Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 20, 2009

Kempen Power Of pen

Bulan Mac ni terlalu busy dengan aktiviti persatuan.Kesihatan agak terjejas.Paling merisaukan jika penyakit lama berulang.Seorang doc pakar bedah dari Myanmar yang pernah berkhidmat di Hospital Kuala Pilah pernah menasihatkan aku supaya mengawal pemakanan dan jaga kesihatan,takut2 kalau penyakit berulang,nanti makin parah.Nasib sebelum ni dapat kesan walau dah diperingkat akhir gak.Kalau x,pergh..Yang tu pun dah ambil masa 9bulan nak sembuh.Argh..biarkan..tapi ni ade gak tanda sikit2 penyakit ni boleh serang balik.


POWER OF PEN


Ok,berbalik kepad aktiviti.RoadShow Ilmiah berjaya,sekarang ni Program Power Of Pen.Bagi aku,ramai mahasiswa masih belum sedar.Memang ada kelompok yang sedar,tetapi masih ramai yang sangat mementingkan diri.Yang tidak hiraukan kempen yang penting sebegini.Tak tahulah macam mana rupa institusi pendidikan masa depan kalau kebanyakan guru hanya bersikap pentingkan diri.

Esok adalah hari penamat kepada kutipan Program Power Of Pen ni.28 March nanti semua pen ini akan diserahkan kepada wakil UNESCO untuk dibahagikan kepada anak2 miskin yang berada di Kemboja khususnya.Sasaran seorang mahasiswa akan menderma sebatang Pen.
Melihatkan kapasiti pelajar di UPSI ni,12ribu lebih.Jika seorang menderma sebatang,Ya Allah,tak terkata jumlahnya.Sememangnya bangga jika setiap orang tidak sombong dan menganggap aktiviti kebajikan bukan satu pembaziran.Support yang kami terima agak baik,tetapi ada juga yang dilihat ingin menjatuhkan dan mengagalkan.

Sedih bila mana pada malam pertama kempen dilancarkan,kotak derma memungut Pen telah dicuri,yang tinggal hanya penutup kotak yang ditampal memo sahaja.Tak tahulah macam mana insan yang busuk hati tu rasa bila dia mencuri kotak yang berisi pen yang dikutip untuk derma kepada kanak2 miskin.

Harap segalanya berjalan dengan lancar.Apa yang ada,semuanya diterima dan disyukuri.Terima kasih mahasiswa Suluh Budiman kerana keperihatinan anda untuk membantu anak2 miskin di luar sana yang tidak mempunyai peralatan untuk menulis dan belajar.Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian.Program ini kita tak panggil mana2 media,kita tak masuk dalm TV pun.Kita lakukan atas dasar keperihatinan.

Jadi bagi sesiapa yang masih ingin menderma,boleh ke blog PMS-UPSI.Sebelum Sabtu minggu depan masih sempat untuk menderma.Tidak kisahla apa bentuk barangan atau sumbangan berbentuk wang,kami akan asingkan dan akan menyerahkan semuanya kepada pihak UNESCO nanti.

p/s:Power Of Pen adalah aktiviti WarmUp PMSupsi sebelum bermula Festival FST pada minggu depan.

No comments: