Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 23, 2009

Perihal kementerian pertahanan...

Enjin Hilang: Tiada Pegawai Kanan TUDM Terlibat





KUALA LUMPUR: Tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebaliknya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas jika ada pegawai peringkat atasan yang terlibat.

"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat.

"Tapi jika didapati ada, sama ada secara langsung ataupun tidak, maka tindakan akan diambil," katanya selepas merasmikan bas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan dua akhbar bahasa Melayu hari ini berhubung kehilangan sebuah lagi enjin pesawat tempur milik TUDM itu.

Laporan berkenaan mendedahkan kehilangan enjin GE J85-21A digunakan pesawat tempur F-5E milik TUDM berpangkalan di Skuadron Ke-12 Scorpion Pangkalan Udara Butterworth itu dipercayai didalangi individu sama yang didakwa terbabit kehilangan enjin pertama.

Kali ini, ia dikatakan diseludup ke Eropah.

Kejadian kehilangan enjin kedua ini dipercayai berlaku kira-kira lima bulan selepas enjin pertama dilaporkan hilang ketika menunggu untuk disenggarakan kontraktor dilantik pihak kerajaan.

Bagaimanapun enjin terbabit tidak tiba ke destinasi untuk penyenggaraan ketika dibawa dari Butterworth ke Kuala Lumpur menggunakan kontena kendalian kontraktor terbabit.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan mendedahkan mengenai peralatan lain berkaitan yang turut hilang apabila kes ini dibicarakan di mahkamah.

"Kita akan menyebutkan apakah barangan lain selain enjin yang turut hilang jika ada selepas pihak polis bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan.

"Maklumat terpeinci akan di kemukakan sebagai bahan bukti ketika di mahkamah nanti.

"Setakat ini maklumat rasmi yang bolehkan berikan ialah enjin sahaja, yang lain-lain itu akan kita maklumkan di mahkamah," katanya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti penglibatan sebuah syarikat yang menjadi dalang kepada kes berkenaan.

"Kita telah kenal pasti syarikat itu, mereka berpangkalan di Malaysia, tetapi mempunyai cawangan di negara jiran.

"Mereka ini tidak pernah mendapat kontrak daripada TUDM," katanya.

Ahmad Zahid juga tidak menolak kemungkinan penglibatan syarikat tersebut kerana didalangi kakitangan dalaman TUDM yang berkemungkinan mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

Beliau juga menjelaskan bahawa pihaknya telah diarahkan oleh pejabat Peguam Negara untuk menyerahkan butir terperinci yang diperlukan untuk tujuan siasatan.

"Setakat ini yang terbaru kita telah mendapat arahan daripada Peguam Negara supaya TUDM berikan butir-butir lebih lanjut mengenai enjin yang hilang itu serta dokumen-dokumen yang berkaitan.

"Perdana Menteri juga telah mengarahkan saya supaya menyerahkan penyiasatan ini sepenuhnya kepada pihak polis.

"Dan selepas ini kita serahkan kepada Peguam Negara untuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Ditanya mengenai saranan pihak pembangkang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat mengenai kes ini, beliau berkata: "Mereka perlu percayakan polis, mereka profesional, dan mereka dah siasat banyak kes-kes besar lain.

"Saya percaya mereka akan lakukan secara profesional," katanya. - Mstar

Baca komen si Hisham Rais

JANGAN PUTAR BELIT,JANGAN TIPU MELAYU

Lebih banyak di blog TUKAR TIUB....

Hahaha..1Funny Malaysia1!!

Sheikh Yusuf Rujuk Kes Qazaf DSAI Ke Perhatian Dunia Islam

dsai sheikh yusofPengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.

“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.

Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.

“Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.

“Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.

Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya

Sumber: AIC


CheguFadh

Tak sabar nak tengok 2 org diktator Malaysia terkantoi...tapi tadi kejap aku tengok facebook si Mohd Nor Deris aka ketua perhimpunan mintak Nik Aziz bersara daripada politik cakap yang Sheikh Yusof ni berkawan dengan SYAITAN dan memihak pada puak AHZAB..si tua ni mengaku die Prof kat API UM..hahahah!!!!

Dec 15, 2009

BTN vs Bahasa Kebangsaan (bahasa melayu)

Di bawah ini diperturunkan rencana berkaitan dengan penerimaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disiarkan oleh akhbar Berita Harian, Jumaat 2 Oktober 2009. Saya siarkan di sini untuk rujukan kerana saya kebetulan membaca sajak saya Pengukuhan Ikrar di pelancaran Ekspo Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 di Pusat Pelancongan Sarawak di Pangkalan Batu, Kuching pagi ini, 3 Oktober 2009 sekitar jam 10.30 pagi.


MELAYU PATUT AGUNGKAN BAHASA SENDIRI

SEGELINTIR rakyat di negara ini masih malu, rendah diri dan tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu sedangkan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ia bahasa kebangsaan lebih lima dekad lalu.

Lebih parah, orang Melayu sendiri bukan saja segan bercakap dalam bahasa Malaysia, malah lebih selesa mengagungkan bahasa Inggeris dalam pelbagai urusan rasmi, mesyuarat dan aktiviti lain. Apa akan jadi jika senario itu berterusan terutama kepada generasi kini yang banyak terdedah kepada bahasa penjajah itu. Mahukah bahasa Melayu turut pupus seperti bahasa Latin, Sanskrit dan Jawa yang suatu ketika dulu begitu diagungkan oleh masyarakatnya?

Hakikatnya, rakyat negara ini patut berbangga kerana bahasa Melayu antara lima bahasa terbesar dunia selepas bahasa Inggeris, Cina, Hindi dan Sepanyol yang dituturkan masyarakat global. Ketika ini, lebih 300 juta orang bertutur bahasa Melayu di seluruh dunia dengan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura menjadikannya bahasa rasmi.

Justeru, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berfungsi sebagai badan menyebar luas dan memartabatkan bahasa Melayu, sejak 1960-an sudah menjalankan pelbagai program memberi kesedaran rakyat terhadap bahasa kebangsaan itu bermula dengan Minggu Bahasa Kebangsaan, Gerakan Cintailah Bahasa Kita, Bulan Bahasa dan Sastera Negara dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Sepanjang lima dekad DBP tanpa jemu mengadakan kegiatan seperti forum, pidato, sayembara puisi dan pantun serta debat membabitkan pelbagai peringkat di sektor kerajaan dan swasta.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, menegaskan sepanjang 1960 hingga 2003, kesedaran orang ramai terhadap memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa juga kegiatan dan urusan dianggap amat baik.

Bagaimanapun, sejak tiga empat tahun lalu, penggunaannya semakin merosot dengan program seperti membabitkan institusi kewangan dan insurans mengutamakan bahasa Inggeris.

Dalam bidang perniagaan dan perdagangan, bahasa Inggeris lebih banyak digunakan dan ini dilihat tidak melambangkan jati diri rakyat Malaysia. Tambah parah, apabila kerajaan sebelum ini, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah rendah dan menengah.

“Keadaan ini sekali gus memberi persepsi negatif masyarakat yang menganggap kerajaan tidak menekankan kepada penggunaan bahasa Melayu. Bagaimanapun, keputusan kerajaan sekarang memansuhkan PPSMI adalah tepat dan langkah bijak ke arah memartabatkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat juga sepatutnya terus memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, papan tanda dan pertuturan supaya pelancong dapat merasakan berada di Malaysia.

Malangnya, apa yang dilihat, masih ada pelancong tidak begitu merasakan mereka benar-benar berada di negara yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Ini berbanding dengan Perancis, Thailand, China dan Korea yang terserlah identiti dan imej negara berkenaan yang dipaparkan menerusi papan tanda bertulis bahasa ibunda dan rakyatnya bercakap bahasa rasmi mereka.

Namun, Termuzi berkata, sepanjang tempoh enam tahun terutama ketika pelaksanaan PPSMI, DBP terus memainkan peranannya untuk meningkatkan kesedaran, kecintaan serta memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ilmu menerusi Bulan Bahasa Kebangsaan.

DBP juga menghantar pekeliling sebagai peringatan kepada agensi kerajaan yang mengetepikan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan sebagainya.

Beliau berkata, kempen secara berterusan berkaitannya akan diaktifkan sepanjang masa khususnya pada Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober setiap tahun.

Oleh itu, Bulan Bahasa Kebangsaan bagi tahun ini akan dilancarkan dengan kerjasama kerajaan Sarawak di Stadium Perpaduan Kuching oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa depan akan membawa mesej jitu Bahasa Jiwa Bangsa.

Termuzi dapati ada orang Melayu sendiri yang rasa rendah diri menggunakan bahasa ibunda, sedangkan kita perlu tahu bahasa itu adalah yang kelima terbesar di dunia iaitu dengan 300 juta penutur.

“Berbanding negara lain, bahasa Melayu tidak ketinggalan dan bukan dianggap kolot. Ketika ini, bahasa Inggeris dituturkan kira-kira 1.5 bilion orang di seluruh dunia diikuti China (1 bilion); Hindi (700 juta) dan Sepanyol (350 juta).

“Mengapa kita harus malu bertutur bahasa Melayu yang sudah sampai ke peringkat bahasa ilmu. Sudah 20 tahun ia menjadi bahasa penghantar utama di sekolah rendah hingga ke peringkat universiti,” katanya.

Beliau juga tidak hairan jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa berkaitan isu ini, tidak mustahil ia akan pupus atau mati dengan sendirinya. Sebenarnya, 6,000 bahasa dituturkan di seluruh dunia. Bagaimanapun ia dilihat semakin berkurangan dan sesetengahnya sudah pupus.

“Mungkin disebabkan ketidakprihatinan rakyat sendiri, kini hanya 20 bahasa dianggap sebagai bahasa rasmi apabila 50 juta orang bertutur dalam bahasa itu,” katanya.

Termuzi berkata, kekuatan bahasa Melayu yang diamalkan di negara ini juga hebat kerana ramai pakar sains dan teknologi di negara ini daripada aliran Melayu.

Kini 1,073 pakar dilahirkan dalam bidang fizik, kimia, biologi dan kedoktoran sejak 20 tahun lalu. Jika dilihat dari segi penerbitan buku, 1,082 buku sains dan teknologi dalam bahasa Melayu diterbitkan DBP dan institusi pengajian tinggi.

“Pensyarah juga mesti menyampaikan syarahan dalam bahasa Melayu. Di Universiti Kebangsaan Malaysia, 19 syarahan perdana dibuat dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, bahasa itu mampu menjadi bahasa ilmu,” katanya.

Apa yang penting penggunaan bahasa Melayu tidak akan menjadikan negara mundur. Sejarah sudah membuktikan, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea dan China berada pada puncak kemajuan dan kemodenan walaupun mereka menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa ilmu.

Bagaimanapun bagi negara yang menggunakan bahasa penjajah seperti Amerika Selatan, Asia dan Afrika pula tidak nampak maju dan seakan statik pada kedudukannya tersendiri.

Berita Harian, 2 Oktober 2009-10-03
http://www.bharian.com.my/



sumber: Saiee Driss

TUJUH KELOMPOK MUSLIM YANG MUSTAJAB DOANYA

Oleh:Prof Supli Effendi Rahim

Bismillah. Allah sungguh memiliki hak prerogatif kepada siapa yang dikhendakiNya, untuk mengatur apa saja di langit dan di bumi. Termasuk juga untuk menciptakan segala sesuatu, untuk menghancurkan segala sesuatu dan untuk melakukan apa saja yang Ia hendak lakukan. Kalau anda termasuk ke dalam tujuh kelompok berikut ini maka anda termasuk orang yang mempunyai beruntung. Beruntung karena apa? Banyak hadist dan ayat-ayat al-qur'an telah diriwayatkan para perawinya bahwa doa mereka tergolong mustajab. Nah teman-teman rugi dong kalau tidak berdoa kepada Allah. Berdoalah yang baik-baik - entah cita-cita anda, entah untuk anak-anak, untuk saudara dan apa saja yang baik-baik. Janganlah doa yang buruk. Selamat mencoba.

KELOMPOK PERTAMA.

Termasuk kelompok ini adalah meraka yang berada di tempat yang Jauh dari keluarganya.
Dari Abu Darda' bahwa dia berkata bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

Maksudnya: Tidaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak di
hadapannya, maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata : "Amin, dan bagimu seperti yang kau doakan". [Shahih Muslim, kitab Doa wa Dzikir bab Fadli Doa fi Dahril Ghalib].

Imam An-Nawawi berkata bahwa hadits di atas menjelaskan tentang keutamaan seorang muslim mendoakan saudaranya dari tempat yang jauh, jika seandainya dia mendoakan sejumlah atau sekelompok umat Islam, maka tetap mendapatkan keutamaan tersebut. Oleh sebab itu sebagian ulama salaf tatkala berdoa untuk diri sendiri dia menyertakan saudaranya dalam doa tersebut, kerana disamping terkabul dia akan mendapatkan sesuatu semisalnya. [Syarh Shahih Muslim karya Imam An-Nawawi 17/49]

Dari Shafwan bin Abdullah bahwa dia berkata : Saya tiba di negeri Syam lalu saya menemui Abu Darda' di rumahnya, tetapi saya hanya bertemu dengan Ummu Darda' dan dia berkata : Apakah kamu ingin menunaikan haji tahun ini ? Saya menjawab : Ya. Dia berkata : Doakanlah kebaikan untuk kami kerana Rasulullah SAW bersabda :

Maksudya : Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya terkabulkan dan disaksikan oleh malaikat yang ditugaskan kepadanya, tatkala dia berdoa untuk saudaranya, maka malaikat yang di tugaskan kepadanya mengucapkan : Amiin da bagimu seperti yang kau doakan.

Shafwan berkata : Lalu saya keluar menuju pasar dan bertemu dengan Abu Darda', beliau juga mengutarakan seperti itu dan dia meriwayatkannya dari Nabi. [Shahih Muslim, kitab Dzikir wa Doa bab Fadlud Doa Lil Muslimin fi Dahril Ghaib 8/86-87]

Syaikh Al-Mubarak Furi berkata bahwa jika seorang muslim mendoakan saudaranya kebaikan dari tempat yang jauh dan tanpa diketahui oleh saudara tersebut, maka doa tersebut akan dikabulkan, sebab doa seperti itu lebih jujur dan ikhlas kerana jauh dari riya dan sum'ah serta berharap balasan sehingga lebih diterima oleh Allah. [Mir'atul Mafatih 7/349-350]


Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata bahwa Imam Karmani menukil dari Al-Qafary bahwa ucapan doa seorang : "Ya Allah ampunilah dosa semua kaum muslimin" adalah doa terhadap sesuatu yang mustahil sebab pelaku dosa besar mungkin masuk Neraka dan masuk Neraka bertolak belakang dengan permohonan pengampunan, biasa saja pelaku dosa besar di doakan, sebab yang mustahil adalah mendoakan pelaku dosa besar yang kekal di Neraka, selagi masih biasa keluar kerana syafaat atau dimaafkan, maka itu termasuk pengampunan secara keseluruhan.

Ucapan orang di atas bertentangan dengan doa Nabi Nuh 'Alaihis Salam dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Maksudnya : Ya Rabb! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang-orang mukmin yang masuk ke rumahku dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. [Nuh : 28].

Dan juga bertentangan dengan doa Nabi Ibrahim 'Alaihis Salam dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maksudnya: Ya Rabbi, ampunilah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab. [Ibrahim : 41]

Serta Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga diperintahkan seperti itu yang terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maksudnya : Dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. [Muhammad : 19]

Yang jelas permohonan dengan lafazh umum tidak mengharuskan permohonan untuk setiap orang secara kolektif. Mungkin yang dimaksud oleh Al-Qafary bahwa mendoakan kaum muslimin secara kolektif dilarang bila seorang yang berdoa menginginkan keseluruhan tanpa pengecualian dan bukan pelarangan terhadap syariat doanya. [Fathul Bari 11/202]

KELOMPOK KEDUA.

Termasuk kedalam kelompok ini adalah mereka yang Memperbanyak Berdoa Pada Saat Lapang dan Bahagia.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

Maksudnya:Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang. [Sunan At-Tirmidzi, kitab Da'awaat bab Da'watil Muslim Mustajabah 12/274. Hakim dalam Mustadrak. Dishahihkan oleh Imam Dzahabi 1/544. Dan di hasankan oleh Al-Albani No. 2693].

Syaikh Al-Mubarak Furi berkata bahwa makna hadits di atas adalah hendaknya seseorang memperbanyak doa pada saat sihat, kecukupan dan selamat dari cobaan, sebab ciri seorang mukmin adalah selalu dalam keadaan siaga sebelum membidikkan panah. Maka sangat baik jika seorang mukmin selalu berdoa kepada Allah sebelum datang bencana berbeza dengan orang kafir dan zalim sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Maksudnya : Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya ; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmatNya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu [Az-Zumar : 8].

Dan firman Allah:
Maksudnya: Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya [Yunus : 12. Mir'atul Mafatih 7/360].

Wahai orang yang ingin dikabulkan doanya, perbanyaklah berdoa pada waktu lapang agar doa Anda dikabulkan pada saat lapang dan sempit.

KELOMPOK KETIGA.

Termasuk kedalam kelompok ini adalah Mereka Yang Teraniaya. Dari Mu'adz bin Jabal Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniyaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)[Shahih Muslim, kitab Iman 1/37-38].

