Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 14, 2009

Kau tak paham..Kau bodoh..

Ada je orang melayu kita ni,semua nak tunjuk pandai,benda yang dia tak pandai pun dia buat2 pandai.Aku pun tak hairan sebab memang orang melayu macam tu,aku pun tak bangga mana bila disebut aku melayu,memang nampak macam ada keistemewaan bila semua termaktub dalam akta perlembagaan,aku bersyukur,tapi pelik juga ek bila ramai pelajar melayu kita yang tak mau balik Malaysia lagi.Bak kata pepatah,"Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri" .

Dulu aku ada bagi satu video dalam sidang DUN Perak,mengenai Ir Nizar yang dikatakan berdolak dalih mengenai Fasal Perlembagaan PAS yakni berkaitan negara Islam yang mahu dilaksanakan PAS..Aku dah ulas dengan panjang lebar.Video ni UBN macam Pisau,GOMO,exPKR,AIDC,GAP semua memang syok duk canang sini sana,tapi jawapan daripada blogger PAS tak pula kedengaran.Yang ada hanya cerita-cerita dan borak2 kosong je..Dari budak2 PKR dan PAS yang Pro Pakatan..Yang ProMuqabalah mana??Haram...senyap dey..

Berkemungkinan video itu juga yang menyebabkan golongan Pro Ulama yang di HIGHLIGHT kan seperti tidak ambil kisah mengenai rampasan kuasa di Perak dan seolah2 DAP Perak dan Pro Erdogan lebih bersungguh-sungguh dalam mendepani isu tersebut.Dah kalau dibiarkan DAP dan PKR je bersama Nizar dan beberapa puak PAS yang dicop sebagai Erdogan,memang la keputusannya begitu...Nizar dikatakan sebagai BONEKA pula..Nama Pakatan beb..semua kita buat sama2..Kita bukan macam UBN..UMNO tu malaikat,yang lain kuli batak,yang lain komen tu sebagai gugat keselamatan negara,UMNO cakap tak apa..Walaupun isu2 sensitif..Tak pula kena pecat,tak pula kena ISA..Kan ke HARAM JADAH puak UBN ni kalau dah macam tu..

Hal mengenai UG belum selesai.Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai faktor terbesar yang mampu mengawal dan memonopoli keadaan telah dengan jayanya menutup isu tersebut dengan mengeluarkan kenyataan bersama.Kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen benar-benar di dengari rakyat,tetapi bagi golongan yang berdegil macam aku dan beberapa hardcore Pakatan rakyat yang lain masih belum menerima kes ini tertutup begitu sahaja.Anwar bukanlah siapa yang dapat menutup isu ni macam tu saja..Kami dah diasah dengan sikap mahukan kebenaran diperjelas,Lawan Tetap LAwan..

Sebab sebelum muktamar sudah ada kata putus tidak ada sebarang rundingan PAS-UMNO.Nama melayu dan Islam diperguna UMNO dan puak ProMuqabalah.Ada yang termakan dan ada yang menentang sekeras-kerasnya terutama TG Nik Aziz Nik Mat.Mustafa tak boleh suruh tutp kes ini sebegitu sahaja..Hadi Awang,Nasha,Hassan Ali dan beliau sendiri menjadi dalang disebalik kejadian ini..

Macam Najib yang mengumumkan satu malaysia,kenapa hardcore PAS menentang dan memandang serong,tetapi berkaitan dengan muqabalah kerajaan perpaduan ini tak pula mendesak Hadi Awang menerangkan dengan panjang lebar.Harakah ada sebagai sumber rasmi yang memang perfect 100% tiada kesalahan,kenapa Hadi Awang tak gunakan sumber maklumat PAS untuk menerangkan berkaitan perkara yaang sukar difahami ini?Kami pro Pakatan bodoh,kami tak faham,lain macam Pro Ulama,Pro Muqabalah,korang hebat,pandai..Perfect..Jadi kami perlukan penerangan..Tak perlu hina dan kata kami bangang kalau korang hebat pandai sekalipun..Nak lagi best,tu..TV PAS ada..Gunakanlah media korang yang ada..Susah sangat ke??Ni nak berdolak dalih lagi..

