Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 8, 2009

Syed Hamid Bebal telah bersuara....

Hapuskan Akta Mesin Cetak - Syed Hamid

KUALA LUMPUR 7 April - Kementerian Dalam Negeri akan mencadangkan kepada kerajaan supaya memansuhkan dua akta yang tidak relevan dan mengkaji tiga lagi akta supaya disesuaikan mengikut peredaran semasa.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar(BEBAL) berkata, akta yang boleh dimansuhkan ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Kediaman Terhad 1953.

Katanya, akta yang perlu dikaji secara mendalam pula ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat 1969 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 (LLPK).

Tambah beliau, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan boleh dimansuhkan bagi membolehkan syarikat- syarikat penerbitan bergerak lebih bebas sejajar dengan tuntutan rakyat masa ini.

"Rakyat tidak suka akta itu, syarikat-syarikat media pun tidak suka akta itu," katanya pada sidang akhbar khas di kediaman beliau di sini hari ini.

Namun, Syed Hamid mencadangkan agar pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak melalui perdebatan terbuka.

Bagi Akta Kediaman Terhad pula, beliau mencadangkan ia dimansuhkan sepenuhnya kerana boleh dianggap telah lapuk pada zaman ini.

"Dengan wujudnya kemudahan komunikasi seperti telefon bimbit dan Internet, kandungan akta itu seperti hukuman buang daerah dan sebagainya gagal menepati matlamat yang diinginkan," jelasnya.

Menurut Syed Hamid, tiga akta yang dicadangkan untuk diubah mengikut kesesuaian zaman pula perlu memastikan wujud keadilan yang lebih ketara terhadap mereka yang ditahan.

Jelas beliau, ISA misalnya akan dilihat lebih telus jika wujud proses mahkamah dalam penahanan seseorang suspek yang mungkin mewujudkan ancaman kepada negara.

Katanya, ISA tidak boleh dilihat oleh rakyat sebagai digunakan secara sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, pemansuhan dan perubahan terhadap akta-akta itu akan dapat memenuhi gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mewujudkan Satu Malaysia.



Baca pula mengenai ulasan seorang sahabat En Rahem aka Ibnu Zack ni pada 23 okt 2008..


MAJORITI RAKYAT MAHUKAN ISA-SYED HAMID


Assalamu'alaykum

Saya membaca penuh minat wawancara antara Dato Syed Hamid Albar dan laman Mstar berkenaan isu ISA. Dalam wawancara tersebut, Syed Hamid mengatakan:

"Jika demikian (keadaan), anda lakukannya ketika itu. Tetapi pada masa ini, kami merasakan bahawa majoriti rakyat merasakan masih wujud keperluan mempunyai satu undang-undang preventif," kata beliau dalam temu bual dengan mStar Online dan Star Online di sini.

Sungguh saya ingin bertanya kepada Syed Hamid, mana fakta, kajian atau survey yang membuktikan rakyat Malaysia menyokong akta tiada perikemanusiaan ini? Bagaimana Syed Hamid boleh tahu perasaan dan pemikiran rakyat seluruhnya hanya berdasarkan andaian dhaif yang didasari usaha menutup kelemahan sendiri?

Cukup sekian banyak petisyen, himpunan, ceramah yang disertai puluhan ribu rakyat membantah penggunaan ISA, di mana pula suara rakyat yang 'mendesak' agar kerajaan mengekalkan kegunaan ISA? Di mana petisyen rakyat yang 'menyokong' ISA hingga Syed Hamid boleh membuat justifikasi sedemikian?

Dan jika sekiranya benar sekalipun, apakah pandangan majoriti rakyat boleh mengatasi hukum Tuhan dalam soal ini? Walhal langkah penggunaan ISA itu sendiri telah banyak menceroboh ketetapan Tuhan dalam prinsip asas perundangan Islam:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(An-Nisa': 58)

Begitu juga dengan pandangan cendikiawan Islam lainnya:

The Muslims Professionals Forum said the authorities should counter any anti-islam arguments, and only "in the extreme, the authorities may take someone to the Syariah court". The use of the ISA is excessive, inhumane and runs counter to islam's principle of justice" it said.

Perlis Mufti Asri Zainul Abidin criticized the arrest of Raja Petra, Teresa Kok and Tan Hoon Cheng. "Disallowing a person the opportunity to defend himself is wrong" (The Star)

Keadilan dalam Islam tidak mengenal ideologi, fikrah politik, status, agama, bangsa atau kekayaan seseorang. Tidak ada yang lebih atas dari orang lain dalam undang-undang Islam. Keadilan dalam ISA pula melayan seseorang berdasarkan status kedudukannya. Seseorang yang menggunakan isu perkauman tidak akan dihukum ISA jika dia rapat dengan pemerintah. Seseorang lain yang melaporkan isu perkauman akan di hukum ISA jika laporannya itu menyusahkan pemerintah.

Begitu keadilan yang dijunjung ISA.

Saya sama sekali tidak menolak undang-undang pencegahan (preventif). Soalnya, ISA bukan lagi undang-undang pencegahan apabila ia diguna untuk kepentingan politik parti pemerintah. Suara rakyat ditutup, disekat dengan ugutan bernama ISA. Rakyat menjadi takut, cuak untuk menegur kesilapan pemerintah. Takut membetulkan pemerintah malah lebih jauh, jika ketakutan kepada pemerintah mengatasi ketakutan kepada Allah s.w.t.

Dari Abu Sa’id Al Khudri ra dari Nabi SAW, baginda bersabda:

Afdhalul Jihaad, Kalimatu Haqqin 'Inda Sultanin Jairin.

Sebaik-baik jihad adalah berkata benar di hadapan pemerintah zalim.

Masalah besar ISA adalah tempoh tahanannya yang tiada had. Menteri boleh melanjutkan tahanan hanya dengan satu tandatangan ringkas. Sudah tentu ia satu penganiayaan sebab kesalahan tak dapat dibuktikan.

Jesteru itu, ISA wajar dihapus dan diganti dengan undang-undang pencegahan lain yang memperuntukkan tahanan reman yang lebih panjang (30 hari contohnya). Saya percaya, dengan kecekapan PDRM yang sering disebut 'golongan sana' sebagai 'antara yang terbaik di dunia', 30 hari adalah masa yang terlalu panjang untuk mereka mencari bukti khusus buat membawa si penjenayah ke muka pengadilan.

iBNuZaCK: Nak tau suka ke tidak, masuklah ISA dulu 2-3 tahun Syed Hamid..





CheguFadh:

Dah baca mengenai ulasan En Rahem ??

Ni ulasan dari aku pula..

1)Syed Hamid ni mabuk agaknya..bulan Mac dan April sebelum ni siapa yang arahkan sekat pengeluaran akhbar SuaraKeadilan+Harakah bagi menyekat akhbar berkenaan berkempen??Minggu lalu Najib baru arahkan penarikan lesen akhbar berkenaan yang masih belum tamat tempoh.

2)Syed Hamid kata perlu debat secara terbuka???Hahahahaha..siapa yang dari gerombolan PEKEMBAR (in English UMNO) yang berani berdebat??si MahaDey pun tarak berani la..Zahid Hamidi yang suka buat sidang akhbar berucap punya yakin pun xberani datang debat secara terbuka di dewan Bukit Gantang..Berani hanya Ketua Pemuda rasuah yang seakan2 kartun semasa berdebat dengan Husam Musa.Tidak ketinggalan Shabery Cheek yang berbuih2 air liur kat mulut dan lari topik semasa berdebat dengan Anwar Ibrahim..hehehe

1 comment:

akureformasi said...

Aku sokong apa yang kau cuba sampaikan dalm entri ni.. Hehe.. Memang Bebal..

p/s: Lawati lah blog aku.. Nanti aku wat link kat blog ko ni..