Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Aug 30, 2009

MERDEKA...



Apakah makna merdeka..
ada yang mengatakan kita sudah merdeka..
tapi apakah makna sebenar merdeka??
adakah dengan bebas sehingga tidak tahu apa itu kebebasan
lantas kita masih dijajah dari sudut minda dan budaya tanpa kita sendiri sedar??

yang menganggap merdeka itu adalah berparti dan berhibur pada malam merdeka..
yang menganggap merdeka itu adalah dengan melaungkan kata merdeka
yang menganggap merdeka itu hanya dengan mengibarkan jalur gemilang pada satu tempoh masa tertentu..
yang menganggap merdeka itu mempelajari sejarah buku teks sekolah
tanpa ada satu perkara yang kritis mengenai perkara2 yang sudah diselewengkan

atau yang menganggap merdeka itu adalah kita menjadi hamba yang
taat dan beriman kepada Allah..
menjadi hamba yang baik kepada agamanya..
yang menjaga dan mempertahankan amanah yang telah diberikan..

dimanakah letaknya kita..

Salam Kemerdekaan kepada para pembaca blog..

CheckMate..


Isu perkauman yang tercetus tatkala sambutan kemerdekaan kian menjelma sangat memalukan Malaysia..Semua pihak pula berdolak dalih isu ini walhal secara jelas pihak penganjur bersama-sama si pembawa kepala lembu berarak dan melaungkan perkataan "JOM PEKENA ARAK" (Take Beer,bukan TakBir..Satu penghinaan pula kepada agama Islam)..

Isu pembinaan kuil..Bagi aku yang jenis tak kisah sangat hal ini memandang itu hak mereka..nak bina rumah ibadat mereka..Macam kita yang Islam ni,mereka pun tak halang kita daripada bina rumah ibadat..Bila tak ada sikap hasad dengki dan meniup semangat perkauman dan keagamaan terlampau nilah buatkan kita boleh hidup aman damai dalam satu komuniti..

Isu yang dimainkan adalah berkenaan dengan pembinaan rumah ibadat dan majoriti penganut agamanya..Kuala Lumpur sudah dikuasai penganut bukan islam..tapi mereka tak pernah halang mana2 masjid didirikan..bayangkan jika mentaliti mereka sedemikian,dah lama negara kita ni akan musnah dek kerana taksub dengan hal perkauman ni..

Jadi aku harap tak usah kita tiupkan semangat yang entah apa2 ni..Kalau besarkan gereja salah,besarkan kuil salah..Itu duit mereka,kalau dah dibuat mengikut satu prosedur yang sah,biarkan sahaja..

Salahkan diri kamu sendiri wahai kaum muslimin dan muslimat yang begitu kedekut untuk menghulurkan sedekah,yang menunaikan zakat harta,zakat fitrah pun tak tahu kemana..yang memang gilakan shopping semata-mata sampai satu hari tak dapat shopping mengamuk sakan nak saman berjuta2..yang memang tak mahu ke masjid dan surau walaupun dipromosi setiap masa oleh tentera2 Allah yang bergelar jemaah tabligh..

Yang mengatakan masjid dan surau hanya tempat solat sahaja..Walhal penggunaan sebenarnya tiada had..Baik dari hal sosial,kemasyarakatan,pentadbiran..Semuanya patut diintegrasikan disana..

Jadi kepada mereka yang meniupkan semangat perkauman ni,tapi sebenarnya penyokong HARDCORE puak2 Terlaknat Kamal Attarturk yang membawa fahaman SEKULARISME boleh senyap..Daripada anda terus menjadi musuh kepada agama kamu sendiri lebih baik kamu senyap sahaja..

untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai isu perkauman sengaja dicipta,sila klik SINI

CheguFadh: *Salahkan POLIS sebab lambat bertindak menghalang mereka walhal selama ini mereka 12jam sebelum perhimpunan aman sudah bersiap sedia menyekat dan menahan aktivis demonstrasi tersebut.. *Tak tahu siapa dalang,tangkap semua sumbat je dalam ISA yang dikatakan BAGUS tu..pukul sampai mati then kata mereka bunuh diri pun tak ape.. *Kes Batu Burok Terengganu yang bendera kena bakar pun tah kemana..Senyap..diam..tak ada apa2 perkembangan..tapi sengaja dijadikan isu puak2 tertentu..Tak terkecuali kes kepala babi di Akademi Pengajian Islam UM..




TokPepijat pula berkata:

Menjelang 52 tahun merdeka...kita punya Menteri "lembut" !



"Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO".

Kenyataan bebal dan tolol Hishamuddin sepupu Najib yang menjawat jawatan Menteri yang jaga keselamatan negara semasa ulas peristiwa arak kepala lembu Jumaat lalu.


Kenyataan Hishamuddin ini yang menganggap isu kepala lembu tidak sensitif dan mengaitkan pula dengan bendera UMNO yang dibalut kepala babi menunjukkan beliau tidak memahami soal keselamatan, budaya dan agama di negara sendiri.


Apa tujuan beliau mengaitkan soal bendera UMNO ? Pelik bin ajaib dalam keadaan rakyat melihat isu kepala lembu boleh membawa kekacauan kaum dan agama, beliau masih lagi berminat untuk mem"promosi" nama UMNO !

Hoi Cik Sham ! Jika kepala lembu dibawa ke kedai makan untuk dimasak, itu tiada isu tetapi bila kepala lembu berdarah diarak dari masjid ke SUK Selangor kerana bantah perpindahan kuil ianya tandanya hina agama Hindu.

Hoi Cik Sham ! Mengapa kamu kaitkan peristiwa arak kepala lembu dengan bendera UMNO dibalut kepala babi ? Apa motif kamu ? Seolah-olah jika UMNOpun pernah dihina dengan kepala babi, apa salahnya Hindu pula terima balasan kali ini.

Kenyataan kamu seolah-olah mengakui pembabitan UMNO Selangor dalam peristiwa arak kepala lembu. Bukan begitu?

Amat malangnya Malaysia punya Menteri jaga Polis dan Keselamatan Negara yang "lembut".
Hoi Najib! Tukarkan Hishamuddin ke Kementerian Kebudayaan dan Kesenian. Atau tukarkan dengan potfolio Shahrizat Jalil!


*Hah..Gambar dalang kepala lembu dah ada..Apa tunggu lagi??Ke nak siasat betul ke palsu sampai kena tubuh siasatan diraja dan kemudian jual laporan sampai beratus2 RM nilainya tanpa benarkan rakyat yang berjumlah 26juta tau???

PERKAUMAN YANG DICIPTA : BERITA EMPAT

Kepala Lembu PAS?

Saya diberitahu ada pihak yang menyatakan bahawa Ibrahim dan Mahyudin, dua watak utama demo kepala lembu tempohari telah mengaku diri mereka sebagai ahli/penyokong PAS. Oleh itu ada yang bertanya kepada saya samada ianya benar.

Maka saya pun menjawab, “biasalah, pada masa ini siapa sanggup mengaku dirinya ahli UMNO?”

Saya berikan contoh seperti penyokong Manchester United. Kalau datang ke Malaysia dan dibelasah teruk hingga 7 – 0, semua penyokong MU Malaysia tidak akan mengaku menyokong (kecualilah MU tok tok) dan akan mengaku dirinya penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia! Betul tak?

Maaf ya penyokong MU, sekadar contoh sahaja... Tapi dengar-dengar khabar mereka menang semalam.

Maka jika kita kembali kepada kisah mereka berdua ini, jika benar mereka ini ahli PAS, maka wajar mereka ini disingkirkan atas sebab tindakan mereka yang BERCANGGAH dengan ajaran Islam. Tindakan mereka menjatuhkan imej Islam yang tidak selari dengan prinsip parti Islam.

Tetapi saya yakin mereka BUKAN ahli PAS. Ini kerana sudah lebih 10 tahun saya menjadi YDP PAS Shah Alam dan tidak pernah saya lihat muka kedua-dua penganjur demo ini. Lagipun tiada ahli PAS yang akan sanggup menukarkan kalimah ‘Takbir’ kepada ‘Take Beer’ seperti yang dilaugkan oleh golongan ini.

Mereka mengecam pimpinan PR tanpa menyentuh sedikit pun pimpinan UMNO. Walhal rata-rata semua tahu bahawa perkara ini berpunca dari kelemahan pentadbiran kerajan Negeri warisan UMNO/BN yang terdahulu. Mereka juga dilaporkan telah bertemu dengan Noh Omar...!

Hmmmmmm.......begitulah perangai UMNO dulu kini dan selamanya. Baling batu, sorok tangan.




khalid samad


CheguFadh:

No komen..semua aku dah copy paste dari sumber facebook..apa2hal hangpa nilai la sendiri..Wallahualam..Say NO TO racism...We LoVe Malaysia...

PERKAUMAN YANG DICIPTA : BERITA TIGA

Belajar Berfikir Sendiri

Apa yang kita dengar itu belum tentu benar. Apa yang kita anggap benar itu belum tentu benar juga bagi orang lain.

Banyak orang bercakap tentang isu perarakan kepala lembu oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam sebagai membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk pula tidak tahu akan kehadiran kepala lembu. Jadi, kepala lembu misterilah gamaknya.

Banyak juga yang bercakap tentang isu pemecatan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek kerana terlibat dengan skandal seks dua tahun lepas. Perdana Menteri berkata UMNO tidak akan bercampur tangan dalam masalah dalaman MCA. Namun, kenyataan beberapa pemimpin BN seolah-olah “menyalahkan” Ong Tee Keat. Mereka tidak bercampur tangan, tetapi bercampur mulut.

Dan tidak kurang juga yang bercakap tentang kes Kartika yang dijatuhkan hukuman sebat, tetapi penyebatnya tidak ada. Entah sedih atau lucu mendengar kenyataan Menteri Dalam Negeri itu. Jatuh hukum dahulu baru melatih penyebat. Perdana Menteri pula minta Kartika membuat rayuan, tetapi panel rayuan belum dilantik. Sekarang tempoh rayuan sudah tamat. Yang pasti wartawan satu dunia sedang menanti sebatan terhadap Kartika dilakukan supaya mereka dapat menulis berita “memalukan” Malaysia.

Bukan semua yang dicakapkan itu benar. Kita mesti menggunakan ketajaman akal menilai, menghalusi sebelum membuat justifikasi. Malangnya, kita malas berfikir. Kita diajar agar malas menggunakan fikiran. Kita lebih selesa menerima buah mulut orang lain. Memang kita dididik untuk menerima buah mulut orang lain. Tidak salah menerima buah mulut orang lain sekiranya buah mulut itu benar. Yang salahnya apabila kita menerima bulat-bulat buah mulut orang lain tanpa menilainya terlebih dahulu betul salahnya, baik buruknya.

Oleh itu, tidak adil kita selaku pendengar pasif “menjatuhkan hukum” siapa salah dan siapa betul tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak bertindak pantas terhadap mereka yang berarak kepala lembu. Alasannya ialah pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior. Bolehkah kita mempercayainya?

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.


Dalam perhimpunan membantah ISA dan PPSMI pantas pula polis bertindak. Polis datang mendahului peserta perhimpunan.

Polis memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab menganjurkan protes dan perarakan tersebut. Adakah kita patut mempercayainya bulat-bulat tanpa berfikir? Kita selalu mendengar kenyataan begini. Lazimnya, lenyap begitu sahaja.

Banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut, antaranya oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu. Biasanya laporan polis yang dibuat oleh PKR, PAS atau DAP tidak cukup kuat untuk “menggerakkan” anggota polis.

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

Mereka melakukan siasatan tetapi tidak dapat mengesan orang yang membawanya. Anda tentu tidak percaya bahawa lembu itu datang sendiri dan menggugurkan kepalanya di depan pintu bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor.

Hari ini ada penduduk membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Islam. Mungkin hari esok ada pula penduduk memprotes pembinaan masjid atau surau di kawasan majoriti Hindu. Lusa ada penduduk menolak pembinaan tokong Cina di kawasan majoriti Melayu atau India. Tulat, semua kaum di Malaysia menolak pembinaan pusat ibadat, selain pusat ibadat mereka, di kawasan majoriti kaum mereka. Apa akan terjadi pada hari-hari berikutnya?

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia tidak bergantung pada fikiran orang lain bagi menentukan salah atau betul, baik atau buruk sesuatu perkara. Lihatlah sesuatu perkara dengan mata hati sendiri.


Chegufadh:
BERITA MEMALUKAN MALAYSIA ISU KARTIKA..Negara Islam..tapi hal minum arak pun duk bercanggah..Haih..Macam2...


Kes kat Terengganu,orang bakar bendera Malaysia..polis berapa ratus orang..FRU bape ratus ekor pun sampai sekarang MISTERI..

PERKAUMAN YANG DICIPTA : BERITA DUA

Isu kuil: MBSA diarah jumpa penduduk 5 Sept

Kerajaan Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, katanya, kerajaan negeri menggesa penduduk berkenaan supaya bertenang dan tidak dipengaruhi fakta-fakta yang tidak benar “yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik kerajaan Selangor”.

“Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.


Kerajaan negeri, katanya, kesal dengan tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan di kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, ketika rakyat sedang bersiap sedia untuk menyambut Kemerdekaan negara, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain yang masih wujud di kalangan segelintir rakyat Malaysia itu, sangatlah dikesali.

“Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan.

“Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti,” tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri berharap semua rakyat bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum.

“Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan,” tegasnya.

Katanya, kerajaan negeri meminta polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin kerajaan negeri.

PERKAUMAN YANG DICIPTA : BERITA SATU

Pelakon Amatur Gagalkan Demo Kepala Lembu

Sejak DS Najib Tun Razak menjadi PM, kita menyaksikan pelbagai drama yang ‘diterbitkan’ oleh beliau hasil lakonan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam kes DS Nizar Jamaludin, SPRM dan surat misterinya yang melibatkan Khir Toyo dalam kes Teoh Bend Hock, Polis dalam terlalu banyak kes menyerang rakyat yang menunjuk rasa di jalanan, SPR dalam kes dakwaan 2000 pengundi hantu oleh Khairy Jamaluddin di Permatang Pasir pada 23 Ogos lalu, dan terkini ialah lakonan beberapa orang pencacai UMNO (melayu) yang mendapat upah beberapa puluh atau ratusan ringgit dengan mengarak kepala lembu ke Pejabat MB Selangor.

Bacalah sedutan berita di bawah ini dan manusia yang waras akan dapat menyimpulkan bahawa ia adalah skrip mudah yang digubah oleh UMNO untuk mencari glamour mereka yang sudah hilang.


“Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.” (28/08/09 - Malaysiakini)

“I challenge YB Khalid, YB Rodziah and Xavier Jeyakumar to go on with the temple construction. I guarantee bloodshed and racial tension will happen if this goes on, and the state will be held responsible,” shouted Ibrahim Haji Sabri amid strong chants of “Allahu Akbar!” (Malaysian Insider)


Pemuda Umno, BN kutuk perarakan kepala lembu

"Pemuda Umno dan BN mengutuk sekeras-kerasnya perarakan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, dalam demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi."



Apa yang ganjilnya dalam laporan ini? Kenapa kita boleh agak UMNO adalah dalang yang menaja semua kerja kotor ini? Sebab dan rasionalnya mudah sahaja. Jika kita lihat dalam gambar, kita dapat menyatakan bahawa:

1. UMNO lupa untuk mengarahkan pelakonnya supaya tidak memakai songkok, mencukur misai dan menyimpan janggut (atau pakai janggut palsu).

2. Polis sebagaimana biasa menjadi penonton sahaja malah mungkin bertindak bagi memastikan perarakan itu tidak diganggu dan berjalan lancar. Jika ia dilakukan oleh PAS, sudah pasti polis akan menyepak atau menginjak-injak para demonstran tersebut.

3. Contengan kata-kata kesat ke atas Khalid Samad (MP Shah Alam) amat jelas menunjukkan perkataan-perkataan kesat UMNO yang tipikal kepada PAS.

4. Polis buat tak tahu sahaja kepada kata-kata provokasi yang boleh menjerumuskan seseorang ditahan di bawah ISA atau Akta Hasutan seperti yang dilaungkan oleh makhluk yang bernama Ibrahim Hj Sabri yang mengugut untuk melakukan suatu peristiwa pertumpahan darah????...

5. Sepertimana biasa juga, Khairy Jamaluddin terus mengeluarkan kenyataan sepantas kilat mengutuk perarakan tersebut. Sungguh cepat beliau tahu perkara itu. Macamana beliau boleh tahu begitu pantas ya??!!...

6. Kenapa UMNO sibuk membela dan memperjuangkan masjid? Bukankah mereka yang pakar dalam merobohkan masjid dan membataskan aktiviti masjid seperti aktiviti gereja Kristian?

Sepatutnya UMNO perlu meminta nasihat dari pengarah-pengarah drama yang veteran seperti Yusuf Haslam, Prof Madya Maidin atau dari Steven Spielberg sendiri. Kalau tidak, lakonan drama mereka akan kaku, tidak realistic, canggung, banyak kelemahan dan cacat. Cuma penonton yang kolot minda, terencat akal, dungu dan baru keluar dari hutan sahaja yang akan percaya dan terpengaruh kepada drama pandir arahan UMNO Selangor ini. -umnopenipu

How to celebrate Merdeka-Day aka National Day??



