UMNO dah ada Calon..PAS bila??1Jan 2009..sama2 saksikan..
Susah sangat nak pilih sebab ramai calon yang berkredibiliti ek??
huhu..fav aku Mustafa Ali.Nak amek Mat Sabu,takut main isu orang luar..huhu..
Ape2la..asalkan ade pertandingan secara demokrasi yang sihat...
Susah sangat nak pilih sebab ramai calon yang berkredibiliti ek??
huhu..fav aku Mustafa Ali.Nak amek Mat Sabu,takut main isu orang luar..huhu..
Ape2la..asalkan ade pertandingan secara demokrasi yang sihat...
..Wan Farid..
by Mahfuz Omar
Calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Farid Salleh membuat tuduhan pertama yang 'nanar' setelah diisytiharkan menjadi calon baru-baru ini.
Beliau menuduh PAS mengalami 'masalah dalaman' berikutan banyaknya cadangan-cadangan calon yang dikemukakan oleh beberapa pihak dalam PAS.
"Saya tak pasti apabila Ketua Pemuda hendak calon ini, Mursyidul Am hendak calon itu, Pesuruhjaya hendak calon yang lain itu ditafsirkan sebagai tidak ada masalah dalaman, " kata Wan Farid sebagaimana disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen utama semalam.
Cadangan-cadangan calun yang banyak oleh pelbagai pihak dalam PAS tidak boleh dianggap sebagai perpecahan bahkan ia menunjukkan bahawa betapa PAS mempunyai calun yang sangat lumayan yang berkaliber yang boleh kita kemukakan.
"Tok Guru Nik Aziz pandang orang itu kaliber, pemuda pandang orang ini kaliber, mungkin ada pandangan yang lain berpandangan bahawa ada pihak lain yang berkaliber.
"Itu bermakna bahawa kita (PAS) memiliki jumlah calon yang berkaliber itu mempunyai satu jumlah yang snagat banyak yang boleh kita tonjolkan,"Siapa pun yang akan PAS pilih nanti ialah hakikatnya mereka yang mempunyai kredibiliti, kaliber yag tinggi yang mempunyai komitmen yang tinggi kepada perjuangan untuk parti untuk agama untuk bangsa untuk rakyat dan untuk negara.
Sebab itu akhirnya PAS akan bulatkan keputusan kepada satu calon sahaja iatu daripada senarai yang ada pada semua pihak itu.
"Kita (PAS) akan pilih yang terbaik untuk dikemukakan kepada rakyat,"
No comments:
Post a Comment