Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 25, 2009

ISU SELANGOR: GERAK diRogol oleh UMNO/BN..

Salam kpd semua pembaca..
Ruangan kali ini mahu membicarakan satu kes yg sangat hangat dan
di double standard kan di media stream milik UMNO/BN..

Kes 46ekor lembu sbg amal jariah
dan juga kes kaki2 rasuah UMNO yg telah
lebih mnjahanamkan UMNO dan terkantoi sbg parti yg mabuk Rasuah..

Adakah saudara saudari membaca keratan akhbar atau
media elektronik??Bgaimana 2kes ini dilayan..
Kes UMNO bsungguh2 telah dipertahankan oleh media dan
dibuat segalanya secara sgt profesional..SPRM masih mnyiasat dan sbgnya..

Tetapi bgaimana pula dgn isu MB Selangor yg xptus2 dgn isu??
Sesungguhnya memang pening menjadi MB bnama Khalid Ibrahim..
xmacam Khir Toyo yg terlalu kewl mnjadi MB smp tanah pergunungan habis
ditarah pun die boleh cakap "SEMUANYA OK",meroboh kampung2 tertentu
wpn pnduduk kampung masih fight kes tu dimahkamah,dan pelbagai kes sebelum ini
yg menyebabkan Selangor skg dipenuhi dgn rumah urut krn lesen diluluskan tanpa kawalan (dibongkar 360 TV3 awl bln 5 2008).

GERAK juga telah diperalatkan sehingga buat pertama kalinya
membuat laporan terburu-buru sebelum merujuk data di PKNS..
Jadi sama2 kita baca kenyataan media yang xdisiarkan oleh media
tunggangan UMNO/BN..



Friday, 23 January 2009 | Ruangan: Kenyataan Media


PETALING JAYA - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri selangor sempena sambutan hari raya haji yang lepas. Dalam menguruskan penajaan lembu korban untuk negeri Selangor, beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah berminat untuk menjalankan tanggungjawab sosial dan telah bersetuju untuk menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak.

PKNS sangat prihatin kepada segala laporan dan kenyataan berhubung derma lembu korban kepada masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak. Ingin dijelaskan bahawa keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di Bandar Tun Razak dibuat selepas satu perbincangan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa syarikat anak dan syarikat bersekutu telah bersetuju untuk menyertai pembayaran program ini.

Bayaran sebanyak RM110,400 untuk 46 ekor lembu korban yang didermakan telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam (6) syarikat yang telah menyatakan persetujuan mereka untuk menderma.

Syarikat-syarikat yang menderma adalah:

1. Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) (5 ekor bernilai RM12,000)
2. Selaman Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
3. Damansara Impian Sdn Bhd (6 ekor bernilai RM14,400)
4. Pembinaan K.K.Wong Sdn Bhd melalui Sunway Damansara Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
5. PKNS Infra Berhad (5 ekor bernilai RM12,000.00)
6. Must Ehsan Development Sdn Bhd (10 ekor bernilai RM24,000)
7. PKNS Engineering & Construction Berhad (5 ekor bernilai RM12,000)

Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Dato’ Menteri Besar Selangor tentang derma lembu korban ini setelah semua perancangan telah diatur. PKNS ingin menjelaskan bahawa pihak Dato’ Menteri Besar Selangor atau pegawainya tidak pernah menghubungi PKNS ataupun SIC Berhad berkenaan pendermaan lembu korban ke kawasan Bandar Tun Razak. Dato’ Menteri Besar Selangor juga tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen untuk mengarahkan Selangor Industrial Corporation Bhd (SIC) membuat pembayaran. PKNS juga ingin menjelaskan Dato’ Menteri Besar Selangor bukanlah pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku merangkap pengurus besar PKNS, adalah pengerusi SIC Berhad.

Adalah diharapkan kenyataan ini akan melenyapkan segala kekeliruan yang telah timbul berkaitan dengan isu ini.

MOHD. WAZIR BIN ABDUL GANI
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR

No comments: