO/BN??

No comments: