WAKTU tidur yang diperlukan bergantung kepada pelbagai faktor terutama usia. Bayi yang baru lahir tidur antara l6 hingga 18 jam sehari manakala kanak-kanak pra-sekolah pula lazimnya harus memperoleh tidur antara 10 hingga 12 jam.
Kanak-kanak di sekolah rendah dan remaja pula memerlukan sekurang-kurangnya
sembilan jam untuk membolehkan tubuh mereka benar-benar memperoleh rehat yang mencukupi.
Bagi kebanyakan orang dewasa pula, tempoh antara 7 hingga 8 jam semalam dikatakan jumlah tidur yang terbaik. Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, ‘cukup tidur’ mungkin hanyalah 5 jam atau sesetengahnya pula memerlukan 10 jam.
Apabila seseorang itu meningkat usia, corak tidurnya juga berubah. Orang dewasa yang lebih tua lebih cenderung untuk tidur ayam dan lebih kerap bangun pada waktu malam berbanding orang dewasa yang lebih muda.
Ini mungkin berpunca daripada pelbagai faktor seperti keadaan perubatan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat mereka. Namun, tiada bukti menunjukkan warga tua perlu jumlah tidur yang berkurangan berbanding orang dewasa yang lebih muda.
Mendapatkan tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan sistem imun tubuh bagi membolehkan tubuh melawan penyakit dengan lebih baik. Tidur juga diperlukan bagi membolehkan sistem saraf berfungsi dengan baik. Jumlah tidur yang terlalu sedikit akan membuatkan seseorang itu mengantuk dan tidak mampu untuk memberi tumpuan. Ia turut menjejaskan ingatan dan prestasi fizikal.
Berapa banyak tidur yang mencukupi? Pakar menyatakan jika kita berasa mengantuk pada waktu siang, itu bermakna kita kurang tidur. Selain itu, kualiti tidur juga sama penting dengan kuantiti yang diperlukan.
Tidur yang sering terganggu atau terpaksa mengehadkan waktu tidur menunjukkan seseorang itu tidak mendapat tidur yang berkualiti.
Jika kita sering mengalami masalah mengantuk pada waktu siang, biarpun selepas meningkatkan jumlah tidur berkualiti, berbincanglah dengan doktor.
Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda
(Hasan Al-Banna)
(Hasan Al-Banna)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment