Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Oct 23, 2009

Di mana boleh dapat Bajet 2010 ?

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2010 di Parlimen pada jam 4 petang Jumaat ini.


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, maklumat bajet 2010 akan disalurkan secara rasmi melalui portal Perbendaharaan di www.treasury.gov.my dan web mudah alih Perbendaharaan di www.treasury.gov.my/bajetmobile.

Sementara itu, pautan kepada suapan informasi (RSS) bajet melalui portal Bajet 2010 boleh dicapai menerusi www.treasury.gov.my/bajet2010-rss.xml.

http://pemudasarawak.files.wordpress.com/2009/04/20090411172756_rosmah.jpg
DS Najib dan Rosmah Mansor

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai boleh memuat turun ucapan Bajet 2010 menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

i. Kastam Di Raja Malaysia - http://www.customs.gov.my
ii. Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my
iii.Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my
iv. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - http://www.hasil.gov.my

Ucapan Bajet 2020 oleh Najib boleh diikuti secara langsung di saluran elektronik rasmi kerajaan pada hari tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan, LHDN berkata lembaga tersebut akan mengadakan pusat operasi talian khas Bajet 2010 pada Jumaat ini bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat dan penerangan lanjut terhadap isu-isu percukaian selepas ucapan bajet tersebut.

Talian khas akan mula beroperasi pada 7 petang hingga 10 malam.

Nombor-nombornya adalah:

03-62 01 30 37
03-62 01 30 46
03-62 01 30 48
03-62 01 30 52
03-62 01 30 54
03-62 01 30 58
03-62 01 30 59
03-62 01 30 61

BERNAMA-malaysiakini.com


IKLAN HANGAT!!!

TOK GURU Nik Aziz:PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

PerakExpress: Ada harapan lagi ka pada PAS?

Akan ada cakap2 supporter PAS nanti bahawa PAS ni xsepatutnya bergabung dengan puak2 kafir DAP n Liberal & Sosialis mcm PKR..Sebab memang akan jadi macam ni..PAS patut berjuang bersendirian je.. Hehe..Hal terjadi pun sebab salam dihulur melalui pintu belakang..Macam kes Jamaluddin & Osman Jailu yang buat "muqabalah" belakang pintu dengan DS Najib gak..Last2 dorg ni kuar gak...

ARTIS Malaysia Ragam Perompak dan Ragam POLIS..

melissa malique

Kurang ajar betul penjenayah sekarang ni. Dah la merompak, sempat lagi pulak nak mencabul. Kepada pembaca Oh! Artis yang cantik-cantik dan comel-comel belaka tu, hati-hatilah ye? Kejadian macam ni memang tak selalu terjadi pada artis, tapi boleh dikatakan setiap hari terjadi pada orang biasa-biasa. Yang tak keluar paper lagi lah banyak.

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.
Artikel dari www.ohartis.com
Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi. Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

melissa malique

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah. Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan.

Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.

+ Kredit artikel dari Izyan.com


Chegufadh:

Kes laptop kena curi dan baju adik kena curi dah buat pengalaman macam malas nak report ape2 kat POLIS gak sebab layanan mereka kepada mangsa ni memang macam sampah.Kalau ye pun anda "jenis yang kasar" tapi takkan xda hati perut kot..Nasib baik bile aku jumpe terus dengan Inspektor kat Seremban2 tu dulu tuk laporan susulan ok je layanan die..


Wow!!!Bagus!!!

Biasa aku story hal politik je..kali ini ape kata aku switch sikit..Pasal dunia artis kite ni..Ramai yang gila hiburan anti politik..Yela,kalau dunia hiburan penuh dengan gossip.. Seronok2..hepi2..popular2, HOT2 (konon je ni) dan sebagainya..Jadi jom kite ZOOM in sikit antara kisah artis yang sangat dibanggakan masyarakat kite la ni..Baca je..Aku copy semua..Malas nak ulas apa2..Memang bangga pun dengan artis kite..hehe


1)Haliza Misbun Tak Kisah Tayang Aset


Ada ke Haliza Misbun Kisah? Haliza Misbun tak kisah pon la nak tayang aset dan lurah dendam kepada peminat dan penonton yang akan menyaksikan filemnya “Andartu Terlampau,,, 21 Hari Mencari Cinta” nanti. Ahaha. Bagus betul Haliza nie nak tayang2 dia nye aset kepada penonton. Syok ke weh tengok Haliza Misbun Punya barang? Dah tue kot.Hehehe.

Adakah ini teknik dan taktik Haliza untuk melariskan dirinya kepada jejaka-jejaka di luar sana? Macam perempuan yang terdesak pun ade gak gaya dia nih.opss!hehehe. Aku tau la Haliza Misbun punya nasi lemak besau tapi kalau berlakon rilek-rilek jer la. Tak perlu nak menayangkan kau nye 2 buah tuh.

Berikut adalah kenyataan beliau berkenaan dengan filem terbarunya

Haliza Misbun

"Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah ‘tayang’ aset yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama. “Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang,”

Haliza Misbun terbaik! Kepada peminat dan penonton aku sarankan kalau korang nak tengok movie jangan tengok filem ni tapi kalau korang nak tengok lurah dan aset Haliza Misbun layan la filem nie.Aahahhaha. Mangkuk Hayun nye statement!





2) (Gossip) Elaine Daly: Saya bukan pelakon lucah !!!

"Saya lakukan aksi itu atas dasar profesional. Saya adalah seorang pelakon dan bagi saya, itu hanyalah sebahagian daripada seni," kata Elaine




Trailer Filem CAHAYA

Oct 22, 2009

YB Khalid Samad: Kritikan Professor Dr. Abdul Aziz Bari

Saya telah berkesempatan membaca kritikan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang bertajuk Pengajaran Dari Bagan Pinang dan seterusnya membaca pula respon dari Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Ketua Penerangan PAS Selangor. Bagi saya semua teguran dan komen tidak kira dari siapa perlu dinilai dan pertimbangkan secara objektif. Respon yang mengatakan bukan bidang kepakaran orang yang memberi komen adalah merupakan satu respon yang kurang bijak. Silap-silap apabila ditanya balik kepakaran kita, kita pula yang tidak boleh jawab! Takkanlah apabila berkecimpung dalam politik, maka kita secara automatik menjadi pakar politik?

Lagipun saya sejak dari dulu berpegang kepada dasar “undzur ila maa Kaala walaa tandzur ila man Kaala” atau lihat pada apa yang dikatakan dan jangan lihat pada siapa yang mengatakannya. Ini merupakan sebagai pegangan para Sahabat sehingga teguran orang tua yang daif sekalipun tidak diketepikan dan diperlekehkan begitu sahaja. Sebaliknya didengari dan diberikan penghargaan sewajarnya. Tidak mengapa kalau kita tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan, tetapi janganlah sehingga memperlekehkan. Kita hujjah balik, point demi point. Dengan itu kita dilihat sebagai berhemah dan berilmu serta terbuka dan juga tawaddu'.

Bagi menyanggah tulisan Prof. Aziz, PAS perlu memahami apa sebenarnya yang disampaikan oleh beliau. Bagi saya, beliau ingin PAS menginsafi bahawa kekalahan di Bagan Pinang mungkin disebabkan kelemahan-kelemahan tertentu, khususnya diperingkat kepimpinan PAS itu sendiri. Kerana apa? Ini kerana kekalahan itu lebih teruk dari kekalahan yang dijangka dan lebih teruk dari kekalahan pada 2008. Ini memberi isyarat bahawa sokongan terhadap PAS dan PR semakin merosot. Persoalannya, adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah faktor-faktornya? Sekiranya tidak, maka apakah pula jawapannya?

Respon bahawa PAS hanya mempunyai 3 cawangan hanya mampu menjelaskan mengapa ianya sukar untuk PAS menang di Bagan Pinang. Tetapi PAS juga hanya mempunyai 3 cawangan pada 2008. Oleh itu, respon ini tidak menjawab mengapa prestasi kali ini merosot. Menang mungkin sukar, tetapi mengapa merosot?

Oleh yang demikian PAS perlulah 'disect' pendapat Prof. Aziz, sekiranya kritikan tersebut ingin disanggah. Dengan itu perlulah dikenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ini, khususnya di kalangan bukan Islam, mengikut pandangan Prof. Aziz itu. Seterusnya diulas semula dengan mengemukakan point yang dapat menyokong pendirian PAS dalam perkara ini, sekiranya tidak bersependapat. Secara ringkasnya, menurut Prof. Aziz, faktor-faktor ini adalah:
  1. Tindakan PJ Selangor berhubung SelCAT dan isu-isu lain yang ditonjolkan oleh beliau sepanjang pentadbiran PR Selangor. Tindakan-tindakan ini dianggap menyebabkan orang bukan Islam mempertikaikan keikhlasan PAS bersama PR di Selangor kerana sering menimbulkan konflik dan bersikap unilateral. Ia tidak menzahirkan semangat 'kesepakatan' dan 'kesetia-kawanan'.
  2. Seterusnya, mengikut pandangan beliau lagi, kelemahan pimpinan PAS Pusat, khususnya Timbalan Presiden dan Presiden, dalam mendisiplin PJ Selangor apabila masalah sebegini berlaku juga dilihat dengan penuh sangsi oleh pengundi bukan Islam.
  3. Seterusnya, Prof. Aziz beranggapan PJ Selangor perlu didisiplinkan atau terus disingkirkan untuk mengembalikan keyakinan pengundi.
  4. Keengganan untuk mengambil tindakan sebegini, mengikut Prof. Aziz, adalah kerana sikap 'pro-UMNO' pimpinan-pimpinan PAS.

