Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 16, 2009

Pemecah Berita:Mahkamah Pinda Tarikh perbicaraan!!!


Mahkamah Pinda Tarikh..

Rakyat mempersoalkan mengapa Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 18hb ini dipinda pula ke 21hb. ?. Rakyat menjadi keliru dengan pindaan tarikh ini. Perbicaraannya sama pula dengan perbicaraan rayuan Zambry.

Dengan pindaan ini, rakyat semakin pra sangka berlaku ketidakadilan dan penganiyaan terhadap Hj Nizar. Selang dua tiga hari sementara menunggu perbicaraan, Zambry masih berkuasa dan dengan kuasa haramnya itu, beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk mengadakan sidang haram bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Dato' Seri Hj Nizar sebagaimana yang disaran oleh Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Sebab itulah usaha dibuat bagi membolehkan sidang diadakan secepat mungkin. Bagi membolehkan sidang haram itu diadakan tarikh perbicaraan rayuan Hj Nizar dipinda ke 21hb.

Sementara itu, saman Sivakumar terhadap Ganesan masih belum ditentukan tarikh perbicaraannya. Semua proses ini dilambatkan bertujuan Zambry terus berkuasa dengan cara yang haram, dan mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka.

Ini semua mengundang ketidakyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman di negara ini. Rakyat sebenarnya sudah lama mempertikaikan institusi kehakiman sejak lama dahulu, lebih-lebih lagi selepas isu peguam Linggam yang gempar suatu ketika dulu. Apabila unsur ini berlaku pula kepada kes Hj Nizar, rakyat semakin tidak percaya kepada mahkamah di Malaysia. Kita bimbang rakyat akan bertindak di luar batasan undang-undang setelah ketidak percayaan kepada mahkamah sampai kemuncaknya. Adakah ini yang pemimpin BN mahu ?


Aikk..Zambry sekejap je diluluskan rayuan walaupun kes kat mahkamah rayuan masa tru ade 3..Tapi Nizar masa hari membuat permohonan tu takdak kes (sehari selepas Zambry berjaya membuat permohonan di mahkamah rayuan),tapi Nizar punye kes ditetapkan akan dibacakan pada 18hb mei..Tapi la ni dah berubah..21 mei..Herm..Macam ada perkara pelik yang akan berlaku..Kan???

Kebanyakkan rakyat Perak telah mengharap agar DUN dibubarkan manakala Najib Razak seakan bersetuju DUN Perak dibubarkan dengan mengatakan atas kehendak Sultan..tetapi jika diteliti disitu ada satu yang tersembunyi..Sultan akan membubarkan DUN apabila penasihat baginda (yakni MB) menghadap memohon perkenan dibubarkan DUN..

Lantas sebab itu Zambry kelam kabut..Dan mahkamah dipergunakan tak sampai 19jam Nizar mendapat kemenangan di mahkamah Tinggi..Dengan Sultan tak ada kat Istana pulak..So Zambry terselamat seketika..Rayuan Nizar yang akan dibacakan pada 18 mei mungkin akan memihak kepada Nizar juga,lantas cara yang paling ideal untuk menghalang DUN daripada dibubarkan adalah dengan mengenepikan Nizar dengan usul UNDI tak Percaya dalam Dewan..

Mungkin pada 21 mei nanti usul Undi tak percaya kepada Nizar telah diluluskan dan Nizar secara sah bukan dan tak akan lagi mendapat hak dimana2 sebagai MB yang sah walaupun Zambry dengan secara terang lagi bersuluh telah menjadi MB haram selama lebih 100 hari ini..

Dan apabila Nizar tak ada kuasa sebagai MB harapan rakyat musnah untuk melihat DUN Perak dibubarkan..Dalam erti kata mudahnya,tidak akan ada pilihanraya semuala di negeri Perak..Itulah maksud tersirat Najib DUN Perak akan dibubarkan atas kuasa SUltan..Kehendak Sultan..tetapi Sultan tak akan bubarkan jika penasihat baginda (Menteri Besar) tidak menghadap memohon DUN dibubarkan..

Itulah permainan jahat UBN untuk memperguna Institusi raja demi menjamin tembolok dan kuasa mereka..

No comments: