Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 30, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Cerita ni boleh tahan gak..Macam ayat2 cinta..Bagi sesiapa yang dah baca novelnya,mungkin rase kekurangan bagi filem sama seperti bila membaca novel Ayat2 Cinta dan juga menonton filemnya..Tetapi bagi sesiapa yang malas membaca novel (orang macam aku) better tengok je movie yang ada nikan??

Bukan mengagungkan sangat karya seberang,tetapi kita mesti mengakui bahawa karya mereka memang ternyata jauh lebih baik berbanding kita walaupun orang negara kita yang tak sedar diri selalu menghina rakyat mereka..(orang mereka juga ada cari pasal disebabkan segelintir rakyat Malaysia yang berbuat jahat kepada rakyat Indonesia)..

Apa2pun layan...





Ini pula antara OST Filem ini..



Ayushita




Melly feat Amee



Owh..sebelum terlupa,nak promo cite ni gak..Cerita ni keluar Jan 2009 lepas,tapi bagi sesiapa yang belum tengok boleh la tengok melalui website YOUTUBE..Lagunya pun sedap,nyanyian Siti Nurhaliza..





Cuti lepas sempat tengok Syurga Cinta..Thumbs Up buat David Teoh..Cerita tu bagus tuk golongan muda remaja kita..Cinta dan Islam dikaitkan..Sangat menarik..Harap lebih banyak filem2 sebegini dipasaran Malaysia..


p/s: Mood sekarang sangat letih..Nak kena perform untuk MSK..En Shahril pulak suruh get ready tuk UniMAP & UiTM Penang..Adus...penat kat Festival Nasyid Perak pun belum habis lagi,dengan Zambry tak datang berdepan rakyat,ditambah pulak dengan juri yang agak bias..

Takpe..Habis je MSK nanti lepas geram..tak sabar nak g tengok Transformers 2..Faizal Tahir puji melangit movie ke2 ni..siap bg 5stars..perfect katanya..Tu yang sampai tengok 2 kali untuk Pra Tonton hari tu..gile sungguh mamat teruja tu..



Jun 29, 2009

Tahniah DSAI..Cucu ke2..

Nurul Izzah selamat bersalin anak kedua

29 Jun 2009 9:30AM

KL: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar selamat melahirkan anak kedua beliau semalam. Ini adalah cucu kedua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Bayi lelaki seberat 3.15 kg selamat dilahirkan pada 7.51 petang semalam. / KLpost

Bangkit semula!!

Muhammadz

Saya baru saja habis membaca sebuah majalah berbahasa Inggeris yang sering mengetengahkan kisah-kisah kehidupan yang memberi sumber inspirasi. Isu fokus yang diutarakan dalam edisi terbaru majalah tersebut cukup menarik; Bangkit Semula!


Semua orang pernah mengalami kegagalan dan/atau kejatuhan dalam perjalanan kehidupan. Biar setinggi mana pun kedudukan seseorang itu dan sesempurna mana pun kehidupannya (walau tidak ada yang sempurna), pasti seseorang itu pernah merasai detik-detik yang pahit walaupun sedikit. Penulis J.K Rowling berkata "Kita tidak mungkin akan benar-benar mengenali diri kita dan kekuatan perhubungan kita, sehinggalah kedua-duanya diuji dengan kesukaran."

Ramai orang apabila pertama kali merasai kegagalan terus saja ingin membuangnya jauh-jauh. Tidak kira apa jua bentuk kegagalan yang mereka hadapi, sebenarnya dalam kepahitan yang mengiringi setiap kesukaran itu ada pengajaran berharga yang amat berguna. Jika difikir sedalam-dalamnya, kepahitan itu adalah peluang keemasan yang manis! Sebenarnya kunci yang mengawal diri untuk melihat pahit itu sebagai manis adalah minda. Minda bertindakbalas apabila menghadapi kegagalan, dan boleh diprogramkan semula untuk mencipta kejayaan.

Minda orang yang berjaya memandang apa saja kegagalan yang dihadapi sebagai satu peluang, bukan sebagai satu kesakitan yang akan memadam segalanya. Apabila dicabar, minda akan segera menilai, membaiki dan mencuba semula. Minda akan menjadi lebih fokus apabila mendepani sebarang kesukaran lantaran cuba mengenalpasti apakah kesilapan-kesilapan yang telah berlaku. Minda yang positif akan belajar dari setiap kesilapan dan terus berkembang lantas membibitkan peluang-peluang yang jarang sekali terjangkau dalam pemikiran normal.

Jika direnung kembali, Allah swt telah memberitahu hamba-hambaNya berkenaan perkara ini dalam Surah Al-insyirah ayat 5-6:

"Dan sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan."

Cukup jelas lagi nyata mesej yang terkandung dalam ayat di atas. Malah ditegaskan sebanyak dua kali. Kalam suci ini mengingatkan kita bahawa setiap kesukaran, kedukaan, kepahitan, kegagalan, kesulitan yang dihadapi, pasti ada sinar dihujungnya. Cuma terpulang kepada diri dan minda kita untuk menilai dan menganjakkan paradigma ke tingkat yang sewajarnya.


Selamat hari Jadi..

Entri kali ini aku tujukan khas buat teman rapat yang aku kenal since F1 sampai la sekarang..Bermulanya perkenalan dengan LAWAK BODOH kakngah tetapi akhirnya telah berkongsi banyak perkara dan perihal pelajaran terutamanya semasa SPM dan matrikulasi (tukar2 soklan SPOT,malas nak study)

Agak kelakar la bila kitorang kenang balik zaman F1..Cis kakngah memang masuk air..nasib kiteorang tetap cool bile berjumpe lepas tu..yela,mase F1 aku kejap je kat SMKBK tu,then aku pindah SMKA SHAMS Seremban..2004 barulah aku jumpe Syeda balik,tu pun segan2 borak,dapatla tau si kakngah aku ni prank ktorg 4tahun lamanya..hampeh sungguh!!hohoho..

zwani.com myspace graphic comments


Selamat hari Jadi yang ke 21 Syeda..

Inilah rupa teman aku ni..Baik orangnya..Sopan santun..pandai gile argh bak kata orang sekarang ni..Tapi die ni orang Negeri Sembilan la.. Jadi kepada sesiapa yang bukan orang Negeri Sembilan yang konon jumud sangat takut "balik sehelai sepinggang" tanpa tahu menahu langsung adat perpatih tu tak payah la nak ngorat member baik aku nih..ok??huhu..

Kepada Syeda,Tq support aku selama kite berkawan ni..Aku harap kau pun selalu hepi dengan hidup kau..Jangan terlalu lurus dan biarkan orang lain menindas kau sesuka hati..kena la tegas sikit..Bukan semua benda kita perlu diam,nanti orang akan pijak kepala kita,kau dah la migrain gak,kang orang pijak kepala lagi sakit kepala kau..kan??kan??kan??so wake up!!bangun2..Lawan tetap Lawan Syeda..Ingat tu..

Then kau ni makan la banyak sikit,aku tau kite ade masalah yang sama,makan banyak badan tak nak gak naik,sebab mase kite date zaman dulu2 tu sama2 melantak McD ,makan memang punye banyak tapi badan camtu la jugak...hehe..takpe..teruskan naikkan berat badan tu..aku pun tengah struggle naikkan berat badan skg ni..hehe..nanti kite jumpe lagi r okies..

Aku harap semua yang kau impikan akan tercapai hendaknya..Aku doakan yang terbaik buat kau..Ameen...

zwani.com myspace graphic comments

Manek Urai: UMNO dahulukan dengan Melayu tipu Melayu!!!


Satu Kelantan kena tipu dengan para pemimpin UMNO Satu Malaysia. Ini kes bully ni…..!!! UMNO yang memperjuangkan ketuanan Melayu, ruper nyer membuli negeri Kelantan yang majoriti nyer orang Melayu. Weh…. Melayu bully Melayu!!! Apa sudah jadi???

Ceriter penipuan ini, sebenor nyer udah lama berlaku…. sejak ‘emas hitam’ dijumpai di perairan Kelantan. Tapi…… oleh sebab, Kelantan milik PAS, maka macam-macam helah dibuat oleh UMNO/BN untuk menafikan hak rakyat Kelantan daripada menikmati dan mengecapi, apa yang rakyat di negeri Terengganu kecapi. Malang nyer nyer di Terengganu pun, hak itu tidak dikembalikan sepenuh nyer kepada rakyat nyer, tetapi… yang kenyang ialah orang luar dan segelintir para pemimpin rakus dari Terengganu. Royalti minyak yang sepatut nyer menjadi milik rakyat Kelantan juga, telah dinafikan oleh kerajaan pusat UMNO/BN. Udah ler grant pembangunan untuk Kelantan pun demer culas nak bagi… ini nak bagi royalti minyak pulak??

Sebab tu ler, depa sanggup menipu rakyat Kelantan, konon nyer tak da hapa minyak pun di sana. Ater, nak nipu tak kena gaya….. Depa ingat orang Kelantan benggap kot dan senang-senang depa boleh kunta kinte. Depa lupa yang rakyat Kelantan dibela oleh para pemimpin PAS yang jauh lebih berjiwa rakyat, berwibawa dan lebih amanah daripada para pemimpin UMNO daripada Kelantan sendiri. Semua nyer tak leh pakai belaka!!

Lepas tu, nak banyak songeh pulak dengan slogan rakyat didahulukan. Rakyat mana yang komer nak dahulukan….??? Hak rakyat Kelantan, komer tak nak dahulukan ke?? Ater…. kalau betoi, dahulukan ler dengan memberi mereka royalti minyak serta diikuti dengan hak-hak lain nyer. And…. and…. don’t forget my home state, Perak Darul Ridzuan. Kembalikan hak rakyat Perak jugak, ya. Bubarkan DUN Perak!!!

Rakyat Kelantan….. jangan tertipu dengan madah berhelah UMNO/BN. Komer tanya nanti pada calon UMNO N41 Manek Urai, pasal minyak dan royalti yang sepatut nyer menjadi hak komer. Tanya para pemimpin UMNO Kelantan apa yang demer buat selama ini. Tak kan ler demer tak tau pasal minyak di Kelantan??? Orang menzalimi rakyat Kelantan pun, depa boleh buat bodoh jer…. Apa punyer pemimpin ni??

Serang demer pasal isu minyak ni. Jangan bagi chance….. Demer tu bukan pemimpin yang mendahulukan rakyat tetapi mendahulukan kepentingan diri mereka jer. Haprak semua nyer!!

Nampak gayer nyer, isu minyak ini pun, udah cukup untuk menguburkan UMNO di Manek Urai. Eleh…. sure tumpor punyer ler!!!!




Sekitar rayuan Nizar..

NikNazmi.blogspot.com

Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari (foto). Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan. "Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus. Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus. Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah. Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan. "Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari. "Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.



Mahkamah tolak 11 Hakim Nizar -Malaysiakini


PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng.

"Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong. Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim.

"Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan juga tidak mengemukakan alasan bertulis mengapa Zambry disytihar Menteri Besar.

Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas.

"Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong.

"Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.



Jun 28, 2009

Alangkah nikmatnya..

Alangkah nikmatnya hidup kita di dunia..Seberapa banyak nikmat yang kita kecapi sekarang,adakah kita sedar setiap apa yang terjadi terhadap diri kita adalah nikmat yang besar daripada Allah??Setiap perkara walaupun ianya negatif bagi kita.Seorang bayi yang lahir ke dunia kemudian meninggal selang beberapa hari,atau yang meninggal dalam rahim ibu,walaupun tidak mendapat nikmat di dunia,tetapi dijajnikan syurga serta merta..Andai yang cacat penglihatan tak mendapat nikmat mengecapi keindahan dunia,tetapi mereka mendapat nikmat dijauhkan daripada sebarang perlakuan maksiat melalui mata..Nah..Nikmat bukan hidup ini??

Begitu juga dengan kita yang sentiasa berada di atas,yang selalu mengecapai kejayaan demi kejayaan,mungkin suatu hari nanti kita akan tersungkur jatuh sehingga satu tahap yang kita pun tak sedar.Allah itu maha adil..Dia sayangkan HambaNya..Jadi untuk membuatkan kita jangan terlalu lupa diri diuji kita dengan zaman kejatuhan..Itulah yang mungkin telah berlaku kepada kami dimana keputusan FNN Perak Sabtu lepas yang berlangsung di INTIM tidak berpihak kepada kami..

Al maklumlah,biasanya pergi je mana2 pertandingan,paling cikai pun no3 dan confirm2 persembahan terbaik adalah milik kami,tapi mungkin pada kali ini sedikit kontroversi dan FarEast yang turut membuat persembahan turut menyatakan keputusan itu pelik dan tak berpihak kepada kami..Walhal mereka merupakan juri FNN untuk Melaka pada hari Jumaat...

Mungkin semuanya sudah ditetapkan Illahi..Kepada para juri,berlaku adillah selepas ini dan tidak perlu membuat sebarang kontroversi apabila menjadi ketua hakim ditempat sendiri (walaupun anda tuan rumah kali ini) dan memberi kemenangan kepada pasukan anda sendiri adalah dianggap sangat tidak profesional oleh penonton.

Apa-apa pun,aku berasa sungguh terharu apabila Mikaeel atau lebih dikenali dengan nama Michael Jackson telah meninggal dunia sebagai umat Islam setelah memeluk Islam pada 21 November yang lalu..Sama-sama doakan semoga spekulasi mengenai kematiannya baru-baru ini dapat diselesaikan dengan cepat..InsyaAllah..

CuitSikit:
Mana Zambry MB yang mengesahkan dirinya HALAL dari segi perundangan??Tak datang pulak..Ni hal ehwal agama gak ni..Aku nak je jumpe mamat Pangkor ni live..tak kesampaian pulak..hehe..budak2 aku tak sudah cakap maybe disabotaj dress up tema PAS..Hijau n putih..memang sangat PAS pun..huhu..Ape2 jela..bende dah lepas..

Jun 25, 2009

Apa kes pulak ni???

Ada pihak2 yang bersembunyi disebalik topeng identiti pihak lain dan selalu menimbulkan huru hara diruangan chatbox yang seolah2 berdendam dengan aku..Aku sudah kembali neutral dalam politik kampus.Pergaduhan dan pertelingkahan kedua pihak yang menggelar diri mereka ProKualiti (Aspirasi) dan ProKebajikan(ProMahasiswa) sudah tak dapat dibendung..Aku tersepit ditengah2..Kedua pihak ini agak close dengan aku..

Miss Alissa juga mengetahui mengenai situasi yang berlaku sekarang kerana dia merupakan supporter aspirasi yang sangat tegar.Tetapi apakah salah penyokong pihak politik yang berbeda fikrah dengan kita?Adakah layak mereka yang tak terlibat dalam kemelut ini dihina tanpa berbuat apa2 kesalahan pun?Hubungan kami juga seperti dipertikai..Aku pun pelik..

Aku juga pelik apabila ramai pihak yang menganggap diriku moderator upsikini.Walhal upsikini wujud sebelum aku dilantik menjadi jurucakap bagi seorang calon favorite YB Nur Aqilah Hanis.Dan semua maklum mengenai kempen yang sudah aku hanya mempromosi Nur Aqilah Hanis kepada umum.Begitu juga dengan wakil calon YB Aqilah yang lain.Semua itu adalah seketika.Bahang politik kampus telah reda..

Semuanya gara-gara aku menjadi wakil calon dan memulakan satu laungan keramat "Reformasi dan Revolusi" yang bergema ke seluruh pelosok kampus??Laungan keramat ini hanya ingin menarik minat mahasiswa,yang selama ini kempen pilihanraya teramat lesu di universiti kita dan keadaanya ternyata berubah pada sesi lepas.Mahasiswa kita mula sedar dan sama-sama menghangatkan minggu rapat umum tersebut.Kesannya terdapat calon2 yang digelar pembangkang oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab telah mendapat kejayaan besar.

