Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 1, 2009

Pelik..Tapi benar..

Huhu..Tadi pegi solat jumaat..
Dah 2 minggu berturut2 aku
solat kat sebelah seseorang..

Minggu lepas kat sebelah Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan yang merupakan orang kuat GAP atau Gerakan Mansuhkan PPSMI.Segan gak nak tegur.Kire jadi excited gak then ada la Prof tulis mengenai artikel khutbah solat jumaat tu dalam blog die..

Tapi minggu ni(tadi) lain la pulak..Huhu..Aku solat sebelah orang gila rupanya.Mana aku tau tu orang gila.Macam biasa je.Solat semua macam biasa.Tapi masa mula2 nak angkat takbir,aku suh die rapatkan saf,die xrapat pun.AKu biarkan jela pak cik tua tu..Dah abis tahhyat akhir,bagi salam kemudian doa..Semua tadah tangan,tapi aku pelik pulak pak cik ni mula2 tadah tangan,tapi kejap je..Then die khatamkan doa die tu trus senyap xpegi mana2..Abis doa,semua bersalaman.Aku pun duk bersalaman dengan die.Tapi sebelum tu die gelak besar..Sukenya die gelak..Aku cakap la dalam hati..Dah sah gila la kotnye ni..patutla xberapa selesa baunye..hehe..macam2..

Moralnye..
Orang gila pun pegi solat jumaat walaupun xwajib..Inikan kita sebagai orang waras..Lain la kalau ada rukhsah baru la leh amek DO.Kalau x,xleh lar yek..huhu..

Mai aku share sikit cite lawak pasal orang gila pegi solat jumaat..

Kisah Ali Orang Gila Kg Pinang


Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…

Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…

Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya balik kaki ayam la tok….”

Chegu Fadh:
Herm..sekarang ni dah xda lagi dah artikel politik pasal isu perebutan kuasa Perak kat masjid..Lepas aku cite aritu dah macam slow sket..Then tadi dah xda langsung flyers kat pintu masjid..Bukan aku xsuke,tapi kalau bagi tu biarlah berdepan..Ini macam duk buat siapkan bende Allah tu masa orang tengah sibuk solat la yang peliknya..huhu..

No comments: