Pelajar yang berumur 11 tahun itu dikatakan baru pulang bercuti dari Melbourne, Australia bersama neneknya dan disahkan mengidap H1N1 semalam.
Tiong Lai berkata, jumlah terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes tersebut meningkat kepada 42 kes setakat ini.
Katanya, perkara ini merupakan lonjakan besar dan pihak kementerian akan terus memantau mereka yang berhubung dengan pesakit-pesakit yang telah dijangkiti.
Menurutnya, pihak kementerian juga berkemungkinan akan melakukan imbasan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi mengesan wabak tersebut.
"Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran akan berbincang mengenai pelaksanaan tersebut," katanya.

Untuk paparan lebih jelas,klik pada imej..
At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
No comments:
Post a Comment