Walaupun sebelum ini NC telah memberi amaran keras tidak ada gelaran pihak pembangkang dan aspirasi pada PRK lepas,setiap individu berkempen atas tiket personaliti mereka,dan sebab itu juga aku fokus kepada YB Aqilah sahaja.(Terpulang kalau stalker mahu membuat fitnah terhadap hubungan mesra adik-kakak ini)

Kenapa harus ditarik dan dipanjangkan sehingga saat ini?Setahun berlalu dan masih ramai pihak yang busuk hati dan ingin menghuru-harakan universiti??Pihak ini harus ditarbiyah.Kerana merekaboleh dikatakan seperti dirasuk dan telah hilang pertimbangan.Cuba bersikap profesional.Walaupun kita tergolong dalam golongan orang yang "berada diatas dan selalu menguruskan" macam2 perkara sekalipun,tetapi cuba relevan sikit.

Dalam pertandingan perebutan jawatan dalam parti sekalipun,setelah semuanya selesai,maka gerak kerja untuk memantapkan parti adalah seperti biasa.Kenapa harus meniru gaya politik diluar dan dibudayakan di kampus?Pertelingkahan yang tak sudah..Mahasiswa juga pelik..Lebih2 lagi apabila tidak ada kata sepakat dalam jemaah YB kita..Dan berlaku macam2 ketidakadilan baik dari kedua pihak..Seolah-olah ingin menjatuhkan sesama sendiri.

Minggusuai kenal sudah semakin hampir,ditambah dengan wabak yang kian menular,seharusnya kita memantapkan saf kepimpinan dan mendengar setiap luahan dan cetusan hati kecil mahasiswa yang telah memilih anda.Bersatulah bagi perkara2 yang boleh dimaafkan dan diterima seperti aktiviti yang berlangsung kelak.Apalah salah sekiranya ada pihak yang mahu solat jemaah diwajibkan dalam gerak kerja ini.Lakukanlah kerana tidak ada perkara yang salah mengenai solat jemaah dan qiyamullai.

Begitu juga dengan senaman2 aerobik yang menyihatkan badan.Tidak ada salahnya kita bersama bergembira sambil melakukan aktiviti sedemikian.Duduk berbincang bersama-sama.Bagi setiap rancangan yang tidak jelas,minta mereka menjelaskan secara detail pelaksanaannya (seperti qiamullai semasa MSK yang melibatkan pengurusan bas pada jam 3pagi untuk beribu pelajar baru dikesemua 4 kolej kediaman yang bakal mendaftar kelak)

Dan kepada semua STALKER ku,terima kasih kerana selalu update tentang aku.Anda dikira stalker atas sikap anda yang mengejar tanpa diketahui.Selalulah buka blog ini dan menambahkan HITS diblog ini.Aku bukan UPSIKINI..Anda boleh tanya terus dengan aku tetapi dengan syarat gunakanlah identiti sendiri..Bukan semasa berdepan kita senyum sebaliknya dibelakang kita mencetuskan ketegangan..Bukan mengumpat dan bawa mulut ke sini sana tak sudah2.

Banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan bagi membantu pihak kampus daripada terlibat dalam pertelingkahan kedua pihak yang tak berkesudahan ini.Aku bukan seperti kalian.Jangan fikir orang lain seperti kita.Kalau mahu,banyak perkara yang aku boleh ceritakan mengenai kemelut yang ada sekarang,tapi aku malas ambil pusing mengenai krisis sesama korang dan krisis kedua pihak yang tak sudah ini..Dan kepada mereka yang bergelar ketua MSK kali ini,cubalah bersikap profesional dari segi tutur kata dan pergaulan dengan orang lain.

p/s:Terima kasih dan Tahniah kepada moderator UPSIKINI kerana telah membuang kolum chatbox yang selalu digunakan untuk memfitnah dan sebagainya walaupun sebelum ini umum telah ketahui IP Address mereka dan sebagainya.



H1N1 kes pertama di Tg Malim??



Malam tadi lepas je habis latihan nasyid,aku macam biasa kena jumpa Miss Alissa dan bagi makanan extra yang HEP sediakan tuk kami kat dia..Miss Alissa aku ni SMU,so kena la bertugas tuk minggu suai kenal.Masa jumpa kejap tadi dia ada inform yang baru kejap tadi ada berita gempar yang berlaku kat Kolej Harun AminurRashid.



Dimaklumkan bahawa terdapat mahasiswa UPSI yang dijangkiti wabak H1N1.Mahasiswa terbabit yang baru sahaja menamatkan program khas di Indonesia disyaki dijangkiti wabak berkenaan.Seramai 30 orang daripada mereka yang mengikuti program ke Jakarta tersebut telah dikurantin,begitu juga dengan semua mahasiswa yang menetap di blok 2 KHAR yang bertugas sebagai Saketeriat menguruskan minggu suai kenal yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan..Sekarang adalah saat genting minggu gerak kerja bagi kesemua saketeriat..


Aku tak pasti apa yang berlaku sekarang dan tindakan susulan kepada mereka yang disyaki H1N1 ini.Jika ada sebarang berita akan diceritakan secepat mungkin sebelum aku "keluar" ke Ipoh untuk Festival Nasyid Jumaat ini.Syukur bagi kami yang tinggal di Kolej Ungku Omar dan Kolej Proton City.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat sahabat kita.Ameen..

Jun 24, 2009

Hangat!!Kes SayFool Bukhari..

Semua maklum berkenaan kes yang pelik ini..Jadi jom layan kat sini..


Eksklusif: Konspirasi !! Rekod Panggilan Terakhir Saiful Buktikan Beliau Telah Berhubung Dengan Pihak Atasan Sebelum Buat Laporan Polis Diliwat


Jom tengok pulak berita dulu masa kes ni mula2 kecoh...
Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

Ke nak kena bagi video dr Ntv7 then nak bagi laporan perubatan tu jugak??Carilah ek..Dah banyak blogger yang tepek kat blog dorang..

SPRM..Si Penyelamat Rasuah Malaysia..

BHarian:Siasatan SPRM terhadap Ali Rustam diperhalusi

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno sedang diperhalusi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata SPRM menjalankan dua kes siasatan terhadap pihak tertentu yang dikatakan terbabit dalam pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada Mesyuarat Umno Bahagian Rendang pada 8 November tahun lalu.

"Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut," kata dalam jawapan bertulis kepada soalan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) di Dewan rakyat hari ini.

Mohd Ali dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Umno Mac lalu selepas didapati bersalah melanggar etika pemilihan parti oleh Lembaga Disiplin Umno.

Nazri berkata, satu lagi siasatan ialah terhadap tohmahan mengenai pemberian sogokan kepada ketua cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden Umno telah diputuskan tiada tindakan lanjut.

"Oleh itu, kes tersebut telah ditutup pada 25 Mei lalu," katanya.



Sangat berbeza ye..Kes pemberian lembu korban oleh kerajaan Selangor kepada Masjid2 untuk ibadah korban dianggap SPRM sebagai satu kes yang berat.Siap keluar kenyataan lagi kami dah ada bukti Khalid Rasuah kat media Massa yang diliwat.Dalam tempoh yang sangat sekejap pulak kes tu direkodkan dan dijalankan..

Berkenaan dengan Ali Rustam ni,dah berapa lama AGM Ameno ni tamat,padahal kes berlaku sebelum AGM Ameno lagi..Butakah penyokong UBN yang kesemua badan dan agensi kerajaan dicengkam UMNO/BN??

Siswi UKM maut dikejar 'lembaga'

Oleh Petah Wazzan Iskandar Mokhtar
wazzan@bharian.com.my


TEMPAT kejadian Wan Siti Farihan yang terjatuh dari tingkat empat asrama Kolej Pendeta Za'ba, UKM, Bangi.

KAJANG: Seorang siswi sarjana sains kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, ditemui mati di kawasan letak kenderaan Blok C, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba awal pagi semalam, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat empat bangunan itu selepas dikatakan dikejar satu lembaga.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang lengkap berpakaian kemeja T kuning dan berkain batik ditemui oleh seorang tukang sapu di depan pintu laluan utama kolej itu, dalam keadaan mengiring dan muka lebam serta mulut berdarah, kira-kira jam 7 pagi.

Sehingga kini, polis masih menyiasat punca kejadian, tetapi cerita mengenai gangguan lembaga itu kini tersebar dan menjadi perbualan ramai pelajar di kolej berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, bagaimanapun berkata tiada bukti atau saksi yang boleh mengesahkan mangsa terjatuh selepas dikejar lembaga itu.

"Beberapa pelajar di kolej itu, termasuk rakan sebilik mangsa yang disoal siasat polis mengaku tidak mengetahui mengenai kejadian itu kerana mereka tidur.

"Bagaimanapun, kita akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut, termasuk kemungkinan mangsa menghadapi tekanan," katanya ketika dihubungi.

Shakaruddin berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat pelajar tahun satu itu.

Mangsa yang bekerja sambilan sebagai pembantu penyelidik di UKM, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya beberapa jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayatnya yang masih berdarah.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan UKM (PPUKM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jalan Long Yunus, Padang Bongor, Pangkalan Chepa, Kelantan.

Shakaruddin berkata, hasil bedah siasat mendapati tulang rusuk kiri mangsa patah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ketika meluangkan masa setengah jam menemui keluarga mangsa di PPUKM, berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian itu.

"Kita akan melihat hasil bedah siasat sebelum sebarang keputusan dapat dilakukan," katanya.

Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian itu, Wan Siti Farihan berkelakuan pelik, termasuk mengikuti kelas agama di Serdang dan sering mengaji, berzikir serta melakukan solat sunat.

"Farihan juga selalu berjaga malam kerana mendakwa tidak dapat tidur. Saya yang kenal dengan dia sejak zaman sekolah rendah, percaya ia tiada kaitan dengan percintaan kerana dia tidak mempunyai teman lelaki.

"Tiga jam sebelum kejadian, Farihan bangun dan memaklumkan ingin ke tandas. Saya tidak syak sesuatu yang dan terus tidur sebelum terkejut apabila dimaklumkan Farihan ditemui terbaring di kawasan letak kenderaan ketika hendak menunaikan solat subuh," katanya.


CheguFadh:
Aku pernah tido kat Kolej ni masa join PERMANIS UKM tahun sudah.Bagi aku walaupun berdekatan dengan kawasan hutan,tapi tempat die "clear".Aku jenis boleh rasa sesuatu tempat tu "tempat mereka" atau sebaliknya.Bagi aku kat kolej tu tak sangatlah kuatnya..Tapi siapa tahukan??Berserah kepada Allah..Semua adalah makhluk-Nya..Kuatkan iman..Tidak ada sesuatu yang dapat menandingi kekuasaanNya..

AlFatihah buat arwah Wan Siti Farihan Mohamed Hassan dan Salam takziah buat keluarganya

Khianati suami atau perkara lain??

Maria dibenar kemuka semula saman mungkir janji kahwin

PUTRAJAYA: Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri berjaya dalam rayuannya bagi mengemukakan semula saman terhadap seorang ahli perniagaan kerana didakwa melanggar perjanjian penyelesaian RM5.5 juta kerana memungkiri janji untuk berkahwin.


Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri Datuk Seri S Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff, memerintahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes dan perbicaraan.

Tahun lalu, seorang penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi, membatalkan saman itu dengan alasan kes itu adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana kedua-dua yang terlibat adalah orang Islam dan ia berhubung kait dengan perkahwinan.


Pada 2004, Maria, 39, pengacara program "Jalan-Jalan Cari Makan", memohon agar dikuatkuasakan perjanjian melibatkan janji oleh Datuk Wan Johani Wan Hussin, 56, untuk membayarnya RM5.5 juta kerana beliau (Maria) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti yang dijanjikan.


Dalam pembelaannya, Wan Johani, menafikan wujud sebarang kontrak, dan sebagai alternatifnya, berkata perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan.

Maria dibenar merayu kepada Mahkamah Persekutuan selepas beliau gagal berbuat demikian di Mahkamah Rayuan, yang membuat keputusan pada 5 Ogos 2008, bahawa beliau tidak dapat menguatkuasakan perjanjian itu kerana ianya tidak sah mengikut Akta Kontrak memandangkan pada masa perjanjian itu dibuat, beliau masih menjadi isteri orang.


Sumber:Bernama


CheguFadh:

Pelik betul personaliti TV3 ni ye..Paksa orang tu bayar die 5,5juta sebab tak jadi kahwin dengan dia..Yang paling haru biru bila die memang dah plan nak kahwin dengan ahli perniagaan tu masa die ni ade suami lagi..Memang dah pasang niat nak tinggalkan suami die sebab nak bersama dengan orang lain..Macam kes Wanita No1 negara sekarang pulak yang dikaitkan dengan kes mengebom wanita Mongolia

Apa beza komunis dengan pengganas penjajah??

Samada Chin Peng dibenarkan pulang atau tidak dibenarkan pulang ke Malaysia tidak mengubah keadaan politik atau sosial di Negara ini. Samada Chin Peng itu pengganas dan telah mengganasi ramai orang di Malaya dulu adalah suatu sejarah yang boleh dibukukan dengan cerita-cerita romantik mangsa-mangsanya.

Selepas diadakan Perjanjian diantara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya ratusan anggota-anggota Parti Komunis Malaya telah pulang ke Malaysia dan kini mereka itu dapat hidup bersama keluarga mereka yang mereka telah tinggalkan di zaman dharurat dahulu.

Mereka bukan sahaja pulang ke Malaysia, mereka mendapat elaun bulanan yang diberikan oleh Kerajaan selama beberapa tahun untuk membolehkan mereka menyediakan diri untuk kehidupan baru.

Dari segi aktiviti mereka, tidak ada bezanya antara Chin Peng dengan Musa Ahmad, atau Shamsiah Fakeh.

Parti Komunis Malaya merupakan organisasi yang paling ulung berjuang untuk Merdeka. Semasa ramai pertubuhan-pertubuhan Melayu mengalu-alukan kemasukan Jepun menghalau Penjajah Inggeris, Parti Komunis Malaya tidak membezakan antara Penjajah Inggeris dan Penjajah Jepun. Mereka menentang Penjajah Jepun melalui tindakan gerila.

Apabila Jepun dikalahkan oleh Tentera Bersekutu dan Inggeris melangkahkan kaki semula bagi menjajah Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya tidak berkompromi dengan Inggeris dan mereka terus menentang Inggeris dan penentangan bersenjata.

Inggeris yang memerintah Tanah Melayu mengambil anak-anak Melayu menjadi tentera dan polis bagi menentang Parti Komunis Malaya dan mengadakan khidmat Home Guard bagi anak-anak kampong menjaga kepentingan Inggeris dan menentang Parti Komunis Malaya.

Tali-talibarut Inggeris ini ada di mana-mana, ketua-ketua kampong dan penghulu-penghulu banyak yang menjadi talibarut Inggeris, dan golongan mereka inilah yang diganasi oleh Parti Komunis Malaya kerana aktiviti mereka itu memihak kepada Penjajah Inggeris, musuh utama gerakan kemerdekaan.

Bukan Parti Komunis Malaya sahaja yang berjuang untuk Merdeka. Pembela Tanah Air (Peta), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Barisan Tani, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) juga menentang Inggeris dan badan-badan Kesatuan Sekerja semuanya turut menentang Inggeris bagi mencapai Malaya Merdeka.