Pass the video and share it, get your friends to share it also. Get your family and friends to wear BLACK on August 31st.

It's your country.
You deserve life.
Fight H1N1. Wear Black.

It's your country.
You deserve blue sky.
Fight haze. Wear Black.

It's your country.
You deserve safety.
Fight police corruption.Wear Black.

It's your country.
You deserve love.
Fight racism. Wear Black.

It's your country.
You deserve freedom.
Fight ISA. Wear Black.

It's your country.
You deserve peace.
Fight torture. Wear Black.

It's your country.
You deserve democracy.
Fight coups. Wear Black.

It's your country.
You have a say.
Your say is black.




or macam ini..Anda tentukan..Janji ingat hari merdeka sebenar pada masa bila..



http://www.filehive.com/files/080901/baju-kurung-jalur-gemilang.jpg







Yang lagi 2 bawah ni memang HARAM JADAH namanye..


Kenyataan rasmi PKR

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJeI-Z7QLU2oY0iBkadPOZLIR5j-ffLSI4h1cVDTGJAi0Pt7yJ84sdhQqAng2jpL3edOEFd44yYRAPaHjR3ju-FOLQK_wBGau-w3O-xzn2u6J6jalB8AzCybd200-UTkfKBhgJqELlvx2b/s320/latheefakoya.jpg

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat


CheguFadh:

Ches..Sat lagi ada la makhluk2 perosak yang jadi stalker aku selama ni akan tuduh aku ProHINDU anti Islam ke..Macam2 la nanti..hello..aku sambut seruan One Malaysia..Semua kaum satu padu..Toleransi antara semua..

Kepala lembu: Penerusan agenda Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, Ogos 29 — Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.

Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.

Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.

Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.

Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.

Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.

Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.

Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.

Antaranya tulisan bertajuk “Sedarlahh wahai Melayu” dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.

Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.

Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.

“Mereka telah 25 tahun membuat bantahan,” kata Khalid.

Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.

Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.

“Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk,” kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.


CheguFaDH:

Aku pelik gile nih..MANA FRU??ORANG BUAT DEMONSTRASI PERKAUMAN/AGAMA NIH..Tapi seekor FRU pun xbertindak??Mana menteri pondan Keselamatan dlm negeri pi mana??Buat apa???kenapa orang gila bawak kepala lembu cetuskan huru hara perkauman dan agama ni tak kena tangkap??Jauh berarak tuh.. Gile punya kerja..Ini ka Satu Malaysia??Ini Black Malaysia..Bukan Satu Malaysia...

Pelik..Dulu kat UM kes Kepala Babi sampai sekarang POLIS tak dapat siasat..kes Perempuan Puaka kena PROTES POLIS sehari je dapat siasat..ada apa2 ke??

Hah..Lagi Satu,kes dulu buat demo taknak kandang Babi moden..tapi bile kes selesema babi menular siap kat melaka desak dibina kandang babi moden..lawak betul gak orang2 yang diupah berdemo ni..

Aug 24, 2009

BERHENTI SEKETIKA

A photo of a stop sign.

Oleh sebab keadaan tak mengizinkan buat seketika aku berhenti berblog...Segala pandangan peribadi aku adalah melalui FACEBOOK sahaja..Berniat untuk menghentikan akaun2 friendster dan Myspace tetapi masih menunggu jika ada apa2 berita dari teman2 lama..Kalau ada apa2,drop sahaja dilaman sosial berkenaan.Akan ku balas secepat yang mungkin..

Aug 16, 2009

Speaker Arahkan ADUN DAP Keluar Dewan


GEORGETOWN [2.00 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo (foto), daripada DAP diarahkan keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, sebentar tadi. Beliau diarahkan keluar oleh Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, selepas Jagdeep enggan menarik balik tuduhannya yang mengatakan ADUN Penaga daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Azhar Ibrahim, sebagai perompak. Jagdeep telah menuduh Azhar sebagai perompak ketika ingin bertanyakan soalan kepada Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy, berhubung isu Kampung Buah Pala.

[Betapa telusnya Speaker dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Biarpun ADUN Datuk Keramat dari DAP iaitu parti yang dipimpin oleh Ketua Menteri sendiri, namun dek kerana masalah displin maka keadilan dewan di tegakkan jua. Bukannya seperti apa yang berlaku di Perak, Speaker yang sah dinafikan hak untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Jika kes yang sama di Pulau Pinang ini terjadi dimana-mana negeri BN, sudah pasti ADUN berkenaan tidak akan diarahkan keluar kerana sealiran dengan pemimpin terbabit. Inilah dia ketelusan yang mahu ditonjolkan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya].

-PDO-

Eksklusif: Jika Jarum Suntikan Dan Kondom Itu Boleh Diberi, Kenapa Topeng Muka Tidak Mampu Diberikan Percuma Kepada Rakyat Kerana H1N1 !!

Gejala "Selsema Babi" kini nampaknya semakin berbahaya dan serius. Berpuluh rakyat Malaysia yang mati akibat virus Influenza A H1N1, dan kemungkinan besar jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa.

Persoalannya, kenapakah majoriti yang mati akibat gejala ini adalah terdiri dari kalangan orang Melayu?. Apakah kerana bangsa Melayu kurang penjagaan kesihatan, lantaran memudahkan kuman tersebut merebak dengan cepat. Lebih parah lagi,tersebut juga kini telah menyerang Tengku Puan Pahang serta anak-anaknya.

Statistik terus meningkat, baik dari segi kematian mahu pun mereka yang dijangkiti penyakit tersebut. Apakah kerajaan sedar bahawa penyakit ini cukup berbahaya, malah begitu dasyat sekali.

