Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 31, 2009

Inalillah..

Mendapat perkhabaran kematian YB Hamdan oleh Abang Shamsul Iskandar di facebook tepat jam 9.00am..Jenazah Allahyarham masih berada di IJN KL bersama Dato Seri Anwar Ibrahim..untuk maklumat lanjut sila baca berita dibawah..


WRLR: YB HAMDAN ABDUL RAHMAN-ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA


PERMATANG PAUH- YB Hamdan Abdul Rahman telah meninggal dunia semalam berikutan masalah jantung. Beliau yang sedang menerima rawatan dan dibawah pengawasan IJN telah kembali ke rahmatullah pagi tadi dan dijangka akan di kebumikan sebelum Jumaat di kampung Permatang Pasir.ALFATIHAH UNTUK BELIAU.


Satu pilihanraya kecil dijangka akan berlaku di bawah Parlimen Permatang Pauh.Permatang Pauh mempunyai 3 DUN Penanti,Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

DUN Permatang Pasir di wakili PAS sejak 3 pilihanraya lepas 1999,2004,2008, yang menyaksikan DUN PAS memenangi ketiga-tiga pilihanraya sejak DSAI dipecat.Sejak itu Umno tidak pernah memenangi pilihanraya di DUN tersebut..

YB Hamdan baru-baru ini dianugerahkan gelaran Dato oleh TYT baru-baru ini.Beliau dikenali sebagai seorang YB yang seringkali turun padang melihat masalah rakyat khasnya di Permatang Pauh,seorang yang begitu merendah diri dan senang di dekati oleh orang ramai.

UPDATE TERGEMPAR 2!!

SEMASA DALAM PERJALANAN BALIK KE RUMAH BAHAU SINGGAH DI McD SENAWANG ATAS PERMINTAAN RAKAN..

20minit kemudian..TINGKAP kereta PECAH berderai..
2 laptop didapati hilang..

LAPORAN PENUH akan diceritakan kemudian..


KUPASAN ISU:

Sistem keselamatan di Malaysia masih lemah walaupn sudah banyak kes terjadi..

Budaya rakyat Malaysia yakni selalu terlupa..Tapi lebih teruk apabila pertama kali lupa dan hal tak diingini terus menimpa diri..

Jul 29, 2009

Teoh : MAYAT PALING CANTIK dan BERSIH

Herm..Sebelum ini ada rakan yang mempersoalkan mengenai tuduhan aku terhadap SPRM..Yela..Kematian dikatakan mengejut dan juga dikatakan terjatuh..Anda dah lihat ke tempat dari mana Teoh dikatakan terjatuh??Tingkap yang kecik macam tu leh terjatuh??Kalau terjatuh mustahil..Confirm2 la tersangkut..Tak caye,korang tengok balik berita2 pasal kematian Teoh yang lalu..Ade gambar Forensik semak tingkat 9 tempat Teoh terjatuh..Yang Forensik tengok ke bawah dr tingkap Teoh terjatuh..

Utusan pun tak habis2 berita die sekerat je..Terjatuh atau dipercayai terjun..Kepala hotak die terjun..Orang tu nak kawin lagi 2 hari siap dah edar semua kad jemputan kat semua..Boleh la pulak terjun dari tngkat 9..Memang 1 malaysia terperanjat..


Dulu bulan May 2009 ada berita seorang wanita Vietnam yang datang Malaysia secara haram telah terjatuh dari tingkat 16..Kepala pecah..darah terpercik ke serata tempat..Ada saksi yang tak tengok tapi terdengar bunyi dentuman kuat..Kepala wanita tersebut hancur berkecai..


Kes Teoh???Cuba tengok macam mana akhbar ARUS PERDANA/PROPAGANDA menganalisis..Macam ada cover macam2 kan??Jom kita semak pula berita2 dibawah..Aku malas nak type panjang2..so apa yang dorg cakap sama macam aku cakap..Aku pun dah komen kat seorang follwer aku bernama Khairul macam mana skandal SPRM cakap Teoh ni terjun/terjatuh..Jadi terpulang pada kalian bergelar mahasiswa,Satu malaysia untuk menilai segala perjalanan berita..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apabila aku baca laporan Utusan Online bertajuk “Teo Beng Hock mati kerana terjatuh dari paras tinggi” aku pun cari dalam macam-macam blog dan aku jumpa macam-macam andaian dan ulasan. Tapi kebanyakannya tidak sama dengan yang ditulis oleh Utusan.

Contohnya aku tengok foto kat sini bersama pakar CSI dan pakar tersebut mengesahkan dengan yakin Mendiang Teo bukan mati akibat jatuh dari tempat tinggi.

Menurut pakar ini, jika Mendiang jatuh dari tempat tinggi, dari foto tersebut boleh dikesan seperti:-

  • Pasti ada kesan darah yang keluar dari hidung dan mulut. Kesan darah atas lantai berhampiran muka.
  • Jatuh dari tempat tinggi kepala terhempas ke lantai dan pecah. Darah terpercik keluar paling banyak di bahagian kepala dan tompokan darah paling banyak atas lantai di kepala mendiang.
  • Mayat akan kelihatan renyuk

Itu saja pakar boleh komen. Sebab pakar ini mendapat pengalaman dan pengetahuan pun dari tv, rancangan CSI dan macam-macam. Lagipun dia anak aku umur 11 tahun, masih sekolah. Ha… ha… ha…

Kalau IO Polis dan unit forensik polis, dapat jawapan macam lain aku tak tau la……….!!!!!

http://leecopperten.blogspot.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Timbul perasaan kemushkilan di benak kepala aku?, apabila tengahari tadi seorang daripda in-charge aku tanya, dan suruh aku berfikir mengenai kisah mangsa siasatan SPRM.

Kalau kita lihat dan baca dari Harian Metro DISINI mangsa dikategorikan jatuh dari tingkat 14 ke koridor tingkat 5.. Ini bererti 9 tingkat ketinggian yang mangsa jatuh.

Mengikut In-Charge aku, biasa seorang anggota TLDM terjun bunuh diri dengan ketinggian 10 tingkat sahaja, mayatnya bersepai jatuh ke bawah, puas anggota bomba memungut dan membersihkannya.

Tetapi mangsa yang ini, yang dikata jatuh, atau membunuh diri, mayatnya cantik elok terbaring terletak seperti didalam gambar. Jadi sendiri fikirlah…

Manakala Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kes ini diklasifikasikan kematian mengejut.. (Utusan Malaysia)….pulak dah… belum apa-apa dah macam-macam kenyataan keluar… Sama-samalah kita fikir….

http://manjongmari.blogspot.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: hermansamsudeen

"Terkejut juga membaca berita utama Harian Metro hari ini. Seorang pemuda berusia 22 tahun, Tan Kian Chong ditemui mati setelah terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi semalam. Harian Metro melaporkan;
“Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM).


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.


Kes ini menarik perhatian saya kerana pada 15 Julai lepas, Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam Selangor selepas disoal siasat SPRM.

Kebanyakkan media melaporkan bahawa beliau mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi. Anehnya keadaan jasadnya tidaklah seteruk kes Kian Chong atau kes-kes lain yang melibatkan mangsa yang jatuh dari tempat tinggi yang lain.

Jasad Beng Hock ditemui dalam keadaan bahagian belakang seluarnya terkoyak. Kepalanya masih sempurna, pendarahan dikesan dibeberapa bahagian.

Kes ini pastinya perlukan siasatan rapi dari pihak Suruhanjaya yang diamanahkan. Kita harap kita akan mendapat jawapan yang menyakinkan tentang kematian Beng Hock tak lama lagi.

Kematian jatuh dari banggunan di Malaysia...sangat bersih

Kesan jatuh dari banggunan di Malaysia…sangat bersih.

Kesan jatuh dari banggunan di luar negeri

Kesan jatuh dari banggunan di luar negeri.

Lebih2 lagi POLIS menolak untuk dilakukan ujian patung (patung dijatuhkan daripada tingkap yang Teoh "terjun" Demonstrasi depan orang ramai)



CheguFadh:
Mungkin SPRM gagal untuk mendapatkan maklumat daripada Teoh @ mempengaruhi mendiang supaya berpaling tadah..Jadi Teoh dibelasah dengan teruk sehingga pecah organ dalaman dan terus menyebabkan kematian..

Untuk cover semuanya,mayat diletakkan diluar bangunan dan tercetuslah rumours Teoh TERJUN oleh sebahagian besar blogger UBN..Yela..Kalau nak letak mayat Teoh jauh2..Nanti tak ada rakaman Teoh meninggalkan pejabat SPRM dalam keadaan selamat..

Kalau ada yang kata pihak Ronnie Liu (geng2 kongsi gelap) bunuh Teoh,pun tak logik..3.45 a.m Teoh selesai beri keterangan kat pejabat SPRM..Teoh ditemui mati pada jam 1pm dan guna teori half life,masa kematian pun dalam awal pagi jugak..Takkan lah bangunan SPRM,pejabat SPRM,orang boleh sesuka hati keluar masuk tanpa pengawasan???Herm..Musykil kan??So pandai2 la korang nilai sendiri..Aku pun dah bosan bile politik diperguna untuk cover sesuatu perkara..lepas tu die sendiri cakap jangan mempolitikkan isu..haih..

Utusan flayed over ‘salacious’ article on Yasmin Ahmad

KUALA LUMPUR, July 29 — An article in the Utusan Malaysia-owned Kosmo tabloid about the celebrated movie-maker Yasmin Ahmad, who died last Saturday from a stroke, has touched off a storm of protest from her friends in the media and advertising industry.

Friends of Yasmin are calling for a boycott of Utusan’s publications and that of Chinese daily Kwong Wah Jit Poh over what they say is “salacious gossip”,

Both newspapers published their reports on Sunday.

A letter has been drafted by former and current journalists protesting against Kosmo’s story. The letter is addressed to Utusan chairman Tan Sri Hashim Makaruddin and a copy is expected to be sent to the Home Minister.

“Yasmin’s family was grieving and at their most vulnerable. Yet your editor saw fit to run a story that showed utter disregard for the late Malaysian filmmaker, her family and the many Malaysians who still mourn her.

“The front-page copy… suggesting that Yasmin had duped everyone and had attempted to hide who she really was,” said the letter.

The Kosmo article headlined “Takdir Yasmin” was described in the letter as “despicable, vile and cruel.”

“Obviously, your editor has never encountered the loss of anyone dear, or a vicious attack on loved ones.

“Yes, you carried tributes both in this story and others. But all these failed to mask the real intention of your paper and its editor, which was to defame and destroy Yasmin’s good name with salacious gossip.

“If your only criterion is to sell newspapers, you achieved your goal. But if your objective is to practice ethical journalistic conduct and act with humanity, you have failed — miserably.”

Yasmin’s death has been widely mourned. — Reuters pic

The death of Yasmin, who was 51, has been widely mourned.

She was considered one of Malaysia’s most creative sparks, with her annual Petronas television advertisements never failing to touch the public.

Her prowess as a movie-maker came to light with the movie “Sepet” when she explored race relations and young love.

She was considered one of the few Malaysian movie-makers who was willing to tackle the subjects of race and religion with her movies and television commercials.

The subject of her movies frequently got her into confrontation with the censorship board.

The newspaper articles which have sparked protest chose, however, to focus on how she should have been buried, and are being seen as a gross invasion of privacy as well as being highly insensitive to her family.

The campaign against the newspapers is a rare coming together of journalists and advertising agencies in an attempt to punish the newspapers, and is testament to the large number of friends who are still willing to stand up for her.


CheguFadh:

No komen..Utusan..Selalu sangat menimbulkan kontroversi..Semasa mayat mediang Teoh ditemui mati,utusan melaporkan berita seolah2 Teoh yang jatuh dengan sendirinya..Tapi apa yang paling menimbulkan tanda tanya keadaan mayat Teoh yang seakan bukan dari jatuh dari tingkat atas bangunan tersebut...

Rujuk SINI..


Bakal menyusul..Untuk PIHAK yang mengatakan tidak ada skandal mengenai pembunuhan Teoh di pejabat SPRM..

Muak..Buhsan..

Herm..Sekarang ni bukan demam & virus je menular kat UPSI ni..Ada benda lain gak yang menular..Especially belog2 yang semua tak tahu kesahihan beritanya..Paling menyedihkan semua belog ni tak beridentiti..Nak bagi identiti sendiri,gambar,course sume pengecut..berikut adalah belog2 yang timbul..Blog ini bukan blog Persatuan/Kelab/individu,tetapi terlalu perasan mereka semua adalah penyampai maklumat yang paling boleh dipercayai untuk masyarakat kampus..




Dimulai dengan blog CintaUpsi oleh seseorang yang dikenali sebagai Dr Luv yang pernah menghangatkan PRK UPSI dan dikantoikan oleh Saudari Nur Aqilah Hanis pada malam kemuncak kempen,belog Dr Luv tersebut telah secara rasminya ditutup..

Kemudian hangat pula blog UPSIKINI yang telah mencapai hits hampir kepada angka 40ribu dan telah mendapat perhatian daripada blog rasmi MahasiswaKini Malaysia..Blog lain pula tumbuh macam cendawan..UPSIonline,UPSIinsider,PolitikUpsi, dan yang terbaru sekali upckini,SuaraUpsi,upsiPolitik pula menghangatkan kempen Politik Kampus yang dijangka akan diadakan pada bulan september nanti.Tidak terkecuali kepada 3blog lain yakni GMSupsi,UpsiBloggerUnited & imakupsi yang tidak mendedahkan identiti masing2,tetapi pujian kepada 3blog tersebut kerana ada sesuatu yang disampaikan dan unite masyarakat dikampus melalui caranya yang tersendiri..

Berikut merupakan alamat blog yang kian hangat di UPSI buat ketika ini..

1)UPSIKINI
2)Politik UPSI
3)Upsi-Insider
4)SuaraUPSI
5)UPCKINI
6)UPSIPOLITIK
7)UPSI-Blogger-United
8)GMS upsi
9)Anak Kelantan UPSI
10)Upsi Online


Berikut pula merupakan blog "informasi" yang sudah mati??
1)suara-upsi
2)storyupsi
3)AspirasiUPSI
4)AspirasiWordPress

Apa-apa pun,harap semua mahasiswa dapat menilai kesemua berita dengan bijak.Lebih baik merujuk kepada blog para pimpinan MPP sendiri dan juga persatuan yang sah berdaftar dibawah HEP kerana ianya semestinya bertanggungjawab atas artikel yang dikeluarkan daripada merujuk kepada blog yang "bacul" dan tak bertanggungjawab kerana gagal menunjukkan identiti sendiri..Wallahualam..

UPDATE!!GEMPAR!!!

Seluruh kampus dan kolej kediaman UPSI dikuarantin buat seketika..Jadi semua kelas telah dibatalkan serta merta..

Quarantine Sign keeps people clear of areas that need to be kept clean



Semalam lepak kat HEP nampak ade meeting tergempar kat aras 3..Aku lepak aras 4..Herm..Skg ni pun aku ade simptom2 tu semua kecuali demam panas yang terlampau..

..HARAP SEMUA BERSABAR..

BELOG BARU



Aku ade buat satu blog baru..Khas untuk kawan2 yang betul2 rapat & just pasal bende2 duniawi & tak ada ape2 yang membina langsung la kirenye..haha..Jujur gile..Tapi aku dah block blog tu..untuk orang2 tertentu je..so sesiapa yang nak masuk dalam blog tu,boleh drop email hangpa dan url blog hangpa..So aku akan invited hangpa as my reader..Ok??



Aku akan tapis semua reader..So sesiapa yang dah drop sume menatang yang aku mintak,tapi aku tak approve,sorry to say..Korang tak cukup kelayakan dan "terbuka" utk masuk dalam blog aku tu..

Korang leh sent email address korang kat chegufadh@gmail.com..Sertakan url blog korang & Nama penuh/panggilan/tempat study korang..hehe..takut kalau yang nama sama tu senang sket nak kenal..

URL belog baru aku tu akan diberitahu dalam email yang akan aku balas..Ok..Sebarang rayuan tak akan dilayan..hehe..Wasalam...

Jul 28, 2009

JustKhai:Drama Sebabak Radhi OAG dan Shazlin

Hari ini boleh dikatakan semua akhbar meletakkan tagline muka depan mengenai perpecahan rumah tangga artis kita yang seorang ni, Radhi OAG dan Shazlin. Kisah perpecahan rumah tangga mereka bukan lagi menjadi rahsia malah menjadi buah mulut dan umpatan orang ramai. Siapa yang malu? Anda juga. Itulah bahaya menjadi artis kerana kadang-kala kisah hidup anda lebih menjadi bahan mulut berbanding bakat dan hasil titik peluh anda selama ini.

Berbalik kepada kes Radhi dan Shazlin, drama sebabak ini dikatakan terjadi di luar Mahkamah Syariah bila mana Radhi menyerang Shazlin dengan pelbagai persoalan terutamanya mengenai “Ijat”, lelaki yang dikatakan meniduri Shazlin. Kata Shazlin dia saja berbohong kerana mahu Radhi melepaskan’nya. Hurm, nasihat kami kepada Radhi, mudah sahaja. Sebelum itu saksikat rentetan kejadian tersebut dalam bentuk komik. Hasil takde kerja dari admin website ini. Ntah ape ape lah dia!


Foto: Mstar | Software: Adobe Photoshop

Nasihat kami untuk Radhi, orang dah taknak tu blah je la. Awak tu hensem, ramai lagi yang tergila-gilakan dan boleh menyayangi awak seadanya.

Cerita lanjut ada di Mstar.

P/s: Ini yang orang kata benda senang jadi susah. Dah nak diceraikan sangat, ceraikan sahaja. Sekarang, siapa yang malu?

Tidak wajar! — Syahredzan Johan (loyarburok.com)

JULY 28 — Di dalam catatan bertajuk “Wajarkah?” yang terpapar pada blognya, penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun telah mengadaptasikan emel yang beliau terima (daripada seseorang yang meminta agar identity beliau tidak dinyatakan), dan menyatakan persetujuannya (100 peratus) dengan kandungan emel tersebut.

Catatan tersebut mempersoalkan mengapa beberapa institusi perbankan dan juga syarikat milik kerajaan (GLC) menggunakan khidmat peguam-peguam yang dikatakan “memberi perkhidmatan undang-undang secara pro bono (percuma) kepada pakatan pembangkang di dalam tindakan undang-undang di Perak.”

Beliau telah menyenaraikan peguam-peguam (berserta firma guaman mereka) yang dikatakan memberi khidmat guaman kepada institusi perbankan dan GLC tersebut.

Secara amnya, catatan tersebut menyeru supaya beberapa anakguam institusi supaya tidak lagi memberi kerja-kerja guaman kepada para peguam yang bertindak untuk ahli politik Pakatan Rakyat (PR). Amat sedih melihat seorang penasihat undang-undang untuk parti politik terbesar di negara ini bagaikan tidak memahami langsung tentang kebebasan seseorang peguam itu daripada karenah anakguamnya, dan betapa pentingnya perilaku seorang peguam terutama sekali sebagai seorang pegawai mahkamah.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan Hafarizam mengenai peguam-peguam tersebut. Perkara itu biarlah dijawab oleh mereka sendiri.

Apa yang ingin saya bicarakan di sini adalah berkenaan isu yang ditimbulkan oleh Hafarizam di dalam blognya.

Kita harus membezakan di antara “kerajaan” dan “parti politik”. Di dalam sistem demokrasi yang digunapakai di Malaysia, kerajaan persekutuan dibentuk oleh parti politik (atau gabungan parti politik) yang telah memenangi majoriti kerusi parlimen di dalam Dewan Rakyat. Bagi setiap pilihanraya umum yang dijalankan sebelum ini, parti Barisan Nasional (BN atau sebelum itu, Parti Perikatan), telah mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan. Pada masa ini, BN adalah parti pemerintah kerana ia telah memenangi pilihanraya umum yang ke-12

(dan semua pilihanraya umum sebelum ini). Tetapi ini tidak bermakna bahawa kerajaan Malaysia akan diterajui oleh Barisan Nasional untuk selamanya.

Kita harus ingat bahawa tidak kiralah samada GLC atau institusi perbankan, yang mempunyai kepentingan adalah kerajaan Malaysia dan bukannya BN. Gelaran yang diberikan adalah “syarikat milik kerajaan” dan bukannya “syarikat milik parti politik” atau “syarikat milik BN”. Kerajaan Malaysia masih mempunyai kepentingan di dalam GLC, walaupun kerajaan tersebut bukan lagi kerajaan BN. Oleh itu, saya tidak nampak di mana salahnya jika seorang peguam mewakili GLC atau bank dan juga mewakili parti politik. Kedua-duanya, walaupun kadangkala berkait-rapat, adalah dua entiti yang berbeza.

Saya tidak tahu samada beliau adalah penasihat undang-undang GLC dan bank yang disebut di dalam blognya, tetapi apa yang pasti adalah beliau telah membangkitkan hal ini sebagai penasihat undang-undang Umno. Jika parti politik dan kerajaan adalah dua entiti berbeza, atas dasar apa Hafarizam membangkitkan hal ini? Adakah seorang penasihat undang-undang parti politik boleh mempersoalkan kriteria pemilihan GLC dan bank dalam memilih firma guaman?

Tugas seorang peguam

Hafarizam juga sudah semestinya arif tentang apa yang dikenali sebagai cab-rank rule. Ia merupakan satu konsep yang diambil dari Negara England yang menyatakan bahawa seseorang peguam mempunyai obligasi untuk menerima walauapapun kes yang datang kepadanya, jika peguam itu mempunyai kecekapan atau kemahiran di dalam perkara tersebut. Seorang peguambela atau barrister di England sering diumpamakan sebagai seorang pemandu teksi. Tugas seorang pemandu teksi adalah untuk membawa penumpangnya ke mana sahaja diinginkan, asalkan penumpang itu membayar tambang yang sewajarnya dan destinasi itu adalah di dalam lingkungan tempat kerja pemandu teksi itu.

Seorang barrister pula harus menerima sesiapapun sebagai anakguamnya, asalkan anakguam itu bersedia membayar yuran munasabahnya dan asalkan kerja itu adalah di dalam lingkungan kerja barrister itu. Seorang barrister juga diseru untuk memberi nasihat dan khidmat guaman secara pro bono atau tanpa mengenakan yuran kepada mereka yang dianiaya oleh tindakan kerajaan dan telah dicabuli hak asasi mereka.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang yang dituduh meragut datang kepada saya dan memohon saya mewakilinya di mahkamah, mengikut cab-rank rule saya harus menerima kes tersebut walaupun secara peribadi saya benci mereka yang meragut.

Di Malaysia, konsep cab-rank rule ini telah diterapkan ke dalam etika amalan guaman melalui Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978 (bahasa Inggeris: Legal Profession (Practice & Etiquette) Rules 1978), yang menggariskan peraturan etika dari segi perilaku dan ketrampilan seseorang peguam. Peraturan 2 menyatakan:

An advocate and solicitor shall give advice on or accept any brief in the Courts in which he professes to practise at the proper profesional fee dependent on the length and difficulty of the case, but special circumstances may justify his refusal, at his discretion, to accept a particular brief.

Jelas bahawa peguam-peguam yang disebut oleh Hafarizam tidak boleh menolak apa-apa kes yang diberikan kepada mereka, tidak kiralah samada kes tersebut melibatkan GLC, kerajaan, bank mahupun parti politik.

Peguam-peguam tersebut tidak harus dipersalahkan sekiranya institusi perbankan, GLC dan juga parti politik memohon khidmat mereka.

Penghinaan mahkamah?

Hafarizam yang juga bertindak sebagai peguambela dan peguamcara untuk ahli politik Umno, menyokong seruan supaya anakguam peguam-peguam yang menghadapinya di dalam kes di mahkamah menarik balik kerja yang diberikan kepada peguam-peguam tersebut. Tindakan ini nampak bagaikan intimidasi terhadap peguam-peguam yang menentangnya.

Saya berpendapat bahawa Hafarizam sebagai seorang peguam tidak seharusnya membangkitkan isu ini. Peguam-peguam yang disebut di dalam catatan blog itu adalah lawannya di dalam beberapa kes berkaitan dengan krisis politik di Perak.

Saya ambil contoh, katakanlah saya mewakili A di dalam suatu kes guaman dan X pula mewakili B. Sebagai peguam A, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempersembahkan kes A kepada mahkamah, termasuklah “menyerang” hujah-hujah X dengan hujah-hujah saya sendiri. Tetapi adakah wajar sekiranya di luar mahkamah, saya masih “menyerang” X dengan menimbulkan isu tentang anakguam X yang lain? Adakah wajar sekiranya saya mempersoalkan siapa anakguam-anakguam X, yang tidak ada kena-mengena dengan kes di antara A dan B?

Hafarizam seharusnya membezakan dirinya sebagai peguam dan anakguamnya sebagai sebuah parti politik. Benar, kes-kes Perak melibatkan pergelutan dua gabungan parti politik. Benar juga bahawa Hafarizam adalah penasihat undang-undang Umno yang terlibat di dalam kes-kes tersebut. Tetapi Hafarizam tidak seharusnya terpengaruh dengan kes-kes anakguamnya dan menjadikannya sesuatu yang peribadi.

Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978, Peraturan 32:

The feeling existing between clients shall not be allowed to influence counsel in their conduct and demeanour towards each other or towards parties and their witnesses in the case.

Para peguam tidak boleh membiarkan perasaan di antara anakguam mereka mempengaruhi tingkahlaku mereka antara satu sama yang lain. Dengan membangkitkan isu mengenai anakguam peguam-peguam tersebut, Hafarizam telah sedikit sebanyak menjadikan kes-kes Umno dan BN di Perak sebagai sesuatu yang peribadi. Beliau telah terbawa-bawa dengan pergelutan politik di antara kedua-dua belah pihak.

Saya bukanlah ahli mana-mana parti politik, apatah lagi menjadi penasihat undang-undang bagi mana-mana parti politik. Saya hanyalah seorang peguam muda yang masih mentah dari segi umur dan juga pengalaman. Tetapi saya memegang teguh pada kepercayaan bahawa profesion guaman itu adalah profesion yang murni dan terhormat. Walau sehebat mana persaingan diantara anakguam yang kami wakili, saya sentiasa percaya bahawa peguam seharusnya mementingkan profesionalisme dalam apa jua tindakan, apatah lagi sesama peguam.

Peraturan 18 menyatakan:

The conduct of an advocate and solicitor before the Court and in relation to other advocates and solicitors shall be characterised by candour, courtesy and fairness.

Atas dasar ini, saya berpendapat bahawa tindakan Hafarizam menyokong kandungan emel tersebut adalah sangat tidak wajar.


SUMBER:MALAYSIAINSIDER

Setting Goals

style gile

There is a saying that goes, “ If it’s not for the people you meet and the books you read, you will probably be exactly the same 5 years from now'. I would take it further to add that we all need to set goals in our life. A little push each year; 1 year, 3 years and 5 years being long term goals.


If not, we will be drifting along and before we think of it we would have missed out on life.


It’s not difficult to achieve your goals if you would only write them down and find ways to achieve it. The mind is so powerful, it is designed to be goal seeking. If you tell it where to go, that’s the direction it will go. If you give it no direction at all, it will just be status quo.

cute tak??

Sometimes it is easy to be caught in the rat race. Try to take some time off today and write down your goals. List down short term, mid term and long-term goals and you will begin to think logically how to achieve them as you plan them out. Look at them on a daily basis and set a time to see the goals regularly. Preferably before you sleep as it will run through your mind while you are asleep.

Have different goals, not just financial. You can have holiday goals, weight loss goals, talent goals, etc. The list can go on. If you don’t motivate yourself with something challenging then life will become mundane.

Nafsu tak puas...


RADHI bertengkar dengan Shazlin selepas mahkamah mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri di pekarangan Mahkamah Syariah Petaling Jaya semalam.





PETALING JAYA - Perang mulut tercetus antara vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali (Radhi OAG) dan isterinya, Shazlin Shariff selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan mereka masih pasangan suami isteri yang sah.

Kejadian berlaku di luar pekarangan mahkamah apabila Radhi, 32, menyerbu ke arah Shazlin, 31, sambil menyindir isterinya itu sebagai 'pelakon wanita terbaik'.

Radhi juga menuduh Shazlin mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebagai alasan untuk bercerai dan meminta Shazlin membuat pengakuan di hadapan wartawan serta menyuruhnya menelefon lelaki berkenaan yang juga bekas suami seorang pelakon.

Shazlin yang pada mulanya tenang akhirnya hilang sabar dengan gelagat Radhi sehingga tercetus perang mulut sesama mereka.

Dia juga beberapa kali mencabar Radhi supaya menceraikannya tetapi tidak dipedulikan.

Selepas adegan panas itu berterusan selama 15 minit, Shazlin berjalan memasuki kereta Proton Waja miliknya untuk beredar tetapi ditahan oleh Radhi.


Herm..Macam2 cerita artis kita ni..Macam kahwin cerai adalah budaya artis..Muak gak dengar kisah camni..Ada yang okey tu,media pulak yang duk porak perandakan dengan gosip2 liar sampai runtuh rumah tangga..Yang betul2 teruk di cover..yela..mana media ada nak bagitau hal artis2 kite yang ting tong duk merangkak keluar dari clubbing,pub semua..kalau yang artis nasyid,artis yang imej bersih tu belum apa2 dah di attacknye sehabis-habisan..

Artis..Hidup bebas,sehingga boleh dikatakan terlampau dan aksi2 menghairahkan para artis terutamanya wanita sangat mendukacitakan..Seksi ya Rabbi..Ini juga yang diangkat..Yang dikatakan bagus..Teguk arak sini sana..Kata insaf tetapi seakan mencabar pula hukum itu..Ini yang dibanggakan anak muda sehingga meletakkan para artis yang penuh dengan kehidupan kucar kacir di jalanan gelap sebagai idol mereka..Kalau yang berjaya dan tak hidup dengan keadaan yang sedemikian tak apalah..Macam Mawi,Yassin,Wardina,&Faizal Tahir ke(mamat poyos teruja ni lepak CC je main game..haha..gile game mamat ni) tak ape la jugak..Asal family dijaga dengan baik..Ada didikan semua..Kepada Radhi..Bawak2 bersabar..hang laki..Cari bini bebaik lepas nih..

Jul 27, 2009

What Did the Banana Becomes After It Fell Down?

funny-cute-banana


Q: What did the banana becomes after it fell down?

A: The banana became a brinjal, because it got bruised from its fall. When it become bruised, it turned blue-black in colour. Lol.

funny-brinjal

Jul 25, 2009

Seorang rakan di facebook menulis sebegini...

"SILA JANGAN BUAT STAT BERBAUR KEKAUMAN MAHUPUN POLITIK!bencik ah baca, delete trus kang rasa bersalah plak.tp meluat tatau nk ckp camne."


setelah aku update status begini

mahasiswa pendidikan selalu diugut ISU POSTING..apa salah mahasiswa bersuara??kenapa ada pihak dalam kalangan mahasiswa sendiri yang giat menipu mengenai isu berkenaan..jika betul tak dapat posting apabila menyatakan pendirian mahasiswa HARUS ditukar sahaja kerajaan yang zalim tersebut.. (isu perbincangan bersama Prof Madya Dr Hasbie di dewan kuliyah sebentar tadi)


Persoalannya??Kebanyakkan masyarakat kita lebih benci POLITIK atau HIBURAN yang seakan melebihi had dan Pesta terlampau disertai dengan terlalu gilakan budaya BARAT??Akan dikemaskini kemudian..Hiburan sedemikian diguna pakai dalam perbandingan ini merujuk kepada aktiviti semasa "mereka" yang berfikiran sedemikian..

Lagi FITNAH X-PKR..Ketandusan Isu??

1. AnWAR melahirkan rasa terkilan beliau dengan kenyataan Dewan Ulama' PAS yang pertikaikan kehadiran Nizar di majlis nyalaan lilin untuk Teoh Beng Hock. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai mengurangkan sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan pembangkang amnya. Ujar AnWAR lagi pendapat Dewan Ulama' itu tidak tepat serta tidak mengambil kira maslahah umum dan keutamaan Fiqh (Fiqh Awlawiyyat) dalam kaedah Feqah.

GAMBAR HIASAN:Tarian Lilin BAKAL DIHARAMKAN DI MALAYSIA??BUDAYA MASYARAKAT MELAYU INI menyalahi dan bertentangan dengan hukum agama serta boleh merosakkan aqidah??

2. Menurut AnWAR ulama' PAS ini terbelenggu oleh pemikiran islam konservatif serta ketinggalan menilai pendapat-pendapat ulama' kontemporari terkini. Menurut AnWAR lagi, pendapat-pendapat seperti ini menjumudkan lagi Islam dan mengecilkan skop perbincangan di kalangan orang islam sahaja. Ini tidak bagus untuk perkembangan islam dalam era dunia tanpa sempadan kini.

3. Dalam isu ini, AnWAR menolak pendapat TS Harussani dan Datuk Dr. Mahmud Zuhdi yang tidak membenarkan perkara dari sudut apa pun. Datuk Dr. Haron Din juga menyokong pendapat TS Harussani dan Dr. Mahmud Zuhdi namun saya percaya ini tidak akan dilaporkan dalam Harakah demi menjaga air muka penyokong AnWAR yang mewakili kelompok kecil dalam PAS namun begitu berkuasa.


Hepi Dewali...

4. Sering kita lihat tindakan AnWAR kini, jika menyokongnya, semua dikatakan bagus dan adil. Jika sebaliknya, maka akan dicaci dan diherdik oleh AnWAR. Dengan kebolehan menyebut perkataan arab sepatah dua, AnWAR tidak wajar mempertikaikan pendapat ulama' di luar lingkungan politik yang tidak menyokongnya. Saya menyebut begini, kerana kebolehan bertutur dan membaca dalam bahasa Arab amatlah penting untuk kita memahami isu dan mengeluarkan fatwa.

Perkara aqidah ini bukan isu politik yang boleh dihujjahkan menurut kemahuan sendiri. Ia harus diputuskan oleh mereka yang ahli dan mereka wajar dihormati kerana ilmu yang mereka miliki. Pendapat Dewan Ulama' PAS jelas menggesa kita menjauhi perkara yang diragui. Jarang kita dapat melihat PAS begini mengenai ahlinya w/pun kenyataan ini agak lembut. Pendapat ulama' 'non partisan' lebih keras, namun selari dengan pendapat Dewan Ulama' PAS.

Bagi menilai tindakan AnWAR, inikah apa yang dikatakan "Tujuan menhalalkan cara" anjuran Machiavelli itu?

Sekian.

Fatwa mengenai budaya meletakkan bunga di monumen yang menyamai sebahagian budaya menyembah agama lain dimana??Tidak ditekankan??


Aku google juga semua kenyataan Anwar berkaitan isu Dewan Ulama PAS tersebut..Tapi tak ada pula..HUKUM tetap HUKUM..Mengikut upacara keagamaan agama lain yang bertentangan dengan Islam adalah dilarang..Ianya Jelas..tapi menyatakan bantahan terhadap kekejaman dan solidariti adalah digalakkan..Utusan jangan mempermainkan minda rakyat..bagi kenyataan penuh..kan bagus setiap hari ada 30minit LIVE bersama pemimpin Pakatan Rakyat menerangkan segala isu yang selalu diputar belit media..Haih..Jadi kepada anda diluar sana,bijak menilai berita...

SEMAK SUMBER BERITA PIHAK LAIN PULA (selain media UMNO/BN)..JOM BANDINGKAN..KLIK PADA TAJUK dibawah

Nizar pegang lilin : Kenyataan Media ADUN Titi Serong.

Bukan majlis berkabung - Khalil Idham Lim

Harun nafi kenyataan ditujukan kepada Nizar

Isu pegang lilin hanya bersifat politik - Nik Aziz

Kes lilin: PAS Selangor minta jangan kelirukan masyarakat

Enteri pertama kritikan aku terhadap x-PKR yang dikatakan oleh BPN(blogger pembela negara) sebagai MP PKR sekarang adalah palsu..Sebab dia menyatakan Syed Hussin Ali sebagai seorang yang ingin meminggirkan melayu padahal UKM adalah hasil titik peluh Syed Hussin ALi bersama Tun Dr Mahathir,hal sebegini basic pun tak tahu,macam mana tu jadi MP PKR??Tak kenal Pemimpin sendiri??wawawa..Jadi kenyataan BPN bahawa x-pkr adalah MP PKR sekarang tertolak dan PALSU!!

Pakaian siswi terkoyak bergelut dengan tujuh polis

Pakaian seorang pelajar wanita didakwa terkoyak sewaktu bergelut dengan tujuh anggota polis yang cuba menahannya berhubung perhimpunan menyokong umat Islam di Thailand, Jumaat lalu.

Aisyah Jamilah Wan Ahmad, yang tidak dinyatakan tempat belajarnya, termasuk tujuh aktivis mahasiswa yang ditahan di dua balai polis petang 17 Julai lalu selepas ditangkap dekat bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak.

Perkara tersebut diadukan oleh penyelaras Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Lee Song Yong kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini.


Memorandum yang mengandungi butiran aduan itu dihantar oleh beberapa kumpulan mahasiswa, termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Lee juga mendakwa, polis enggan membenarkan tiga - yang ditahan di balai polis Sentul -daripada tujuh pelajar itu mendapatkan khidmat peguam walaupun telah memberikan kerjasama dan pengamal undang-undang telah lama menunggu.

"Dalam tempoh penahanan selama 24 jam, tiga orang mahasiswa hanya diberi (makan) dua keping roti," tambahnya, yang ditahan di situ bersama dua lagi aktivis pelajar.

"Mereka ditahan dalam dua bilik kecil dan seramai 16 orang (tahanan) terpaksa berkongsi ruangan yang terhad sehingga beberapa orang terpaksa tidur di tepi tandas."

Lee juga mendakwa "tahanan tidak dibenarkan memakai baju dalam cuaca yang sejuk," selain tidak dibekalkan minuman yang bersih, sebaliknya meminta tahanan mengambil air paip.

Polis juga didakwa tidak profesional apabila tersilap membawa tiga pelajar itu ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.

"Perkara ini kami anggap sebagai tindakan dan kesilapan yang menyusahkan tahanan," katanya dalam aduan tersebut.

Empat lagi pelajar, termasuk Aisyah Jamilah dan mahasiswi Shamsul Mahida Abd Malek, ditahan di balai polis Dang Wangi.

Beberapa kumpulan siswa itu juga mengadu kepada Suhakam berhubung penahanan Presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin yang disoal siasat berhubung isu-isu semasa termasuk isu kematian Teoh Beng Hock dan demonstrasi besar menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 Ogos ini.

Beliau antara tiga suspek yang dicari polis bagi siasatan kes menconteng dinding dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) dengan perkataan "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya," selain cubaan membakar di tempat itu.

Shazni Munir dijangka akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat selepas dua lagi pelajar API dibawa ke muka pengadilan 30 Jun lepas.

Dalam aduan yang sama, mereka juga membawa isu penahanan dua pemimpin Dema - Ong Jing Cheng dan Yap Heng Lung - di balai polis Pantai atas siasatan kes menceroboh Universiti Malaya, 12 Julai lalu.

Polis didakwa menafikan hak Ong dan Yap membuat aduan polis bagi membalas laporan polis pegawai keselamatan universiti dan juga memaksa kedua-duanya menurunkan tandatangan di borang melucutkan hak mereka untuk mendapatkan khidmat guaman.

- Malaysiakini


herm..musuh negara ke mereka yang menyatakan bantahan keatas kekejaman terhadap saudara Islam di sana??Tugas POLIS menjaga keselamatan dan keamanan orang awam..Sepatutnya POLIS beri permit dan biarkan mereka menyatakan bantahan kepada masyarakat dunia..Kawal lalu lintas di tempat PROTES tersebut.Jika malam merdeka,sambutan New Year dan konsert2 MEGA dapat kerjasama baik oleh pihak POLIS,kenapa pula bagi yang menyatakan bantahan selalu di anak tiri??Harap pemimpin kerajaan Malaysia masuk campur..Sebab sekarang ni kalau tak masuk campur tangan politik,semua benda taka akan menjadi....Lihat je isu kematian Teoh di bangunan SPRM..sebab tu media pula mengadu domba ada pihak mempolitikkan isu tertentu..Kalau dah ada double standard..siapa pun akan marah..haih..

Datang dan rebut peluang..Jangan hanya condemn SAHAJA..HARI BERSAMA MAHASISWA..

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah, sukacita saya menjemput mahasiswa/i untuk bersama dalam progam Hari Bersama Mahasiswa BAGI sama-sama menyalurkan cadangan, masalah ataupun perkara-perkara yang boleh diselesaikan diperingkat kami MPP. Maklumat mengenai program adalahseperti berikut.

SA

“Transform with knowledge”

Bersuaralah bersama kami,

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

Majlis perwakilan pelajar UPSI sesi 08/09


Jadi bagi sesiapa yang ada masalah bolehlah datang meghadap kaunter2 berkenaan..Menyampaikan rasa tak puas hati dan sebagainya..Yelah,mereka MPP,banyak kerja lain..Mereka juga mahasiswa,ada Lab,ada thesis,ada assignment kelas dan sebagainya..banyak sudah masa mereka korbankan untuk merencana segala aktiviti tetapi sebab tak berdampingan dengan ANDA DI LUAR SANA setiap masa,jangan pula dilontarkan pelbagai tohmahan..PELUANG SUDAH TERBUKA..Jadi apa tunggu lagi??Salah siapa jika kaunter ini pun anda tak tahu..hehe..

Mahasiswa dan budaya mencabar..

Khamis lepas sempat juga berbincang mengenai analisis dan sebagainya (subjek 4P) dan tak semena-mena Prof Madya Dr Hasbie seorang pensyarah daripada UM telah membangkitkan mengenai isu UPSI yang lesu serta fasiliti yang tidak memberangsangkan..Terutamanya berkenaan kampus baru yang sepatutnya siap seawal 2006 lagi,tapi sekarang sudah 2009 tidak ada apa2 yang menarik kecuali hanya pagarnya yang sudah 4semester sedemikian dan 1-2 bangunan yang telah nampak rupanya..

Bayangkan selama 3tahun daripada tempoh sepatutnya siap tetapi masih lagi tertangguh..Salah siapa??Nak dipersalah MPP tak boleh juga,mereka tak berkuasa..Sudah berapa kali sesi MPP bertukar tangan tetapi tidak ada desakan yang kuat dan sokongan padu daripada mahasiswa kita sendiri berkenaan isu tersebut.

SPRM??Siapa yang dapat untung??Tak habis dengan kisah HITAM SPRM yang terbaru dan semakin bertambanh dan meruncing,kes yang lama ini tetap dibairkan berlalu begitu sahaja?Jika ada tindakan sepatutnya semua itu sudah ada satu PC di bitarasiswa untuk menerangkan masalah sebenar..Persetankan OSA..Itu adalah akta yang boleh dikatakan mengarut dan menguntungkan pihak di atas sana..

Prof bertanya soalan provokasi mengenai isu tersebut,tetapi tidak ada suara..Sinis juga apabila ada MPP di kelas yang sama tetapi tidak memberikan pandangannya.Lantas jawabku mudah

"Mahasiswa kita diugut dengan isu POSTING!!Ada pihak yang menanamkan fahaman jika kita bersuara dan menuntut hak,kita ini pembangkang dan apabila dikatakan pembangkang,maka tak dapat posting..Mereka juga ada terdiri dalam kalangan mahasiswa kita sendiri"

Jawapan itu seakan memberi makna yang sangat mendalam terhadap Prof Dr..Dan beliau seakan faham isu tersebut.Nasihat yang amat berguna disampaikan oleh Prof berkenaan budaya mencabar dalam kalangan mahasiswa..Mahasiswa seharusnya mencabar..Bersuara..Kampuslah tempatnya..Sempat juga beliau menyindir Bual Siswa/Siswi berkenaan isu PPSMI..

Katanya,dah ada keputusan pun..Tajuk perbahasan pula tidak terlalu menarik untuk dikupas.Jika beliau yang menjadi moderator beliau akajn ajukan soalan "PPSMI,siapa yang untung??"Anda fikirkanlah..

Berbalik mengenai isu mahasiswa dan budaya mencabar,suka aku untuk BOLD sedikit petikan YDP MPP UMP yang merupakan teman rapat semasa di KMNS 2005/2006..Boleh ikuti sedikit bual bicara Suffi Kamari di [YOUTUBE]...Suara Siswa berkaitan Politik Kampus bersama YDP MPP UPSI ,Saudara Hairie pada 2Jun 2009 yang lepas..

kredit : PolitikUPSImoderator atas pengumuman video tersebut..

Di Facebook juga ada bertanya si Suffi berkenaan bual bicara dan sedikit pertanyaan berkenaan pandangan beliau terhadap rakan panel pada hari tersebut serta organisasi MPP di kampus UPSI..dan jawapannya adalah begini..

Salam.mana ko tau?aku masuk masa sesi rakaman langsung Suara Siswa 2hb Jun 2009.Tajuk plak kene ngan aku"Plitik Kampus".Hmm,brother hairi ni aku bleh katakan seorang baik(in person is a good guy),cuma dari sudut kepimpinan kene la tanya org2 UPSI sendiri Aku bangkitkan yg masa depan negara perlukan kesinmbunagn politik yg segar. POLITIK ILMU bukan ... Read MorePOLITIK AMPU. apa yg lebih penting lagi,mahasiswa mesti berani menuntut apa yg sudah menjadi liabiliti kepada kita. KEpimpinan mahasiswa terutamnya MPP hanya menjadi liabiliti kpd mahasiswa universiti dan masyarakat.hanya menjadi ampu kepada universiti dan kehendak selera individu2 tertentu.wallahualam.ak kenal sgt ngan AKMAL,HANIF n etc2 yang sememangnya layak memegang post tertinggi MPP UPSI.neway,perjuangan tetap diteruskan.
Herm..begitulah kata beliau..Jadi sebagai mahasiswa jangan mudah diugut..Mahasiswa buka budak sekolah@ budak tadika..Hak itu ada bersama kita..Selagi kita tidak menyalahi peraturan,gunakan medium yang ada..Jika benar isu posting tersebut benar2 dilakukan oleh pihak kerajaan yang mentadbir,HARUS TUKAR SAHAJA Kerajaan yang zalim tersebut..

Prof Dr baru sahaja mula bertugas di UPSI pada semester ini berikutan transformasi pihak kerajaan yang inginkan perubahan dilakukan terhadap kampus pendidikan terulung di Malaysia ini..Tapi best gak Prof Dr ni..Banyak sinisnya yang bijaksana..Dan tak boleh tahan bila ditegurnya budaya mahasiswa kuat mengadu dan memperbesar isu2 nasional yang dibincangkan dalam kuliyah supaya balik semula ke alam tadika dan hisap susu botol semula..Yelah..Orang bincang isu nasional die sibuk nak adu sana sini..Musuh negara ke kalau bincang isu nasional??

AGM PMS UPSI..

Semuanya selesai..Sekarang minggu pembersihan..Bersih sebersih2nya..Target untuk reunited semua Mahasiswa FST dibawah satu bumbung..Harap tidak ada pihak yang memandang serong pihak yang lain..Terima Kasih kepada MT lepas yang memberi kepercayaan untuk dilakukan transformasi dan mengintegrasikan persatuan seterusnya menghapuskan budaya melabel dan fikiran songsang terhadap organisasi berkenaan.

Seperti di kampus UPSI sendiri,ada pihak Aspirasi memandang serong pihak Pro-M dan juga sebaliknya..Lebih teruk apabila ada yang alim dan warak memandang serong mereka yang kurang agamanya dan juga yang kurang didikan/pemahaman agamanya pula tidak pernah cuba untuk memahami apa yang disampaikan oleh mereka yang alim/warak berkenaan..

Apa yang penting??KERJASAMA..Harapnya nafas baru bermula..Awalnya,malas nak ambil port bila mana ada yang mengura-urakan AGM PMS UPSI pada malam ini akan berlaku pertembungan antara kedua pihak..Tapi bila semakin kecoh,suka juga dan tak sabar2 menanti malam tadi..Sebabnya kalau banyak calon,lebih meriah suasana..Dan apabila lebih sengit,semestinya lebih banyak bakat dan kredibiliti akan ditonjolkan..Itu lebih digalakkan,cuma harus dibuat secara bijaksana bila 2pihak bertembung..Secara matang dan wajar..Tapi semuanya tak kesampaian pula sebentar tadi..

Berkenaan dengan perlembagaan,tidak dapat dibincangkan di AGM sebentar tadi kerana batasan waktu..Lagi pula tidak ada yang membantah dan membahaskan isu2 perlembagaan..Perlembagaan sudah diedar dan diberi kepada mahasiswa untuk memahami isi kandungan perlembagaan..Jika ada yang tak berpuas hati,pihak HEP sendiri sebelum ini yang memperkenan mengenai cara perlantikan tersebut (hasil perbincangan bersama En Zaiham)..

*Diterangkan oleh MT apabila aku menyerang mereka dan meletus pada malam kelmarin..RUJUK Persatuan lain dan PMS sendiri belum pernah menggunakannya pada sesi2 lepas seperti mana yang telah termaktub dalam perlembagaan ..Bila dikaji sedalamnya(setelah kecoh AGM yang lalu) barulah banyak yang celik mata mengenai perlembagaan ini..

Apa2pun,yang lepas biarlah lepas..Kita yang ada ini jangan pula hanya membiarkan tanpa mengambil tahu..Yang baik disokong,yang songsang diganyang..AGM bukanlah tempat merebut jawatan tertinggi untuk menyelinap ke kerusi2 MPP,tetapi ianya satu platform untuk kita bersama2 mahasiswa lain melakukan sesuatu untuk menyumbang kepada fakulti dan seterusnya universiti kita..

Suka sangat dengan pelantikan exco2daripada pelbagai lapisan umur,agama dan kaum..Loves SATU MALAYSIA!!

Jul 22, 2009

Kenapa aku BLOCK??

Seminggu lebih sudah aku block reader blog ni..Bukan sebab apa2 pun..Cuma umi punya pasal..Sayang anak kesayangan die ni..Maklumlah aku ni anak manja..Umi marah ada video eksklusif berkenaan Betina Puaka yang dipercayai kebanyakan rakyat Malaysia telah terlibat dalam siri pembunuhan dan pengeboman seorang wanita yang merupakan model Mongolia..Wanita berkenaan dipercayai dibunuh dan diletupkan kerana mempunyai hubungan sulit dengan suami "Betina Puaka" berkenaan..

Aku cakap kat umi,tu youtube je..Bukan aku yang buat..Tak kan aku kena ISA..Umi mulut memang macam mechinegun pun..So sebagai anak yang soleh dn tabah,dengarlah ceramah FREE umi..hehe..

Disini membuktikan bahawa kebanyakan rakyat malaysia mungkin

1)Tak tahu undang2 yang sebenar..Yang bukan kita lakukan kita kena ISA??

2)Kesalahan apa yang sampai kena ISA??Tak membahayakan keselamatan negara..Tak mencetuskan isu agama dan perkauman langsung..

3)Mungkin kebanyakn rakyat Malaysia percaya UMNO/BN begitu zalim sehingga sanggup melakukan apa sahaja..Sebab tu perkara yang tak masuk akal pun sangat digeruni rakyat..Membuktikan kerajaan Mesra Rakyat hanya retorik semata..Ianya ibarat zionis seperti tentera dan kerajaan Israel terhadap penduduk Islam Palestin..tetapi lebih memeritkan apabila rakyat takutkan kerajaannya sendiri..

Jul 17, 2009

Hukuman Khir Toyo dan empat ADUN BN - amaran untuk tidak menghina dan memfitnah Dewan lagi

SAYA berdiri di bawah Peraturan Tetap 76(5) ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut:

“Bahawasanya mengikut Perenggan (5) dalam Peraturan Tetap 76 bagi Dewan Undangan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya syor-syor dan hukuman yang terdapat dalam Penyata laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 19 Tahun 2009 diterima.”

Tujuan usul ini adalah untuk menerima laporan dan meluluskan hukuman yang telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan seperti di perenggan 23 dan 24, Penyata oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ke atas Y.B. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo (ADUN Sungai Panjang), Y.B. Dato’ Marsum bin Paing (ADUN Dengkil), Y.B. Dato’ Hj. Warno bin Dogol (ADUN Sabak), Y.B. Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim (ADUN Batang Kali) dan YB Dato’ Hj. Mohamed Idris bin Hj. Abu Bakar (ADUN Hulu Bernam) iaitu:

a) Bagi pertuduhan pertama, Y.B. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo dikenakan hukuman penggantungan daripada perkhidmatan Dewan selama satu (1) tahun dan dipotong semua elaun serta kemudahan bulanan selama satu (1) tahun.

b) Bagi pertuduhan ke 2, ke 3 dan ke 4, Y.B. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo dikenakan hukuman penggantungan daripada perkhidmatan Dewan selama satu (1) tahun dan dipotong semua elaun serta kemudahan bulanan selama satu (1) tahun.

c) Jawatankuasa ini juga memutuskan bahawa keempat-empat hukuman yang dijatuhkan ke atas Y.B. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo hendaklah dijalankan serentak.

Bagi Ahli-ahli Dewan Negeri yang lain, hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:-

a) Bagi Y.B. Dato’ Hj. Warno bin Dogol (ADUN Sabak), penggantungan daripada perkhidmatan Dewan selama enam (6) bulan dan dipotong semua elaun serta kemudahan bulanan selama enam (6) bulan.

b) Bagi Y.B. Tuan Mohd Isa bin Abu Kasim (ADUN Batang Kali), penggantungan daripada perkhidmatan Dewan selama enam (6) bulan dan dipotong semua elaun serta kemudahan bulanan selama enam (6) bulan.

c) Bagi Y.B. Dato’ Marsum bin Paing (ADUN Dengkil), penggantungan daripada perkhidmatan Dewan selama enam (6) bulan dan dipotong semua elaun serta kemudahan bulanan selama enam (6) bulan.

d) Bagi YB Dato’ Hj. Mohamed Idris bin Hj. Abu Bakar (ADUN Hulu Bernam), penggantungan daripada perkhidmatan Dewan selama enam (6) bulan dan dipotong semua elaun serta kemudahan bulanan selama enam (6) bulan.

Kampung Tunku ingin menegaskan bahawa hukuman yang dikena ke atas kelima-lima orang ADUN ini adalah berbeza dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas ADUN-ADUN dan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada masa yang lalu.

Saya telah meneliti Penyata Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor ini dan teleh mengetahui bahawa mesyuarat Jawatankuasa telah diadakan dan satu sesi pendengaran telah dipanggil untuk kelima-lima orang ADUN yang terlibat untuk datang membela diri sendiri.

Kesemua ADUN ini telah diwakili oleh tujuh orang peguam dan mereka telah mengemukakan bantahan. Kemudian kesemua ADUN yang terlibat itu mengambil keputusan untuk tidak membela diri.

Berbanding dengan apa yang berlaku ke atas wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lalu, hukuman yang dikenakan ke atas mereka selalunya dilakukan dengan secara tergesa-gesa, di mana wakil rakyat yang dihukum itu selalunya tidak diberi peluang yang mencukupi untuk menghadirkan diri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan membela diri sendiri.

Bagi kali ini, peluang yang seluas-luasnya telah diberi kepada mereka tetapi apa yang mengecewakan ialah kesemua ADUN ini memilih untuk tidak membela diri.

Malahan semasa pengundian dibuat, wakil induk BN di dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, YB Kuala Kubu Baru telah memilih untuk berkecuali semasa membuat keputusan dalam tujuh daripada lapan pertuduhan. Ini turut menunjukkan bahawa ADUN daripada BN sendiri pun tidak sanggup mengambil keputusan untuk menolak pertuduhan ini.

Hukuman-hukuman yang diluluskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor ini adalah berpatutan. Seperti yang dipesan oleh Tuanku Sultan Selangor semasa majlis santapan ulang tahun ke-50 Dewan Negeri Selangor, martabat dan keutuhan Dewan Negeri Selangor perlulah dijunjung setiap masa. Setiap anggota Dewan perlulah menjalankan tugas masing-masing mengikut peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 dan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan oleh Dewan merupakan cabang kepada Dewan Negeri Selangor untuk menjalankan tugas-tugas pemantauan ke atas ekesekutif mengikut fungsi-fungsi yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Dewan Negeri Selangor.

Oleh itu, setiap keputusan dan mesyuarat yang dibawa oleh Jawatankuasa Pilihan Khas ini tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak, termasuk Ahli Dewan Negeri, sama ada beliau ADUN daripada parti pembangkang atau kerajaan.

Malahan saya juga ingin meminta Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain supaya tidak membuat tomahan-tomahan yang tidak berasas dan bersifat emotional terhadap mana-mana Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dewan Negeri Selangor, contohnya dalam persidangan Dewan pada minggu lepas, saya terdengar terdapat ahli-ahli Dewan yang mengejek SELCAT ini sebagai “Complaining, Accusing and Twisting”. Ini merupakan sesuatu yang tidak wajar dilafazkan oleh mana-mana Ahli Dewan Yang Berhormat.

Saya ingin juga menegaskan di sini bahawa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor juga berpandukan kepada peruntukan dalam Erskine May Parliamentary Practice twenty-third edition 2004, seperti yang diterangkan dalam muka surat 163 seperti yang berikut:

“In the case of contempts committed against the House of Commons by Members, or where the House considers that a Member’s conduct ought to attract some sanction, two other penalties are available in addition to those already mentioned: suspension from the service of the House, and expulsion.”

Pada muka surat 164, turut dinyatakan bahawa penggantungan daripada perkhidmatan Dewan dan pemotongan semua elaun serta kemudahan bulanan turut merupakan sebahagian daripada penggantungan ini, yakni: “withholding of the Member’s salary is an automatic consequence of suspension.”

Dengan itu, saya berharap supaya hukuman-hukuman yang terdapat dalam Penyata ini boleh berfungsi sebagai satu peringatan kepada semua untuk sentiasa menghormati Dewan Yang Mulia ini.

Oleh itu, saya mencadangkan usul ini diluluskan.

Lau Weng San

Isu SPRM : Berita kematian Teo Beng Hock

UTUSAN:Jatuh atau lompat?(Atau disabotaj???)

SHAH ALAM 16 Julai – Kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini petang ini menimbulkan tanda tanya.

Menurut laporan awal, Beng Hock, 30, yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pukul 5 petang semalam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam itu.

Bagaimanapun Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull yang melawat tempat kejadian berkata, beliau tidak pasti bagaimana Beng Hock terbunuh.

‘‘Kita tak pasti dia terjatuh atau lompat atau apa. Kalau terjatuh dari tingkat mana kita pun tak tahu. Tunggulah hasil siasatan polis nanti,” katanya kepada pemberita.

Mayat Beng Hock yang ditemui oleh orang awam dalam keadaan terlangkup pada kira-kira pukul 1.30 petang dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada pukul 9 malam.

Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah itu merupakan salah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri semalam.

Hian Wah adalah antara dua Exco dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan itu. Semalam SPRM menyerbu pejabat Hian Wah di bangunan Sekretariat Negeri di sini untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.

Mohd. Shukri berkata, Beng Hock dipanggil ke SPRM Selangor pada pukul 5 petang semalam untuk dirakam percakapannya bersama tiga lagi saksi selepas pihaknya menyerbu pejabat Hian Wah.

‘‘Tiga saksi telah dibenarkan pulang pada sebelah malam kecuali Beng Hock kerana percakapannya hanya selesai pada pukul 3.45 pagi.

‘‘Selepas itu Beng Hock dibenarkan balik oleh pegawai yang merakam percakapannya tetapi dia minta untuk berehat dan tidur sebentar di ruang tamu pejabat SPRM di tingkat 14 dan kali terakhir dia dilihat di situ ialah pukul 6 pagi.

‘‘Selepas itu dia tidak lagi kelihatan sehinggalah mayatnya ditemui pada pukul 1.30 petang ini,” katanya sambil menjelaskan SPRM kemudiannya terus membuat laporan polis.

Menurut Mohd. Shukri, sebelum dibenarkan pulang, Beng Hock berjanji untuk ke pejabat SPRM pagi ini bagi menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan.

Katanya, ruang tamu SPRM tidak dilengkapi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Beliau menjelaskan, semasa percakapannya dirakam Beng Hock tidak menunjukkan reaksi takut atau gelisah dan memberikan kerjasama yang baik kepada pegawai SPRM.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Bagaimanapun polis masih menunggu laporan daripada empat pakar patologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Kuala Lumpur dan HTAR,” katanya.

Tambah beliau, polis juga menawarkan kepada keluarga Beng Hock untuk melantik pakar patologi mereka sendiri.




Lima ditahan berhimpun di Plaza Masalam

SHAH ALAM 17 Julai - Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa bertindak tegas dengan menahan lima orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang berhimpun di luar pekarangan Plaza Masalam di sini.

Penahanan itu berikutan tindakan mereka yang tidak mengendahkan larangan polis supaya berhenti memberikan ucapan. - Utusan



BHarian:Pegawai khas Adun Seri Kembangan mati selepas beri keterangan

SHAH ALAM: Seorang pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan ditemui mati di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, jam 1.30 tengah hari tadi selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Teoh sepatutnya daftar perkahwinan hari ini

SHAH ALAM: Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini semalam sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya hari ini.

