Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 21, 2009

Mungkinkah terjadi??

Minggu lepas aku macam banyak mengomel sikit kat facebook..Memang banyak status aku mengomel sini sana..Aku mengomel bukan sebab fikir diri sendiri..Aku mengomel sebab fikirkan macam mana hidup masyarakat apabila ianya dilaksanakan kelak.memang ramai kawan2 kat facebook yang menyampah gila baca status aku,nasihat aku HIDE sahaja jika tak suka atau cara paling mudah dan efektif hanya TEKAN PADA BUTTON DELETE..

tapi apa perkara yang aku fedUp sangat ni??herm,isunya begini...

IPTA perlu cari sumber kewangan sendiri

KOTA KINABALU 14 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet supaya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini mencari sumber kewangannya sendiri dan tidak terlalu bergantung dengan kerajaan.


Source: Utusan Online
Ini bermakna segala subsidi pendidikan akan dihapuskan.Mahasiswa kampus lain mungkin belum terasa,tetapi bagaimana komen mahasiswa Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Tg Malim???Sudah terasa segala perbelanjaan disekat pihak ADMIN belum??Walaupun sudah memotong dan berjimat sejimatnya segala perbelanjaan program anda??Minta rm1000..Itupun sudah siap potong habis budget,memang yang betul2 perlu sahaja untuk program 3hari bersama pelajar sekolah,tetapi yang diluluskan hanya RM300..Logik atau tidak??Sudahlah BAS pula perlu dibayar kalau program diluar kawasan kampus,caj mengikut kilometer dan hari..

Yuran BAS sudah dibayar,BAS pula menggunakan COP Universiti,tetapi mahasiswa masih perlu bayar hingga ke ribuan ringgit angkanya jika mahu melaksanakan program..Apa yang diharapkan lagi jika semuanya dihapuskan??

Baiklah,anda boleh berkata apa sahaja,boleh cemuh aku..Aku terlalu manja,tetapi sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan keperluan tersebut kepada universiti awam..lebih memeritkan apabila ramai kawan2 yang miskin dan tak berkemampuan terpaksa merayu meminjam duit daripada rakan masing2.Masa nilah kita dapat tahu yang mana KAWAN MASA SUSAH,KAWAN MASA SENANG.

Aku memang tak bermasalah dari segi duit,cuma sekarang ni dah cukup2 makan je sebab semester kali ni aku dah cut rm500 untuk pinjaman kepada seorang rakan yang tak berkemampuan dan lagi rm500 untuk membiayai laptop baru gara-gara laptop aku kena curi..tapi duit poket aku dalam bank still boleh tampung perbelanjaan aku sampai habis semester ni (kalau nak pergi berlibur ke genting@ Sunway 2-3 kali pun still cukup kot)


TETAPI BAGAIMANA NASIB RAKAN KITA LAIN YANG MEMANG TAK BERKEMAMPUAN???JANGAN PENTINGKAN DIRI,CUBA LETAKKAN KITA DALAM KEADAAN MEREKA YANG TERASA DITINDAS dan TERTINDAS...


Chegufadh:
Masa aku duk mengomel kat facebook tu ada seorang rakan yang ambil bidang farmasi pulak bagitahu camni

"kerajaan kehabisan wit tok bajet ubt2.. jd skg byk ubt abes..kbykan hospital kerajaan berhutang dgn kilang tok beli ubt.."

Masa ni aku baru balik dari klinik kesihatan,doktor tanye betul2 aku ni jenis rajin makan ubat ke sebab mule2 die taknak bagi antibiotik..Aku cakap aku memang akan makan sebab tengah sakit..Bila kawan aku bagitahu hal ni,baru aku faham yang klinik2 semua dah kehabisan stock ubat..Mungkin klinik2 dan hospital kerajaan juga akan diswastakan tak lama lagi.Jadi get ready jela okeyh??

http://photos-p.friendster.com/photos/28/00/49960082/1_381517179l.jpg

Sangat pelik bila satu persatu harga barangan dan macam2 subsidi dihapuskan walaupun cukai tetap bayar dan macam2 bil meningkat (menunjukkan kelembapan ekonomi terlalu dahsyat dalam negara sampai kerajaan dah tak ada duit langsung),tetapi kerajaan tetap ada pulak duit berkempen untuk parti sendiri dengan menggunakan wang kerajaan!!!itu yang aku tak puas hati...

Mangsa Liwat bersuara lagi..dan akta OSA..

Hehe..Aku round youtube..Macam biasa user yang aku akan semak ialah malaysianews..paling gempak bab menganjing(bak kata muda mudi sekarang) dan edit2 video nih..kalah blogger pembela negara (BPN)yang dah dibayar beribu2 untuk menjadi seorang@seekor cybertroopers yang berjaya (sudah kecundang lebih 5 kali di medan pertempuran walaupun media sudah dimonopoli)

Aku taknak cakap banyak,mai layan sat video si Saiful Bukkake ni..tengok apa pula kata si anak kecil (walaupun besar & tinggi) yang tak mampu menentang dirinya diliwat oleh seorang pengkhianat bangsa yang bernama Muhyiddin Yassin..eh..itu penganjur demo pengkhianat bangsa yang dapat kumpul 300 orang kat Johor..

hehe..ok,mood serius..anak kecil ini telah bersumpah di dalam MASJID NEGARA sambil MEMEGANG QURAN dan BERSUMPAH "WATA-AL-LAHI" (salah pronounce ni,pronounce sebenar WATALLAHI je) bersaksikan pula oleh Imam Besar yang kemudiannya telah mengkantoikan apa yang berlaku pada hari berkenaan (ketika sumpah) sewaktu "IMAM" tersebut muncul dipentas PKR pada PRK Permatang Pauh..



Anak muda ini terus menerus mendesak dan sangat yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwat dia..Wahai anak kecil,sungguh sadis apabila anda membiarkan seorang tua yang kurang berdaya,sudah semakin bongkok dan cacat pula tulang belakang meliwat anda..Anda sudahlah dianggap tegas&tegap oleh reader BERNAMAtv yang bernama Janna..tak pasal2 dah jadi popular,nak kawin pun tergendala..

Tetapi apakan daya,masih ramai diluar sana yang mengakui bahawa Anwar Ibrahim si "pengkhianat bangsa" sebab telah mengkantoikan segala adegan songlap harta rakyat oleh pak menteri2 keparat Melayu inilah yang telah meliwat si Saiful..

Anwar adalah pengkhianat yang tak boleh dimaafkan kerana telah melanggar undang2 AKTA OSA yakni AKTA RAHSIA RASMI kerajaan.Rakyat tak boleh tahu,sebab tu pak menteri tibai duit berbilion beratus juta pun boleh buat tak tahu apa2 sebab rakyat tak akan tahu..Sebab tu pak menteri yang memegang kunci simpanan C4 kemudian letupkan pula wanita Mongolia boleh relaks goyang kaki. Rakyat takkan tahu,pandai buat,kerajaan cover kita semua selamat..Itu gunanya AKTA OSA ni kepada pak2 menteri keparat diatas sana..

Uncle Patrick Teoh pula dah ulas sedikit berkenaan isu akta OSA ni..Yang menyebabkan duit rakyat lesap rm12.5bilion..


But in Malaysia.......Najib merely announces......

"Anyone who exposes cabinet papers will be subjected to police investigations and action under the Official Secrets Act will depend on the investigations."


And the Deputy Inspector-General of Police Ismail Omar confirmed a probe has begun and also announces,

"We are investigating to find out who is responsible for exposing information on the cabinet paper," he said.

Find out who is responsible for exposing information on the cabinet paper???

Fuck that for a joke, YB.

I don't know about you but as a Malaysian I am more interested in who fucked up in the PKFZ RM12.5billion fiasco!!!


chegufadh:
DSAI masa debat harga minyak cadang mintak rm1bilion drp kerajaan sebab nak tampung subsidi minyak untuk seluruh rakyat malaysia.tapi kerajaan tak ambil pusing dan biarkan sahaja..Biasalah,1malaysia..

RAKYAT diDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Owh ye,bagi golongan tertentu,sumpah pegang Quran,dalam masjid dan depan imam adalah cara paling bertepatan dengan syarak islam walupun ianya satu perkara yang tak pernah dilakukan oleh tokoh Islam sepanjang zaman.hehe..patutlah sumpah pun tersyasyul2 ye tak???hehehe...






Sep 20, 2009

Lama tak UPDATE..Salam Lebaran

Salam To All..

Mesti korang pelik sebab apa aku tak update blog ni kan??kalau korang tak pelik pun,buat2 pelik jela..senang sikit baru tak da orang pertikai aku..Hahaha..hampeh sungguh fadh ni,"sangat la hebat berkata2 macam semua orang salah,die je yang betul ye tak??"hehe..tak da la..gurau je..

Oklah,nak dipendekkan cerita aku dari Ahad minggu lepas (13hb Sept) tak berapa sihat..Bukan tak berapa,tapi aku rasa sangat tak sihat..nak muntah2 je..badan tak tau teruk macam mana,asal ada masa je aku akan tido..tak buat ape dah..assignment n lab report berlambak,tapi aku biarkan je masa tu..Ingatkan kalau biarkan rest badan akan jadi ok..jadi Isnin tu aku biarkan dulu,tengok2 tak ok..Selasa keadaan aku still sama,rasa mcm nak mati pun ada..Ini bukan sekadar ayat,tapi aku cakap serius.memang rasa nak mati..dah separuh mati..

http://valentinessite.files.wordpress.com/2007/05/doktor1.jpg

Aku pegi klinik nak mintak doktor check,tunggu punya la lama,tapi sakit hati pulak sebab tiba-tiba je kejap doktor tu check..layanan memang sangat teruk..Mestilah aku akan datang kat dia bila aku terasa larat sikit nak gerak,bila keadaan nafas aku n rasa kepala dah ok sikit,tapi badan aku memang tak tertanggung sangat sakitnya..Kan pernah aku story kes banyak virus dalam darah time aku buat medical check up kat hospital swasta masa cuti H1N1 kat kampus aku.nak cerita pun memang HOT gila..InsyaAllah kat entry lain je..Kes yang mungkin selalu terjadi antara Doktor kerajaan dengan pesakit.


Jumaat masa sahur,aku jemput ateh,sesorang je sebab parents aku yang balik bahau & along ,kakngah semua memang bukan jenis rajin sangat nak bangun sahur..Sampai je kat ateh,dia menangis,aku ingat hal ape,rupa2nya beg die kena curi..Suspek budak2 india pompuan yang sama dalam perjalanan daripada Jitra-Melaka.tapi BAS PERSIARAN tu berhenti kat Pudu Raya dulu sebelum drop ateh kat terminal one seremban.

http://inioke.com/foto/artikel/4/big_burglar.gifhttp://pemudasarawak.files.wordpress.com/2009/02/pdrm_logo.jpg

Barang yang hilang BEG roda yang macam budak2 AF kena singkir tu.Dalam dia isi semua baju raya yang ateh nak pakai,kasut raya & macam2 assignment yang nak kena buat.Bukan ateh sorang je,tapi lagi 2 orang,seorang laki dan seorang perempuan yang juga bawa beg yang agak mewah macam kakteh..Jadi laporan polis pun dah buat,kita tunggu macam mana Polis kita selesaikan,sebab aku sebelum ni pun dah banyak dah buat report,tapi belum ada lagi kes yang dapat makluman positif dalam siasatan..Semuanya senyap..aku tengok indeks jenayah kat board dorang pun rasa semacam.Dapat jugak lah lepak dengan penjenayah masa tengah buat report ni,budak tu rasa2nya kalau tak merempit mesti curi barang..

Jadi rehat hari Jumaat tergendala,hampir seharian selesaikan kakteh,buat report sampai kena pergi 2 balai.Petang bawak dia shopping kat Senawang,then malam sambung lagi.Tu pun nasib baik je aku tak terus shoot Masjid India & Jalan TAR.

Hari ni dah sabtu,aku pun nak bergerak balik kampung.Dari malam hari Khamis sampai N9 tapi tak jejak kaki kat kampung lagi,KONVOI aku,along n kakngah dengan kereta masing2..harap semuanya selamat..korang pun drive elok2,jangan terburu-buru sangat bawak kereta/motor tu..




harap selamat sampai / pulang ke UPSI juga..



Dikesempatan ini,aku nak mohon maaf atas segala keterlanjuran dan direct/tegasnya aku dalam berbicara dengan korang.Memang aku jenis yang tegas sebab semua family aku pun memang tegas.Keras kepala pun ye jugak.Jadi harap korang janganlah terlalu cepat tergeliat hati ke,apa2 yang korang buat pun aku abaikan je,tapi harap janganlah kita didepan berbaik2,tapi dibelakang kita mencaci maki dan mengutuk sesama sendiri.Aku memang tak akan dekati orang yang benci aku sebab aku rasa aku tak dialu-alukan untuk mendekati dan berbual mesra dengan mereka.Yang masih menerima aku,akan aku dampingi kalian seperti selalu..InsyaAllah..

Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog..

YB Khalid vs YB Zulkifli Nordin..

Yang mana pilihan anda??hehe,kalau bagi yang PAS,semestinya YB Shah Alam pilihan mereka,tetapi bagi penyokong PKR pula mungkin sedikit berbeza..Hal ini telah menjadi borak2 yang sangat dahsyat di facebook apabila YB Khalid Samad bagi ulasan dalam blog beliau mengenai "campur tangan" tanpa ilmu oleh YB Zul dari Kulim..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsn7pkmZhdswpyfpTgm7FzT9oDDkZwdboUCTPL-In8o3vENobGQPMA6mYbhB3rAptEgbD1lF1T3PFggPxKiodXqUG4wfHNCQqWBIABxNJYjKLXnhfURmWENa4wBtklXZGOWNLe2eVk9aCg/s400/zul.jpghttp://media1.malaysiakini.com/90/a3e51e2c474c7468f51a7f6534a60989.jpg


Kebanyakan penyokong PKR juga kurang senang dengan tindakan YB Zul yang lebih kuah daripada nasi.Seolah-olah tidak matang dalam mengupas sesuatu isu.Bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat,malah blogger terkenal yang juga merupakan artis yang berpangkat pelakon agak veteran tanah air (Patrick Teoh@Niamah ) juga pernah menghentam YB Zul yang kelihatan sangat terburu-buru dan mudah terperangkap dalam wayang ciptaan UMNO/BN..

Bukanlah kita menidakkan demokrasi,tetapi kita agak risau jika rantai yang telah dibina dengan mudah dihancurkan oleh sesuatu berita berbentuk fitnah dan kemudiannya kita berpecah dan bertelagah.YB Zul mungkin termakan dengan berita berat sebelah yang telah dilaporkan oleh pihak UMNO/BN yang semua sedia maklum telah memanipulasi dan memonopoli media di Malaysia.

Jadi untuk tidak merepek lebih panjang,aku dengan secara rendah dirinya menyampaikan kepada kalian mengenai berita sensasi pada minggu lepas

Dari Shah Alam ke Kulim: Respon Buat YB Zul Nordin

Pergh..lembab gile aku update blog kali ni yek..Hal minggu lepas baru aku nak story dalam ni.tapi bagi aku ianya isu penting supaya menjadi iktibar buat semua rakan dalam UBN dan juga PR..


Sep 7, 2009

Rayalicious..win great prize people!

SALAM TO ALL..

Hari ni aku tak nak cerita bab politik..Semput siot borak hal politik..tak habis2 berita yang sama gak diulang..Dari benda tak ada isu jadikan isu..hehe..So hari ni aku dengan megahnya nak mempromosi BELOG seorang bro aku kat UPSI ni yang sangat cool..Die ade buat satu contest..Kalau jorang berminat korang boleh la join contest tu..Sangat bermanfaat tuk waktu raye ni,boleh JIMAT beb..So ape lagi,nanti click je kat link aku bagi akhir entry ni okey??


Girls (of course!), this is ur chances to grab away the handbag. Remember, I'm giving away ONLY a handbag. All you have to do is complete the form below and send over ur most creative pose with a handbag (a picture). Send it over ur entry to my e-mail: id_wakkanabeez@yahoo.com

Example:

Name: Miss x
Telephone number: 01x-xxxxxxx
E-mail: missx@yahoo.com
Address:...................

Closing date will be on 13/9/2009 (12 am)
I will announce the winner via my blog by uploading the lucky picture!

~HURRY UP!!

TERMS and REGULATIONS:
-No need to be SEXY but CREATIVE
-This contest is open to anybody who reads my blog
-I conduct this contest in order to appreciate my readers and as my COMEBACK appearance after being silent for a while..lol~
-Closing date will be on 13/9/2009 (12 am)
-I will announce the winner via my blog by uploading the lucky picture!

credit to:
IDRUL NAFIZ(hisuntoldstories)

Sep 6, 2009

Isu kuil: Khalid sedia kalah kerana berlaku adil

Isu kuil: Khalid sedia kalah kerana berlaku adil


Abdul Aziz Mustafa
Sat | Sep 05, 09 | 11:24:17 am MYT



SHAH ALAM, 5 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersedia kalah dalam pilihan raya kerana berlaku adil kepada semua pihak.

"Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam pilihan raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya?

"Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu," kata beliau dalam surat terbukanya kepada penduduk penduduk Seksyen 23 Shah Alam.

Untuk menjelaskan maksudnya, beliau mengungkapkan kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu atau Tippu Sultan.

Di bawah pemerintahan Tippu Sultan, rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh.

"Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil," kata beliau.

Dengan mengemukakan ayat kelapan Surah al-Maidah yang menekankan keadilan, Khalid mengingatkan bahawa ketaqwaan mempunyai hubungan rapat dengan keadilan.

Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi, kata beliau.

"Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota?

"Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.

"Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang," kata beliau dalam surat yang disiarkan dalam blognya itu (www.khalidsamad.com).

Khalid bagaimanapun tidak memaksa pandangannya diterima.

"Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu.

"Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua.

"Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan ketaqwaan dan keadilan," katanya.

Isu pemindahan kuil itu semakin bergolak berikutan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong Umno baru-baru ini mengadakan tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam.

Beberapa orang dari mereka adalah penduduk kawasan tersebut.

Mereka mengheret kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan kemudian meludah-ludah serta memijak-memijak kepala lembu itu.


Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, kepala lembu itu bermaksud "kerajaan (Selangor) telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Nak tunjukkan kerajaan itu bersikap mengambil keputusan yang bodoh seperti lembu," kata beliau.


Apa salah lembu??Tengok ni..Tapi mereka2 semua kata MISTERI Pula tetiba ada KEPALA LEMBU..HISHAM pun lepaskan mereka sebab kata tak ada isu hasutan dan perkauman..kalau tak,memang dah kena ISA dah..


RUPA SEBENAR 1 MALAYSIA Retorik UMNo/BN





Ini MBSA..Tengok mereka kena tengking kaw2..senyap..berdiam diri dan kawal nafsu mereka..Bulan puasa beb..Ini mesti sebab tak ada ape2 arahan daripada kerajaan negeri..Polis pun tak ada..Ini lagi kecoh dari sidang DUN Perak suasananya..Cuma Sidang DUN Perak "panggil masuk" beratus POLIS tanpa kebenaran speaker dewan je..Lawan undang2 tubuh negeri Perak..

Tengok sahaja sikap PEMUDA UMNO yang pakai topi 1malaysia tu..Bising isu kuil,tu solat tarawih tah pernah pergi tah tak..Jom kite tengok lokasi KUIL pula..



ulasan mengenai kedudukan KUIL yang tak pernah ada dalam media mainan UMNO/BN di SINI




TENGOK NI PULAK..ADA hampir beratus pegawai MBSA..INI zaman KHIR TOYO..mereka nak roboh kawasan melayu...nanti bandingkan ini dengan isu Kg Buah pala..Kampung buah pala dapat macam2 dulu dan tangguh berbulan2 sebelum diroboh,tapi kampung melayu ni,hari tu gak..sampai tak dan nak angkat barang keluar...



kat Shah Alam jugak..Ade mamat2 terpekik terlolong ni datang ke??Hahahaha..HARAM JADAH..mereka ini menyondol seperti??(jwpn binatang paling suke menyondol ape??)


Inilah rupa Satu Malaysiaku gaya UMNO/BN!!

SYABAS!!

Sep 4, 2009

Sakit & Kereta Baru..

Kes kematian ADUN N9 yang dikatakan adalah berpunca jangkitan dalam darah buat aku sedikit risau..Umi apatah lagi,memang die jage anak die ni sehabisnya..Yela sebab masa cuti H1N1 kat kampus UPSI tempoh hari,aku pun selalu tak sihat..Siap jatuh sakit same..

Balik je kampung (rumah N9) aku memang jatuh sakit kaw2..Sampai tak boleh bangun..Semua simptom aku ade kecuali demam yang tak teruk sangat je..Buat medical checkup..result negatif..doktor cakap aku ni 50-50 je...Ada jangkitan kuman dalam darah..Bukan kuman biase2,tapi VIRUS la senang cerita..Sebab result medical check up tunjukkan "LIMFOSIT " agak tinggi dalam darah aku..bukan bacteria..erm..banyak basofil..

Nak kata selamat tak..nak kata terlalu bahaya pun tak..Lagi2 dalam keadaan yang lemah masa tu,ditambah pulak dengan hospital dah penuh sebab menampung bilangan pesakit,maka doktor merasakan tak perlu sangat aku ditahan wad..tapi pesan doktor,inhaler pam asma bawak ke mana saja..kalau dalam tempoh 2 hari makin teruk demam dan ada masalah pernafasan datang hospital secepat mungkin,aku akan ditahan serta merta..(Tapi aku tak pi pun..duk rumah je kena kuarantin seminggu lebih,lepas seminggu lebih tu buat lagi skali,huh..still tinggi gak limfosit dlm darah,tapi tak seteruk sebelumnya..)


Maka,berbondong2 kotak air ECPI siap sekali dengan GTH (liquid kaler hijau yang kena titis sekali dgn air ECPI tu)..Ubat-ubat yang bukan berasaskan dadah yang berlambak kat pasaran dan hospital tu memang aku dah avoid..Umi bagi suppliment banyak gile gak..Dah la setiap satu botol mencecah nilai ke angka ratusan..Banyak betul yang famil aku kena tanggung untuk aku..Macam rase menyusahkan pun ade..

Sebab cuaca sekarang yang tak keruan (sikap bodoh manusia yang buat iklim dunia tak tentu hala) jadi hujan yang kadangkala terlalu lebat selepas panas terik yang tak tertanggung menyebabkan badan aku selalu lemah..Ye..aku memang jenis sensitif mengenai cuaca yang tak stabil dan juga udara persikataran yang tercemar dengan macam2 sikap bodoh manusia..


http://rjuna.net/wp-content/uploads/2008/10/myvi-se-brochure-2-large1.jpg

Jadi umi tempah satu kereta..Just untuk selamatkan anak die ni daripada jadi mangsa cuaca yang ekstrim perubahannya.Yela..hari2 kalau redah hujan dengan motor,alamatnya minggu depan aku "jalan" la...herm..rase macam aku ni bebanan pulak kat family..Aku doakan umi dan abah selalu dipermudahkan segala urusan..dimurahkan rezeki yang halal dan tahap kesihatan yang baik..Sayang kalian...


*Mule2 ingat nak dapat MyVi SE kaler Orange,tapi sebab minyak plus dengan umi nak atas nama die,so amek ViVa jela..Minggu depan atau lepas raya baru aku amek kereta ni bawak mai upsi..Kalau rajin leh buat prebet sapu ni..Dapat gak cover duit belanje..



ADUN N9 meninggal..Satu lagi PRK..

Ronda2 facebook aku dapat update dari Najwan Halimi..Dulu kes Ustaz Ismail Kamus tu die tersilap,tapi yang ni betul punya..Kawasan N9 pulak..Herm..Satu pilihanraya kecil lagi bakal diadakan..Kawasan Port Dickson yang penuh dengan kontroversi gak..Inalillah...


ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.-Malaysiakini


ralat:

Punca utama kematian setelah dibedah siasat adalah disebabkan jangkitan kuman dalam darah..Bukan seperti laporan awal hospital mengatakan serangan jantung.



Chegufadh:

Jentera N9..Siap siaga..Haih..kena cepat2 daftar SPR nih..Saban hari makin banyak pula kes macam ni lepas isu satu parti kompenen keluar kenyataan tak nak bertanding sebab membazir duit rakyat..Jadi yang ni nanti kite tengok buat hari bekerja ke tak..lepas tu kita tengok majoriti meningkat ke berkurang...Minyak baru naik pulak..Isu perkauman kepala lembu pun dah hangat..haih..menggeletar makhluk yang bernama UBN itu..


UMNO kantoi HABIS..BOGEL seBOGEL2nya...

Aku bukak facebook..tengok YB Khalid Samad ulas dan bagi link isu kepala lembu tak bersalah yang disepak,pijak dan ludah semata2 untuk membakar dan mengapikan sentimen perkauman parti bongkak penuh rasuah..Ini adalah bagi merealisasikan hasrat menteri C4 sebagai pengerusi gerombolan Selangor merampas kembali selangor untuk diberikan kepada MB yang "cantik dan bersih dari rasuah"...Yang juga merupakan bekas MB Selangor sebelum Mac 2008..

Buat pengetahuan umum,bekas MB itu dikatakan seorang doktor gigi sebelum ini dan menjadi MB selama 2 penggal sebelum dipenggal pakatan rakyat..tetapi MB ini begitu hebat (mungkin) dalam perniagaan seperti LUXOR/UPTREND sehingga mampu membina rumah berjumlah rm24juta..hebat bukan??


Jadi sama2 saksikan...nanti mintak semua ALERT dengan nama Noh Omar dan Hishamuddin Hussin..Serta isu yang dibangkitkan dalam video..Nah..Layan...



TQ YB Khalid..

Isu Kampung Buah Pala..

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghulurkan rasa simpati kepada penduduk Kampung Buah Pala, namun berkata perobohan kampung tersebut bukan lagi tanggungan kerajaan negeri kerana wakil penduduk telah menolak semua jalan penyelesaian yang ditawarkan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri sedaya-upaya mencari jalan penyelesaian termasuk ganti-rugi ex-gratia RM8,000 ringgit serta pampasan rumah teres dua tingkat bernilai RM500,000 kepada penduduk-penduduk yang layak menerimanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan kekesalan terhadap penduduk yang enggan menerima tawaran tersebut, disebalik menyedari bahawa perobohan tersebut telah diluluskan dan telah diarahkan oleh mahkamah.

"Mahkamah telah meluluskan perobohan itu, dan penduduk telah pun mencapai satu persetujuan dengan pemaju dan polis untuk keluar dari kawasan Kampung Buah Pala. Lantas, kerajaan negeri tidak terlibat dalam memaksa mereka ini berpindah. Samada kita suka atau tidak, perintah berpindah itu adalah perintah mahkamah," kata Guan Eng.





Guan Eng sebelum ini menegaskan bahawa tawaran rumah terus dua tingkat dari pemaju, Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd, adalah lumayan, lebih-lebih di negeri kecil Pulau Pinang.

Setakat ini, kira-kira 24 orang penduduk yang bersetuju dengan pampasan tersebut. Menurut wakil penduduk, 20 dari 24 penduduk terbabit tetap mahu melawan kerajaan negeri walaupun bersetuju dengan pampasan itu.

Guan Eng berharap semua pihak mengambil iktibar dari perobohan Kampung Buah Pala ini. Tambah beliau lagi, tiada sesiapa yang boleh melanggar perintah dan keputusan mahkhamah dan sesiapa yang melanggarnya pasti akan menerima padah.

Mengulas mengenai kritikan wakil penduduk terhadap Pakatan Rakyat, Guan Eng berkata MIC sekadar bermain politik kerana parti perkauman itu sendiri menyedari bahawa mereka tidak boleh melawan perintah mahkamah.

Guan Eng sebelum ini mempersoalkan keikhlasan MIC yang dikatakan mahu membeli tanah Kampung Buah Pala pada nilai RM3.2 juta ringgit. Sehingga perobohan hari ini, tiada perkembangan susulan mengenai RM3.2 juta ini. -TVA


Untuk maklumat lanjut

http://greenboc.blogspot.com/2009/09/era-najib-altantuya-buah-pala-akhirnya.html

dan

SIAPA DALANG Kg Buah Pala?



Chegufadh:
Ade ke orang duduk dikawasan setinggan yang lain dapat keistemewaan macam ni??Setahu aku sebelum Mac 2008 dah berpuluh kawasan setinggan lain kena roboh tanpa notis..Ada tu satu kampung kat Selangor..Barang tak sempat keluar lagi,anak belum balik sekolah tau2 terus kena roboh..Padahal wakil penduduk tengah tunggu peguam masa jentolak sampai..Huhu..Macam2 hal..Kes Kg Buah Pala ni adalah kes setinggan pertama yang dilayan macam raja..cuba fikir kenapa..hehehe

Tan Sri Khalid..MB Selangor terulung..

1. Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyangka suatu hari beliau akan menjadi Yang Berhormat dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Mungkin beliau tidak pernah terfikir akan hal ini. Tetapi hari ini itulah kenyataannya, dan beliau merupakan MB yang popular dalam Pakatan Rakyat.

2. Beliau sebenarnya sudah sekian lama menjadi orang korporat dengan memimpin PNB yang bertanggungjawab ke atas amanah saham-amanah saham yang ditaja oleh kerajaan. Namun kemudian beliau meninggalkan PNB dan menjadi tokoh pula dalam Guthrie.

3. CEO Terbaik 1997 anugerah Majalah Business Times ini dilahirkan pada 1946 Di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram Kuala Selangor. Beliau belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Beliau memperoleh ijazah BA Hons dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

4. Pembabitannya dalam politik bermula dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menjawat jawatan Bendahari PKR serta Ketua Perhubungan PKR Selangor. Buat pertamakalinya beliau menyertai Pilihan Raya Kecil Ijok pada April 2007, tetspi tewas. Percubaan seterusnya pada PRU ke 12 dan beliau menang di Ijok atas tiket PKR dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Akhirnya dengan persetujuan anggota Pakatan Rakyat beliau dicalonkan menjadi MB Selangor dan pihak Istana memperkenankannya.

5. Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi MB Selangor hingga sekarang. Beliau ditohmah membelakangkan orang Melayu pada pelantikan pemangkuan Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS. Dengan hujah dan alasan yang kuat, akhirnya tohmahan itu dapat ditepisnya dan isu itu selesai dengan tamatnya pemangkuan Madam Low.

6.Tidak selesai dengan isu PKNS, beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membiayai lembu korban di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Namun Tan sri Khalid dapat menangkis serangan puak-puak UMNO-BN dengan menyatakan memang ada peruntukan sedemikian dan Menteri Besar terdahulu pun pernah menggunakannya. Akhirnya isu itu tenggelam begitu sahaja.

7. Selanjutnya beliau dituduh pula menggunakan wang kerajaan untuk membaikpulih kereta peribadi. Bila beliau menjelaskan memang ada peruntukan sedemikian, serangan UMNO-BN itu dapat ditenggelamkannya.

8.Isu terbaru adalah kepala lembu yang diletakkan di hadapan pejabat SUK Selangor sebagai protes pemindahan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Difahamkan isu ini sebenarnya didalangi oleh UMNO-BN dalam cubaan untuk mencetuskan isu perkauman di Selangor seterusnya merampas kembali Negeri Terkaya itu dari Pakatan Rakyat. Namun sehingga kini UMNO-BN gagal berbuat demikian apabila Tan Sri Khalid bijak menanganinya dan ia tidak menjadi isu besar yang membawa padah.

9. Selain itu, banyak usaha-usaha dilakukan oleh beliau untuk meningkatkan kepercayaan rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat, seperti memberi subsidi air bagi 20 meterpadu yang pertama secara percuma, imbuhan wang kepada pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA, imbuhan kepada ibu-ibu yang bersalin dan berbagai-bagai kemudahan sebagai keprihatinan beliau kepada rakyat Selangor.

10. Apa yang dihadapi dan dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim menarik perhatian, kerana semua persoalan dapat ditanganinya di samping menjadikan beliau antara MB Pakatan Rakyat yang mempunyai kedudukan yang istimewa dan tersendiri dalam kelasnya. Mudah-mudahan beliau akan terus tetap teguh bertahan walaupun diserang bertubi-tubi oleh UMNO-BN yang memang teringinkan kembali Negeri Selangor ini.

Dan memang ironis bila kita teringat MB terdahulu menghadiahkan sebatang penyapu kepada seorang Yang DiPertua Majlis Perbandaran, kini Tuhan telah membalasnya di dunia lagi dengan terlepasnya Selangor ke tangan Pakatan Rakyat, dan terbukanya banyak pekungnya sendiri di samping cubaan yang gagal untuk setiapkali memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Untuk itu, tahniah diucapkan kepada MB Selangor, semoga Yang Berhormat akan tetap terus tabah menghadapi cabaran demi cabaran.


AlKundangi,
3.9.2009
http://alkundangi.blogspot.com

Era Najib Altantuya : UMNO Masih Nak Guna Musa Hassan

Rakyat terkejut dengan berita yang menyatakan kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi mulai 13 Sept ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Sekalipun Musa telah dilanjutkan tempoh perkhidmatannya, rekodnya yang tercemar itu tidak memungkinkan rakyat dapat menerimanya dan beliau akan terus menerima kritikan serta tentangan dari masyarakat.

Bagi sesetengah pemerhati politik, lanjutan tempoh Musa Hassan mempunyai motif yang terselindung, agar Musa diberi peluang menghabiskan "missi" di dalam perencanaannya bersama Peguam Negara untuk mempastikan plot isu liwat2 terlaksana.