Soalnya, apakah langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini berkesan untuk menghalang kuman itu dari terus merebak?. Kenapa langkah yang diambil seolah-olah sambil lewat sahaja?. Sedangka rakyat yang tidak berdosa semakin ramai yang terus teraniaya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan hanya sekadar memaklumkan yang statistik terus meningkat semata-mata. Kenapakan tiada tindakan tegas dan drastik dilakukan, demi menyelematkan lebih banyak nyawa terkorban akibat gejala ini.

[Jika dilihat kepada keperihatinan kerajaan menangani masalah kuman HIV dan AIDS dikalangan penagih dadah sebelum ini, mereka sanggup untuk menyerah dan menyumbangkan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah dan mereka yang terlibat. Kenapa dalam kes H1N1 ini, kerajaan tidak memberikan "Topeng Muka" percuma kepada rakyat, terutamanya mereka yang mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti penyakit tersebut. Apakah cukup sekadara melihat dan membuat statitik, sedangkan lebih ramai nyawa yang akan terkorban. Apakah juga mereka mahu menunggu isteri atau keluarga pemimpin UMNO sendiri menerima bala tersebut barulah tindakan lebih tegas akan dilakukan. Saranan Tengku Mahkota Pahang, agar kerajaan melaksanakan tindakan yang lebih berkesan dalam menangani kes ini perlulah diberi perhatian. Malah, sepatutnya sudah ada sekatan demi sekatan terhadap penganjuran acara-acara besar yang boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada rakyat].

-PahangDailyOnline-

Aku rase baik kerajaan batalkan semua lesen menjual topeng muka kepada peniaga lain..Hanya beri kepada Hospital dan klinik kerajaan sahaja,supaya boleh memberinya secara percuma kepada rakyat yang tak berkemampuan atau mengawal harganya untuk dijual kepada mereka yang berkemampuan..Orang2 kaya mampu beli suntikan yang harganya ratusan dan makan makanan yang cukup bekhasiat disamping mengambil suppliment yang mahal2..Tengok saja tengku Puan Pahang dan anak2 yang sembuh serta merta setelah dirawat secara rapi..yang jadi mangsa korban mungkin terdiri daripada mereka yang tak berkemampuan memiliki semua jenis makanan berkhasiat dan suppliment yang cukup mahal ni..(berdasarkan kepada statistik yang mengatakan lebih 50% kes kematian adalah disebabkan lambat dikesan dan lambat mendapatakan rawatan)

Malaysia Satu - Faizal Tahir


Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju terus ke hadapan

Satu impian nyawaku pertaruhkan


Genggaman tanganmu, semangatku terus membara

janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan


Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan

satu impian

oh berjuta harapan


Genggaman tanganmu, semangatku terus membara

janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan


Satu Malaysia,kita inspirasi pada dunia

Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan

Satu wawasan bersama bergandingan..


Genggaman tanganmu, semangatku terus membara

janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan


LAGU:
Malaysia Satu
ARTIS:
Faizal Tahir
KOMPOSER:
Audi Mok

PENULIS LIRIK:
Nur Fatima


Boleh dengarkan semua lagu yang lain dipautan ini HOT.FM

Boleh VOTE lagu mana yang korang paling suka untuk diiktiraf sebagai juara..Lagu 1 Malaysia beb..hehe..apa2 jela..aku suka konsep..pelaksanaan tengah tunggu..bagus slogan ni unite Rakyat malaysia dan mengenepikan semua ideologi keagamaan,perkauman dan politik..Love Malaysia

Someone call aku tadi,hehe..die cakap Faizal marah gile kat die sekarang ni sebab kritik lagu ni tak best tah apa2 & chorus macam lagu Ayamas..Then tambah lagi berasap cakap lagu tuk abang2 askar pergi perang je..Boleh buat caller ringtone abang2 askar bagi bersemangat..Hahaha..Apa2 pun,suara die yang buat lagu ni macam ada sesuatu...

Pemergian..

Setelah pemergian Yasmin Ahmad,Malaysia dikejutkan pula dengan pemergian seorang IKON industri Nasyid yakni Ustaz Asri Rabbani..

Tanggal 14 Ogos lepas aku yang kurang sihat,demam batuk selesema sakit kepala dan tekak tertidur pada 12.30,seingat aku sebelum itu tak ada apa2 berita dari facebook,tetapi bila aku terbangun (masih dalam keadaan yang kurang sihat),dapat banyak berita dan juga YM daripada para sahabat handai mengenai kepulangan beliau kepada Allah..Tak kurang bertubi2 sms yang masuk menyebarkan mengenai berita dan bertanya kesahihan berita..Hal mati,tak boleh dibuat main..Berita itu adalah benar walaupun sukar untuk kita percaya..




Semoga roh arwah dicucuri rahmat..Ustaz Asri begitu teruja dengan konsert mega terakhirnya dan memuji pihak GAMIS yang begitu profesional sehingga berjaya menggandingkan nama2 gergasi nasyid di Malaysia dan Indonesia..Sebelum ini Ustaz Asri merupakan ketua buat kumpulan Rabbani,tak tahulah lepas ni masih ada atau tak kumpulan besar ini dalam industri negara kerana nak cari suara / tone yang seakan Ustaz Asri agak sukar...

" Satu Dalam Sejuta "

p/s:Tak tahu macam mana pihak seperti GAMIS yang sangat diiktiraf boleh dikatakan pertubuhan HARAM..atas dasar apa pun aku tak faham..Apa2 jela..



Aug 14, 2009

GANGGUAN

BLOG INI MENGALAMI SEDIKIT MASALAH

KERANA AKAN BERTUKAR ke alamat ini



quezzo.com


AKU PUN TAK ADA IDEA APA YANG DAH JADI..

So aku tak akan aktif kejap..

Lagipun Khamis-Sabtu jadual aku agak padat..

Doakan aku sentiasa sihat..

Wasalam..