Secara jujurnya sebagai seorang ahli UMNO dan bekas supporter UMNO yang hardcore dan kini telah beralih arah menjadi supporter Pakatan aku sejak dulu sangat membenci PAS dan tak suka dengan Hadi Awang.Aku ulangi,aku sangat membenci PAS sebab memang aku kurang berkenan dengan cara beberapa puak dan pemimpin PAS.Yang buat aku tertarik dengan PAS adalah Arwah Fadzil Noor dan TG Nik Aziz terutamanya.Itu yang membuatkan aku cuba memahami PAS dan aku hanya ikut2 dan suka2 macam tu ja atas nama pakatan rakyat..yela,tujuan untuk merubah kerajaan Malaysia...Tetapi menjelang PRU MAC 2008 yang lalu aku betul2 sukakan PAS dan PAS pula menjadi major parti bagi aku...Bagi aku PAS nakhoda pakatan,PKR sebagai tali penghubung DAP-PAS..DAP pula adalah faktor terbesar untuk memujuk pengundi Non Muslim supaya percayakan PAS dan jangan takut dengan pelaksanaan negara Islam yang termaktub dalam fasal perlembagaan PAS..

Walaupun kita tahu dalam Pakatan tak ada parti yang diberi mandat untuk mendominasi Pakatan,iaitu semua sama taraf...itu yang meletakkan PAS,PKR dan DAP bersama..Yakni semua adalah sama..Keadilan sejagat..Kita boleh lihat golongan Non Muslim juga menjadi tulang belakang kuat PAS,yang menjadi faktor utama PAS mengecapi kejayaan.Korang nak nafikan?Terpulang,tapi korang dah tengok macam mana PRU 2004 apabila negeri sendiri pun tergadai dan Kelantan yang dikepalai TG Nik Aziz masih bertahan sampai sekarang.

Orang cakap kalau PAS dapat rampas satu negeri dan tadbir negeri berkenaan,jangan harap negeri tu akan dirampas semula,nak rampas pun mungkin perlukan masa berpuluh tahun,tapi Terengganu??Dan PRU 2008 yang lalu kenapa masih gagal??N9 pula yang lebih sengit berbanding dengan Terengganu.Apa cerita??Bukankah itu pun membuktikan ada yang tak kena.Ye..Aku Bodoh,aku tak sepandai kalian.Jadi apa yang paling penting,penerangan..Penjelasan..Jangan berdolak-dalih..


Persoalan:
Sebelum ni taknak mengaku ada 2puak dalam PAS,aku sendiri mengakui dan hardcore Pakatan yang lain pun mengakui,tapi yang betul2 hardcore PAS menafikan..Bagi aku,bende yang betul bagitahu je..Akui kesilapan diri juga,bukan krtik kesilapan orang lain fahaman dengan kita je..Tengok Manek Urai pun TG Nik Aziz cakap apa kepada puak Pro U.. (lama' ke MNO)??hehe..Dunia2..Bubar je kelab penyokong PAS..tengok boleh survive tak kalau dah mendabik dada sangat2..

2 comments:

Khairul said...

Harakah x der kesalahan. Maksud kau akhbar harakah?

haha. apa yang aku nampak, harakah asyik nak kutuk parti kerajaan je.

surat kabar lain ada gak puji parti pembangkang. tapi harakah, jgn harap.

dah lama aku x baca harakah. x tau la kalau konsep dia dah berubah.

nama pun akhbar pembangkang. tak akan nak kutuk pembangkang kan? logik la sket. jagan percaya bulat2.

Fadhlullah Universoul said...

hehe..tu nada aku perli harakah..tah,mmg pun sgt sukar harakah nak puji UMNO/BN..

name pn akhbar parti..so keje die duk back up parti jela..

ape yg diseleweng dlm akhbar diperkuda KERAjaan baru dorg akan ulas..

then bnyk bab2 agama n suara2 mahasiswa dlm harakah gak..