-KelabGreenBoc-

Menteri Dalam Negeri Salah Guna Kuasa

SHAH ALAM, 3 September - Kerajaan Negeri Selangor mempersoalkan kewajaran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah bertemu dengan kumpulan yang mengarak kepala lembu semalam.

Pada dasarnya Kerajaan Negeri tidak membantah sebarang pertemuan yang melibatkan isu hak dan kebajikan sesama rakyat dan pemimpin kerajaan, namun ianya menjadi pertikaian apabila seseorang pemimpin kerajaan bertemu dengan mereka yang sedang disiasat oleh polis kerana terlibat dalam aksi-aksi provokatif yakni mengarak kepala lembu ke Bangunan SUK minggu lalu.

Ekoran daripada tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini, antaranya merupakan anggota parti politik tertentu, lebih 50 laporan polis telah dibuat oleh orang awam, pemimpin masyarakat setempat dan wakil rakyat menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan segera dan tanpa bias ke atas mereka yang terlibat dalam perarakan kepala lembu.

Namun apa yang dikesali ialah, sementara polis masih menjalankan siasatan, Hishammuddin mengambil langkah untuk bertemu dengan mereka ini, malah mempertahankan mereka habis-habisan bahawa tindakan mengarak lembu di luar kawalan penganjur perarakan dan bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan perkauman.

Jelas pertemuan Hishammuddin semalam adalah untuk memberikan perlindungan politik kepada kumpulan ini dengan menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang menguasai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


http://media1.malaysiakini.com/167/30e54e33c8d4fee504da16a500b85d44.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA-EKnH-iaIyxAsnZEZ4OVj068tr-umO_EF3ks8NW10xmoK7eSvJVnx3J1TMO648Kjx-gQE6c_w-QHgigI37_Q48H94ijLlSqN3CUnJmn1Pc-vWVZQ6XfxU6AOYJI7AjG5EFHOqXc2oofj/s1600/sea-hassan-star.jpg

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan menyalahkan kerajaan negeri dalam kejadian mengarak kepala lembu itu untuk menutup kegagalan pihak polis mengelakkan kejadian penghinaan agama itu daripada terjadi, apatah lagi kejadian tersebut berlaku di perkarangan Bangunan SUK.

Harapan masyarakat umum agar pihak polis menjalankan siasatan dengan saksama dan tanpa bias dijangka tidak dapat menjadi realiti kerana Menteri Dalam Negeri sendiri telah memberi kata-kata perlindungan kepada mereka yang membuat provokasi perkauman. -

written by : NIZAM (SelangorKini)


CheguFadh:

Holla..Gile arr ini macam..Pok Menteri yang dikatakan pondan ini telah salahguna kuasa??Herm..macam2..ini bukan isu perkauman..itu orang tuntut duit dari kerajaan British ISU perkauman??orang suh tutup speaker luar masa solat dan zikir time Subuh dikawasan yang 1malaysia (Cina,India pun ada duduk) dikatakan isu perkauman..tapi pancung kepala lembu,arak sini sana sambil hina2 kuil,ludah dan main sepak2 kepala lembu bukan isu perkauman??Bagooss....Aku suke pok menteri ni..dulu buat bodoh isu PPSMI..sekarang isu ISA..huh..

Sep 2, 2009

ESOK..di MHI..

Salam to all..

Esok pagi bersamaan 3 sept 2009,satu kumpulan nasyid yang sedang meningkat dan menunjukkan bakatnya akan muncul di MHI..Mereka tak lain tak bukan adalah kumpulan Destiny yang sedang popular dengan lagu Hati Kata Rindu yang kini hangat di carta IKIM.FM

Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang mahasiswa..3 daripadanya merupakan mahasiswa UPSI dan seorang lagi adalah mahasiswa UTM.Diketuai oleh Rizal yang juga merupakan bekas Exco LPS Persatuan PSR UPSI.Kini Rizal berada di semester 8 dan sedang giat menjalankan sesi praktikal mengajar.




cover album kumpulan Destiny



kenangan semasa berada dalam Destiny di Hijjaz Studio Kota Damansara


Yusof atau lebih mesra dipanggil Usop pula mahasiswa jurusan seni semester 7 yang juga merupakan solo utama bagi Destiny.Ahli kumpulan lain adalah 2 adik beradik kembar iaitu Saufi dan Rozi.Saufi kini menuntut di UPSI juga mengambil jurusan seni dan kini berada di semester 3.Saufi juga merupakan penggerak utama bagi kumpulan nasyid Kolej Ungku Omar sepanjang tahun 2008.

Kembarnya pula adalah Rozi yang merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Sains Geoinformatik) kini berada di semester 5.


Sama2 sokong industri nasyid kita


video semasa recording lagu Hati Kata Rindu ciptaan Fitri Haris





*Usop cakap atleast akan persembahkan sekurang2nya 2 lagu..aku budget Hidup dan Mati & Istana Kasih mesti ada dalam list..