Sekiranya ada pihak ingin mengulas pendapat Prof. Aziz tersebut, maka inilah sebenarnya isu-isu dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh beliau. Isu dan cadangan inilah yang perlu diberi tumpuan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Selangor. Bukan soal kepakaran Prof. Aziz! Mana-mana pendekatan yang mempersoalkan kepakaran Prof. Aziz tidak akan menjawab isu-isu yang ditimbulkan beliau serta bacaan beliau berhubung kemerosotan sokongan bukan Islam terhadap PAS dan cara menanganinya. Dengan itu ia akan memberi persepsi bahawa tiada pihak di dalam PAS yang mempunyai jawapan yang boleh meyakinkan dan ini akan memburukkan lagi imej PAS.

Secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan semua yang dinyatakan oleh Prof. Aziz. Namun saya tidak sekali memandang remeh pendapat beliau ini dan merasakan satu jawapan yang lebih 'bernas' perlulah dikemukakan oleh PAS. Saya sendiri tidak akan memberi respon kepada analisa yang dikemukakannya hari ini. Saya ingin menunggu respon yang dari pimpinan PAS yang lain terlebih dahulu dan hanya akan saya ulas sekiranya perlu.

Tuan-tuan sebagai pengunjung juga dijemput untuk memberi respon dan pandangan terhadap isu-isu yang telah dikemukakan oleh Prof. Aziz ini. Sementara itu, tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) dan Mohamed Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) boleh juga dijadikan rujukan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Bersama Ustaz Misbah


Minum teh bersama Dr. Dzul

*Gambar ihsan Carlos Sham @ Facebook
www.khalidsamad.com

Tahniah Badan Legislatif..

Selama ni kita dimomokkan kononnya badan perundangan negara berkuasa penuh terhadap apa yang mereka lakukan..Keputusan Mahkamah tidak pernah dipengaruhi mana2 pihak..Semuanya berjalan lancar mengikut garis perundangan yang tepat..Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang2lah..Konon..Semuanya ternyata retorik...

Ini mahkamah manusia memang banyak cacat celanya..Mahkamah ini juga mengikut perundangan daripada SI KAFIR (kalau kita nak berkata secara keras)..*tetapi aku bukanlah seorang pejuang HUKUM HUDUD,hanya mahukan yang terbaik dan akan tetap menyanggah sesiapa yang cuba hina agama aku..Ye..aku tau aku tak sealim kalian..tutup cerita..

Oklah,kita baca berita kat bawah..memang masyuk..




Sebab tu ada diantara bekas ketua hakim negara minta diri dia tidak akan didibicarakan di Malaysia sekiranya dia dibicarakan..ada dalam satu tulisan beliau..Apa korang cari sendiri..Aku dah puas dah dengan isu ni awal 2007 dulu...Paling hangat masa kes VK Lingam ni dulu...Cheit..

Kes VK Lingam yang terbaru..

Alasan ditolak : atas sebab teknikal.

1) tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.
2)tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ianya menjadi cacat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan saman Anwar itu pada Julai 2007 tanpa mendengar merit kes tersebut dan begitu dengan rayuan hari ini.

CheguFadh:
Isi kandungan tak penting ye..tengok tu..Prosedur dan BIROKRASI memang melecehkan bukan???Anda berhak pun anda akan kehilangan HAK..Tribute kepada seorang rakan di UPSI dimana TANAH KELUARGA mereka dijual tanpa pengetahuan setelah berpuluh tahun berhempas pulas menjaga dan "berkhidmat" pada tanah berkenaan,bila tiba hasil,ada pula yang hasad dengki menjual tanpa pengetahuan...Inilah sistem kita..tahniah!!!

KES Teoh..hangat....

Sumber :MalaysiaKini

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

NONEManakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Porntip mempunyai 27 tahun pengalaman dalam bidang sains forensik.

Pakar Thai itu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi. Beliau turut mengadakan tayangan slaid bagi membantu mahkamah memahami keterangannya.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip yang telah mengendali lebih 10,000 bedah siasat.

Beliau berkata kecederaan itu tidak dinyatakan dalam laporan autopsi disediakan oleh Dr Khairul Azman dan Dr Prashant, yang telah diberikan kepadanya untuk diperiksa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

Dr Pornthip berkata beliau juga mendapati kesan melelas di paha bahagian atas Teoh yang mungkin disebabkan disebat.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Beliau berkata kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri bila ia jatuh dari tingkat lima, berdasarkan tiadanya kecederaan reaksi pada badan, dan menambah luka-luka kelihatan seperti kecederaan sebelum jatuh, dan kecederaan dada yang teruk adalah akibat impak primari di lantai.

Ditanya oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor, tentang kes melelas di bahagian bawah kasut Teoh, pakar itu berkata: "Kelihatan seperti badannya telah diheret.

"Dalam kes-kes jatuh biasa dari tempat tinggi, kasut tidak meninggalkan kesan melelas seperti ini," jelas beliau.

Ditanya oleh koroner Azmil Muntapha Abas sama ada permukaaan lantai mungkin menyebabkan kesan heretan, Dr Porntip menjawab: "Permukaan keras dan kasar".

"Bagaimanapun, pasukan forensik saya tidak menemui sesuatu yang boleh menyebabkan kesan ini bila mereka memeriksa tingkat 14 (pejabat MACC) pada kali terakhir," katanya.





Chegufadh:
Semalam YB Nik Nazmi mangkhabarkan yang Kerajaan Selangor dapat pujian daripada Laporan Audit Negara sebab urustadbir yang cekap..pelik sebab kat Media Prima Bhd n Kumpulan Utusan setiap hari tonjolkan Selangor ni dah kucar kacir pentadbiran macam nak kiamat pulak..hehehe..

Bercakar..Senyap..diam2...

Penulisan ini adalah siri sambungan daripada penulisan sebelum ni...

Namun bertelagah sesama pimpinan adalah sangat ditolak masyarakat.Menggunakan kuasa2 tertentu untuk menghalalkan.Terbaru Datuk Zaid dan YB Azmin dikatakan bercakaran sehingga Datuk Zaid mengambil cuti politik selama 6 bulan bagi memperkukuh parti.Media yang dimonopoli memang akan cepat menggunakan peluang,tetapi kenapa DSAI hanya menafikan tanpa bukti yang kukuh.6 bulan terlalu lama dan alasan beliau adalah untuk mengukuhkan parti.

Apa maksud untuk memperkukuh parti sehingga perlu pula dia bercuti setengah tahun lamanya.Jika sebelum ini kita marah dan mual bila mana Najib Razak dan Rosmah Mansur hanya menafikan tuduhan berkaitan Altantuya Sharibu ke atas mereka,apa bezanya dengan kita.Begitu juga kepimpinan PAS terutamanya di Selangor.

Diskusi dengan mantan NYDP MPP UNITEN tempoh hari tidak memuaskan hati.Walaupun ayat beliau tersusun dan cuba mencari jalan selamat (tetapi agak mapan hujahnya), hati ini tetap mahu mengetahui perkara sebenar.Memang aku sangat menghormati beliau dek kerana ketinggian ilmu yang dipelajari sendiri tanpa mengharapkan isi daripada buku rujukan pelajaran di “sekolah” sahaja,tetapi lebih luas sehingga carian drp arkib negara dan sebagainya.

Tetapi ulasanya berkaitan SELCAT dan sebagainya,ulasan pendek beliau mudah :Isu tersebut telah pun selesai..

"Kalau saya ingin menyebut ttg salah dan masalah PKR, saya boleh sebut sampai kamu letih nak membaca. Salah dan masalah kpd agama dan negara. Salah dan masalah kepada PR itu sendiri. Tapi saya tak mahu sebut. Saya tak mahu ungkit. Sebab hal yang sudah selesai, jika dibangkit akan melemahkan PKR. Lemah PKR bermakna liabiliti kepada PR.

Sama dengan PAS. Kalau sayangkan PR, kenapa melemahkan PAS dengan mengungkit isu yang sudah selesai?

Hal Selcat ni saya sebut dr awal. Saya BERSETUJU sepenuhnya atas isi yang dibawa Hasan Ali. Tetapi saya TIDAK BERSETUJU Hasan Ali yg membawa hal ini. Yang patut buka isu ini adalah backbenches macam Dr Shafie (PAS-Bangi).

Tp macam biasa kita lupa isinya sebab prosedurnya salah. Ini yg kita rugi. Saidina Ali sebut, Unzur ma qala wala tanzur man qala. Lihat apa yang dikata bukan siapa yang berkata. Akhirnya Selcat kekal spt itu. Ruginya adalah Pegawai kerajaan akan lari dr Kerajaan PR.

Macam yg ZS sebut, elak buat sesuatu yang betul yang memberi persepsi yang salah. Kita semua sedang buat benda itu."

Semua ini terpacul keluar apabila isu Dr Aziz Abd Bari yang sangat dihormati sebelum ini mengkritik kepimpinan PAS.Blogger2 Pro PR juga telah naik muak dan bosan dengan beberapa telatah pimpinan ni tapi mungkin ada yang mengalami syndrome feel good yang sebelum ini dikatakan terdapat pada parti UMNO.(Bersetuju dengan kata2 YB Khairy Jamaludin bahawa penyakit dalam UMNO berjangkit ke dalam PR sejurus mereka memimpin 4negeri baru)

Kata beliau lagi "Aziz Bari tidak sentiasa tepat dalam bacaan politik. Ada isu dalaman yang dia tidak tahu dan yang saya tidak boleh bagitahu di sini."

