Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 20, 2009

Perpaduan..Malaysia..Erdogan..

Masih kecoh dengan Isu Kerajaan Perpaduan..Ada yang masih inginkan kerajaan perpaduan.Apakah konsepnya jika hanya PAS bergabung dengan UMNO??Demi kesejahteraan Melayu sahaja??Apakah sudah lupa dengan Konsep Satu Malaysia..

Sepanjang kepimpinan negara diterajui oleh 6 PM yang ada sekarang,aku begitu berminat dengan slogan yang digunapakai oleh Najib Razak yakni Satu Malaysia..Begitu juga dengan Kabinet Rakyat yang diumumkan beliau..(eventho aku paling tak suka Najib sebelum kes Altantuya naik lagi)

Perpaduan..Satu Malaysia..Rakyat diutamakan dan didahulukan..

Rakyat negara kita bukan hanya melayu..Terdapat bumiputera lain di Sabah dan Sarawak..Dua kaum besar yang lain,Cina dan India juga penyumbang kepada negara kita....Negara kita negara yang bertuah kerana terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum...Kita lihat secara rambang..Negara yang hanya dikuasai satu kaum sahaja banyak yang haru biru dan sering tercetus perperangan pada hari ini....Negara yang terdiri daripada banyak pecahan kaum dan suku etnik pula tidak seteruk negara yang hanya dikuasai satu bangsa sahaja.
Sedikit renungan buat kabinet rakyat,kementerian semakin dikurangkan,bermakna elaun untuk menteri2 yang telah dihapuskan sudah dapat dijimatkan,tetapi adakah menteri yang pegang portfolio yang banyak pada hari ini dapat elaun biasa (yang lama) atau elaun sebanyak 2kali ganda iaitu mengikut berapa portfolio yang dipegang olehnya??

Kalaupun dengan pengabungan kementerian tidak menambah tembolok kroni mereka (seseorang menteri tak dapat pun elaun berlipat kali ganda hasil merging kementerian)tetapi adakah baik jika seseorang itu memegang portfolio yang terlalu besar dan banyak??Ini isu pentadbiran negara,bukan AJK persatuan dan sebagainya..Setiap kementerian ada peruntukan sendiri yang mencapai angka RM berjuta dan berbilion.Natijahnya kita yang kerugian..

Adakah untuk menjimatkan(hasil merging) duit rakyat atau lebih merugikan rakyat??Jika betul mahu menguntungkan rakyat,kementerian perlu diperbanyak dan dipegang oleh individu yang berbeza,tetapi elaunnya perlu sangat sedikit berbanding ratusan ribu yang diperolehi sekarang (MB Kedah dahulu pegang banyak portfolio tapi xbuat kerja,just dapat elaun je).Lagipun elaun sebagai ahli parlimen pun dah banyak.Cukup makan minum pakai..Lebih mewah daripada rakyat yang gajinya lebih kurang rm4000.

Bagi aku sejauh mana pun puak tu digelar bukan ulama ,erdogan,digelar dan dihina dengan gelaran balaci dan konco Anwar sekalipun ,misi mereka masih lagi mengenai keadilan sejagat yang disarankan Islam itu sendiri..Misi mereka bukan untuk memungkinkan Anwar dilantik sebagai PM,misi mereka adalah untuk melihat Malaysia Baru..Keadilan untuk semua,bukan bererti kita cakap Islam dan Hindu agamanya sama dan serupa,ada perbezaan,tetapi layanan adalah sama..Mereka Zimmi,bukan Harbi...Ada yang mahu menafikan??Kalau HINDRAF digelar HARBI,apa yang dilakukan terhadap agama Islam??Ada dia hina RUKUN ISLAM dan RUKUN Iman seperti pemimpin2 UMNO???Kalau Kafir hina Islam,kita faham sebab apa..Tu pun kita sibuk nak laung2 halau bunuh dia,tapi pemimpin UMNO yang Islam tu??

Anwar sekarang dalam keadaan yang sangat kritikal..Jika diizinkan Allah,Pakatan rakyat akan mencapai kejayaan dalam tempoh selang beberapa tahun (atau mungkin lebih singkat jika rampasan kabinet melalui undi tak percaya luar SIDANG PARLIMEN DAN SPEAKER DEWAN PANDIKAR AMIN DIHERET DAN DICAMPAK KELUAR DARI DEWAN PARLIMEN ketika bertugas sah sebagai speaker)...

Anwar Ibrahim sebenarnya menggalas tugasan yang amat berat,amat getir mengenai janjinya untuk mengubah Malaysia.Anwar hanya alat sahaja,dan yang memungkinkan itu semua adalah kita semua rakyat Malaysia (dan perkenan daripada Allah,kang ade pulak cakap aku ni macam2 hehe..)

Tetapi adakah kita bersedia menerima perubahan atau kita hanya mahu duduk ditakuk yang lama..Pemimpin yang universal sikapnya telah banyak yang lahir seperti Husam Musa,Nizar,Lim Guan Eng,Azmin Ali,CheguBard,Mohd Sabu dan Ezam Mohd Noor,(erk..aku still suka dan respect Ezam biar apa pun partinya)

Jika seseorang yang kejam boleh dilantik dan diterima sebagai PM,bagaimana pula dengan seorang yang sanggup dilanyak bersama penduduk dan rakyat marhaen sejak dari zaman beliau pelajar lagi dan pernah diISA ketika bergelar mahasiswa??Sedang remaja lain asyik sibuk bercinta dan berhibur,beliau menjadi tokoh penggerak kebangkitan mahasiswa dan suara2 tertindas di kampung2 melayu sehingga dipenjarakan dan dipukul separuh mati..Begitu juga ketika menjadi TPM mempertahan wang rakyat daripada diperguna oleh si MahaZalim yang mahu bail-out dan menyelamatkan syarikat anak2 yang muflis??

Adakah sukar untuk kita berfikir dengan matang mengenai permainan politik tarik tali ini??Sudah sekian kalinya taktik ini telah menghancurkan dan merobek hati rakyat marhaen. beberapa kali..Isu kerajaan perpaduan ini sangat sensitif buat sebahagian besar pemimpin atasan pakatan rakyat,tetapi rakyat begitu dahagakan keadilan sejagat buat semua dan dihadapkan pemimpin2 kurap dan korup tak terkecuali daripada mana2 parti sekalipun!!

UMNO dan kerajaan korup sudah tidak punyai talian hayat..Tinggal masa untuk dikuburkan sahaja,kenapa perlu bagi tali pada mereka berpaut lagi??Aku tak menentang perpaduan sejagat,tetapi aku menentang bentuk permainan talik tali ini..Saksikan entri berikutnya mengenai perpaduan yang sewajarnya dan jelas sepertimana yang disarankan TG Nik Aziz Nik Mat..

4 comments:

Mr K said...

mmg anti betul ek korang ngan umno. lagi anti dari yang bukan saudara sendiri

Fadh UniversouL said...

Dah kalau terlalu banyak wat taik..tu pasal UG aku tegaskan apa??aku nak perpaduan sejagat..tu yg menjadi asas kepada pakatan Rakyat..misi kita keadilan untuk semua..

Islam pun tak suh diskriminasi..
kalau UMNO nak sgt perpaduan kenapa tak ajak semua parti yang ada dalam Malaysia??

retorik je just untuk selamatkan masa depan die..MahaDey punye taktik da tu..banyak kali la..

singkap la sejarah bro..ok??

Mr K said...

Tak baik fitnah org cam tuk. mana tau mahadir

Fadh UniversouL said...

xda sapa tokoh pemikir kat Malaysia yang leh rancang sehebat mahadhir..bnyk ape yg dilakukan memang pelik2 dan lain drp yg lain n menyebabkan ade bantahan drp orgnya pada mulanya,tp kemudian menguntungkan bg die n puak2 die..

cntoh isu kereta Nasional,isu jambatan penang,isu menyamakan waktu sabah,n srwk dgn smnanjung..
yang senang rkyat Msia(puak2 die)..

tp klu die buat utk parti..pun dahsyat..dan kebaikan untuk orang2 die dan die gak..