Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 10, 2009

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

Oleh Dr MAZA

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam” Dr MAZA

3 comments:

Anonymous said...

salam...
just want to 'quote' kata2 penceramah 15hb 03 2009 yang lalu di dewan KUO upsi...
" kita perlu lihat keadaan semasa... takut nanti masyrakat Islam di Malaysia terkeliru dengan artikel2 dakyah Kritians yg menggunakan nama Allah sebagai panggilan mereka 'Tuhan?' tetapi mereka samakan dengan manusia (Jesus/ Nabi Isa a.s)... sebagai contoh... jika mereka keluarkan artikel yang bermula dengan Bismillahirrahmanirrahim... ataupun dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang... tetapi akidah yang ditampilkan dalam artikel berkenaan adalah akidah yang tidak sempurna...(termasuklah akidah TRINITI, Dosa warisan, dsbg...), bukankah zalim kepada mana2 masyarakat Islam di Malaysia yang lemah akidahnya....?"
MORAL OF THE STORY... Boleh benarkan mereka panggil 'TUHAN?' yang diselewengkan oleh mereka dengan nama Allah s.w.t, tetapi memandangkan keadaan semasa yang agak tidak menggizinkan... disebabkan akidah atau IMAN Ummat di Malaysia masih kurang MANTAP...mungkin KEBENARAN ITU PERLU DITANGGUHKAN BUAT SEMENTARA WAKTU SEHINGGA AKIDAH UMMAT DI MALAYSIA BENAR-BENAR MANTAR DAN MAMPU MENEPIS PENYELEWENGAN AKIDAH ATAU IMAN OLEH PIHAK2 YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...Wallahua'lam...

Fadhlullah Universoul said...

Salam..terima kasih sudi menjenguk blog ini..


secara peribadi diri ini merasakan salahnya negara kita kerana tidak menjaga rkyatnya dan tidak cuba membawa islam secara syumul dalam pemerintahan.

Jika umat Islam memahami Islam,kita tidak perlu risau dengan apa yang menjadi HAK mereka selama beberapa ribu tahun lampau.

sememangnya ajaran Krsitian sekarang saling tak tumpah macam ajaran sesat Islam yang ada pada zaman sekarang.menggunakan Allah,tetapi akidah mereka lari.

jadi bagaimana kita nak menangani gejala kristian sama macam kita nak tangani gejala ajaran sesat.

melihat anak melayu berbuat maksiat tanpa ada batas walaupun beragama islam sangat mendukacitakan..

artis2 diangkat tinggi dan alim ulama dihina dan dikeji..

Fadhlullah Universoul said...

Salam..terima kasih sudi menjenguk blog ini..


secara peribadi diri ini merasakan salahnya negara kita kerana tidak menjaga rkyatnya dan tidak cuba membawa islam secara syumul dalam pemerintahan.

Jika umat Islam memahami Islam,kita tidak perlu risau dengan apa yang menjadi HAK mereka selama beberapa ribu tahun lampau.

sememangnya ajaran Krsitian sekarang saling tak tumpah macam ajaran sesat Islam yang ada pada zaman sekarang.menggunakan Allah,tetapi akidah mereka lari.

jadi bagaimana kita nak menangani gejala kristian sama macam kita nak tangani gejala ajaran sesat.

melihat anak melayu berbuat maksiat tanpa ada batas walaupun beragama islam sangat mendukacitakan..

artis2 diangkat tinggi dan alim ulama dihina dan dikeji..