Itu isu lain,memang Prof DrAziz bukan ahli mana2 parti,tetapi pandangan beliau banyak bertepatan dengan majoriti masyarakat Malaysia yang mungkin Pro kpd PR (yelah,sebab die ulas isu PR,takkan PRO BN nak masuk campurkan).Kata2 mantan MPP tersebut diakhirnya telah menamatkan diskusi.Tak boleh bagitahu maksudnya memang ada satu hal dalaman yang agak serius tetapi tak boleh didedahkan kepada umum.

Bila rakyat tak faham,rakyat marah dan keperluannya adalah melakukan pencerahan,tetapi jika nk buat pencerahan pun adalah dilarang,maka keadaan akan tergantung dan nanti akan dikumpul sehingga meletus seakan gunung berapi. Inilah namanya AKTA OSA,akta rahsia rasmi..YB Khalid Samad juga pernah dikrtik secara keras kerana mendedahkan hasil mesyuarat dan prinsip beliau kepada peneraju parti apabila dipanggil setelah nampak percakaran dengan Dato Hassan Ali dalam blog.Aku respek dengan YB Khalid Samad (adik beradik Datuk Shahrir Samad).

Ulasan mengenai apa yang Prof Aziz kata aku malas nak ulas,hanya baca beberapa maklumat disini.Lagipun aku bukan mana2 ahli PR,hanya penyokong tahap bawahan sahaja..Aku bukan apa2 pun..Nanti ada pula yang sensitif.Tapi ini antara isu yang harus diambil perhatian kerana jika mahu menjadi kerajaan yang ditunggu tu,perlu lebih efisien dan struggle.Ketua Pemuda harus berdampingan dengan anak muda seperti mana KJ yang sanggup turun padang bersama2 dalam aktiviti masyarakat dan berlakon dalam siri 15 Malaysia tetapi ketua AMK dengan lagak korpratnya dan ketua pemuda PAS pula hanya menumpu kepada satu kelompok sahaja.Perlu lebih universal tanpa jual prinsip...

Tuduh Presiden PAS Pro Umno: Pandangan Prof Dr. Aziz Bari disanggah

Wujud Dewan Penyokong mampu ubah dasar PAS?

Prof. Aziz Bari dipindah ke Kemunting?

Terima Kasih Prof Aziz atas kritikan anda


CheguFadh:

Aku & mantan MPP berkenalan ketika sama2 berbahas dalam laman2 maya official milik UMNO sejak akhir 2006 tanpa menyorokkan identiti.Sangat berbangga bila mana parti yang dianggap busuk ini tetap menerima kunjungan baik untuk berdiskusi secara ilmiah walaupun ada penyokong parti tersebut terlalu emosi.Apa bezanya dengan penyokong parti PR,ada yang jenis macam tu jugak kalau ada user yang bertentangan fikrah masuk dalam web rasmi parti.Yang penting,admin tetap cool!!




Berubah

Apa masalahnya jika seseorang itu sudah berubah??Aku bangga kalau ada kawan2 aku yang berubah..Juga tak kurang akan terkejut dan terkesima..Terkesima sebab ada di antara rakan2 yang bertudung litup labuh sebelum ni,merupakan pelajar cemerlang di mana BAT (Bahasa Arab Tinggi),PSI ( Pendidikan Syariah Islamiah) dan PQS (Pendidikan Quran Sunnah) kesemuanya score 1A tetapi apabila berjumpa sekarang hanya memakai singlet dan rambut juga sudah berkaler seperti disimbah cat..

(Amaran KERAS :Jangan tiru aksi TERSEBUT)

“Walaupun ada sebilangan besar yang percaya pakaian bukanlah faktor ukuran utama,tetapi kita pelik kenapa pegawai kerajaan kebanyakkan memerlukan pakaian rasmi sendiri..mempunyai uniform sendiri malah hari Khamis juga diisytiharkan memakai baju batik sebagai pakaian rasmi,hari Jumaat pula kita disuruh untuk memakai baju melayu lengkap(bagi lelaki).OK..tutup story pakaian..kalau kata tak ada apa2 makna pakaian kau bogel je pegi mana2..pakaian xda nilai untuk diukur bukan??”

Perubahan acapkali diterjemahkan dalam pelbagai perkataan..Apabila disebut perubahan,ada yang mengaitkannya dengan REFORMASI dan apabila ayat REFORMASI terpacul keluar banyak pihak yang akan hanya memandang sempit kepada satu individu seolah2 individu tersebut mencipta perkataan REFORMASI..Mungkin benar dia merupakan seorang IKON REFORMASI bukan sahaja di Malaysia tetapi juga terkenal di seluruh DUNIA..