Dari Abu Hurairah bahwa dia berkata bahwasanya Rasulullah bersabda.
Maksudnya : Doanya orang yang teraniaya terkabulkan, apabila dia seorang durhaka, maka kedurhakaannya akan kembali kepada diri sendiri". [Musnad Ahmad 2/367. Dihasankan sanadnya oleh Mundziri dalam Targhib 3/87 dan Haitsami dalam Majma' Zawaid 10/151, dan Imam 'Ajluni No. 1302]

KELOMPOK KEEMPAT DAN KELIMA.

Yang mermasuk kelompok ini adalah Orang tua dan para musafir. Doa Orang Tua Terhadap Anaknya dan Doa Seorang Musafir Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

Maksudnya: Tiga orang yang doanya pasti terkabulkan ; doa orang yang teraniyaya;doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya[Sunan Abu Daud, kitab Shalat bab Do'a bi Dhahril Ghaib 2/89. Sunan At-Tirmidzi, kitab Al-Bir bab Doaul Walidain 8/98-99. Sunan Ibnu Majah, kitab Doa 2/348 No. 3908. Musnad Ahmad 2/478. Dihasankan Al-Albani dalam Silsilah Shahihah No. 596]

KELOMPOK KEENAM.

Termauk kelompok ini adalah Orang Yang Sedang Puasa. Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahwa dia berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya : Tiga doa yang tidak ditolak ; doa orang tua terhadap anaknya ; doa
orang yang sedang berpuasa dan doa seorang musafir". [Sunan Baihaqi, kitab Shalat Istisqa bab Istihbab Siyam Lil Istisqa' 3/345. Dishahihkan oelh Al-Albani dalam Silsilah Shahihah No. 1797].

KELOMPOK kETUJUH.

Termasuk kelompok ini adalah Orang Dalam Keadaan Kesulitan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Maksudnya: Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadanya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi ? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu menginga(Nya)". [An-Naml : 62]

Imam As-Syaukani berkata bahwa ayat diatas menjelaskan betapa manusia sangat memerlukan Allah dalam segala hal terlebih orang yang dalam keadaan terpaksa yang tidak mempunyai daya dan upaya. Sebahagian ulama berpendapat bahwa yang dimaksud dengan orang terpaksa adalah orang-orang yang berdosa dan sebahagian yang lain berpendapat bahwa yang dimaksud terpaksa adalah orang-orang yang hidup dalam kekurangan, kesempitan atau sakit, sehingga harus mengadu kepada Allah. Dan huruf lam dalam kalimat Al-Mudhthar untuk menjelaskan jenis bukan istighraq (keseluruhan).

Maka boleh jadi ada sebagian orang yang berdoa dalam keadaan terpaksa tidak
dikabulkan dikeranakan adanya penghalang yang menghalangi terkabulnya doa tersebut.

Jika tidak ada penghalang, maka Allah telah menjamin bahwa doa orang dalam keadaan terpaksa pasti dikabulkan. Yang menjadi alasan doa tersebut dikabulkan kerana kondisi terpaksa biasa mendorong seseorang untuk ikhlas berdoa dan tidak meminta kepada selainNya. Allah telah mengabulkan doa orang-orang yang ikhlas berdoa meskipun dari orang kafir, sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: Sehingga tatkala kamu di dalam bahtera, dan meluncurkan bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan keta'atan kepadaNya semata-mata.

(Mereka berkata) : 'Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami termasuk orang-orang yang bersyukur". [Yunus : 22]
Dan Allah berfirman dalam ayat lain:

Maksudnya : Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Alla)". [Al-Ankabut : 65]

Dari ayat di atas Allah mengabulkan doa mereka, padahal Allah tahu bahwa mereka pasti akan kembali kepada kesyirikan. [Fathul Qadir 4/146-147]

Imam Ibnu Katsir berkata bahwa Imam Hafizh Ibnu 'Asakir mengisahkan seorang yang bernama Abu Bakar Muhammad bin Daud Ad-Dainuri yang terkenal dengan kezuhudannya.