Aug 12, 2009

Hal Faizal Tahir

Malam ni ada Persembahan Faizal Tahir..Seorang ikon muzik di Malaysia yang tiba2 sahaja melonjak dalam rancangan realiti One In A Million Musim 1..Faizal Tahir merupakan seorang ayah kepada 3 anak..Anak ke3 baru sahaja dilahirkan hujung tahun lepas hasil perkahwinan dengan Kak Raihanim.

Merupakan anak kedua dalam keluarga..Dr Tahir pensyarah Kimia di UM merupakan ayah beliau.Dr tahir lebih mesra dipanggil Pak Belalang oleh Rockensteiners (Faizal Tahir Official fans club).Antara adik beradik beliau yang lain adalah Anas Tahir seorang pelajar UTM yang kini melanjutkan pelajaran di UK (Swansea University)..Anas juga adalah pencipta asal lagu yang sering didendangkan oleh kumpulan nasyid KHAR semasa zaman arwah Suhaimi dan Najib..Anas Tahir juga dijemput menjadi ahli kumpulan nasyid FarEast dan sempat menyumbang suara dalam dua album mereka (FarEast).

Anas Tahir, kiri sekali bersama Far East dalam ‘Halawatul Iman’.






Anas Tahir semakin popular apabila mendapat liputan meluas dalam YOUTUBE sehingga ditubuhkan kelab penyokong di alam maya seperti facebook.Anas popular setelah membuat satu LAWAK BODOH bersama Akhbar (Brothers) mengejek gaya si Dr Izzu yang telah berubah penampilan kepada lelaki lembut dan rambut menjadi blonde.Izzu merupakan anggota kumpulan nasyid Saujana.Erm..sapa yang minat dengan Anas silalah lupakan yek..die terlalu sayang dgn makcik Sa___h....

*hehe..sori makcik..enterprame sket




*kat atas ni antara vdeoclip si Anas dengan farEast dan juga die buhsan2 duk kat Swansea tu ngn kengkawan..


Ok2..lupekan hal biodata die..bukan tu yang aku nak cite tapi yang aku pelik,masuk2 kelas,pergi mana2 ramai yang tanya aku pasal Faizal..Apa kaitan aku dengan Faizal??Biase2 jela kot..memang aku peminat Faizal..Sama saja macam orang lain,aku kagum dengan kesungguhan dan idea Faizal tentang muzik..Muzik Malaysia agak berkembang disebabkan ada bakat seperti beliau..

Kalau tak percaya,cuba saja lihat mana2 artis Indonesia yang mahu berduet di anugerah berprestij di Malaysia,kenapa Faizal jadi pilihan hati??Seperti Aku dan Dirimu bersama Bunga Cinta Lestari dan juga beberapa kali anugerah bersama Rossa..

Aku nak bagitau semua mahasiswa kampus aku,aku dan Faizal bukanlah rapat sangat seperti yang difikirkan tetapi aku agak rapat dengan orang yang betul2 rapat dengan faizal..Dan juga pernah lepak2 dan beramah mesra beberapa orang kuat ROCKENSTEINERS & Rentak Sejuta dalam beberapa majlis sejak 2007..

Jadi jangan kaitkan aku apa2 dengan faizal atau tanya apa2..malam ni faizal buat persembahan camne pun aku tak tau..Aku pun maybe datang lambat macam show Jacklyn yang kontroversi hari tu..Malam ni pun dengar cite bakal ada kontroversi..

Herm..Pada aku,lebih baik mengawal bersama2 mengasingkan kedudukan jantina dan syarat2 yang lain seperti yang ditetapkan oleh SKM daripada kita menimbulkan suasana tegang..Takut nanti kita menyesal dengan perbuatan kita kelak..Penonton datang hanya mahu menyaksikan persembahan dan bukan semua orang akan berkelakuan seperti "lelaki" yang berada dihadapan semasa show Jacklyn Victor Isnin yang lepas.

Kita hanya memastikan semuanya lancar..Bantu juga pihak penganjur menjalankan tugas mereka yang mahukan segala peraturan dan garis panduan konsert dicapai sebab kita tak tahu macam mana telatah penonton pada malam ni..

p/s:Dengar cite NC pun nak join lagi malam ni..owh ya..Apa salahnya artis beramah mesra bertanya khabar dengan pelajar upsi seperti mana UNIC dan fareast yang sudah biasa beramah mesra dengan mahasiswa kita,memanggil mereka naik ke atas pentas,berbual2 dan menyanyi sedikit bait lagu mereka..Janji artis tersebut tak melanggar etika yang ditetapkan macam Nash yang menarik tangan mahasiswi bawak depan stage pada pesta konvo yang lepas..Wallahualam..

aku lagi suke Anas dari FT..tapi suara lagi respect ngn si mamat teruja nilah..(Pejal tahir)

Undian KDN Mengenai ISA Diragui

Menurut laporan dari Malaysiakini, sebanyak 481 respons atau 92% mahu akta kontroversi itu dihapuskan minggu lalu, hampir 24 jam selepas undian itu dimuat naik di portal berita rasmi KDN. Namun sehingga semalam, ianya sudah bertukar..!!, hanya tinggal 56% atau 13,002 respons mahu ia dimansuhkan, selebihnya ingin ia disemak sepertimana yang Najib mahukan.

Tanggapan pengunjung gerbang berita rasmi KDN juga bertukar..!!, hanya tinggal 50% atau 12,210 daripada 24,418 respons menyifatkan ISA itu zalim..!!. Minggu lalu, 88% atau 597 respons menganggapnya sedemikian.

Sekumpulan pengguna internet mendakwa respons terbaru bagi 2 soalan tersebut termasuk yang pertama "pada pandangan anda, ISA adalah ..." telah 'dimanipulasi' oleh KDN. Warga internet yang berbahas di laman perkongsian sosial Facebook kumpulan 1Black Malaysia menyifatkan fenomena undian KDN itu sebagai 'keengganan kerajaan menerima kebenaran tentang apa yang dituntut rakyat agar ISA dimansuhkan".

