KUALA LUMPUR 15 Dis.(Utusan) - Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.
Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70. -
hehe..minyak turun lagi..tp klu diikutkan harga sblm ni(bbrp thn lps)
mase harga mnyk sepatutnya sudah diparas bawah rm1.50.Tengok laporan Harakah 23Nov lepas..
Tetapi??hehe..tgk pula golongan cerdik pandai yg aku dh tinggalkan,ape lagi..member2 KPMU la..
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) -Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.
"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.
"Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.
Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia. - mks.
Tiada pula ucapan Terima Kasih atau menunjukkan rasa gembira apabila kerajaan telah berkali-kali menurunkan harga minyak. Malahan ada pula yang memberikan alasan bahawa kerajaan turunkan minyak kerana desakan dari pembangkang. “Jika tidak ada pembangkang” kata mereka dengan bangganya tidak mungkin kerajaan akan turunkan harga minyak.
Mereka lupa kerajaan sebenarnya tidak tunduk kepada desakan pembangkang. Walaupun ada pembangkang, kerajaan tetap naikan harga minyak sekiranya perlu menaikan harga minyak. Kerajaan perlu melihat keperluan menaikkan harga minyak dan menurunkan apabila wajar diturunkan. Kerajaan tidak pernah terdesak dengan desakan pembangkang untuk turunkan harga minyak.
Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Hari ini adalah kali keenam kerajaan menurunkan harga minyak, rakyat tidak perlu memilih kerajaan baru untuk menurunkan harga minyak. Anwar Ibrahim mungkin punya idea baru untuk memutar belitkan isu minyak ini bagi digunakan pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti. Mungkin Anwar akan berkata bahawa beliau boleh menurunkan harga minyak lebih rendah dari apa yang kerajaan turunkan sekarang atau boleh memberikan minyak percuma kepada rakyat. Kita langsung tidak mendengar komen-komen dari pemimpin pembangkang semenjak harga minyak diturunkan.
Oleh: Hassan Ismail [www.kpmu.net]
CheguFADH:
ape2 pun..aku bersyukur minyak turun..sbb nanti ade pulak golongan cerdik pandai ckp mcm2..ko TENGOK la harga mnyak Global stp mase kat page aku ni ek..aku sediakan KHAS tuk korg..
rm1.80 n bwh rm1.50..mane yg korg nak pilih??huhu..ok..mcm biasa..Lu PIKIRLA SENDIRI!!!
No comments:
Post a Comment