Orang tersebut berkata : Saya menyewakan kuda tunggangan dari Damaskus ke negeri Zabidany, pada satu ketika ada seorang menyewa kuda saya dan meminta untuk melewati jalan yang tidak pernah saya kenal sebelumnya, Dia berkata : "Ambillah jalan ini karena lebih dekat". Saya bertanya : "Bolehkah saya memilih jalan ini", Dia berkata : "Bahkan jalan ini lebih dekat". Akhirnya kami berdua menempuh jalan itu sehingga kami sampai pada suatu tempat yang angker dan jurangnya yang sangat curam yang di dalamnya terdapat banyak mayat. Orang tersebut berkata : "Peganglah kepala kudamu, saya akan turun". Setelah dia turun dan menyingsingkan baju lalu menghunuskan golok bermaksud ingin membunuh saya, lalu saya melarikan diri darinya, akan tetapi dia mampu mengejarku. Saya katakan kepadanya : "Ambillah kudaku dan semua yang ada padanya". Dia berkata : "Kuda itu sudah milikku, tetapi aku ingin membunuhmu". Saya mencuba menasihati agar dia takut kepada Allah dan siksaan-Nya tetapi ternyata dia seorang yang tidak mudah menerima nasehat, akhirnya saya menyerahkan diri kepadanya.

Saya berkata kepadanya : "Apakah anda mengizinkan saya untuk shalat?" Dia berkata : "Cepat shalatlah!" Lalu saya beranjak untuk shalat akan tetapi badan saya gemetar sehingga saya tidak mampu membaca ayat Al-Qur'an sedikitpun dan hanya berdiri kebingungan. Dia berkata : "cepat selesaikan shalatmu!", maka setelah itu seakan-akan Allah membukakan mulut saya dengan suatu ayat yang berbunyi.

"Maksudnya : Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadanya, dan yang menghilangkan kesusahan". [An-Naml : 62].

Tidak terduga muncul dari mulut bukit seorang satria datang ke arah kami dengan menggemgam tombak di tangannya, lalu melempar tombak tersebut ke arah orang tadi dan tombak pun mengenai jantungnya lalu seketika itu orang tersebut langsung mati terkapar. Setelah itu, maka saya memegang erat-erat satria tersebut dan saya bertanya : "Demi Allah siapakah engkau sebenarnya?" Dia mejawab : "Saya adalah utusan Dzat Yang Maha Mengabulkan permohonan orang-orang yang dalam keadaan terpaksa tatkala dia berdoa dan menghilangkan segala malapetaka". Kemudian saya mengambil kuda dan semua harta lalu pulang dalam keadaan selamat.

Nah, teman-teman jangan sia-siakan waktu anda. Karena para ulama sepakat bahwa usaha manusia meskipun diperlukan alias wajib tetapi keberhasilannya hanya 10 persen atau kurang. Yang 90% nya bagaimana? Ya allah lah yang Maha mengabulkan doa. Maka berdoalah kita selalu di mana saja, kapan saja, siapa saja dan dalam keadaan apa saja, terutama jika anda termasuk dalam kelompok-kelompok di atas. Wallahu alam bishawab..afwan.



[Tafsir Ibnu Katsir 3/370-371] .

Luahan hati melalui karya....

Skrip BEBAS?....untuk SUARAM



Apabila diundang Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk membuat persembahan di majlis makan malam mereka 6 Disember 2009 untuk mengumpul dana, aku membawa cadangan ini ke Rumah Anak Teater (RAT).

RAT pula melihat ke arah aku seolah-olah aku orang yang sebaik-baiknya untuk menulis skrip dan menyumbang ke arah kesedaran hak asasi manusia.

Aku: Takkan aku? Aku bukan penulis skrip.

RAT: Kalau kau tak tulis sekarang, bila lagi kau nak mula tulis skrip? Asyik tulis politik aje.

Atas galakan teman-teman, dan sokongan RAT, aku berkhalwat dan cuba mengorek bakat.

Maka terhasillah BEBAS?

BEBAS? diarah oleh KhairulandwanRodzy dan dilakonkan oleh Nam Ron, Dira Abu Zahar dan Taiyuddin Bakar serta penampilan Indra. Eila pula aku lantik sebagai Pengurus Pentas.

BABAK 1

VDP lagu Negarakuku dimainkan.

Dira dan Tai pelakon masuk dan nyalakan 13 lilin. Nam Ron masuk dan padamkan lilin satu persatu.

Muzik metal dimainkan. Dira, Tai dan Nam Ron ke dindidng masing-masing dan mulakan lukisan ekspressi masing-masing.


BABAK 2

Muzik metal berhenti.


Nam Ron: Kau dari mana?

Tai: dari…..


Nam Ron: Tak payah bagitahu. Aku dah tahu. Aku tengok berita tadi. Muka kau terbonjol dengan kawan-kawan kau. Melalak-melolong. Sukalah tu. Melawan polis, melawan kerajaan!