Ada logiknya juga ianya diperlakukan sedemikian demi untuk menampakkan bahawa majoriti rakyat menyokong kerajaan supaya ISA perlu disemak dan bukannya dimansuhkan. Sekiranya kerajaan benar2 jujur dalam hal ini, kenapa kerajaan tidak menghebohkannya melalui media2 mereka bahawa kerajaan inginkan undian daripada rakyat samada ISA ini patut disemak ataupun dimansuhkan?

Hebahkan ke seluruh Malaysia, umum keputusan terkini dari masa ke semasa dalam media2 sehinggalah tempoh undiannya tamat. Bila tamat, seandainya undian itu memihak kepada yang mahukan ISA dimansuhkan, kerajaan memberi jaminan ianya akan dimansuhkan serta-merta.

Beranikah mereka melakukan sedemikian? Jawapannya tidak..!!, kerana ianya seperti 'meludah kelangit'. Namun, kepada sesiapa yang teringin juga untuk masuk ke laman ini walaupun ianya diragui, sila klik disini.

Aug 11, 2009

Replika Najib di Bt Caves diroboh

Berita Satu
Replika Najib di Batu Caves jadi isu
Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.

Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan "tidak ada masalah apa-apa" kerana "kami tidak pernah menganggapnya haram".

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat - selain dianggap "patung" yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

"Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib)," kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

"Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama."

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan "bantahan terbuka" sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan "belum melihat sendiri imej tersebut".

Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan 'Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih', penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu "tidak diizinkan di sisi agama" dan "usaha taksub" penyokong PKR yang bukan Islam.

- Malaysiakini

* Dalam Islam ada dua kategori ulama iaitu ulama yang benar dan ulama yang jahat (syaitan bisu).Mungkin juga Dr Asri tak tahu apa2..Sebab die bukan On9 24jam..Terima pun sumber2 berita surat kabo & TV yang dah dikuasai je..



Replika gergasi perdana menteri di perkarangan kompleks kuil Batu Caves telah dirobohkan semalam, tidak lama selepas ia menjadi isu di internet, khususnya di kalangan penyokong pembangkang.

Mereka menyifatkan imej besar itu bertentangan dengan sikap Umno yang membantah keras replika Datuk Seri Anwar Ibrahim, di simpang utama kira-kira dua kilometer dari kuil tersebut, tahun lalu.

Blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari (foto kanan) kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu," artikel penulis Shahabaker dipetik. - Malaysiakini

* Besarnya pengaruh internet.Lebih besar daripada pengaruh berita dikaca TV dan akhbar arus perdana(propaganda) Kenapa tak ada pulak isu ni dalam akhbar2 dan media badget media rakyat ni??herm...

Arak Di Selangor Tidak Akan Di Jual Di Kawasan Majoriti Orang Melayu Islam

KERTEH, Kemaman – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.

”Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual dikampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat,

”saya kata macamana Tan Sri Khalid ? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),”ujar Anwar dalam ucapannya di satu majlis penerangan sempena lawatan sehari beliau ke Terengganu, disini, semalam.



(Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun turut berucap dalam majlis ceramah semalam)

Menyentuh isu beliau di tuduh sebagai pengkhianat, Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membuktikan, apakah tindakannya yang dilakukannya kepada orang Melayu yang dianggap sebagai pengkhianat.

Katanya dengan menyindir, berapa banyakkah tanah-tanah yang telah beliau serahkan kepada orang bukan Melayu, sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat.

Beliau turut menyelar Muhyidin, agar jangan menggunakan isu-isu peribadi, kerana beliau tidak mahu mendedahkan apa yang beliau ketahui tentang diri Muhyidin sendiri. - Buletin Online

CheguFadh:Sokong tindakan pesuruhjaya PAS mendesak Ronnie Liu dipecat dari jawatankuasa..Ini kerana Ronnie Liu sudah masuk campur kes rampasan arak yang dijual secara HARAM..Dah la arak tu sah2 HARAM,dijual pula secara tidak terkawal..Bila dirampas,Ronnie pula melepaskan mereka..

Tan Sri Khalid mengistiharkan bahawa tidak perlu dahulu satu keputusan secara drastik..beliau mengumumkan tempoh sebulan untuk melihat rentak penjualan ini serta pemantauan yang ketat..Jika itu pun belum mencukupi,dan PAS selangor masih mengugut mahu keluar,keluar sahaja dari Pakatan Rakyat..

*Aku ambil konsep senang..Pilih musibah paling kecil..kadang2 bukan semua apa yang kita mahukan tercapai dan terlaksana disebabkan terlalu banyak fikrah yang berbeza..Dan paling penting make it slowly..Orang tak akan faham(orang2 jahil)..Bila mereka tak faham dan kita tak dampingi mereka,sebaliknya terus menghukum mereka,sampai bila pun usaha itu tak akan selesai...

Aug 10, 2009

Bantah Konsert..


10 Ogos 2009

alumni mahasiswa islam UPSI mendesak agar konsert jacklyn victor dibatakan serta merta..lagi sejam konsert hendak bermula..adakah mereka berjaya membatakannya??harapan mereka seakan cerah..mungkin Allah memakbulkan doa mereka jika hujan lebat malam ni..seakan2 hampr hujan sekarang..haih..aku tak kisah bab konsert ni..pepandai jaga diri na..


11 Ogos 2009

Malam tadi hujan tidak turun..Ini mungkin berikutan keadaan yang kering kontang menyebabkan hanya gerimis yang terlalu singkat pada waktu Maghrib semalam..Konsert Jac tetap diteruskan..AKu sendiri melihat lebih dekat perjalanan konsert ini..Dan Jac juga antara penyanyi wanita yang aku kagumi berdasarkan bakat dan kawalan vokal yang sangat "kuat"(powerful) dan lunak..