Semua pertubuhan-pertubuhan ini diharamkan oleh Inggeris dan ditempat mereka itulah UMNO dipupuk menjadi parti peringkat kebangsaan mengumpulkan parti-parti Melayu yang ditubuhkan diperingkat negeri-negeri. UMNO mendapat sokongan Penjajah Inggeris kerana ia berkompromi dengan Penjajah Inggeris dan pimpinannya banyak yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang makan gaji dengan Inggeris.

Apabila semua badan-badan pro-Merdeka itu diharamkan, pemimpin-pemimpin mereka ditangkap sehingga ribuan mereka memenuhi kem Tahanan Inggeris, dan mana yang sempat melarikan diri kehutan belantara dapatlah menyelamatkan diri mereka dari tangkapan Inggeris, dan mahu tidak mahu mereka terpaksalah menyekutukan diri dengan Parti Komunis Malaya dan dari golongan mereka itulah tertubuh ketumbukan Melayu yang dikenali sebagai Regimen ke-10.

Didalam perjuangan bersenjata menentang Inggeris, maka berlakulah pertumpahan darah. Ramai dari kalangan anggota polis dan tentera turut terkorban. Mereka itu terkorban kerana mempertahankan Penjajah Inggeris. Ramai pula daripada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tumbang dan terkorban. Mereka tumbang dan terkorban kerana memperjuangkan kemerdekaan.

Bukan sedikit cerita-cerita bahawa keluarga-keluarga pejuang kemerdekaan itu ditangkap dan diseksa di rumah-rumah pasung Inggeris diatas alasan bahawa mereka itu "memberi makan kepada komunis", tidak kurang pula kampong-kampong mereka dibakar hangus dan penduduk-penduduknya terpaksa mencari perlindungan di kampong-kampong yang lain. Walhal, kesalahan mereka itu hanyalah kerana salah seorang daripada ahli keluarga mereka menyertai gerakan bawah tanah menentang Inggeris.

Penjajah Jepun amat zalim kepada penduduk yang menentang mereka. Cerita bahawa ramai yang dibunuh dengan tikaman bionet, yang mati kerana dipaksa meminum air sabun, dan yang mati kerana diseksa dengan penyeksaan yang berat dan tidak berperikemanusiaan.

Penjajah Jepun amatlah zalim. Penjajah Inggeris juga amatlah zalim. Inggeris bukan sahaja zalim, tetapi Inggerislah yang memisahkan Islam dari pemerintahan apabila mereka menjadi Penasihat kepada Raja-Raja Melayu. Dan tidaklah sia-sia bagi pahlawan-pahlawan Melayu seperti Dato Bahaman, Orang Kaya Semantan, menentang Penjajah Inggeris.

Tidak ada Penjajah yang tidak zalim, dan kezaliman Penjajah Inggeris, Belanda, Portugis, Perancis, Jepun, Jerman atau Itali adalah sama dan matlamat mereka adalah untuk menggondolkan harta kekayaan di negara-negara yang mereka jajah samada di Asia, Afrika atau Latin Amerika.

Penjajah dari Barat adalah lebih zalim jika dibandingkan dengan Penajajah dari Timur kerana mereka sempat menukarkan wajah mereka kepada bentuk yang lebih canggih iaitu Imperialisme menjadikan negara-negara jajahan mereka dahulu sebagai jajahan bentuk baru, dijajah dengan sistem kapitalis bagi mengalirkan kewangan negara-negara yang mereka jajah dahulu ke negara-negara mereka.

Komunis Malaya menentang Inggeris kerana mahu mewujudkan negara Malaya yang Merdeka. Memang mereka ganas dan mengganas tetapi sasaran mereka ada Penjajah Inggeris dan boneka-boneka Inggeris di Malaya. Penjajah Inggeris bersama boneka mereka juga ganas dan mengganas tetapi sasaran mereka adalah pejuang-pejuang kemerdekaan dan kaum keluarga mereka.

Chin Peng tidak perlu pulang ke Tanah Air. Dan tidak ada guna bagi sesiapa pun memperjuangkan hak Chin Peng kembali ke Malaysia ini. Chin Peng sepatutnya berbangga kerana hasil dari perjuangannya negara ini sudah Merdeka.

Namun begitu sejarah tidak boleh menipu sesiapa. Mereka yang diganasi Inggeris adalah pejuang-pejuang kemerdekaan.

Kekesalan patut juga diutarakan kerana Penjajah Inggeris yang mengganasi rakyat dan kekayaan Malaya dianggap sebagai rakan karib tetapi Chin Peng yang menentang Inggeris dianggap musuh yang tidak boleh dimaafkan.

Kekesalan juga patut diutarakan kenapa Musa Ahmad, Pengerusi Parti Komunis Malaya boleh dibawa pulang ke Malaysia dan diberikan karpet merah dan diberikan elaun oleh Kerajaan Malaysia, tidakkah Chin Peng dan Musa Ahmad itu sama? Mereka sama-sama Komunis, Chin Peng Setiausaha Parti Komunis Malaya manakala Musa Ahmad selaku Pengerusi Parti Komunis Malaya?

Atau adakah Komunis "Melayu" boleh dimaafkan manakala komunis "Cina" tidak boleh dimaafkan?

(Saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa manusia bergelar Islam adalah haram menganuti fahaman komunis kerana komunisme tidak percaya kepada Tuhan dan Agama).

Dicatat oleh:Haji Suhaimi Said, Pengerusi Kuala Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau

CheguFadh:
Ala..Sebenarnya hal ini timbul sebab ianya keluar daripada mulut DSAI je..Kalau keluar dari mulut Rosmah Mansor,Najib Razak or kroni semuanya betul ma..Media Massa..semua tali barut..

Perosak...Tergolongkah kamu???

Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara

DISEBUTKAN dalam al-Quran watak manusia yang selalu mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan iaitu watak yang mempersenda agama serta merosakkan ummah.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahawa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 204-205)

Watak pertama, ialah manusia bermulut manis di bibir tetapi hati penuh racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan mempesonakan ramai orang. Dia dianggap baik hati, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan pemikir untuk kepentingan umum tetapi hakikatnya lain di bibir lain di hati.

Watak kedua, pula perosak masyarakat, yang tidak rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan masyarakat semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Antara musibah manusia sebegini adalah lahir kumpulan suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Rasulullah SAW mengingatkan dalam sabda: "Janganlah kamu mencaci maki pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan kamu juga." (Hadis riwayat at-Thobarani)

Watak ketiga, manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak. Manusia sebegini disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa saja sebagai 'kambing hitam' untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kita perlu berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Masyarakat bertamadun akan mengelakkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun, selain Allah, pelindung atau penolong mereka." (Surah al-Ahzab, ayat 17)

Walaubagaimanapun,kita mesti mengetahui keadaan dan situasi apabila suatu dalil naqli itu disampaikan kepada umat.Hadis dan Al Quran adalah pegangan ummah dan relevan sepanjang zaman,tetapi terdapat banyak ayat lain juga yang menerangkan sebaliknya dan boleh dibahaskan.Pokoknya,tindakan yang kita lakukan mesti dalam situasi yang betul dan sesuai.Orang kafir selalu menggunakan kalam Allah untuk memesongkan dan melemahkan umat Islam yang tidak memahami jenis kaedah dan tindakan yang bersesuaian..Kita mesti rujuk semua,bukan ambil sekerat2..Terdapat banyak musuh yang suka menggunakan kalimah Allah untuk kepentingan diri mereka..

Hishamuddin lembab..Rakyat sudah bertindak..




Video ini menunjukkan sekumpulan Ah Long dipukul oleh orang ramai yang berada dipasar.Berdepan dengan Petronas.Aku pernah lepak kat UTM dulu..Aku macam rasa ni dekat areasana je.Kat dengan Taman Universiti tu..Kalau salah,sorry maa...

Penerangan ringkas kurang teks..





Tengok Minit ke 6:46..Khalid Samad memang cool!!Cayalah!!






Saksikan apa yang bakal terjadi kepada 2 pengkhianat rakyat Perak ini..4sure lepas sebab dah melibatkan Rosmah Puaka dan Najib Altantuya..

Jun 22, 2009

Kata-kata pada hari ini..

Jika dulu PKR merupakan jambatan kepada terbentuknya persefahaman dan pakatan yang utuh antara parti DAP dengan PAS,sekarang tiba pula masanya PAS menjadi parti UTAMA dalam negara yang menjadi jambatan penghubung kepada pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional..Tidak ada pembangkang..


Tetapi adakah mereka mahu PERPADUAN SEBENAR ini dan menerima syarat yang dipinta oleh Tuan Presiden PAS??Bagi TG Nik Aziz,mereka (UMNO/BN) tak akan menerima perkara yang boleh menghilangkan kuasa mereka ke atas cengkaman perundangan dan kewangan negara,sebab itu TG Nik Aziz menentang,tetapi mungkin TG Hadi Awang masih belum muak untuk menarik UMNO ke pangkal jalan dan mengubah dunia politik Malaysia..Malaysia yang lebih segar,adil (kepada semua kaum dan agama) yakni Malaysia Baru..

Memang pandai,tapi Bodoh..

Razlan dan Razi pergi berkhemah. Setelah penat memasang khemah dan hari pun sudah beransur gelap, mereka pun tertido la di dalam khemah tersebut. Beberapa jam kemudian, Razlan terbangun dan mengejutkan Razi dari tido.

Razlan : Razi, cuba kau pandang kat atas dan apa yang kau nampak.

Razi : Aku nampak berjuta-juta bintang.

Razlan : Dan apakah maksudnya itu?

Razi : *setelah berfikir sejenak* Dari sudut Astronomi ada kemungkinan yang terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di luar sana. Dari sudut Astrologi aku perhati yang planet Musytari di kalangan Leo. Dari sudut Horologi, aku berpendapat masa sekarang lebih kurang pukul tiga pagi. Dari sudut Theologi aku dapat merasakan yang Tuhan itu maha berkuasa dan kita ni hanyalah hamba yang sangat kerdil dan lemah. Dari sudut Meteorologi, aku ramalkan yang esok cuaca akan cerah sepanjang hari. Kenapa kau tanya aku soalan yang macam tu? Apa maksudnya bagi kau?

Razlan : *Terdiam seketika*. Bodoh la kau ni Razi. Ada orang dah curik khemah kita la.

Jun 21, 2009

Mula memahami..

Aku mula cuba ingin memahami semula mengenai kerajaan perpaduan..Sepatutnya isu ni memang dah lama senyap,tapi apabila TG Hadi Awang tersilap cakap depan media,seperti biasa media massa yang telah diperguna,diperkuda,dan diliwat (nasib baik belum diletup dengan C4) akan memainkan isu ini seperti isu ini adalah isu yang paling ganas dalam sejarah Malaysia sehingga menyepikan isu-isu berkaitan VK Lingam,Isu Rampasan Perak,Isu letup gadis Mongolia guna C4,Isu Rosmah Mansor perempuan Puaka (video tu,orang2 area Seremban tau la hakikat,so kepada budak2 bukan seremban,ko tak kenal orang dalam video kan??senyap je pasal Rosmah Puaka tu)..Ceh..sempat lagi tu nak kutuk Rosmah Mansor..


Seorang sahabat,Rahem yang juga merupakan seorang MPP di sebuah universiti swasta terkemuka telah menjelaskan mengenai kerajaan perpaduan dengan cukup baik..Mudah difahami dan diterima masyarakat..


Assalamu'alaykum..

Kalaulah mahu dihitung kezaliman BN kepada seluruh rakyat Malaysia, barangkali tidak ada kalkulator yang mampu menjumlahkannya. Semua orang sedar hakikat itu. Seorang saudara saya mengalami sakit jiwa apabila bapanya dimasukkan ke dalam tahanan tanpa bicara atas sebab yang tidak pernah dibuktikan hingga ke saat ini. Duit yang sepatutnya diguna untuk membangunkan negeri saya, dirampas atas nama ehsan dan tidak pernah dipulang hingga ke hari ini. Kesan kekasaran FRU pula mengekalkan kesan di badan saya selama beberapa hari.

Pendek kata, cukup banyak.

Jesteru itu memang saya membenci BN. Parti ini berada di tempat ke 3 selepas Zionis dan Amerika pada kebencian saya. Jesteru, jangan ada sesiapa yang gatal mulut menyebut tentang perpaduan dengan mereka ini. Jangan ada sesiapa yang cuba menjadi najis dan memperdekatkan kita dan mereka ini. Mereka tidak layak diperdekat, dan mereka tidak layak disalami sedang tangan mereka masih berbau darah Memali.

Namun apabila Tuhan menyebut "Wa ta'a wanuu 'alal birri wat taqwaa" iaitu "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa" dan "Wala Yajrimannakum syana aanu Qaumin 'alaa alla ta'dilu" bermaksud "Janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu kaum, menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka" (Al-Maidah), maka tolong bagitahu saya bagaimana saya nak melawan Tuhan dalam perkara ini? Saya tidak reti dan tidak diajar bagaimana. Saya bertalaqqi beberapa kitab dan membaca beberapa yang lainnya, bermula Fiqh Awlawiyyat dan berakhir Mafahim Yajibu An-Tusohhah (belum habis), saya tidak jumpa satu mukasuratpun untuk bagaimana saya boleh melawan Tuhan dan Tuhan redha akan perbuatan saya itu. Saya tidak jumpa.

Disebabkan saya tidak reti melawan itulah barangkali Dewan Muslimat tidak mendesak JAKIM untuk menyiasat dan mengharamkan saya jika terbukti bersalah sepertimana yang diusul mereka kepada sebuah pertubuhan feminis-liberal. Ya, barangkalilah..

Apa yang membezakan ahli jemaah Islam dan jemaah biasa adalah kita tidak pernah diajar untuk meletakkan emosi kita mengatasi iman dan fikiran kita dan akhirnya memandu perbuatan kita. Kita diajar untuk menjadikan iman menguasai fikiran dan fikiran itu menguasai perbuatan kita. Meletakkan emosi dan amarah hanya mengakibatkan wujudnya ketidak rasionalan dalam pendapat dan tindakan kita.

Benar mereka pernah zalim kepada kita ketika mereka kuat. Mereka pernah enggan berunding dengan kita tatkala kita lemah dan tiada daya. Tetapi jika kita yang kuat pada hari ini enggan berunding dan menyelamatkan mereka yang sudah lemah daripada terus hanyut dengan dunia mereka dan kemudiannya akan memusnahkan negara, maka kita bukan sudah sama dengan mereka.... tapi kita adalah mereka!

Ada orang menulis menolak 'unity government' ini dengan kejadian 1977 dan dalil 'Orang mukmin itu tidak akan dipatuk ular 2 kali di lubang yang sama'. Namun, unity government terlalu berbeza dengan coalition government yang dibentuk 35 tahun lalu. Ia diperjelaskan sendiri oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya dan ditambah syarat-syarat pembentukannya oleh Tuan Guru beberapa detik tadi.


Untuk petikan penuh,boleh terus melayari blog beliau di IbnuZack.BloGSpoT.com

Jun 20, 2009

Doa keselamatan daripada Wabak...

KUALA LUMPUR 20 Jun - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan setakat pukul 10 pagi ini terdapat tujuh kes baru influenza A (H1N1) termasuk satu kes melibatkan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Davidson, Jalan Pudu di sini.

Pelajar yang berumur 11 tahun itu dikatakan baru pulang bercuti dari Melbourne, Australia bersama neneknya dan disahkan mengidap H1N1 semalam.

Tiong Lai berkata, jumlah terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes tersebut meningkat kepada 42 kes setakat ini.

Katanya, perkara ini merupakan lonjakan besar dan pihak kementerian akan terus memantau mereka yang berhubung dengan pesakit-pesakit yang telah dijangkiti.

Menurutnya, pihak kementerian juga berkemungkinan akan melakukan imbasan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi mengesan wabak tersebut.

"Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran akan berbincang mengenai pelaksanaan tersebut," katanya.





Untuk paparan lebih jelas,klik pada imej..

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

H1N1...

Untuk pengetahuan, selesema babi (swine flu) ini berasal dari virus yang sama seperti ketika merebaknya Avian Flu beberapa tahun lepas, iaitu Orthomyxovirus.

Orthomyxovirus adalah satu virus yang unik, kerana ianya sangat cepat mengalami mutation terutama apabila terancam. Kalau dahulu Avian Flu diakibatkan oleh Orthomyxovirus variant H5N1. Kali ini, swine flu, ia mutate ntah kepada variant apa pula.

Virus ini, apabila perkembangan geneticnya terancam, ia akan dengan pantasnya mutate ke variasi lain, sama ada secara antigenic shift atau antigenic drift. Contohnya dulu masa Avian Flu merebak, kita manusia lakukan sedaya upaya menghalangnya, secara quarantine, prevention, vaccination etc. Dan sekarang tengoklah dalam masa lebih kurang 5 tahun je ianya dah mutate ke variation lain pula.

Kali ini, kita cuba menghalang variation swine flu ini pula. Percayalah, dalam 5-10 tahun nanti, pasti ia akan mutate kepada variation jenis lain, menyebabkan epidemic lain pula. mana tahu nanti jadi selesema kucing ke, selesema kambing ke etc.

So apa cara terbaik untuk menghalangnya?

Cara terbaik bukannya dengan one-time measurement seperti sekarang ni. Maksud saya, kalau ada kes epidemik cam sekarang ni baru nak jalankan langkah extreme seperti quarantine dan vaccination, ini tidak betul lah. Time sekarang ni la baru nak tekankan masyarakat untuk berjaga2 dsb. Bukan tak boleh, tetapi tindakan kita ini akan membentuk macam satu “barrier” @ “depression” dalam perkembangan genetic virus tersebut, lantas menggalakkannya untuk mutasi ke variasi lain pula.

Cuba kita fikir – virus ini sentiasa mahu target kepada manusia. Kerana apa? Kerana manusia adalah medium terbaik untuk ia membiak – kita manusia berada at the top of food chain, komunikasi kita yang sangat2 meluas (kapalterbang, etc), dan lain-lain. Dan yang paling penting sekali – manusia sekarang kian lemah dari segi imun kerana gaya hidup yang tidak sihat. Pemakanan tidak seimbang, seks terbuka secara meluas, tingginya kebergantungan kepada teknologi seterusnya menyebabkan kita kurang bersenam. Ya, virus itu tahu mengenai hal ini, sebab itu ia sedaya upaya hendak menjangkiti kita manusia. So halanglah camne pun – ia nak menjangkiti melalui burung (avian flu), kita dah halang. Ia nak menjangkiti melalui babi (swine flu), pun kita nk halang juga. Ia takkan berakhir, sebab virus ini akan mutasi ke variasi lain yang menggunakan cara lain pula untuk menjangkiti kita.

Sebab itulah, langkah paling baik adalah dengan mengekalkan gaya hidup sihat secara berterusan. Banyakkan makan buah-buahan dan vitamin, untuk meningkatkan sistem imun badan. Apabila terasa selesema, jangan bertangguh2 terus cepat2 pergi klinik ambil ubat, dan habiskan ubat yang dipreskripsi. Kalau anak2 ada tanda2 selesema, jangan benarkan dia bergaul dengan rakan2 yg lain. Jaga kebersihan tempat tinggal dan persekitaran, jangan sampai menjadi tempat pembiakan haiwan2 yang boleh menjadi vektor (tikus dsb). Perusahaan perladangan pula haruslah mengambil berat akan keadaan haiwan ternakan dan pekerjanya, seperti memberikan suntikan vaksin secara berkala dll.

Dengan cara itu, kita dapat membendung virus tersebut secara perlahan-lahan tanpa memaksanya mutate dengan pantas ke variasi lain. Lama kelamaan, ia akan mendapati semakin sukar untuk menjangkiti manusia, lantas ia akan mutate untuk menjangkiti haiwan lain pula tanpa membahayakan manusia.

Sekadar teori dari saya, berdasarkan apa yg telah saya pelajari =)


dsc02485_avatar.jpg


Mohd Syamirulah Rahim,

Medicine Street,
Russian Federation.

Sedia tukar jantina anak


Asmaiza Ahmad meriba Muhammad Nabil sambil diperhatikan ibu dan bapanya, Zatul Bazamah dan Rodzake Namis di Kampung Batu Lima, Kuala Perlis, semalam.


KANGAR 19 Jun - Bapa bayi malang, Rodzake Namis , 35, sanggup menukar jantina anaknya, Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulan kepada perempuan sekiranya alat kelamin lelaki tidak 'tumbuh'.

Rodzake berkata, kemungkinan pembedahan menukar jantina perlu dibuat bagi membolehkan bayi berkenaan mempunyai alat kelamin memandangkan sekarang ia tidak memiliki kemaluan sama ada lelaki atau perempuan.

Katanya, sebelum keputusan melakukan pembedahan alat kelamin perempuan dilakukan, dia akan mendapatkan pandangan golongan ulama dan pakar perubatan terlebih dahulu.

''Saya pasrah sekiranya dia yang disahkan oleh doktor mempunyai genetik lelaki terpaksa ditukar kepada perempuan demi masa depannya sendiri.

''Saya bersedia menukar jantina Muhammad Nabil jika kemaluannya masih tidak kelihatan dan hormon perempuannya terserlah apabila umurnya meningkat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5 di sini hari ini.

Terdahulu, keluarganya menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Azali Abas dan Ketua Puteri UMNO Perlis, Asmaiza Ahmad yang turut menghulurkan sumbangan.

Sebelum ini akhbar melaporkan, bayi malang itu yang dilahirkan 10 Ogos tahun lalu tidak mempunyai jantina walaupun memiliki buah zakar dan disahkan sebagai lelaki oleh doktor pakar.

Selain itu, bayi tersebut turut mempunyai kecacatan lain termasuk tiada kelopak mata, memiliki sembilan jari, mempunyai sebelah telinga kiri dan ruang pernafasan hidung yang sempit.

Masalah itu menyebabkan bayi tersebut terpaksa kencing dan membuang air besar melalui saluran dubur.

Rodzake berkata, cadangan menukar jantina itu mungkin jalan penyelesaian terbaik yang dapat diambil memandangkan doktor pakar tidak mengetahui adakah alat sulit anaknya itu akan 'tumbuh'.

''Dalam keadaan sekarang, pembedahan untuk menukar jantina tidak mustahil berbanding menunggu alat kelamin lelaki itu 'tumbuh' kerana doktor tidak dapat memberi sebarang jawapan.

''Ditambah pula keadaannya yang masih kecil, jika menunggu besar ia akan memberikan kesan emosi yang hebat kepada dirinya," ujarnya.

Sementara itu, Asmaiza memberitahu, pihaknya akan memanjangkan masalah keluarga tersebut kepada Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin untuk memberikan bantuan sewajarnya.

''Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh keluarga ini dan berjanji akan membantu sekadar termampu bagi membolehkan Muhammad Nabil mempunyai jantina.

''Kes sebegini amat jarang berlaku dan kita akan bersama-sama keluarga ini untuk memikirkan jika ada cara lain bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi," jelasnya.


Panel Kemusykilan agama JAKIM:
Persoalan gender lelaki atau perempuan atau khunsa telah di terangkan di dalam Islam dengan jelasnya. Lelaki perlu menjadi lelaki dan wanita perlu menjadi wanita, manakala mereka yang ditakdirkan menjadi khunsa (alat kelamin yang tidak jelas) boleh diperbetulkan kecacatannya mengikut bentuk yang dominan dan mengamalkan corak kehidupan, ibadah mengikut apa yang dominan pada alat kelaminnya.

CheguFadh:
Hah..Ini mungkin kes khunsa..Tidak ada pun perkara yang boleh membenarkan jantina dan sunatullah tu diubah..Melainkan untuk tujuan kesihatan dan nyawa..Mengenai Khunsa pun sudah diterangkan dalam dalil Naqli..Kes ini pun pernah terjadi pada zaman pemerintahan Islam dahulu.Dalam kes ini mungkin yang sebaiknya dilihat bayi itu Khunsa yang lebih menjurus kepada lelaki atau wanita,kemudian bila dah tau lebih ke arah mana baru putuskan.Jika anak itu sudah disahkan lebih ke arah lelaki,adalah dilarang menukar jantina bayi berkenaan.(Lebih baik buat pembedahan membuat alat jantina lelaki daripada melakukan transeksual..Bagi yang lebih arif sila confirmkan atau perbetulkan fakta).

Cerita Mengenai Khunsa..

Utk pengetahuan semua, khunsa ni ialah seorang yg memiliki 2 jantina, utk menentukan jantina seorang khunsa ialah tengok ke arah mana dia, lebih pompuan ker.. lebih pada lelaki..ataupun utk lebih pasti tengok alat kelamin dia yg mana lebih berfungsi ..esp masa dia buang air mengikut satu pendapat, khunsa ni kalau berwuduk, kemudian disentuh oleh lelaki atau perempuan, tidak batal wuduknya, tetapi akan terbatal kalau disentuh oleh lelaki dan perempuan pada masa yg sama..Tau tak, kita boleh berkahwin dgn khunsa mengikut jantina dia, maksudnya kalau lelaki kahwin dgn khunsa 'wanita' , kalau pompuan kahwin dgn khunsa 'lelaki'. ok, kita terus ke ceritanya,

Kisah berlaku pada zaman seorang khalifah di zaman nabi, diceritakan, ada seorang ni dia telah berkahwin dengan seorang khunsa..yg lebih kepada perempuan kemudian, sbg hadiah perkahwinan, dia telah menghadiahkan isterinya (khunsa tersebut) dgn seorang hamba wanita..tak lama kemudian, khunsa tu telah mengandung dan melahirkan seorang anak..tetapi kekecohan berlaku apabila khunsa tersebut telah berlaku curang dgn hamba wanita tersebut sehingga hamba tersebut mengandung! maka dipanggil khalifah tersebut untuk menetukan kesahihan nya.. dan setelah diteliti, didapati khunsa tersebut boleh dijimak dan menjimak, boleh mengandung dan mengandungkan orang...tak tau jantina apa dia..jadi untuk menentukan jantina khunsa tersebut, khalifah tersebut telah membilang tulang rusuk yg ada pd dia kalau terlebih dia pompuan, kalau terkurang dia laki (correct me if i'm wrong) sbb, masa kejadian hawa dulu, tulang rusuk adam telah diambil utk menjadikan hawa..habis didapati, dia lebih kepada lelaki...jadi sahlah dia khunsa 'lelaki' dan dia dipisahkan dari suaminya, terpaksa bercerailah..

Utusan..Pelik tapi benar...

PM di Pekan dan Tanjung Karang hari ini

KUALA LUMPUR 20 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis pecah tanah projek Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada pukul 10 pagi ini.

Majlis itu akan disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Manakala 9 malam ini, Perdana Menteri dijadualkan menghadiri majlis ramah mesra bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, di Padang Astaka, Tanjung Karang, Kuala Selangor. - Utusan

Hahaha..Tak perlu kot nak jadi tajuk berita camni....Buat la ruangan Suara UMNO kat kolum ceramah2 UBN macam kat Harakah tu..Ini nampak sangat dah..hohoho..

Mahathir rasmi Mesyuarat penubuhan GMP

IPOH 20 Jun - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini merasmikan mesyuarat agung penubuhan Gagasan Melayu Perak (GMP) di sebuah hotel di sini.

Beliau tiba pukul 11 pagi dan berucap kira-kira 25 kemudian. - Utusan

Haha..aku ingat Gerakan Mansuh PPSMI(GMP)..Naya Mahathir nak jawab sini sana..Kang masuk balik IJN orang tua tu...

Kaum India pula bincang ke arah perpaduan.

KUALA LUMPUR 20 Jun — Masyarakat India juga kini menggerakkan usaha ke arah perpaduan, mungkin mengambil petunjuk daripada apa yang diuar-uarkan mengenai perbincangan perpaduan UMNO-Pas, yang dilaporkan kini masih di peringkat awal.

Mengusahakan gagasan itu adalah MIC bersama-sama dengan Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang menyeru kaum India di negara ini untuk bersatu padu bagi berbincang dan bertindak dengan satu suara.

“Hanya melalui satu tindakan bersatu padu kami boleh terus wujud dan mencapai kemajuan,” kata Samy Vellu dalam portal web MIC. - Bernama

Haha..Taktik Utusan nak anjurkan Projek memperbodoh Rakyat la ni??Tu MIC je tu ape kes??Nak perpaduan PPP,MIC,HINDRAF semua bergabung la...Ni macam UMNO-PAS jugak..UMNO kat N9,Terengganu & Perlis punye teruk perpecahan..PAS pun dah ade yang Pro UMNO,ini perpaduan sendiri pun tarak,camna nak perpaduan yang lagi besar???


Mulakan lembaran Baru PAS-UMNO..


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lembaran baru hubungan UMNO dan Pas dapat dimulakan segera demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Katanya, perbincangan awal berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduanmembuka tirai ke arah persefahaman bagi merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama walaupun hasilnya belum dapat dijangkakan.

Beliau menegaskan, soal pengalaman lalu yang mencetuskan persengketaan, menimbulkan dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Islam kini membimbangkan.

“Bagi saya itu tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebagai umat Islam, kita digalakkan bermaaf-maafan. Itu zaman lampau, kini dalam kepimpinan baru dan situasi baru.

“Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula kita manusia. Bagi saya ia bukan suatu halangan. Kita boleh menggerakkan permulaan baru yang akan memberi lebih banyak faedah kepada umat Islam dan bukannya untuk diri kita,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, Manek Urai dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan waran peruntukan Belanjawan 2009 sebanyak RM1.5 juta untuk menaik taraf sekolah-sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Muhyiddin berkata, cetusan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan atau usaha menjalin kerjasama oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat oleh UMNO sebagai selaras dengan tuntutan Islam dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Sehubungan itu, katanya, UMNO tidak menolak perpaduan dan menyifatkan ia suatu permulaan yang baik, malah sedia berbincang dengan Pas biarpun parti itu mengenakan pelbagai syarat.

Haha..Kemas gila ayat Mat Sembab ni..Syazwan..Ape kena dengan bapak sedara kau ni??Haha..erm,kenapa la selama ni tindas melayu sendiri??Kaum lain dilayan macam pendatang haram cakap ini itu kat mereka..Nak lupakan kata kat mulut memang senang..Masalahnya dah banyak kali sangat PAS terkena..Bak kata TG Nik Aziz,UMNO ni ibarat ular..Dipatuknya kita,kalau die tersepit dan kita pernah lepaskan dia,dipatuknya juga,buat kali seterusnya nak lepaskan dia dari tersepit tu dah kira membahayakan diri (buat PAS sahaja berbahaya...)


Jadi apa kata semua berpadu??Tak ada pembangkang dalam negara..Sanggup??Ke retorik je perpaduan tu??Kan dah kata..Dia sayang gila kuasa dia..Mana boleh share..Dia ingat PAS kolot macam dulu la tu,zaman Hadi Awang kata UMNO ni kerjasama dengan KAFIR (yang aku benci2 gila2 kat PAS)..Then masa tu la jugak PAS dilamarnya..Tu hal PAS yang dah lama gila bab cakap kerjasama dengan Kafir,zaman 60-an still lagi main kat media mainstream yang dikuasai UMNO,apa pulak cakap boleh lupa macam tu je siri berulang kali PAS dihina sehinanya oleh UMNO ketika UMNO hampir pupus dulu??Hohoho....