Kemudian ayat REFORMASI seakan telah diharamkan dek kerana takutkan gelombang tersebut meresap masuk ke dalam jiwa masyarakat mahraen.Lupakan REFORMASI..banyak lagi ayat lain yang boleh menterjemahkan perubahan dalam erti kata yang tersendiri..

Transformasi,Evolusi dan juga Revolusi.

Kebanyakan kita mahukan perubahan..hampir setiap individu di dunia mahukan perubahan,lihat sahaja negara2 maju terutamanya USA dan Japan yang telah melakukan perubahan besar dalam pilihanraya yang lalu.Kerajaan telah bertukar tangan.Kerajaan baru akan dinilai.Seperti mana juga Malaysia.Kita percaya Transformasi Politik itu sedang berjalan.Bahkan sehingga sekarang Transformasi itu sudah semakin aktif.

Terbaru PRK di Bagan Pinang,kesemua saluran dikuasai oleh UMNO.Ini adalah hasil daripada “kerja keras” mereka dan perubahan yang telah dilaungkan oleh mereka.Walaupun ada suara2 daripada Pakatan Rakyat mengenai insiden yang tidak diberitakan dalam media,tetapi jelas,mereka sedang giat untuk melakukan perubahan walaupun perubahan itu dikatakan sebagai lapuk kerana mencedok prinsip PR pada PRU yang lalu.Yang penting mereka sudah sedar dari politik perkauman mereka dan cuba mahukan lebih ideal untuk kebaikan masyarakat (diri mereka).

Tak kiralah dituduh retorik atau sebagainya,kita juga harus cermin diri apabila hasil usaha yang kita lakukan tidak seberapa.Hendak lakukan sesuatu cantik diatas kertas memang mudah,tetapi hendak melakukan praktikalnya sangat sukar sehingga banyak yang akan menemui jalan buntu dan pelbagai konflik baru akan tercetus.

PAS,PKR dan DAP masing2 mempunyai ideologi yang berbeza tetapi matlamat yang sama mahukan sebuah negara yang adil dan saksama tanpa pilih kasih melihat kepada warna kulit dan perbezaan bangsa.Begitu juga dengan parti pemerintah yakni BN.Terdiri daripada UMNO,MCA dan MIC sebagai parti komponen terbesar juga membawa haluan masing2 tetapi matlamatnya sudah diperjelas sejak sekian lamanya.

PAS sebelum ini mendukung ideologi yang dikatakan agak ekstrim apabila mengkafirkan sesama Islam kerana bersekongkol dengan bukan Islam walhal terdapat juga sejarah nabi melakukan kerjasama dengan bukan Islam.PAS juga sebelum ini lantang menyuarakan HUDUD tetapi agak perlahan pada pilihanraya MAC 2008 hingga sekarang.

PKR juga sebelum ini lantang menyuarakan untuk membebaskan DSAI,tetapi pada hari ini telah melakukan perubahan dengan meletakkan keadilan sejagat dan transparen dalam pentadbiran walaupun hakikatnya mereka ini pun bukan semuanya boleh pakai sebab calon2 yang diangkat pada PRU yang lalu banyak jenis.Ada yang hanya jadi jurukamera sebuah video sensasi dan ada juga yang hanya posmen biasa.Lantas,banyak yang tak kena pada akhirnya.

UMNO pula sebelum ini terlalu taksub kepada parti perkauman, tetapi dengan pelantikan DS Najib Razak dilihat telah banyak melakukan transformasi dalam UMNO itu sendiri.Aku secara peribadi memang tak suka dengan DS Najib.Tanpa berselindung aku katakan,tetapi aku bangga dengan apa yang cuba dilakukan mereka kepada parti mereka.Ini juga merupakan faktor pertambahan kepada undian mereka di Bagan Pinang.

Aku percaya banyak golongan muda mula tertarik kembali kepada UMNO sebagai parti yang kukuh.Walaupun taktik parti ini adalah monopoli media dan segalanya tanpa memberi ruang kepada PR,semua itu kita persetankan dalam politik.Namanya pun POLITIK.Pelbagai taktik.hanya yang “sanggup dan sampai hati serta menggunakan peluang sebaiknya” juga yang akan menang pada akhirnya.Akhir kalam,taktik anda pula bagaimana untuk berhadapan dengan mereka??

Oct 16, 2009

Jika PAS tidak beri saingan, Penduduk Bagan Pinang tak ditabur janji begini




Melayari blog mengenai keputusan N31 Bagan Pinang menemukan kita dengan pelbagai komen positif dan negatif. Saya cukup tertarik dengan posting yang mengumpulkan segala janji projek yang bakal diberikan kepada penduduk Bagan Pinang jika memilih BN. Inilah untungnya pilihanraya kecil, pembangunan yang sepatutnya diusahakan untuk tempoh 20 tahun, sekelip mata boleh dijanjikan dengan syarat mengundi BN. Demikianlah BN terus memperbodohkan RAKYAT. Entah siapa yang patut dikasihankan ....