Anggota Exco, Ean Yong Hian Wah yang menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan kejadian itu berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya esok (hari ini) dan tiada sebab mengapa beliau harus mengambil tindakan yang boleh menyebabkan nyawanya melayang.

"Oleh itu saya mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) memberikan penjelasan yang adil kepada semua pihak terutama anggota keluarga, parti DAP, kerajaan negeri serta rakyat Selangor bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka," kata Yong kepada pemberita di tempat kejadian.

Teoh merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri barubaru ini. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull dalam sidang media di tempat kejadian semalam berkata Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

Beliau berkata sebelum pulang Teoh berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

"Beliau (Teoh) bagaimanapun berkata beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi.

Mayat Teoh, 30an ditemui dalam keadaan terlangkup pada kira-kira 1.30 tengahhari.

Sehingga pukul 9 malam mayatnya masih belum dikeluarkan dari tingkat lima bangunan itu dan pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Beberapa anggota keluarga Teoh telah datang ke tempat kejadian namun enggan memberikan sebarang ulasan kepada pemberita. Turut berada di tempat kejadian ialah beberapa orang anggota exco dari DAP. BERNAMA


CheguFadh:Hehe..tak btau pula ye kat Plaza tu buat apa..Halnya mcmni..Baca kat sini..


MalaysiaKINI Kes Teo: Desak SPRM disiasat, 3 ditahan

Jul 16, 2009

Isu SPRM: ‘Siasat bos, saya dipukul’


JOHOR BAHRU: Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.



Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.

Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti bodoh dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.

Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.

Semuanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dikunjungi dua pegawai SPRM Johor di pejabatnya di sebuah PBT di Simpang Renggam dekat sini, kira-kira 8.30 pagi 7 Julai lalu, yang mengkehendaki dia dan seorang lagi kakitangan memberi keterangan berhubung kes rasuah di pejabat agensi itu di sini.

Katanya, sebaik tiba di pejabat SPRM, dia diarahkan menanggalkan jam tangan, cincin dan menyerahkan semua barangan di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa seorang pegawai memasuki sebuah bilik gelap.

“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.

“Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Zul, dia menerima pukulan sulung di kepala dipercayai menggunakan satu objek keras oleh seorang pegawai yang membuat soal siasat itu apabila dia memberikan jawapan tidak tahu menahu dan tidak menerima wang yang dimaksudkan itu.

Zul berkata, oleh kerana tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya, dia terpaksa merayu kepada pegawai terbabit sambil bertanya kenapa dia diperlakukan sedemikian, tetapi rayuannya disambut dengan kata-kata kesat dan maki hamun pegawai terbabit.

“Saya kemudiannya diarahkan ke bilik seorang lagi pegawai di mana di situ, saya diberitahu bahawa saya adalah saksi kepada kes yang sedang disiasat SPRM itu.

“Malah pegawai berkenaan turut mengingatkan saya supaya tidak membongkarkan apa yang berlaku di dalam bilik gelap itu jika tidak mahu memalukan diri sendiri.

“Ketika itu jam 9 pagi dan saya melalui proses merakam keterangan sehingga jam 11 pagi sebelum dihantar semula ke pejabat oleh pegawai SPRM,” katanya.

Zul berkata, ketika di pejabat dia menemui rakannya yang turut dipanggil untuk memberi keterangan itu dan dimaklumkan dia tidak mengalami situasi penderaan di dalam bilik gelap itu.

“Oleh kerana berasakan diri saya diperlakukan dengan cara kejam oleh pegawai SPRM yang menyalahgunakan kuasa, saya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kluang tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, oleh kerana kesal dengan insiden yang dilaluinya itu, keluarganya sudah melantik seorang peguam untuk membawa perkara yang memalukan serta melampaui batas itu ke peringkat mahkamah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

Katanya, pengadu mempunyai hak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan siasatan sewajarnya dilakukan jika terbukti dakwaan itu adalah benar dan telus.

“Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

- Mymetro

CheguFadh:
Jadi SPRM adalah bagus dan bersih ye??Hehe..Nama ditukar tak ada apa2 pun.Bak kata Ketua Pembangkang Malaysia di Dewan Parlimen hampir setahun yang lalu..Dunia2..kenapalah kerajaan begitu sombong dan angkuh..



UPDATE


Teoh Beng Hock mati di pejabat SPRM


Shah Alam, 16 Julai 2009: Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Sri Kembangan, Selangor YB Ean Yong Hian Wah, yang ditahan oleh SPRM semalam telah didapati mati di Ibu Pejabat SPRM hari ini. Punca kematian belum diketahui.

Jul 15, 2009

Kerajaan Negeri yang huru hara

Macam kes di Penang dan di Selangor,macam2 berita dimomokkan walaupun isunya terlalu kecil..Lihat sahaja kes di Selangor apabila seorang yang berjawatan MB menggunakan kuasanya memberi lembu2 ke setiap masjid atas nama wakil kerajaan negeri dan bukan Parti Pakatan Rakyat dicanang ke sana ke mari selama berminggu dikaca TV sebagai pemberi rasuah dan disiasat SPRM dan SPRM pula terus mengeluarkan kenyataan rasmi "KAMI ADA BUKTI KHALID SELEWENG"..Ya Allah..Esoknya Tan Sri Khalid Ibrahim menghadap SUltan Selangor dan satu kata dari Sultan Selangor terus ZIP semua mulut si penghasad dan pengadu domba ini..

Jadi sebab itulah isu yang agak besar seperti tanah di Penang (disebabkan keputusan parti lama yang telah menganiaya rakyatnya atas kapasiti sebagai kerajaan negeri) menjadi sangat kecoh..Kes di Kedah juga diadu domba dan kes2 di Selangor juga kelihatan sedemikian..

Tetapi bagaimana dengan kes kerajaan pimpinan BN yang melibatkan puluhan hingga ratusan juta yang jauh lebih teruk berbanding semua isu di negeri Pakatan Rakyat??Jom kita semak berita ni..

Saman Lagi 200 Juta, Pahang Di Ambang Muflis

Tidak cukup dengan masalah penyitaan Astana Golf & Country Club dan tuntuan hutang RM63 juta oleh Seruan Gemilang Makmur, Kerajaan Pahang sekali lagi dilanda musibah. Kes kali ini melibatkan saman ingkar janji, dan menyaksikan tuntutan dari dua buah syarikat sekaligus.

Sumber dari Siasahdaily menyatakan yang syarikat terlibat adalah Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta. Pihak-pihak yang disaman pula ialah Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider, merasakan isu ini bukanlah sesuatu yang pelik dan mengejutkan, lebih dari dulu ia sudah dijangkakan. Fauzi, di sekitar tahun 2001, ketika masih bersama Umno dan masih bergelar Adun Beserah, telah membuat laporan polis ke atas Tun Khalil Yaakob kerana salahurus hasil negeri, spesifiknya konsesi pembalakan semasa Khalil masih lagi menjawat jawatan Menteri Besar Pahang.

Laporan itu diberitakan telah dipanjangkan ke BPR (sekarang SPRM) tetapi sehingga kini belum ada khabar tentang perkembangannya.Fauzi menjelaskan, ketika membuat laporan tersebut, beliau telah memberi amaran yang akibat salahurus ini, Pahang akan menghadapi masalah di hari muka. Ternyata apa yang diramal beliau itu sedang berlaku satu-persatu.

Kesannya, tambah Fauzi lagi menyaksikan Pahang mengalami kekurangan yang serius dalam perolehan hasil negeri, inilah yang menyebabkan belanjawan negeri mencatat defisit selama dua belas tahun berturut-turut. Keadaan ini membantutkan perkembangan ekonomi negeri, kerana pelabur akan semakin takut untuk datang melabur di sini.

Dalam merungkai masalah ini, Fauzi menegaskan yang Pakatan Rakyat sedia untuk memberi komitmen bagi membaik-pulih kedudukan ekonomi dan kewangan negeri jika mendapat mandat daripada rakyat.Andai senario ini berterusan dan berulang, dibimbangi rakyatlah yang nanti akan terpaksa menanggung beban hutang negeri dengan kenaikan pelbagai jenis cukai. Bagi Fauzi perlu ada tindakan segera untuk menyelamatkan Negeri Pahang sebelum terlambat. Kalau tidak, bukan sesuatu yang mustahil Pahang bakal menjadi negeri pertama yang diisytiharkan bankrap.
-Malaysian Insider

Sumber: http://addin77.blogspot.com"


Jadi apa komen korang???Fikir2lah sendiri..Nanti aku bagi pula berita2 yang dikecohkan oleh media ALTERNATIF UMNO/BN pula..Berkaitan kekayaan TG Nik Aziz..dan juga berita2 Manek Urai yang mungkin korang tak pernah tau..(Aku hanya target memberi informasi kepada pembaca aku dalam kalangan mahasiswa dan bukan generasi peka isu semasa dan politik diluar sana..)