Apa faedahnya? Siapa bagi kau pinjaman belajar di universiti? Bukan kerajaan yang kau marahkan tu? Siapa bagi kemerdekaan? Bukan kerajaan yang ada sekarang? Kalau kau kena buang universiti, kau nak jadi apa?

Mat rempit?

Penagih dadah?

Ni, nasib baik tak masuk lokap. Siapa nak jamin kau keluar? Ni, berpuluh-puluh yang dok dalam lokap tu. Padan muka diorang. Kalau kau masuk pun mampus aku buat tak tahu.

Baru setahun jagung. Belajar pun tak habis lagi, dah pandai tentang kerajaan. Bercita-cita nak jadi agen pembangkang.

Kau sedar tak, kita ni semut. Diorang tu gajah. Gajah yang kau nak lawan? Diorang tu semua ada. Meriam, senapang, kereta kebal, kapal selam….kau ada apa? Pelir?


BABAK 3


Nyanyian Indra

Tai bermain jimbe.


BABAK 4

Dira: Kau kenapa? CGPA jatuh?

Tai: Tak. Ayah…..


Nam Ron: Ya, aku bagitahu dia yang dia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada.

Dira: Apa yang Sazali dah buat?

Nam Ron: Dia sertai perhimpunan haram semalam di bandaraya. Nak mansuhkan akta zalim konon.

Kau tengok dengan kakak kau. Peguam, berbakti kepada masyarakat. Penegak keadilan. Tak perlu demonstrasi. Belajar undang-undang. Praktis. Hidup senang.

Dira: Ayah, Sazali cuma menjalankan hak demokrasinya. Apa salahnya?

Nam Ron: Apa salah kau kata? Belajar pun tak habis konon nak kata undang-undang sedia ada ni zalim. Langsung tak berterima kasih. Di Malaysia ni mana sukahati berhimpun?


Dira: Ayah, Perlembagaan Persekutuan benarkan. Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) benarkan. Itu dah menjadikan ribuan rakyat yang turun semalam tidak bersalah.

Tapi nampaknya hak-hak ini disekat di negara kita, konon demi kepentingan dan keselamatan negara. Padahal di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan kita kan memang sudah diperuntukkan bahawa suatu perhimpunan adalah dibenarkan, selagi ianya adalah aman dan tidak bersenjata.

Tai: Tapi kemudian, ada pula seksyen 141 Kanun Keseksaan yang digunakan ke atas demonstran-demonstran jalanan. Kononnya perhimpunan lebih daripada 5 orang, adalah salah di sisi undang-undang.

Dira: Lebih teruk lagi seksyen 27 Akta Polis yang ‘mengurangkan’ bilangan dari 5 ke 3 orang. Alasan yang sama digunakan-Keselamatan negara. Padahal, kepentingan politik.

Hari-hari saya lihat pencabulan hak asasi manusia. Bukan hanya hak berhimpun dicabuli, hak tempat tinggal, hak untuk mendapat makanan, hak berpersatuan, hak bersuara…banyaklah.

Ayah, Sazali mungkin tidak mahu berkata di hadapan ayah sebab dia hormat ayah sebagai bapanya. Tetapi, dia ada prinsip. Dan prinsip Sazali dikongsi dengan ribuan yang lain. Baru-baru ni, Hakim baru aje mengeluarkan ketetapan kes Perhimpunan KESAS 2001 tidak haram.

Mereka dilindungi di bawah hak rakyat berhimpun.


Saya sebenarnya bangga dengan Sazali. Dan, saya sepatutnya bertindak sedemikian semasa saya berada di universiti lagi. Bukannya, sekarang apabila saya mengenali undang-undang.


Sudahlah ayah, saya nak pergi masak. Sazali, dah …. Tak ada apa-apa yang perlu kau gusarkan. Teruskan sahaja usaha tegakkan hak asasi manusia. Ini kan generasi kau. Kau yang penentu untuk generasi kau sendiri.


Ayah terpinga-pinga. Duduk di atas kerusi jongkang-jongkit.



Semua gambar dengan ihsan Zulhabri.



Lagu Memula Moon.


Fade-out.

Faisal Mustapha

CheguFadh:
Selama ini hanya mengenali saudara Faisal sebagai rakan reformasi di laman Facebook sahaja...Tapi kini baru sedar rupa2nya ramai lagi rakan facebook yang memiliki background bukan calang-calang,bukan orang sembarangan.Terasa diri ini kecil dan hina..Sebab tu kalau jumpe dorg depan2 pun tak menonjol sangat..lebih banyak senyap je,yela masih muda dan mentah..Nak banding masing2 kebanyakan dah bekerjaya,ada studio sendiri,dapat bermacam pengiktirafan dan memiliki beberapa syarikat!!