1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt: Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.

Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan

Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.(letih menaip...banyakya gula-gula....seronoknya....cuba anda di luar sana kira dan jumlahkan keseluruhan peruntukan yang berlaku hanya dalam tempoh 28 September hingga 10 Oktober 2009.)Bergembiralah wahai penduduk Bagan Pinang...semoga impian yang dijanjikan menjadi kenyataan.

Lobai Kampung : Jangan lupa ucap syukur dan terima kasih. Kalau tidak kerana kekuatan ketumbukan Pakatan Rakyat mungkin tak sebegini hebat janjinya. Tak masuk lagi yang terima duit, hamper, barangan elektrik, barangan kosmetik dan banyak lagi sebelum hari mengundi. Moga jasa rakyat memilih BN dibalas sebaiknya oleh BN. Kalau tidak BN akan tumbang .. Betul ke ..? ontahlah apo nak dikato .. Tak serik-serik kono tipu ..

http://lobai-kampung.blogspot.com/





BEKU..

Salam to all..

Hehe..BEKU..satu ayat yang menjadi kontroversi pada 2minggu lepas setelah upsikini menyiarkan isu posting yang mungkin akan dibeku buat mahasiswa yang bakal bergraduate mulai tahun hadapan..diulang..TAHUN hadapan..bukan tahun ini..jadi kalau nak main pusing2 ayat cakap tahun ni punya isu posting tak leh la kawan..sebab ucapan yang TNCA cakap lain gak hari tu..sesape terase pepahamla ye..hehe..tak payah dok seleweng fakta..

Erm..aku tak tau pulak isu ni akan jadi kontroversi..sebab aku update kat facebook sejurus sampai rumah apa yang dinasihatkan oleh TNCA..tapi setelah lebih 30 jam dari aku update status facebook tu baru ada keluar berita posting akan diBEKU tahun hadapan..

Aku pun tak fikir banyak sangat sebab aku tau hal tu..boleh kire berapa ramai je budak laki UPSI yang datang..Aku & Nik Azrul wakil dari mahasiswa sains..lagi 2 orang dari course berlainan..Seorang dari Maths (Baha) dan seorang lagi dari akaun (Wan Ahmad Fathi)..Itu je mahasiswa UPSI yang hadir.Yang lain terdiri daripada mahasiswi UPSI dan 6 orang mahasiswa Fizik UiTM (pendidikan).Mana yang lain??Membuta??haha..itulah agaknya jawapan yang paling "hangat" sebab hujan lebat pagi tu..Aku pun tunggu reda sikit baru shoot bitarasiswa tu.

Dan setelah perjumpaan YB Aqilah dengan TNCA pada 5 oktober 2009 jam 8.45 am,isu ini telah diperjelas panjang lebar oleh TNCA..Lega mahasiswa UPSI sikit dengan penjelasan TNCA..Sebenarnya YB Aqilah turut hadir pada Simposium tersebut tapi datang lambat sebab ada test katanya.

*Lawak gile ada satu blog kontroversi yang mengatakan kakitangan cakap tak ada student yang berjumpa TNCA kecuali seorang MPP pada jam 11:42am (hehe..manela aku tau ni kan)..Boleh tu ayat best gila berlakon cakap pengirim email adalah kakitangan BC..tanye SU TNC tengok ape jawapan die...


"menerima kiriman daripada seorang pengirim yang tidak mahu dikenali , dipercayai kakitangan UPSI yang bekerja di Bangunan Chanselori."


So aku pun call YB Aqilah tanye sendiri depan2 (phone call)...Ape yang aku "jumpe" sangat memuaskan hati..Pandai berpolitik sungguh YB Aqilah kite ni..Walaupun die tak cakap hal tersirat tapi aku macam dapat tangkap jugak..

Pakai nama Rexco,tapi jumpa berdua,guna 1tag nama je..untuk menyelesaikan isu..kemudian diberi perkhabaran gembira tersebut kepada semua di wordpress beliau.Kalau tak fikir dengan bijak memang tak dapat nak "perangkap @ makan" puak pengadu domba ni.

Tapi bile diperjelaskan kat aku,aku dah terasa yang pihak pengadu domba telah termasuk ke dalam perangkap!!Hahaha..Kite tunggu je nanti kalau ada isu ni dimainkan lagi ,kita akan bawak satu SIRI TERGEMPAR pulak dan kalau nak best pun boleh terus tanya TNCA mase tu..hehe..yela,ini dah siap update kat facebook btau pasal EXCO MPP tu diragui..memang aku tak leh tahan atleast respon la bile kite dah habaq kat die depan2..bukan aku cver pkai name annoyingmous pun..

YB Aqilah kata "kite nak selesaikan isu,kita target isu,tetapi mereka target individu yang nak menyelesaikan isu,biarah dik,mereka nak main politik macam tu"... Respek aku..Tak sia2 aku berhempas pulas berkempen untuk akak tersayang ni..