Aku sendiri ada bertelagah malam tadi berikutan tuduhan2 yang tidak berasas pihak tertentu terhadap persatuan yang aku terajui..Tidak ada apa2 pengumuman rasmi daripada PMS UPSI,oleh itu tuduhan mengatakan PMS adalah dalang disebalik semua ini (pembatalan konsert) adalah tidak benar..

Pihak yang membantah terdiri daripada Alumni Mahasiswa Islam dan juga Kesatuan Mahasiswa Islam di UPSI..Tidak ada kaitan dengan mana2 persatuan berdaftar yang lain kerana kenyataan rasmi tidak pernah dikeluarkan.

Pendapat aku..

1)konsert ini agak hambar,tetapi dapat menarik ramai pengunjung luar dan dalam UPSI..Dan secara tidak langsung juga sedikit sebanyak menguntungkan para peniaga yang dikenakan caj tapak yang tinggi..

2)Penganjur sudah menunjukkan sedikit usaha untuk memenuhi kehendak mereka yang membantah tetapi sedikit gagal kerana para mahasiswa kita yang tak dapat dikawal sehingga meluru ke hadapan dan berkelakuan kurang senonoh di depan khalayak ramai..

3)PROTES dengan bangun secara beramai2 sering kali dilakukan dalam mana2 majlis di seluruh dunia..Ini adalah salah satu cara paling aman tetapi meninggalkan kesan kepada ramai pihak..contohnya di setiap meeting,AGM dan juga sidang DUN/Parlimen..

4)Yang mengatakan orang non muslim juga mahu nberhibur ternyata benar,ramai juga penganut agama lain yang turut hadir dalam konsert ini,tetapi aksi mahasiswa beragama Islam malam tadi adalah paling diluar keadaan dan usaha penganjur untuk memisahkan lelaki-perempuan turut gagal akibat daripada kurang kakitangan @ pihak seketeriat yang berani bersuara..

Jacklyn malam tadi sedikit down,para ADMIN (VVIP) UPSI turut terkesima dan ramai yang turut terkedu atas tindakan berani mereka yang membantah konsert diteruskan..

Apa2pun,Jacklyn tetap memberikan persembahan yang terbaik dan tidak pula berkelakuan tidak senonoh..Secara rambangnya pihak penganjur harus tegas dalam melaksanakan tugas masing2 dan harus tarik lebih ramai pihak keselamatan untuk memisahkan lelaki-perempuan dan juga untuk mengawal "mereka" yang meluru ke depan stage..

sekian..

Aug 7, 2009

2 hari tidur distesyen KTM butterworth-malaysiakini

Aku tak nak cakap banyak..Aku ronda2 belog Malaysia tadi jumpa yang ni..Bukan Melayu je susah,orang india dan cina pun susah..Etnik Sabah Sarawak pun susah..Harap kita yang tak susah ni tak dikriminasi nak tolong bangsa lain yang tak seagama dengan kita pun..Ada pelacur dijanjikan syurga terus apabila membantu ANJING yang kehausan..Harap slogan 1Malaysia bukan hanya dilaungkan secara retorik..Jangan keterlaluan dengan sikap perkauman dan memandang hina penganut agama lain selagi mereka tidak memusuhi dan menghancurkan agama Islam..

Dalam perjalanan UNIT EHSAN PULAU PINANG ke KL bersama rakyat dan 90 pertubuhan ngo untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam perlembagaan untuk ke istana negara menyerahkan memorundum,UE telah terserempak dengan satu keluarga india yang datangnya dari SG Petani dan telah bermalam 2 hari disitu.....Rakyat malaysia tau.....

Saudara Aidil sedang mengagihkan biskut tiger yang penuh zat untuk keluarga ini
Saudara zulkarnain sedang mengagihkan nasi bungkus sementara menunggu keretapi bertolak
Nasib rakyat ini tak sama dengan nasib yang kat KG buah Pala tu......
Ibu mana yang mahu diri dan anak anaknya dalam kesusahan.
lihatlah disebelah kiri ,kakak bebudak tu sedang membaca buku.
macam mana dengan masa depan mereka.Pekerjaan pun telah digasak oleh bangsa asing
.
Sedih melihat anak kecil ini tidor bantal dan ditemani nyamuk nyamuk dan tanpa bekalan susu
Tanya khabar dan nasib kepada ibu lapan anak ini..
Hari ini mungkin kita senang,
jadi bantu lah yang memerlukan.......................

Gambar ronda2 di facebook

Hehe..buhsan2 tak ada apa nak buat..aku asyik update pasal isu ISA je..Pagi ni pulak bangun2 subuh tengok astro Awani ada SUdut Pandangan,perdebatan mengenai demonstrasi..Lawak gile sebab apa yang disebut oleh exco UMNO semua dah dikantoikan dalam siri gambar2 demo GMI dan juga demo anjuran mereka yang DIHALALKAN..

So aku nak bagi bende lain la pulak..mesti korang yang singgah blog aku pun dah naik muak..Ni ada gambar2 best aku nak kongsi masa lepak2 kat facebook geng2 aku..DUNIA FRIENDSTER sangat hampir ditamatkan..Tapi simpanjela..kesian kat kawan2 lama nak contact nanti



ads ni aku jumpe kat greenwood... kelakar towl... demand giler makcik nih nak carik menantu..... sian anak dia.. hahaha ape komen korang?????



Funny advertisement....this was in Seksyen 14, PJ.Siap ade kasi tau lulus dr KKM


ceh..muke skema gile..berlagak suchi..haha..aktiviti malam hari "Aku tengah bunuh orang nih" kat CC Damansara

Itik zaman sekarang dah terdesak samapi sanggup mencurik

ct1pl8.jpg

siti tiru fesyen zaman purba?

[doktor+kelakar.jpg]

cool mask..leh pakai gi kuliyah nih

nyamuk pemalas yang bijak


[image00121111.jpg]

Man U si Gay..

[wonem_gaming.jpg]

bile pompuan yang gedik nak menunjuk kat laki mereka=cool..haha


ini baru betul2 cool..