Dec 2, 2009

Berita Gila di Malaysia



1)Anwar Gagal mohon gugur tuduhan liwat.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh itu setelah menolak permohonan Anwar dengan alasan laporan perubatan dalam kes itu tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah membatalkan pertuduhan.......

*Laporan pakar bukti takdak tusukkan,lubang dubur tak koyak, bukan jadi bahan asas? APA BAHAN YG ASAS??....GILA!!Tapi kenapa hanya Mahkamah Tinggi sahaja yang diberi tumpuan??Bagaimana kes di mahkamah syariah???

Abd Rahim (Ibnu Zack):Ada 2 kes dalam isu liwat ini. Satu, Saiful tuduh Dsai di mahkamah sivil. Dan satu lagi kes, Dsai tuduh Saiful di mahkamah syariah.Semaklum saya, kedua dua pihak cuba menangguhkan kes pihak lawan (Saiful cuba tangguh di syariah dan dsai di sivil) kerana mahukan kes yang mereka buka dibicarakan dahulu. Sekarang orang lihat Dsa cuba tangguhkan kes, tetapi tak ramai yang tahu Saiful juga cuba tangguhkan kes di mahkamah Syariah.

Isunya bukan kepada penangguhan sangat, tapi isunya adakah Dsai akan dinafikan keadilan sepertimana tahun 1998. Ini isu yang lebih besar. Sebab ada cubaan memasukkan dia kembali ke penjara untuk melemahkan oposisi.


2)Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu pembelian empat tren Diesel Multiple Unit (DMU) yang dianggap lapuk dengan harga RM30 juta bagi mengesan individu yang melakukan penyelewengan dalam urusan berkenaan.Pembelian DMU terpakai dari Sepanyol yang berusia 20 tahun adalah seperti membeli kereta api besi buruk, siasatan perlu dilakukan di Argentina dan Costa Rica jika perlu kerana negara terbabit turut membeli kereta api sama dengan harga hanya RM10 juta sebuah.

*Gile kentang camne hal rm30juta boleh dibiar tak nak siasat pasal cakap isu lapuk???


3)Ismail Sabri: apabila kerajaan memberi subsidi gula sebanyak RM720juta bukan sahaja jumlah subsidi kita keluarkan tetapi juga kos kesan pengambilan gula oleh masyarakat, seperti penyakit, kita perlu membina banyak hospital....jadi subsidi gula terpaksa kita tarik...

*Apa punya bijak kenyataan menteri kita ni?Nak doakan die gak ke??Ops..bukan doa apa2 pun,doa bagi pandai sikit je..Biar jd macam Dafi...Like Father Like Son..

4)Nik Nazmi:alu2 kan kenyataan bekas TPM Tun Musa Hitam ttg BTN. Anwar pun minta rombak. Tapi TPM abad ke 21 Muhyiddin masih nafi..

*Menteri2 pengampu dan gila dalam BN seperti Zahid Hamidi,Shahrizat,Noh Omar,Muhyid Yassin semua kata BTN bagus dan mengamalkan konsep 1 malaysia perpaduan kaum..Tapi kenapa kena ROMBAK????Maka betullah seperti apa yang diperkata Kerajaan Selangor bahawa BTN selama ini memecah belahkan kaum di Malaysia..

Boleh baca di sini [Kalau BTN betul, kenapa rombak modulnya?]

5)Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor akan mendapatkan pandangan penasihat undang-undang sama ada perlu atau tidak membuat laporan polis berikutan pendedahan di Internet laporan sulit siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. [baca penuh]

*Hahaha..Kerajaan Selangor nak dedahkan kat orang ramai mengenai apa sebenrnya berlaku dan siapa yang bertanggungjawab tetapi KERAjaan persekutuan mengigil sekali lagi ketakutan..Bukan sebab gigil nak doakan BALA menimpa atau BALAsubramaniam muncul,tapi sebab takut rakyat mengetahui ISU SEBENAR..Maka digunakan kata AKTA OSA (akta Rahsia RASMI).Soalan aku,apa relevan akta ni kalau nak melindungi orang2 atas yang menyeleweng??

Kerajaan Selangor:Laporan Bukit Antarabangsa tetap akan didedahkan!!

INILAH RUPA 1Funny Malaysiaku...