Herm.. sebenarnya dah jauh aku melalut ni..aku just nak habaq kat hangpa semua aku mungkin akan "BEKUkan" blog ni buat sementara sebab terlalu banyak kerja sekarang..Korang belajar Fizik tak??kalau belajar Fizik tak kisah sangat isu beku ni,sebab nanti boleh melebur gak,cuma masa tu kena tengok bape lame die akan nak melebur ok??

(Proses Ice -> Liquid dinamakan melting aka peleburan)..

Kire aku tangguhkan dulu nak update blog aku yang dah bersawang ni yek..

Untuk update berkaitan diri aku dengan cepat boleh add aku kat facebook search user Apad Reform atau click kat nama tu.

CheguFadh:

*Sekarang bizi dengan tugas seharian sebagai seorang mahasiswa dan juga PA kepada Destiny
Malam ni ke angkasapuri untuk temubual live di radio dan esok akan bergerak ke Penang show disana..doakan perjalanan kami selamat....Dan kepada "mereka" yang nak "attack" aku sebab aku update hal yang berkaitan korang yek..Pilihanraya kampus pun dah dekatkan..so usaha lebih sikit...tengok pun macam dah tak mendapat sambutan je..hehe..korang Pro Mahasiswa jangan pulak salah letak calon..tu je nasihat aku...wasalam...

Oct 8, 2009

Cuit Bagan Pinang



Akhirnya Ku Temui Isteri Solehah di Bagan Pinang

Bila berlaku pilihanraya maka terbongkarlah segala baik dan buruk. Perbuatan manusia samaada baik atau buruk; ada yang boleh dilihat dan ada yang tidak boleh dilihat. Yang boleh dilihat umpama jalan, stesyen bas, nyamuk, lalat dan bangunan terbengkalai. Bila adanya bangunan terbengkalai dek kerana kontraktor lari melabon duit projek, maka terciptalah pot baru untuk Mat Pet dan Minah Ranggi mempamerkan karya seni mereka. Disinilah tercipta satu ketamadunan Umat Melayu zaman ICT.

Pembangunan. Satu perkataan yang sama ertinya dengan tahi ayam. Setiap kali pilihanraya maka janji-janji yang biasa diasak ke minda warga adalah pembangunan. Warga kini tidak mahukan pembangunan. Warga mahu harga minyak diturunkan. Tol dihapuskan. Bekalan air dan elektrik dibekalkan di pedalaman. Hutan dipelihara bukan digondolkan. Amalan pembelian senjata berjuta dan berbilion bukan keutamaan. Keutamaan warga adalah dapat untuk hidup cukup pakai, minum dan makan. Warga tidak perlukan projek mega berkoridor untuk kroni berpesta sakan.

Semaju dan sekaya manapun negara kita jika tidak diisi dengan kebaikan, maka hancur jua akhirnya. Dirikanlah bangunan mencakar langit, berlumbalah membina menara bertingkat semacam yang ada di Dubai. Semua itu hanyalah khayalan manusia yang gilakan kuasa dan kekayaan. Binalah pasaraya yang class dan mahal untuk para kapitalis menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Anak-anak muda di Ladang Bradwall sudah pasti tidak akan tahu bahawa Isa Samad pernah menjadikan Negeri Sembilan lebih maju dari Kelantan. Lihatlah Bandar Seremban dan bandingkan dengan Bandar Kota Bharu.



Setidak-tidaknya kita telah memberitahu kepada generasi anak muda bahawa masa depan mereka adalah sangat berharga. Masalah sosial yang hinggap pada anak-anak muda hari ini bukan salah Isa Samad mahupun Mohamad Hasan. Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan bila janin ditemui dalam jamban sebuah sekolah agama. Itu perkara normal dan biasa di zaman moden dan liberal ini. Selepas ini kalau ada masa kita panggil lagi Beyonce atau Mariah Carey untuk buat konsert unplugged di Ladang Atherton. Sudah pasti ini akan meningkatkan lagi nilai akidah dan moral anak-anak muda di Malaysia.

Habis berselirat dan berserabut dengan agenda politik tidak berkesudahan. Yang menjadi mangsa dan hamba adalah kita. Hidup perlu diteruskan walau apa ujian dan musibah yang menimpa. Kita perlu bekerja, bekerja dan bekerja. Kita tidak seperti Isa Samad yang kaya raya. Kita juga tidak ramai kabel untuk jadi kroni buat jalanraya. Kita hanya manusia biasa yang cukup minum teh tarik cicah roti kaya Gardenia.

Akhirnya ku temui jua isteri solehah di Bagan Pinang. Satu masalah timbul tatkala si dia asyik bertanya "Bila abang nak masuk meminang? "

Nukilan: Saudara Hazwan Mohd Noor (Senior di SMKA SHAMS)